Rabu, 31 Julai 2013

1144. Gambar antara dua darjat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

1143. Dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

NEGARA ALAMAI KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN

Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.

Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.

Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.

Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.

SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.

Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?

Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?

Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.

Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.

CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

**Kenyataan ini ditulis jam 10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori

MelayuCyber.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

1142. Antara Dua Darjat. Kisah Guru dengan Pengawal Keselamatan di Bulan Ramadhan.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Muhasabah Diri Kerana Allah S.W.T..

Jadikanlah ia Sebagai Muhasabah Diri - Kisah Antara Guru dengan Pengawal Keselamatan di Bulan Ramadhan

Posted by Kedah Lanie
-tokjanggut-

Ini gambar Hiasan Saja....

Petang tadi (21/7/2013) cikgu-cikgu di sebuah sekolah menengah di daerah Yan Kedah telah mengadakan 'Majlis Berbuka Puasa' di sekolah mereka.

Orang rumah Tok yang bertugas sebagai 'PENGAWAL KESELAMATAN' di asrama perempuan sekolah itu masuk bertugas dari jam 8.00 pg hingga 8.00 mlm. Pada kebiasaannya jam 7.00 ptg dia sampai balik ke rumah untuk berbuka. Tapi hari ini dia tidak dapat balik kerana bertugas.

Jam 8.30 mlm baru orang rumah Tok sampai balik.
- Dah berbuka Yang...
+ Dah...
- Makan apa?
+ Ayaq paip...

- Aikkk..... kata ada majlis berbuka. Cikgu-cikgu tak ajak ka?
+ Kalau ajak tak kan Yang nak bebuka dengan ayaq paip Bang...
- Cikgu-cikgu tak nampak Yang kot...
+ Tak nampak apa dok sembang sekali dekat-dekat nak buka, sambil-sambil dok tunggu cikgu sekolah lain mai.

Kesian kat bini Tok. Tok tengok ayaq mata dia bergenang. Bukanlah dia KEBULOQ sangat nak buka posa dengan cikgu-cikgu tu....

Tapi dia rasa TERHINA YANG AMAT SANGAT betapa RENDAHNYA DARJAT SEORANG JAGA (dia rasa macam anjing kurap lagi elok) sehingga berada didepan mata pun tidak dipelawa untuk berbuka puasa. Orang rumah Tok sedaq kerjaya seorang GURU AMATLAH MULIA DAN TINGGI

DARJATNYA, jika dibandingkan dengan JAGA mungkin sebab itu dia tidak layak berbuka bersama guru-guru disitu, kot nak huloq ayaq secawan pun dak... Bunyi 'Bang' ja orang rumah Tok masuk post tadah mulut kat paip ayaq...

Ada sorang cikgu tu, (lepas berbuka) siap belahak-belahak lagi depan orang rumah Tok.
Masyallah......!!!

Nak kata dia ingat orang rumah Tok ni KAPIAQ pun.. Orang rumah Tok pakai tudung (tutup aurat).
Dunia....dunia...!

# BIARLAH BUTA DI MATA,
JANGAN BUTA DIHATI.

* harap-harap salah seorang cikgu di sekolah berkenaan ada terbaca status ini untuk disampaikan kepada SEMUA cikgu-cikgu sekolah itu.

Semuga menjadi IKTIBAR kepada kita semua.
Assalamualaikum.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

1141. Menambah kemantapan ilmu serta kefahaman berdasarkan gambar.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..
Islam itu Indah - Islam itu Mudah - Ada manusia kononnya Islam, yang buat payah. Sebab lebih menggila-gilakan untuk senang goyang kaki dari menggunakan akal dan budi yang bijak berbicara kerana Allah S.W.T.. (Peceq Edit).

22 Gambar di bawah adalah shared 1001 Sirah Nabi Muhammad SAW's photo.
(01).
 "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia" (HR Bukhari). 
(02).
He upon whom Allah intends to bestow goodness, He confers upon him an insight in religion. (SM - Zakat, Bab Nabi & Solat :1037). 
(03). 
Nabi Muhammad SAW ... Rasulullah SAW. 
(04). 
 (05).
 (06).
 (07).
 (08).
 (09).
 (10).
 (11).
 (12).
(13).
 (14).
(15). 
(16). 
 (17).
 (18).
 (19).
(20).
(21).
Gambar Palsu Batu Terapung. Untuk lebih lanjut sila ke Entry 1138-gambar-asli-dan-sahih. DAN 1139-antara-batu-terbang

(22).
In Syaa Allah dapat kita memahami maksud tersirat, berdasarkan picture di atas. 
==================================================================

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

1140. Beban hutang isi rumah rakyat Malaysia meningkat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog.KLIK UNTUK KE MENU UTAMA

Sumber: Menteri Bangang ini salahkan rakyat lagi bila hutang meningkat..!!.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

1139. Antara Batu Terbang, Masjid al Aqsha dan Kubah Emas di Yerusalem.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Antara Batu Terbang, Masjid al Aqsha dan Kubah Emas di Yerusalem

Tulisan ini merupakan tambahan informasi dan penjelasan dari artikel tentang gambar “Batu Terbang” di Palestina. Karena cerita yang menyertai gambar batu terbang tersebut seringkali menyinggung tentang peristiwa Mi’raj Nabi Muhammad, maka perlu juga dijelaskan tentang keberadaan batu yang disebutkan sebagai tempat di mana Nabi memulai perjalanan ke langitnya.

Selain itu, tidak jarang terjadi kesalah pahaman, di mana orang mengira Masjid Kubah Emas sama dengan Masjid Al Aqsha.

Melalui tulisan di bawah, akan dijelaskan perbedaannya.

Batu Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad dan Masjid Kubah Emas

Ada tradisi dan kepercayaan di kalangan kaum muslimin tentang batu yang menjadi titik tolak Nabi Muhammad melakukan Mi’raj ke langit. Batu ini berada di Yerusalem, Palestina. Batu ini benar-benar ada.

Ia berada di wilayah yang sekarang disebut sebagai: Mount Temple atau Gunung Kuil oleh orang Yahudi. Disebut demikian karena mereka mempercayai bahwa Kuil Nabi Sulaiman pernah dibangun di wilayah tersebut.

Bahkan sebagian mempercayai kuil tersebut dibangun di atas batu yang sama. Kaum muslimin menyebut wilayah tersebut sebagai Haram al Quds al Syarif atau Kawasan Suci dan Mulia.
Sejak lama batu tersebut telah memperoleh penghormatan dari kaum muslimin. Bahkan konon ceritanya, Khalifah Umar bin Khathab juga mengunjungi batu ini setelah ia menundukkan Yerusalem.

Ketika Khalifah Abdul Malik bin Marwan berkuasa, ia memerintahkan pembangunan Qubah ash Shakhra (Kubah Batu) di tahun 685 M yang melindungi batu tersebut dan para pengunjungnya dari terik dan dingin.

Sebagian sejarawan juga menyatakan bahwa pembangunan Kubah ini untuk menyaingi kemegahan bangunan-bangunan keagamaan lain di wilayah Yerusalem, seperti Gereja Holy Sepulchre, dan mencegah agar kaum muslimin tidak terpesona dengan kemegahan agama lain.

Uang sebanyak 10,000 dinar emas kemudian dilebur untuk melapisi bagian luar kubah tersebut.

Jadi, Masjid Kubah Emas atau Qubah ash Shakhra inilah yang melingkupi batu tersebut hingga kini. (Sumber: Wikipedia)

Sejak masa Umar itulah, wilayah Haram al Syarif ini menjadi wilayah kekuasaan kaum muslimin. Adanya bangunan berkubah emas yang berada di tempat tinggi dan berkilauan memberikan kebanggaan tersendiri bagi kaum muslimin.

Hal ini pun makin menambah rasa kepemilikan dan penghormatan atas wilayah suci yang pernah menjadi kiblat pertama kaum muslimin ini. Tidak mengherankan jika kemudian Masjid Kubah Emas ini menjadi simbol dari wilayah suci Al Quds dan bahkan Palestina secara umum.

Mereka yang pernah mengunjungi atau melihat bagian dalam Masjid Kubah Emas ini tentu akan melihat keunikan sang batu. Keunikan inilah yang, menurut saya, kemudian memunculkan cerita dan legenda tentang batu yang ingin terbang mengikuti Nabi ke langit.
Gambar-gambar di atas adalah foto-foto dari bagian dalam Masjid Kubah Emas. Yang kiri memperlihatkan sebuah gapura yang menjadi pintu masuk sebuah ceruk atau gua yang berada di bawah batu.

Bagian atas batu dapat terlihat di belakan gapura tersebut. Di bawahnya terlihat ada orang yang sedang sholat.

Gambar kanan menunjukkan suasana di dalam gua. Terlihat ada tangga yang menghubungkan bagian luar (gambar kiri) dan bagian dalam gua.

Ada ruangan yang cukup lapang untuk belasan orang di sana. Dari foto terlihat bahwa atap gua cukup tinggi dan mulut gua lebar. Kita dapat bayangkan bila orang duduk di bawah sana dan melihat ke atas, ke arah mulut gua, maka batu yang menjadi atap gua tersebut seolah melayang di udara.

Inilah yang menurut saya menjadi sumber cerita batu terbang tersebut.

Perkataan Ibnul 'Arabi tentang 'Batu Terbang'

Ini adalah tambahan informasi tentang sebuah kisah yang saya ambil dari Blog Qhazanah.
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud 'Tempat Nabi bermikraj', disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud): "Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan (syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT. "Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi." "Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya." "Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain."
Ditambahkan oleh sang penulis blog, bahwa ia pernah mengunjungi Kubah Batu tersebut dan mendapati bahwa sekarang tidak terlihat bahwa batu tersebut melayang. Persis seperti gambar-gambar gua di atas.

Masjid Kubah Emas dan Masjid Al Aqsha.

Gambar di samping adalah foto udara wilayah Haram Al Syarif yang dibatasi oleh tembok tinggi dengan latar belakang wilayah Kota Tua Yerusalem. Masjid Kubah Emas terlihat mencolok di tengah wilayah tersebut. Ada satu lagi bangunan berkubah yang berada pada sisi kanan bawah. Itulah bangunan Masjid Al Aqsha.
Sebagai sebuah masjid, Khalifah Umarlah yang pertama kali membangunnya dalam bentuk bangunan kecil.

Khalifah Al Malik yang juga membangun Kubah Emas kemudian memugar dan memperluasnya. Setelah beberapa kali pembanguan kembali dan pemugaran karena hancur oleh gempa, bangunan yang sekarang ada merupakan peninggalan Masjid dari masa kekhalifahan Fatimiyah sekitar awal abad ke 10.

Hari ini, wilayah Kota Tua Yerusalem telah berada di bawah kekuasaan Israel. Namun, wilayah Haram Al Syarif dengan Kubah Emas dan Masjid Al Aqsha-nya tetap berada dalam pengelolaan Kementrian Waqaf Yordania. Secara umum, hanya orang islam saja yang diperkenankan memasuki wilayah ini. Pada tahun 2007, sempat terjadi protes besar-besaran di dunia islam karena pemerintah Israel melakukan penggalian di bagian luar tembok yang berbatasan langsung dengan Masjidil Aqsha.
informasi lebih lanjutBagi yang tertarik untuk melihat-lihat wilayah Al Quds ini, Saudi Aramco World telah membuat sebuah wisata virtual di situs webnya. Di sana dipaparkan dengan jelas sejarah Kubah Emas dan Masjidil Aqsha. Dan lebih menarik lagi, ditampilkan pula gambar-gambar panorama interaktif berbagai tempat di wilayah tersebut, termasuk gua di bawah batu yang dijelaskan di atas. Selain itu ada juga wisata virtual ke Al Hambra di Spanyol dan Masjid Sulaiman di Turki. Sangat menarik!

>> Kembali ke Mengkritisi gambar-gambar kebesaran Allah

Sumber: Antara Batu Terbang, Masjid al Aqsha dan Kubah Emas di Yerusalem.
Baca Juga: 1138. Gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj.