Sabtu, 30 Jun 2018

Umno di ambang kemusnahan keramatnya? 7820.









BERITA » Nasional Sabtu, 30 Jun 2018 | 10:35pm

Bharian Berita Nasional Oleh Ismail Mat cnews@nstp.com.my

Orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri - Najib

SYAHDU... wajah Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan ketika doa dibacakan pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pekan, hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan, orang Melayu kini terbangsat di negara sendiri, sejak UMNO kehilangan kuasa sebagai pemerintah.
Beliau yang juga bekas Presiden UMNO, berkata selepas menyelesaikan pemilihan, semua ahli UMNO kini perlu meletakkan kepentingan parti sebagai keutamaan mereka, dalam usaha membina semula kekuatan.
Najib juga menggesa semua pihak dalam parti itu, belajar dari kesilapan lalu, sambil memperkuatkan perpaduan dan kasih sayang sesama ahli.
"Kita hendaklah berhenti berbalah. Elakkan membuat tohmahan yang boleh menjejaskan perpaduan UMNO jika ingin memulihkan kekuatan parti dan mengangkat perjuangan agama, bangsa dan negara.
"Orang Melayu tidak boleh berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mempertahankan dan memperjuangkan nasib mereka. Ini kerana kekuatan parti Melayu mereka (PH) datang dari sokongan orang bukan Melayu," katanya dalam catatan terbaru menerusi Facebook, malam ini.
Najib mendakwa, setakat ini, kerajaan Pakatan Harapan mengizinkan pencabulan terhadap bahasa Melayu, agenda Islam dan Bumiputera juga tidak akan mendapat tempat utama dalam pentadbiran mereka.
"Saya pernah sebut Melayu akan terbangsat di negara sendiri jika UMNO hilang kuasa. Kita (UMNO) sudah terlepas kuasa dan mesti tabah hadapi ujian Allah SWT ini.

"Insya-Allah, dengan adanya perpaduan yang lebih kukuh dan kasih kepada parti, UMNO boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terutamanya orang Melayu," katanya.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443564/orang-melayu-kini-terbangsat-di-negara-sendiri-najib


Mat Sabu dipuji Menteri Pertahanan Singapura

Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen.
SINGAPURA: Singapura menyatakan kesediaan untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan dengan Malaysia berhampiran Batuan Tengah dan pulau Batu Putih, kata Menteri Pertahanan Singapura, Ng Eng Hen sambil menambah inisiatif itu akan mengurangkan kos untuk mengawal laluan perkapalan penting di kawasan perairan terbabit.
Dalam satu wawancara sebelum ini, Menteri Pertahanan Malaysia, Mohamad Sabu mencadangkan kedua-dua negara meningkatkan keselamatan di perairan sibuk pintu masuk Selat Singapura itu yang menghubungkan beberapa ekonomi besar di Asia Barat dan Asia Timur.
"Saya menyokong penuh cadangan beliau. Tidak logik untuk menghantar lebih banyak aset di sekitar Batu Putih atau Batuan Tengah, jika kita boleh mencapai pelan bersama," kata Dr Ng semalam.
Ketika ini, kedua-dua negara bersama Indonesia dan Thailand menjalankan rondaan bersama di Selat Melaka dan Singapura. Tentera laut semua negara itu sering bertemu untuk menilai dan memperbaiki penyelarasan serta bertukar maklumat risikan dan insiden yang menimbulkan kesangsian.
"Ia akan mengurangkan keperluan kita di sana dan kita boleh mencapai persefahaman mengenainya. Kita juga melakukannya untuk misi mencari dan menyelamat," kata Dr Ng tanpa mengulas lanjut sambil memuji pandangan bijak rakan sejawatannya dari Malaysia.
Dr Ng berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dalam mesyuarat bilateral atau multilateral pertahanan kedua-dua negara.
"Sebagai negara berjiran paling rapat, kerjasama adalah caranya. Kami mahu akan menerokai lebih banyak peluang untuk bekerjasama," katanya. - Agensi/CNA
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2018/06/443529/mat-sabu-dipuji-menteri-pertahanan-singapura

Mungkinkah sebagai petanda Umno sedang menggali pusaranya? 

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 9:49pm
Bharian Berita Politik Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Zahid Presiden baharu UMNO

Sah. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang baharu. - Foto Twitter
Zahid Presiden baharu UMNO

KUALA LUMPUR: Sah. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah Presiden UMNO yang baharu.
Ia selepas Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berjaya memperoleh 93 undi setakat jam 9.23 malam, sekali gus menewaskan empat pesaingnya.
Ahmad Zahid menewaskan dua nama besar dalam UMNO iaitu, bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang juga Ahli Parlimen Rembau yang memperoleh 51 undi.
Manakala veteran UMNO selaku Ahli Parlimen Gua Musang hanya mendapat 23 undi.
Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang dilabel calon ikan bilis iaitu ahli UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan ahli UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, masing-masing belum memperoleh sebarang undi.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443548/zahid-presiden-baharu-umno

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 7:14pm
Bharian Berita Politik Oleh Ifwan Tun Tuah ifwan@nstp.com.my

Jimat kos: Cadang pindahkan ibu pejabat UMNO dari PWTC
Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada sidang media sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2018 di Dewan Elegance Cattleya Senawang, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

SEREMBAN: UMNO perlu mengkaji cara mengurangkan kos pengurusan parti, termasuk mempertimbang cadangan memindahkan ibu pejabat dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti kali ini, berkata kos ditanggung terlalu tinggi dan UMNO berkemungkinan tidak mampu meneruskannya dalam keadaan sekarang.

"Kita perlu mengkaji sama ada perlu ibu pejabat (UMNO) di PWTC atau boleh pindahkan ke tempat lain yang kosnya lebih sederhana. Kita perlu menerima hakikat (parti) sudah kalah dan tidak boleh terus dengan cara lama.

"Keutamaan UMNO ialah memastikan kos pengurusan tidak besar. Tidak perlu kelihatan gah dan glamor tetapi penuh dengan masalah pada peringkat akar umbi.

"Dunia sedang berubah dengan cukup pantas. Jika kita masih dalam suasana lama, maka kita akan ditinggalkan dan tidak lagi relevan," katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai pembekuan akaun UMNO berikutan siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula, Mohamad berkata, kepemimpinan baharu parti perlu berunding dengan pihak berkuasa terbabit supaya peruntukan bagi pembayaran gaji kakitangan boleh diberi pengecualian.

Bagaimanapun, beliau berkata, akaun UMNO Negeri Sembilan tidak dibekukan kerana tiada menerima peruntukan khas yang besar daripada Presiden parti sebelum ini.

"Kita tidak mendapat peruntukan berkenaan. Saya ada minta tetapi tidak dapat. Hangat juga hati ketika itu tetapi syukur tidak dapat, ada hikmahnya," katanya.

Justeru, Mohamad berkata, kepemimpinan baharu UMNO perlu memberi tumpuan terhadap ketelusan akaun dan aset parti selepas ini, sekali gus tidak lagi menjadi rahsia yang hanya diketahui beberapa pemimpin tertinggi seperti dahulu.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443516/jimat-kos-cadang-pindahkan-ibu-pejabat-umno-dari-pwtc

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 7:25pm
Bharian Berita Politik Oleh Amin Ridzuan Ishak cnews@nstp.com.my

Beku akaun wajar untuk bantu siasatan - Adnan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. - Foto Aizuddin Saad

BENTONG: Badan Perhubungan UMNO Pahang menerima pembekuan akaun bank miliknya sebagai wajar bagi memberi laluan kepada penyiasatan oleh pihak berkuasa berhubung pelbagai isu berbangkit.

Mengesahkan akaun bank berkenaan sudah dibekukan, Pengerusinya, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata pihaknya akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

"Saya bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) pada 19 Jun lalu dan Tun Daim Zainuddin bertanyakan sama ada kami ada mendapat bantuan kewangan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)...saya kata Badan Perhubungan UMNO Pahang mendapat dua keping cek.

"Saya ada menyimpan dokumen seperti salinan imbasan dan penyata kewangan, ini memudahkan pihak berkenaan membuat siasatan.

"Tindakan ini wajar bagi membantu siasatan, namun saya hairan akaun UMNO Bahagian Bentong pun turut dibekukan dan saya diberitahu kita ada mendapat cek...kita terbuka dalam siasatan dilakukan pihak berkuasa," katanya ditemui selepas mesyuarat UMNO Bahagian Bentong di Dewan Arena, dekat sini, hari ini.

Baru-baru ini, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang memangku jawatan Presiden UMNO mendedahkan SPRM membekukan akaun UMNO Pusat, UMNO Selangor dan UMNO Johor.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai membekukan akaun yang mempunyai kaitan dengan siasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam pada itu, Adnan berkata, walaupun berdepan tindakan pembekuan akaun berkenaan pihaknya akan terus bergerak namun dengan cara lebih bersederhana.

"UMNO ketika mula penubuhannya dahulu pun bukan senang tetapi kita ada semangat, jika kita ambil semula semangat berkenaan maka tiada masalah untuk bangkit semula," katanya.

Selain itu, Adnan berkata, ahli UMNO harus menerapkan tiga aspek bagi mengembalikan semula martabat parti itu supaya ia diterima rakyat pada masa depan.

"Tiga aspek itu adalah mempunyai jiwa kuat serta roh suci, penampilan dan kelakuan yang baik...InsyaAllah kita akan mendapat kepercayaan rakyat," katanya.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443520/beku-akaun-wajar-untuk-bantu-siasatan-adnan

BERITA
Faisal Asyraf  |  Diterbitkan 26 Jun 2018, 9:30 malam  |  Dikemaskini 26 Jun 2018, 11:40 malam

Wartawan mula 'berkampung' di Langgak Duta, spekulasi Najib akan ditangkap

Ramai wartawan mula berkumpul di Jalan Langgak Duta kerana terdapat ura-ura bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak akan ditangkap di kediaman peribadinya itu hari ini.

Kira-kira 30 wartawan kelihatan berjaga-jaga di persimpangan berhampiran rumah Najib yang dihalang daripada dimasuki dengan garisan polis berwarna kuning.

Empat anggota polis dipercayai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul juga dilihat berjaga di pintu masuk tetapi ia merupakan pemandangan biasa semenjak BN yang dipimpin Najib dikalahkan pada PRU14 bulan lalu.

Bagaimanapun, setakat jam 9 malam tadi tidak ternampak kenderaan polis mahupun pelawat yang memasuki atau datang dari rumah Najib.

Beberapa orang pemberita berkata, mereka telah diminta untuk bersiap sedia di Langgak Duta disebabkan para penyiasat akan menyiapkan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam sedikit waktu lagi dan pihak berkuasa dijangka menangkap Najib dalam masa terdekat.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pasukan penyiasat kini 'memiliki kes yang hampir sempurna' terhadap suspek utama skandal 1MDB, lapor Reuters pada 19 Jun lalu.

Komen
PERINGATAN: 
Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Sumber: 
https://www.malaysiakini.com/news/431441

BERITA » Nasional Sabtu, 30 Jun 2018 | 6:45pm
Bharian Berita Nasional Siti Nur Mas Erah Amran cnews@nstp.com.my

Siasat Projek ADAX - Gobind

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo. - Foto Aswadi Alias
Siasat Projek ADAX - Gobind

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengarahkan siasatan penuh terhadap projek bursa data fizikal pertama di dunia, ASEAN Data Analytics Exchange (ADAX) yang dilaksanakan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) berikutan kebimbangan terhadapnya.

Katanya, beliau menerima banyak pertanyaan berhubung projek terbabit dan antara persoalan yang ditimbulkan adalah sama ada wujud percanggahan kepentingan antara pengurus program berkenaan dengan penyedia latihan atau sebaliknya.

"MDEC yang sedang menjalankan siasatan turut meminta bantuan Jabatan Audit Negara untuk melakukan audit berhubung projek terbabit.

"Laporan lengkap berhubung projek berkenaan dijangka akan dikemukakan dalam tempoh terdekat. Buat masa ini, tiada dakwaan dibuat terhadap sesiapa yang dipercayai melakukan kesalahan atau salah laku dalam projek ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Gobind turut menegaskan beliau akan memberikan komitmen penuh bagi memastikan pengurusan pentadbiran di bawah kementeriannya kekal telus dan berintegriti.

"Sekiranya siasatan membuktikan wujudnya salah laku, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pihak yang terbabit," katanya.

ADAX, bursa data fizikal pertama di dunia yang terletak di Malaysia menyasar untuk melahirkan 20,000 profesional data menjelang tahun 2020, sekali gus mencapai aspirasi ekonomi digital negara.

Profesional data berpeluang menjana pendapatan penengah atau median hingga RM50,000 sebulan jika mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun. Di Amerika Syarikat (AS), gaji median profesional data boleh mencecah AS$128,000 sebulan.

ADAX yang berpusat di Bangsar South di sini, adalah inisiatif yang diterajui MDEC dan peruntukan daripada Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB).

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443504/siasat-projek-adax-gobind

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 6:55pm
Bharian Berita Politik Oleh Mohd Nasaruddin Parzi bhnews@bh.com.my

Tolak senarai 'cai' demi ketelusan parti

Ketua Bahagian Kuala Langat, Zurihan Yusof (empat kiri) yang menang tanpa bertanding beramah mesra bersama Ketua Pemuda Kuala Langat, Shahril Sufian Hamdan (enam kiri) dan para perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Langat sempena pemilihan UMNO 2018. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

KUALA LUMPUR: Penggunaan 'cai' atau senarai bayangan barisan pemimpin untuk dipilih bagi mempengaruhi perwakilan dalam pemilihan UMNO, disifatkan sebagai mencabar demokrasi.
Justeru, Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan, berkata semua perwakilan UMNO perlu menolak sekeras-kerasnya penggunaan kertas cai yang dibekalkan kepada mereka menjelang pengundian hari ini.
Katanya, tidak ada gunanya UMNO berbangga menyatakan parti menyerahkan kepercayaaan kepada 150,000 perwakilan untuk mengundi bagi memilih barisan peneraju parti, namun sebaliknya masih ditentukan kelompok tertentu.
"Amalan cai ini wajar ditolak perwakilan yang diberi hak untuk menentukan hala tuju parti. 
"Tiada guna kita gah mengatakan 150,000 perwakilan mengundi jika yang menentukan undi nanti sebenarnya hanya individu tertentu saja (melalui penggunaan cai)," katanya.
Beliau mengulas laporan BH berkenaan berleluasanya kempen 'cai' pada pemilihan UMNO kali ini termasuk pada Sabtu lalu, ketika berlangsungnya pemilihan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.
Sukar buat pilihan
Antara alasan digunakan perwakilan antaranya terlalu ramai calon bertanding, dengan sebahagian besarnya tidak dikenali menyebabkan kesukaran kepada mereka dalam membuat pilihan.
Calon Ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat, berkata langkah terbaik mengelakkan budaya cai berterusan, adalah dengan memberikan tempoh yang cukup untuk semua calon berkempen.
Katanya fungsi jawatankuasa disiplin parti juga perlu diaktifkan bagi memantau amalan ini.
"UMNO mesti galakkan setiap perwakilan mempunyai cai mereka sendiri. Maknanya mereka yang memilih siapa yang difikirkan layak untuk diangkat sebagai presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli MT. 
"Seelok-eloknya senarai calon yang bertanding, maklumat pengalaman dan akademik mereka dimuat naik melalui laman web khas yang diwujudkan, bagi membolehkan perwakilan menilai dan mendapatkan maklumat tepat mengenai calon," katanya.
Beliau berkata, jika kaedah seperti ini tidak digunakan dan parti membiarkan amalan cai berterusan, dibimbangi pemimpin yang dipilih nanti bukan kehendak rakyat, sebaliknya sekadar mengagih-agihkan jawatan sesama mereka.  
Justeru, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas yang akan bertanding Ketua UMNO Bahagian Pulai itu menasihatkan perwakilan tidak bergantung kepada cai dibekalkan kerana ia dianggap satu penghinaan kepada diri sendiri.
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443510/tolak-senarai-cai-demi-ketelusan-parti

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 6:59pm
Bharian Berita Politik Oleh Fahmy Azril Rosli cnews@nstp.com.my

Zahid masih mendahului, KJ ekori rapat

Pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bagan Datuk Tahun 2018 di Kompleks UMNO Bagan Datuk. - Foto Abdullah Yusof

KUALA LUMPUR: Sehingga jam 6.10 petang, pemangku Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi masih mendahulu calon lain dengan 39 undi.

Ahmad Zahid diekori rapat bekas Ketua Pemuda UMNO yang juga Ahli Parlimen Rembau dengan 35 undi.

Manakala Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, ketinggalan jauh dengan hanya memperoleh 12 undi.

Dua lagi pencabar kerusi berkenaan yang kurang dikenali ialah anggota UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar Puteri Mohd Yusof Musa@Jamaluddin, masing-masing belum memperoleh sebarang undi.

Pemilihan jawatan Naib Presiden pula menyaksikan Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin masih kekal mendahului dengan sembilan undi.

Mengekori rapat bekas Menteri Besar Johor adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dengan lapan undi sambil disusuli rapat Datuk Seri Johari Abdul Ghani dengan enam undi.

Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mendapat lima undi, manakala Datuk Seri Ahmad Said dengan satu undi.

Bagi jawatan Naib Presiden, calon ikan bilis, Sheikh Razali Sheikh Hamad masih gagal meraih sebarang undi.

Sementara itu, pemilihan Timbalan Presiden UMNO menyaksikan dua calon bersaing rapat.

Buat masa ini, Datuk Seri Mohamad Hasan setakat meraih 12 undi, malah Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dengan 10 undi.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443512/zahid-masih-mendahului-kj-ekori-rapat


'UMNO perlu kembalikan dana'

TUN Dr Mahathir Mohamad berucap pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Parlimen Langkawi di Kompleks Sukan LADA, Kuah. - Foto BERNAMA


LANGKAWI: UMNO perlu mengembalikan dana miliknya jika terdapat bukti wang di dalam akaun parti itu datang dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata tindakan membekukan akaun UMNO yang dilakukan agensi penguatkuasaan kerajaan adalah bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.
Katanya, UMNO perlu membuktikan daripada mana sumber parti itu memperolehi wang berjumlah ratusan juta yang kini berada di dalam akaun banknya.
"Kita hendak tahu duit yang dapat pada UMNO (berjumlah) beratus juta itu datang dari mana?
"Jika ia datang dari 1MDB, maka wang itu perlu dikembalikan. Kita sedang siasat duit yang mereka ambil," katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Kota Mahsuri, di sini, hari ini.
Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak membekukan akaun bank UMNO Pusat dan di peringkat negeri bagi membantu siasatan berkaitan 1MDB.
Setakat ini UMNO Selangor, Kedah dan Johor mengesahkan akaun bank parti itu sudah dibekukan menyebabkan ada antara mereka mula menimbangkan kemungkinan memberhentikan kakitangan pentadbiran pejabat.
Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan Malaysia akan menghantar kertas cadangan kepada Indonesia bagi kerjasama pengeluaran kereta nasional ketiga negara.
"Saya ada sentuh mengenai perkara itu (dalam kunjungan ke Indonesia) tapi saya tidak tahu mereka berminat atau tidak.
"Mereka mahu melihat cadangan itu dan kita akan serahkan," katanya.
Selain Indonesia, Dr Mahathir turut menjemput Jepun bagi melaksanakan projek pengeluaran kereta nasional yang masih dalam peringkat perancangan berkenaan.
Mengulas mengenai penarafan kadar tukaran asing matawang Ringgit oleh Standard and Poor Rating daripada A-/A-2 kepada A-/A-1, beliau berkata ia adalah dari kesan pengurusan ekonomi negara yang baik.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/06/443474/umno-perlu-kembalikan-dana

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 5:47pm
Bharian Berita Politik Oleh Malik Muhamad dan Aslina Abu Bakar cnews@nstp.com.my

Ahmad Razif kecundang di Kuala Nerus

AHMAD Razif bersama pesaingnya Apli selepas selesai membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di TH Hotel. - Foto Ghazali Kori
KUALA TERENGGANU: Kejutan berlaku di Umno Bahagian Kuala Nerus apabila penyandang Ketua Bahagian, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas tipis kepada naib ketua bahagiannya, Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus kali ke-30 sebentar tadi.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahmad Razif yang juga mantan Menteri Besar Terengganu memperolehi undian sebanyak 424 manakala Apli mendapat 465 undi.
Keputusan tidak rasmi itu adalah satu kejutan dan jelas pengundi di Bahagian Kuala Nerus itu mahukan orang muda untuk menerajui bahagian itu selain mahukan perubahan selepas Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 Mei lalu.
Bagi jawatan timbalannya juga berlaku kejutan apabila penyandangnya, Datuk Basir Ismail tewas dengan majoriti 274 undi kepada bekas 'orang kuat' bahagian yang membuat penampilan kembali, Mohd Shapian Ali, yang memperolehi sebanyak 576 undi.
Jawatan naib ketua pula dimenangi Datuk Raja Arif Raja Ali yang memperolehi undi sebanyak 473 menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu Khairuddin Abd Majid yang mendapat 360 undi dan Anuwar Mohd 49 undi.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443476/ahmad-razif-kecundang-di-kuala-nerus

BEKAS PENGERUSI FELDA-FGV-SPAD. 
BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 10:31pm
Bharian Berita Politik Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@nstp.com.my

Orang lama beri laluan

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. - Foto Munira Abdul Ghani
KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO 2018-2021 menyaksikan beberapa veteran dan nama besar dalam parti melepaskan jawatan di peringkat bahagian bagi memberi laluan kepada muka baharu.
Antaranya, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Port Dickson.
Jawatan Mohd Isa itu kini disandang bekas Ketua Penerangan Bahagian berkenaan, Mohd Faizal Ramli yang menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Datuk Tun Hairuddin Abu Bakar.
Bagaimanapun, Mohd Isa masih memegang jawatan Ketua UMNO Cawangan Bagan Pinang.
Turut melepaskan jawatan pada pemilihan kali ini adalah bekas Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh yang tidak menawarkan diri bertanding merebut jawatan sama ada di peringkat bahagian atau pusat.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu yang sebelum ini menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO serta Naib Ketua UMNO Bahagian Besut, kini memegang jawatan Ketua Umno Cawangan Seberang Jertih.
Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman juga tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Libaran yang dipegangnya sejak 1993.
Jawatan itu kini menjadi milik bekas Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Ajirol yang menang tanpa bertanding selepas pesaingnya, Datuk Akhbar Khan Abdul Rahman menarik diri.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga antara 'orang lama' yang tidak mempertahankan jawatan apabila melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai.
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Ramlan Askolani, menang tanpa bertanding jawatan itu.
Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohd Johari Baharum, pula antara nama besar di Kedah yang melepaskan jawatan di peringkat bahagian.
Ahmad Bashah tidak mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Alor Setar yang disandangnya sejak 1993.
Mohd Johari pula melepaskan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu.
Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443562/orang-lama-beri-laluan

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 10:06pm
Bharian Berita Politik Oleh Ahmad Suhael Adnan ahmad.suhael@.com.my

Ahmad Razif, Idris tewas di bahagian

Calon Ketua Bahagian UMNO Kuala Nerus, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman bersama pesaingnya Apli Yusof (kanan) ketika membuang undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di TH Hotel. - Foto Ghazali Kori
KUALA LUMPUR: Pemilihan UMNO bagi penggal 2018-2021, hari ini, mencatatkan kejutan apabila dua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga bekas menteri besar dan ketua menteri, tewas di peringkat bahagian.

Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu memperoleh 424 undi, sekali gus tewas tipis kepada pencabarnya yang juga Naib Ketua UMNO bahagian itu, Apli Yusoff, yang memperoleh 465 undi.

Apli menang dengan majoriti 41 undi.


Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron, gagal mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.
Calon Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron (tengah) mengadakan sidang media selepas mengundi pemilihan UMNO Bahagian Tangga Batu di Hotel Mahkota, Banda Hilir. - Foto Rasul Azli Samad 
Idris yang memperoleh 151 undi tewas kepada Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO bahagian itu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad yang mendapat 353 undi.

Mohamad Ali menang dengan majoriti 202 undi.

Sementara itu, enam bekas menteri dan seorang bekas timbalan menteri menang pada pemilihan di peringkat bahagian masing-masing.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berjaya mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Arau, yang dipegang sejak tempoh 24 tahun lalu.

Empat lagi menang tanpa bertanding, iaitu bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed (Ketua UMNO Bahagian Jeli); bekas Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar (Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang).

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (Timbalan Ketua Bahagian Rembau) dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ketua UMNO Bahagian Putrajaya).

Bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pula menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Larut setelah menewaskan pesaingnya, Nordin Hassan.

Bekas Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Inovasi, Datuk Wira Abu Bakar Mohd Diah mengekalkan jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu apabila menewaskan pencabarnya, Nor Azman Hassan.

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Kangar selepas mengalahkan pencabarnya yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Azhar Ahmad.

Empat bekas menteri besar turut mempertahankan jawatan masing-masing di peringkat bahagian.


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Rembau.
Ketua UMNO Bahagian Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berucap pada sidang media sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Rembau Tahun 2018 di Dewan Elegance Cattleya Senawang, Negeri Sembilan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang turut bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO, menewaskan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Datuk Rais Zainuddin.

Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang); bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob (Ketua UMNO Bahagian Bentong) dan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said (Ketua UMNO Bahagian Kemaman).

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim turut mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Baling selepas pencabarnya, Syamsuddinnor Shaari, menarik diri, semalam.


Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, manakala bekas EXCO Pemuda UMNO, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya menang tanpa bertanding jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, selepas pencabarnya, Datuk Abdul Jamil Saad menarik diri.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443553/ahmad-razif-idris-tewas-di-bahagian

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 10:42pm
Bharian Berita Politik Oleh Amirul Aiman Hamsuddin cnew@nstp.com.my


Jamal menang di Sungai Besar

Perwakilan UMNO Bahagian Sungai Besar menyaksikan ucapan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos melalui rakaman video di Dewan UMNO Bahagian Sungai Besar. - Foto Amirul Aiman Hamsuddin
SUNGAI BESAR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang menjadi buruan polis, berjaya mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu hari ini.

Beliau menewaskan pencabarnya yang juga bekas Setiausaha UMNO bahagian itu, Datuk Masloro Abdullah.

Jamal memperoleh undi 347 undi berbanding Masloro yang menerima 240 undi.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Ramli Norani, pula mempertahankan jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya, Ketua UMNO Cawangan Tali 13 Sungai Nipah, Abdul Wahab Sarman.

Budiman Mohd Zohdi menang tanpa bertanding jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar.

Sumber: 
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443566/jamal-menang-di-sungai-besar

"Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu).” (Surah Al-A'raaf, Ayat: 126 ) 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Allah Subhanahuwatalla menegaskan dunia ini hanyalah keseronokan yang melalaikan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: 

“Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” (QS: Al Imran 3:185) 

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

ماشاءالله

 سبحان الله

 الله اکبر

    سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ

بسم الله الرحمن الرحيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، 

وعلى آله وصحبه أجمعين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ. 

سُبْحَانَ اللَّهِ اَللَّهُمَّ صَلِّي عَلَى سَيّدنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلۓِ سَيّدنَا مُحَمَّدٍ 
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين 
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ 

Tidak ada daya dan kekuatan 
kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwatalla. 
n.
HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n
.



Antara salahkan diri sendiri dengan salahkan pihak lain. Jadi imej individu. 7819.


.
DSNajib lepaskan jawatan Presiden Umno. DSH2O enggan bertanding menamatkan kesinambungan politik keluarga Allahyarham Dato On Jaafar dalam Umno.

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 12:15pm
Bharian Berita Politik Oleh Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my

Takut Presiden punca UMNO kalah
PENGERUSI Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. - Foto Mohd Azren Jamaludin

JOHOR BAHRU: Terlalu mengutamakan Presiden, takut berkata benar dan menyerang negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad, antara punca UMNO serta Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak takut berkata benar dan Presiden tidak mahu mendengar kebenaran.

"Saya masih ingat ketika kisah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mula-mula timbul apabila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO kini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian.

"Bagaimanapun, selepas itu saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak Presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

"Akhirnya saya mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden, mendukung saja beliau," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansari Resort, di sini, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, UMNO leka dan terpesong dari perjuangan sebenar iaitu memperjuangkan hak rakyat.

"UMNO memilih untuk tidak mempedulikan keluh kesah rakyat, kita tahu cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) membebankan, kita tahu kos sara hidup meningkat dan kehidupan rakyat semakin terdesak.

"Kita ada semua petunjuk dan data menunjukkan semua ini mengurangkan dengan deras sokongan rakyat kepada kita, tetapi kita memilih untuk tidak ambil pusing dan akur dengan keputusan Perdana Menteri.

"Sebaliknya, UMNO mencaci, mengungkit dan mempersendakan keturunan bekas Presiden dan Perdana Menteri (Dr Mahathir), menyebabkan rakyat tidak menyokong kerajaan," katanya.

Menurutnya, UMNO harus mengaku tidak tahu bagaimana berhadapan bekas pemimpin (Dr Mahathir) ketika itu.

Katanya, tidak boleh dinafikan ia antara sebab utama khususnya orang Melayu menolak UMNO pada PRU lalu.

Bekas Menteri Besar Johor itu berkata, antara faktor lain BN dan UMNO tewas adalah kerana kegagalan berbakti kepada bangsa dan rakyat Malaysia.

Menurutnya, UMNO mengungkit orang Melayu perlu berterima kasih kepada UMNO dan bukan sebaliknya.

"Kita jadikan UMNO jalan untuk mencari pengaruh, nama dan kekayaan, ini kesilapan yang mesti kita akui," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443385/takut-presiden-punca-umno-kalah

BERITA » Politik Jumaat, 29 Jun 2018 | 11:26pm
Bharian Berita Politik Oleh Mohd Iskandar Ibrahim; Ahmad Suhael Adnan dan Arfa Yunus cnews@nstp.com.my

Sifat berlagak, sombong punca UMNO tewas

Calon Presiden UMNO Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ketika temu bual eksklusif bersama Bernama di kediamannya di Jalan Langgak Golf, hari ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tiga calon Presiden UMNO berbeza pandangan mengenai kekalahan teruk parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), baru-baru ini.

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, percaya sifat berlagak dan sombong pemimpin UMNO antara punca utama kekalahan parti itu 9 Mei lalu.

"Ada antara pemimpin kita yang berlagak sombong, ekstremis serta seolah-olah macam elitis, tidak mahu bergaul, bercampur orang ramai dan rakyat susah untuk berjumpa mereka.

"Masa nak undi, sanggup turun ke bawah tetapi selepas dipilih, bergaya hidupnya, menunjuk-nunjuk ada harta lebih daripada biasa. Apa semua ini? Disebabkan ini, mereka marah kepada kita (UMNO)," katanya.

Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh, berkata ahli dan pemimpin UMNO perlu didoktrin untuk memahami makna politik wang yang bukan sahaja sudah menjadi barah, malah budaya hidup dalam parti itu.

Beliau berkata demikian pada program Debat Calon Presiden UMNO, yang disiarkan di Astro Awani, hari ini.

Selain Tengku Razaleigh, debat itu turut disertai dua lagi calon iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Naib Presiden UMNO, yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Khairy pula berkata, UMNO tewas kerana kepincangan serta masalah penyelewengan yang terpalit pada pemimpinnya dan kemerosotan undi bukan sahaja berlaku dalam kalangan pengundi muda, malah membabitkan saluran pengundian, termasuk pengundi pos.

"Hakikatnya, UMNO terpaksa menanggung skandal besar. Air di hulu keruh, ditapis macam mana sekalipun tetap akan kotor," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berpendapat, kegagalan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada PRU-14 adalah akibat prestasi tidak cemerlang rakan komponen yang sekadar memperoleh tiga kerusi Parlimen di Semenanjung.

"Kita perlu melihat pada realiti dan undi popular yang memaparkan kita memperoleh 45 peratus dan kegagalan ini dilihat kerana parti komponen lain hanya memenangi tiga kerusi.

"Kita perlu mempraktikkan tanggungjawab secara kolektif dan membuat perubahan bersama-sama, bukan menuding jari semata-mata.

"Kita juga perlu mengatasi masalah sabotaj kerana saya difahamkan ada pemimpin di akar umbi yang berkecil hati kerana tidak terpilih sebagai calon pilihan raya," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443278/sifat-berlagak-sombong-punca-umno-tewas

UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya. 7218.
UMNO sendiri pun sebenarnya begitu mementingkan jumlah yang ramai dalam program-program yang diadakannya, terutama jika melibatkan kehadiran Perdana Menteri.

Untuk itu, adalah perkara biasa - dulu, kini dan selamanya - bagi UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya.

Tidak cukup dengan itu, kadangkala pelajar sekolah, penuntut universiti, pegawai kerajaan, guru-guru dan peneroka Felda turut dikerah hadir semata-mata untuk mencipta berita palsu kononnya program yang diadakan itu  mendapat sambutan ramai dan pemimpin yang berucap begitu digila-gilakan oleh rakyat.

Oleh kerana Salleh Said Keruak sudah pandai memperlekeh kehadiran yang ramai dengan mengatakan ia tidak menggambarkan undi yang banyak, maka UMNO wajib berani berubah mulai sekarang.

Usah lagi menyediakan bas, membayar upah kehadiran, memberi elaun makan, duit poket dan sebagainya dalam mana-mana program UMNO, terutama yang dihadiri oleh Najib.

Biarkan saja mereka yang mahu hadir datang secara ikhlas dan sukarela serta tanpa paksaan. 

Nota:
Itu belum campur aktiviti upah cybertrooper, samseng rempet mengganggu ceramah pihak lawan dengan upah petrol bagai. 

Sumber:
UMNO membayar upah, menyediakan bas, memberi duit tambang dan elaun makan untuk memastikan kehadiran yang ramai dalam program-program anjurannya. 7218.

Kepala Umno
Setakat 3:41 petang dapat gambar seperti gambar di atas, bila klik sumber di bawah. 

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443361/kj-catat-undi-tertinggi

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 12:05am
Bharian Berita Politik Oleh Nur Izzati Mohamad cnews@nstp.com.my

Sabotaj menjelang pemilihan UMNO Bagan
Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian Bagan, Mohamad Afendi Azni (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa UMNO bahagian Bagan, Shahbani Mat Diasa menunjukkan surat pemecatan ahli dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu serta laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, Kepala Batas. - Foto Shahnaz Fazlie Shahrizal

KEPALA BATAS: Dua calon yang menawarkan diri bertanding jawatan Ketua dan Naib Ketua UMNO Bagan, meminta pemilihan serta mesyuarat bahagian itu ditangguhkan sementara selepas kedua-duanya dipecat tanpa alasan munasabah.

Naib Ketua Pemuda UMNO Bagan, Mohamad Affendi Azni dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bagan, Shahbani Mat Diasa, mendakwa menerima surat pemecatan itu kurang 24 jam dari sesi pemilihan yang akan berlangsung esok.

Mohamad Affendi yang mahu bertanding untuk jawatan Ketua Bahagian Bagan berkata, beliau terkejut apabila menerima surat berkenaan yang menyatakan beliau dan Shahabani melanggar perlembagaan parti tanpa menyatakan alasan kukuh.

"Lebih menghairankan, surat pemecatan ini tidak dikeluarkan Lembaga Disiplin UMNO tetapi dari UMNO negeri dan bahagian Bagan sendiri.

"Ia menyebabkan saya tidak berpuas hati, apatah lagi nama saya juga sudah disahkan bertanding untuk jawatan ini oleh UMNO Pusat," katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara, di sini, hari ini.

Mohamad Affendi berkata, beliau dan Shahbani yang bertanding Naib Ketua Bahagian membuat laporan polis kerana mendakwa surat pemecatan berkenaan tidak mengikut perlembagaan parti.

"Apa yang saya lihat, ini hanya sebagai percubaan untuk menghalang kami berdua daripada bertanding.

"Kami tetap akan pergi pada pemilihan esok untuk bertanding dan sekiranya kami tidak dibenarkan juga bertanding, kami minta pemilihan itu ditangguhkan demi masa depan parti yang kini dalam proses pemulihan," katanya.

Sementara itu, Shahbani berkata, hanya Lembaga Disiplin UMNO yang berhak memecat ahli.

"Tindakan UMNO negeri dan UMNO Bagan ini yang memecat saya dan Affendi pada saat akhir pemilihan dilihat ada sesuatu yang tidak kena dan menimbulkan rasa curiga.

"Jadi, kami minta pihak berkuasa menyiasat perkara ini supaya pemilihan yang berlangsung dalam bahagian ini dapat dijalankan dalam keadaan bersih tanpa wujud sebarang unsur sabotaj," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443294/sabotaj-menjelang-pemilihan-umno-bagan

BERITA » Politik Sabtu, 30 Jun 2018 | 2:41am
Bharian Berita Politik Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@nstp.com.my

Jangan cemari pemilihan dengan politik wang - KJ

Jamaluddin serta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiada dalam gambar) di Astro Awani, Bukit Kewangan. - Foto Halim Salleh

KUALA LUMPUR: Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin, bimbang kemungkinan pemilihan parti itu dicemari amalan politik wang di saat akhir pemilihan.
Biarpun mengakui berpuas hati dengan perjalanan pemilihan setakat ini, beliau menegaskan, setiap perwakilan perlu sentiasa berhati-hati bagi mengelak terjebak politik wang dalam memilih calon tertentu.
"Ya, saya ada mendengar perkara yang agak membimbangkan (politik wang).
"Tapi, saya amat berharap apa yang saya dengar itu tidak betul dan dalam pemilihan kali ini tidak berlaku perbuatan 'beli undi' daripada perwakilan," katanya pada sidang media selepas program Debat Calon Presiden UMNO, yang disiarkan di Astro Awani, malam tadi.
Debat itu turut disertai dua lagi calon iaitu Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah.
Khairy berkata, biasanya perbuatan membeli undi berlaku di saat akhir pada pemilihan UMNO dan ia perlu dihapuskan sama sekali untuk memastikan perwakilan dapat memilih dengan bebas tanpa ditekan atau dipaksa.
"Sama ada hal itu betul atau tidak, kita mesti pastikan kesahihan pelbagai maklumat yang didapati.
"Saya berpendapat semua tumpuan ramai kini pada UMNO untuk melihat proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO kali ini bersih dan telus," katanya sambil menjelaskan beliau berpendapat amalan politik wang dalam UMNO sudah berjaya dikurangkan dengan begitu signifikan.
Khairy turut mengulangi pendiriannya yang beliau tidak sesekali akan meninggalkan UMNO jika tewas dalam pemilihan presiden, sebaliknya akan terus menyokong sesiapa saja yang dipilih oleh perwakilan.
Katanya, cabaran utama Presiden UMNO yang dipilih bukan saja untuk mengembalikan keyakinan rakyat, malah wakil rakyat parti itu sendiri, sekali gus mengelakkan mereka daripada meninggalkan parti.
"Saya berpandangan, punca utama kita kehilangan (wakil rakyat) Bagan Serai dan Bukit Gantang adalah kerana mungkin dalam keadaan ketiadaan kepimpinan.
"Sebab itu, bila presiden parti dipilih hari ini, tugas utama adalah untuk memanggil dan berbincang dengan semua wakil rakyat UMNO yang terpilih sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dengan segera untuk meyakinan mereka bahawa kita boleh 'survive' sebagai pembangkang.
"Mereka perlu diyakinkan kita mempunyai agenda yang jelas untuk sama-sama membina semula kekuatan parti dalam masa lima tahun lagi dan mendapatkan komitmen sertabsokongan mereka supaya tidak meninggalkan parti," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Bukit Gantang dan Bagan Serai iaitu Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, mengisytihatkan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta menjadi wakil rakyat bebas.
Dalam pada itu, Khairy enggan terlalu optimistik biarpun undian di media sosial memihak kepada beliau dan menyerahkan perkara itu sepenuhnya kepada perwakilan.
Katanya, beliau memanfaatkan masa singkat untuk berkempen, termasuk menjelajah ke seluruh negara menemui ahli parti di cawangan dan bahagian.
"Setiap calon perlu ada keyakinan untuk menang. Saya berkeyakinan bahawa keajaiban boleh berlaku esok dan ahli di bawah mahukan saya untuk melakukan perubahan.
"Saya nak pesan..jangan pekak kehendak rakyat. Kita nak pilih pemimpin UMNO yang boleh kembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO.
"JIka rakyat sudah menyatakan kehendak mereka, ia sepatutnya diberi perhatian oleh perwakilan dan mereka mesti memberanikan diri bawa perubahan," katanya.
Sementara itu, Tengku Razaleigh menekankan pentingnya peluang diberi kepada muka baharu dan golongan muda yang layak untuk diangkat sebagai pemimpin UMNO.
Sumber:
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/06/443313/jangan-cemari-pemilihan-dengan-politik-wang-kj

.
HOME MALAYSIA Published 10 minutes ago on 30 June 2018
By Ram Anand

Zahid takes early lead in Umno presidential polls
Umno presidential candidate Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi casts his vote during the Umno delegates meeting in Bagan Datuk June 30, 2018. — Picture by Farhan Najib
Umno presidential candidate Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi casts his vote during the Umno delegates meeting in Bagan Datuk June 30, 2018. — Picture by Farhan Najib

KUALA LUMPUR, June 30 — Acting president Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi has taken an early lead in the Umno presidential election today as initial results from divisions nationwide started streaming in at 3pm.

According to the Twitter account set up by the party for their internal election, Zahid has been picked as the choice for president in six divisions so far.

Former Youth chief Khairy Jamaluddin has three votes, while party veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah has one vote.

The three of them are considered main contenders in a five corner battle for Umno presidency.

Sumber:
https://www.malaymail.com/s/1647219/zahid-takes-early-lead-in-umno-presidential-polls?



n.
HTML NOTE:

s3v3n

s3v3n
.