Google+ Badge

Selasa, 15 Mei 2018

USAHA DAKWAH DAN MEMBANTU USAHA DAKWAH.7 624.

TUN MAHATHIR PERNAH BUAT USAHA DAKWAH DAN MEMBANTU USAHA DAKWAH.
.
Kisah ini telah di ceritakan di mukabuku oleh salah seorang bekas Pelajar University Of Arizona Amerika Syarikat, bekas pelajar ini adalah antara ahbab Awalin Pelajar Luar Negara yang buat Usaha Dakwah Tabligh dengan istiqamah dan menjadi rujukan kepada ahbab ahbab yang baru.

Jazakallah khir kepada awalin Syeikh Mohammad Lutfi Othman atas perkongsian cerita yang sangat sangat mengembirakan rakan rakan seusaha.

Semuga segala fikir risau, tangis dan doa serta titik peluh Tuan Mohammad Lutfi Othman dalam kerja agama mendapat redha Allah....amin.

Cerita

Petikan dari mesej Whatsapp grup rakan rakan alumni University of Arizona. 

Yang mulia PM kita YAB Tun Dr Mahathir Mohammad pun ada fikir agama, fikir umat.

Kita bagaimana..?

Tun Mahathir sejak sekian lama memang mesra dgn pengusaha pengusaha agama.

Pada tahun 2012...saya telah keluar belajar iman yakin dan ilmu dakwah di negara India.

Semasa saya duduk program ilmu di masjid Banglawali Aulia Hazrat Nizamudin, New Delhi india, sepas magrib seorang eldest (orang lama) bernama Bhai Faruk Sahep telah menyampaikan bayan nya utk Halkah Nusantara Melayu.

Beliau menyampaikan bayan dengan bercerita bagaimana usaha keatas Ijtimak Pertama Malaysia tahun 1982 di Kubang Bujuk Kuala Terengganu berlaku.

Sebelum ijtimak berlangsung Bhai Faruk sendiri bersama jemaahnya telah diputuskan untuk berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad, Tun telah melayan tetamu dengan baik, ketika Bhai Faruk hendak menyampaikan maksud kedatangan mereka berjumpa dengan PM Malaysia itu. Tun Dr. Mahathir telah membuka cerita iaitu beliau pernah keluar berdakwah atau keluar Tabligh selama 10 hari ketika belajar di England...

Tun Dr. Mahathir yelah menceritakan bagaimana beliau buat Gash, baca Taklim,  Belajar Adab dan sebagainya...

Akhirnya Tun Dr. Mahathir telah bersetuju ijtimak atau perhimpunan besar Dakwah Tabligh diadakan di malaysia pada tahun 1982 dimana ijtimak itu dihadiri oleh Hadratji Maulana Inamul Hasan rahmatullah allaih.

Moga allah pelihara usaha Dakwah di Malaysia....amin.

Subhanallah.....

Wallahuawaallam..

Semuga kita semua dapat mendoakan agar Usaha Agama hidup subur dan dapat menyatukan semua Umat akhir zaman ini....amin

P/S GAMBAR2 TUN BERSAMA ORANG2 FIKIRMAN DAN BERSAMA CUCU SAUDARA TUN YG BARU BALIK DARI IPB.

Tiada ulasan: