Isnin, 29 Julai 2013

1114. Malay oh! Malaya, Ahh! Tanah Melayu, Eh! Malaysia.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Isu KUIN - Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

okay saya tak tahu bagaimana nak mulakan. Saya mewakili Student Centre Council Multimedia. Stkat ini,kami tidak tahu apakah sebenarnya punca berlaku semua ini. Tidak ada black & white yg diterima. Cuma, saya sudah hubungi bekas rektor ,Dato Jamil. Beliau sendiri myatakan pendapatnya, bahawa semuanya berlaku krn dendam politik, kerajaan BN mahu hapuskan peninggalan jasa baik kerajaan PR. Dato Barni merupakan pemangku rektor yg terbaru (tapi ada juga mengatakan, dia hanya sementara wktu saja). Beliau adalah org plg atas dlm KUIN yang btgwjb dlm semua isu yg sedang blaku. 

Selama 2 bulan, gaji tidak dibayar kepada staff. Ada y dibhentikan tnp notis awal langsung. Antaranya staff dari kulliyah multimedia sendiri. Kulliyah kami skrg ditutup, diletakkan dibawah kulliyah engineering. Hanya tinggal 10 org lecturers dri ramai2 lecturers kami, mereka diberhentikan, mahu berhenti dan mahu berpindah (antara sebab2). Dah almost 3 weeks, student dari Faculty Multimedia tidak ada kelas. Diorg just tgu apa kata pentadbiran. Keadaa lecturers & students sprti "hilang arah". 
---------------------------------------
Ahad ,jam 12.21am , saya berlepas dari Tapah- SP menaiki train. Saya & Sakinah Zainuddin kami telah berjanji untuk berjumpa di dalam coach yang sama. Perjalanan yang mgambil masa 6 jam yang panjang itu, kami manfaatkan untuk berbincang tentang isu KUIN. Kami mewakili Student Council Kulliyah Multimedia, yang sedang berpraktikal turun bagi membantu sekadar yang mampu, dengan harapan ianya dapat melegakan nafas seketika. 

Kami tiba di kolej pada jam 11 pagi. Ada banyak perkara perlu difikirkan. Perjumpaan bersama Prof Musleem dan mahasiswa adalah suatu salahfaham. Perjumpaan itu melibatkan Prof Musleem, lecturers dan staff saja. Himpunan Mahasiswa semalam berlangsung di perkarangan lobi Kulliyah Multimedia & Muamalat.Disertai oleh mahasiswa, SB (Special branch), polis dan 3 orang YB. Yang datang sama ada mahu memberi sokongan, atau memberikan sekatan, itu kami tidak tahu. 

Kami mendesak pihak pentadbiran, bagi memikirkan kewajaran para mahasiswa untuk berpindah semula ke Mergong ( untuk Mualamat sahaja ). Untuk isu dari Fakulti Multimedia, kami mengalami isu yang lebih berat. Kelas tidak dijalankan selama 2 minggu lalu, jadi mahasiswa dalam keadaan yang tidak tahu untuk buat apa,sekadar menunggu keputusan pihak atasan. Isu ke-2, hanya 10 pensyarah Multimedia sahaja yang akan meneruskan bekerja disitu. Staff lama, kak Jah telah diberhentikan. Dia kecewa nampaknya. Isu ke-3, sebagai pelajar Multimedia, kami tertanya adakah jumlah 10 orang pensyarah dapat memadai mengajar kami dengan jumlah pelajar yang ramai? Untuk pengetahuan, pensyarah kami terdiri dari kalangan pensyarah yang hebat ( skill ). Kami berharap pensyarah2 kami okay dan akan stay mengajar kami. Kami tidak tahu siapakah diantara 10 pensyarah yang telah terpilih ( hanya sebahagiaan saja diketahui). 

Dalam keadaan sebegini, kesatuaan mahasiswa adalah diperlukan. Bukan menunggu menantinya hero datang, menyelamatkan keadaan. Walaupun kehadiran YB2 semalam bagi memberikan ruang bantuan, itu tidak bermakna kita boleh melepas tangan. Ini soal kolej kita, soal masa depan. Ini bukan soal kau PR , aku BN, atau aku tak kesah. Ini soal KITA. Kita bukan mengugut atau melakukan perkara diluar batasan. Isu mahasiswa ini harus ditangani dengan bijak. Kuasa politik memang bagus digunakan , tetapi bukan disalahgunakan. Yang pasti, adalah tidak wajar menjadikan mangsa keadaan adalah mahasiswa! 

Kalau sekadar melepaskan rasa di status FB tanpa berbuat apa2, maka anggaplah anda sekadar bermimpi di syurga. Tetapi hakikat anda masih dibumi. 

Sistem pendidikan di Malaysia, menjadikan mahasiswa terperuk dengan rasa takut untuk menyatakan kebenaran, terus angguk pada kezaliman dan sekadar melihat diri, merenung nasib dan terus membebel rasa kasihan. Pemikiran kita memerlukan kekuatan yang sebenar, berpijak pada perjuangan yang sebenar. Saya telah membaca buku Sekolah bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang oleh penulis hebat.

Buku ini menceritakan, sistem pendidikan di Malaysia yang memenjarakan akal anak-anak kita. Ah. Lupakan saja, jika mahu menjadi manusia berguna, jangan sekadar menyatakan rasa tidak puasa hati di laman FB/Twitter/blog/etc. Buatlah sesuatu yang dapat memberikan manfaat pada semua. 

Jika Sultan Al Fateh (SAF) mampu menakluki kota Konstatinopel, kenapa kita yang lebih tua dari SAF, tidak mampu menakluki perjuangan ini? 

Pada petang semalam juga, kami pulang ke Perak. Dengan harapan, KUIN & mahasiswa akan meneruskan perjuangan. Jangan tunggu, bulan datang! Kami melenakan diri dengan mimpi-mimpi indah, KUIN akan get well soon! Insyallah! 

Wallahualam. Maaf jika kata2 ini terlalu kasar untuk ditelan. STUDENT POWER 

# ini adalah status sy yg terbaru. 
-----------------------------------------------
Berikut kat atas ialah mesej yang diterima oleh aku berkenaan isu KUIN. Setakat neh laporan2 mengenai apa yang berlaku di KUIN tidak disiarkan di beberapa media pro BN melainkan Sinar Harian yang mungkin mahu dilihat BEBAS, TELUS dan ADIL. 

Aku pun tatau nak cakap dan ulas macam mana tetapi berharap sangat permasalahan yang diutarakan di atas di pandang seriyus dan diselesaikan dengan cepat bagi membolehkan mahasiswa2 tersebut kembali belajar seperti sedia kala.

Sumber: Isu KUIN apa sebenarnya yang berlaku. .
Ameno World - Nilai Nyawa Ditentukan Oleh Seberapa Banyak Duit Yang Kita Ada.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 
隱私權政策


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
urv. 

Tiada ulasan: