Google+ Badge

Sabtu, 9 Ogos 2014

5065. Bila seseorang yang tidak sedar diri berada dalam hidup kita.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Meja www.peceq.blogspot.com  
  • Senyuman seseorang itu sebenarnya boleh menenangkan diri sendiri. Senyuman berupaya menghindarkan seseorang dari kemurungan. Senyuman juga membentuk jiwa atau roh kepada erti sebuah kesabaran. Sabar itu separuh dari iman.

    Jangan biar perkataan atau ayat sedemikian menjadi sebutan kita "Sabar ada hadnya" "Sabar ada batasnya" Ingatlah semula maksud "Sabar itu saparuh dari Iman" Bila kerap ayat tentang had dan batas sabar diulang-ulang apakah tiada kesan buruknya dalam jiwa atau roh seorang yang kononnya Islam.

    Pujuklah diri sendiri walau pun kita sering jumpa manusia yang tidak sedar diri diuntung. Manusia jenis ini kalau ada dalam hidup kita pastinya bukan mudah untuk kita menghadapinya. Lebih-lebih lagi jenis manusia terbalik, malam jadi siang DAN siang jadi malam. Bukan mudah untuk memendam rasa marah. Masa inilah syaitan laknatullah bersungguh membadai kita supaya amarah terbit dari jiwa kita. Nauzubillah...

    Sebenarnya sadis kehidupan manusia yang sekadar hidup dengan 100% ditanggung. Makan, minum dan dobi pakaian semua orang lain selesaikan. Jangan harap untuk jenis ini sudi membantu kita. Bertangguh dengan soalan dan alasan segala bagai hanya helah untuk tidak membuat apa yang diminta bantu.

    Belum tengok lagi air muka jenis ini bila menolong. Siap keluar perkataan "robot" sedangkan dia hanyalah manusia yang menjadikan siang sebagai malam dan malam sebagai siang. Ringkasnya manusia jenis ini memang tidak boleh diharap dan langsung tiada tanda-tanda insaf dalam masa dekat. Nauzubillah...


    Diam itu sejahtera.
    Bimbang sangat benci jadi amalan dalam hidup. Nauzubillah...

    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP