Rabu, 22 Ogos 2018

Kuih Karipap inti Angin. 8085.


Baru jumpa jenis kuih tuu sebentar tadi (beberapa hari lepas) di facebook. Made in Melayu? Macam-macam jenis kuih sekarang. Xtahulah sama harga atau tidak dengan karipap inti kentang berperisa kari. 
Foto Liya.
WEDNESDAY, AUGUST 22, 2018
Takbir Raya
Posted by Editor at 00:28 
WEDNESDAY, AUGUST 22, 2018
Masjid zikir
Posted by Editor at 00:27 

Share ucapan: 
Wednesday, 22 August 2018
SALAM AIDIL ADHA

Selamat Hari Raya Aidil Adha diucapkan kepada semua pembaca blog ini, khususnya yang beragama Islam, tidak kira di mana juga mereka berada.

Selain disambut kerana terkait dengan ibadah haji di Mekah yang juga merupakan rukun Islam kelima, Hari Raya Aidil Adha turut dikenali sebagai Hari Raya Korban.

Ia adalah sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap anaknya, Nabi Ismail dalam mentaati perintah Allah.

Bagi yang berkemampuan, menunaikan ibadah haji dan melakukan korban dengan menyembelih binatang ternakan serta kemudian bersedekah dengannya adalah sesuatu yang sangat dituntut dalam Islam.

Tetapi, bagi yang belum atau tidak berkemampuan, sentiasa mentaati perintah Allah serta melakukan pengorbanan dengan berusaha melakukan yang terbaik demi kehidupan di dunia dan akhirrat sambil selalu menyembelih segala sifat buruk dalam diri sendiri, ia adalah juga langkah yang amat terpuji.

Semoga Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban ini bertandang lagi menemui kita pada tahun-tahun seterusnya dan di waktu yang sama juga, kita terus menjadi manusia dan rakyat yang terbaik di sisi Tuhan.

Salam Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin. (ShahbudinHusin 22/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/salam-aidil-adha.html
Shahbudin dot com: SALAM AIDIL ADHA

PILIHAN GAMBAR HARI RAYA AIDILADHA 2018 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN
IN KAMPUNG PERDAMIAN, MASJID DARUL AMAN, RAYA - ON 10:10 PG

Sembahyang Sunat Aidiladha di Masjid Darul Aman










Ayahanda Abdullah C.D.
Menyampaikan Selamat Hari Raya buat ayahanda tercinta



Suasana hari raya di kediaman ayahanda Abdullah C.D.















http://matamin02.blogspot.com/2018/08/pilihan-gambar-hari-raya-aidiladha-2018.html
PILIHAN GAMBAR HARI RAYA AIDILADHA 2018 DI KAMPUNG PERDAMAIAN SUKHIRIN | Kini Dan Silam

22 August 2018

Salam AidilAdha...

Dr.M : How stupid can Najib be... Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has bestowed an unflattering title on his predecessor Najib Abdul Razak's administration with regard to contracts for mega projects with Chinese firms.

According to him, the nation has never witnessed such foolishness in negotiating contracts. “Such stupidity has never been seen in the history of Malaysia,” he said. Mahathir was speaking at a press conference in Beijing where he is on an official visit to renegotiate the terms for the East Coast Rail Link (ECRL) and two gas pipeline projects by Suria Strategic Energy Resources (SSER).

The prime minister confirmed that the Chinese government had “understood” when he explained that Putrajaya was deferring the ECRL and SSER projects because the country could not afford them. The amount of compensation for both had yet to be worked out but he expected it to be “quite substantial” “We must find a way to exit this project (ECRL) and at the lowest cost possible, (and) we will have to pay compensation. “But this is our own people's stupidity. We can’t blame the Chinese for that,” he added. 

Mahathir further criticised Najib for agreeing to contracts like the SSER, where money was paid based on a timeline rather than progressive work completion milestones.

“I have never heard of a contract where you pay on time without work (being) done. Normally, we pay according to the work done. What kind of stupidity is this?” he questioned.
RM500m to compensate postponing HSR: China had previously expressed keen interest on the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) but Putrajaya is also looking at postponing that project.

Today, Mahathir described the HSR as “unnecessary” and said the government must yet again be prepared to fork out large sums in compensation. “Well, if we have to pay compensation, we have to pay. “This is the stupidity of the negotiations before. Why (would) you enter into such agreements (where) you pay a huge compensation if you don't go ahead? There must be exit clauses in all agreements, and the exit clauses must be fair to both parties.

“But if we (can’t) solve it, we will have to pay huge sums of money for the HSR. We have negotiated but if we fail to do it, the compensation is more than half a billion ringgit (RM500 million),” he said. Mahathir elaborated that the HSR was not needed because it would not significantly cut short travel time between Kuala Lumpur and Singapore, unlike similar rail projects around the world.

“For an HSR, you need a long distance and then, you will save time. (For example) if you can travel for three hours (now) when before that you had to take eight hours, then there is a saving of five hours.

“But if you travel from Singapore to Kuala Lumpur and save 15 minutes (but) you have to pay a lot of money, you will be very stupid,” he said. - mk
Image may contain: 1 person, smiling, standing, sunglasses, outdoor and text

Image may contain: 14 people, people smiling, outdoor
Jom ke Seri Setia.Raikan perkawinan kami...
Image may contain: one or more people, people standing, meme, text and outdoor


cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:00:00 AM
http://alditta.blogspot.com/2018/08/salam-aidiladha.html
tumpang sekole...?: Salam AidilAdha...

Tuesday, 21 August 2018
ANWAR MENZIARAHI MUHYIDDIN

Anwar Ibrahim yang kini dalam proses pemulihan setelah menjalani pembedahan di Turki baru-baru ini sempat meluangkan masa menziarahi Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin yang turut sedang dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan di bahagian pankreasnya.


Kedua-dua mereka kelihatan cukup gembira dan ceria dalam pertemuan itu, apalagi ia diadakan dalam semangat Hari Raya Korban yang akan disambut esok. 

Apa pun, didoakan kedua-duanya, Presiden PKR dan Presiden Bersatu ini agar cepat pulih seperti sediakala dan dapat meneruskan khidmat bakti kepada masyarakat dan negara. 
(ShahbudinHusin 21/08/2018)
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/anwar-menziarahi-muhyiddin.html
Shahbudin dot com: ANWAR MENZIARAHI MUHYIDDIN

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Mari maafkan Ustaz Azhar Idrus

Mendengar klip video Ustaz Azhar Idrus yang menjawab soalan seorang pendengar ketika menyampaikan kuliah di Medan Ilmu Kelantan, ternyata jawapannya tidak menggambarkan situasi sebenar isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT)

Sedangkan isu itu sudah ditangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof.


Soalan yang berbunyi, apakah pandangan ustaz (tentang) seorang menteri kita yang minat golongan LGBT, saya sifatkan sebagai provokatif.


Nada soalan itu (yang entah daripada siapa) bukan bertujuan mahukan maklumat atau pencerahan terhadap situasi sebenar isu berkenaan ditangani, tetapi lebih bertujuan untuk mempengaruhi pendengar supaya melihat menteri terlibat (sudah tentulah menteri agama) seolah-olah merestui LGBT melalui ungkapan kalimah minat yang digunakan dalam soalan berkenaan.


Saya tidak mahu mengulas panjang tentang jawapan ustaz berkenaan kerana jawapannya juga penuh dengan prasangka seakan-akan menteri berkaitan dan kerajaan Pakatan Harapan merestui, membiarkan dan menyokong aktiviti golongan tersebut. 


Sedangkan, hakikatnya sudah ada kenyataan jelas daripada menteri yang disiarkan dalam pelbagai media tentang sikap menteri dan kerajaan dalam mendepani isu ini serta kaedah menangani golongan terbabit.


Sepatutnya ustaz berkenaan berperanan memberikan maklumat tepat dan benar kepada soalan provokasi itu dan bukannya menambah perencah supaya pendengar kuliahnya terbawa-bawa dengan tanggapan bahawa kerajaan HARAPAN sedang membiarkan golongan berkenaan bebas melakukan apa saja.


Kembali ke fitrah


Ini termasuk fitnah kononnya kerajaan HARAPAN bersedia meluluskan permohonan untuk berkahwin sejenis atau melayan apa saja kemahuan mereka tanpa sebarang sekatan dan peraturan.


Sebenarnya, menteri dan kerajaan HARAPAN tidak pernah merestui apatah lagi akan membiarkan golongan terbabit mempromosikan amalan tidak baik berkenaan.


Bahkan menteri sudah menyebut secara jelas, mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk melakukan sebarang aktiviti yang menyongsang budaya masyarakat dan fitrah kemanusiaan.


Mengapa ustaz berkenaan tidak highlight kenyataan sebenar menteri? Mengapa ustaz berkenaan tidak sebutkan dengan jelas usaha JAKIM, pelbagai NGO, bahkan beberapa individu termasuk SS Mufti Wilayah Persekutuan, pensyarah universiti dan aktivis sosial yang turun menyantuni golongan terbabit untuk membimbing mereka kembali kepada fitrah?


Ustaz berkenaan dalam jawapannya mengaitkan golongan LGBT kini dengan azab Tuhan kepada kaum Nabi Lut (katanya dalam surah Lut, padahal tidak ada surah bernama sebegitu dalam al-Quran) seolah-olah kerajaan HARAPAN sedang merestui aktiviti keji itu dan Malaysia di ambang kemusnahan seperti kemusnahan kaum Lut. Benarkah begitu?


Saya tegaskan sekali lagi, tidak benar sama sekali kerajaan HARAPAN sedang dan akan membiarkan aktiviti golongan berkenaan berkembang atau dipromosikan.


Terbaru, tindakan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad dan DBKL yang menyerbu sebuah kelab gay beberapa hari lalu di ibu kota membuktikan kerajaan HARAPAN sedang dan akan berusaha secara serius menangani isu ini secara bersepadu.


Mengapa semua itu tidak disebut sebagai jawapan kepada soalan berkenaan? Mengapa kebenaran disembunyikan?


Kerja tak bermoral


Mengapa orang ramai diapi-apikan supaya berburuk sangka kepada usaha-usaha dakwah, bimbingan dan penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk membawa golongan berkenaan kembali ke pangkal jalan atau menerima hukuman setimpal?


Jika semua situasi yang saya sebutkan di atas tidak berada dalam pengetahuan ustaz berkenaan, sepatutnya beliau jujur dengan dirinya sendiri. Takkanlah orang seperti menteri agama, atau mana-mana menteri sekalipun, sama ada yang muslim atau bukan muslim menaruh minat kepada golongan LGBT atau kerja tidak bermoral mereka? Jujurlah.

Ustaz berkenaan sewajarnya memberi gambaran kepada umum dengan gambaran sebenar iaitu tidak ada mana-mana pihak pun yang merestui kerja tidak bermoral mereka dan usaha menanganinya secara bersepadu dan sistematik sedang dilaksanakan dengan giat oleh pelbagai individu, agensi kerajaan dan NGO termasuk tindakan dari sudut undang-undang jika aktiviti kelompok LGBT itu dilakukan secara terbuka dan mengganggu ketenteraman awam.


Pada masa yang sama, semestinya hak-hak mereka sebagai warganegara dan sebagai manusia akan tetap dihormati dan dipelihara.


Menghormati dan memelihara hak-hak mereka tidak bermakna merestui kerja tidak bermoral mereka apatah lagi mereka akan dibiarkan untuk melakukan apa sahaja sesuka hati mereka.


Ustaz berkenaan tidak sepatutnya melihat isu ini dari satu sudut pandang sahaja iaitu sudut pandang hukuman dengan mengenepikan sudut pandang dakwah secara berhikmah dan lemah-lembut seperti yang disarankan oleh al-Quran dan diuswahkan oleh Rasullullah SAW.


Legasi Tok Guru


Berlembut dengan mereka tidak bermakna merestui atau minat dengan aktiviti pelik mereka.


Kalau berlembut dengan mereka nanti perompak, pencuri, penyamun juga akan minta untuk kita berlembut dengan mereka?


Ini qiyas di luar konteks kerana semua perlakuan jenayah itu di bawah takluk undang-undang. Pelakunya tidak bebas untuk melakukan semua itu, sama seperti golongan LGBT juga tertakluk kepada undang-undang.


Saya sangat berharap, supaya tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba mengelirukan masyarakat dengan kenyataan-kenyataan tidak berasas tentang isu ini. Kenyataan menteri dan tindakan pelbagai agensi kerajaan perlu dirujuk sebelum sebarang kenyataan dibuat.


Sepatutnya kuliah di Medan Ilmu Kelantan yang menyambung legasi kuliah ilmu Tok Guru Nik Aziz itu menjadi medan menyebarluaskan keharmonian, dakwah secara berhikmah kepada pelbagai golongan dan paling penting pengisian ilmu bermanfaat seperti yang dibuat oleh almarhum Tok Guru.


Saya sarankan kepada ustaz berkenaan, jujurlah dengan diri sendiri, sebarkanlah maklumat yang sebenar, usah racuni pemikiran orang ramai dengan maklumat separuh masak yang boleh mencetuskan prasangka dan jadikanlah kuliah sebagai medan menyebarkan kasih-sayang, bukan menyebarkan kebencian.


ZOLKHARNAIN ABIDIN adalah pengarah hal ehwal Syariah AMANAH.


Bagi aku, mereka cuba menyalahkan Pakatan Harapan terhadap isu ini. Bagi mereka, mereka menabur fahaman kepada ahli dan orang ramai, di bawah PH seolah-olah merestui perbuatan LGBT. Tengoklah apa yang dilakukan oleh seperti perempuan ini

http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/mari-maafkan-ustaz-azhar-idrus.html
Mari maafkan Ustaz Azhar Idrus ~ Menconteng Untuk Perubahan™

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Kelab Gay 'kebal' semasa pemerintahan lama?
Parti Amanah Negara Wilayah Persekutuan (AMANAH WP) menyambut baik tindakan tegas pihak berkuasa mengadakan operasi banteras aktiviti haram (BAH) di sebuah kelab malam gay terkenal di Kuala Lumpur dua hari lepas.

Dalam Operasi BAH di Bukit Bintang kelmarin, pihak berkuasa telah menyerbu sebuah kelab gay yang didakwa beroperasi lebih 30 tahun dan menahan kira-kira 60 lelaki termasuk pengunjung dan pelayan, serta dua wanita yang bekerja di kelab itu.


Operasi itu diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikshan.


AMANAH WP menganggap operasi ini amat berjaya bagi mengekang budaya songsang daripada menular dalam negara ini.


Di saat kerajaan Pakatan Harapan difitnah dan dilemparkan dengan pelbagai tuduhan antaranya terlalu berlembut dengan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kerajaan pula tidak teragak-agak dalam mengadakan operasi terbabit hasil daripada aduan orang ramai.


Meskipun kerajaan terbuka mengadakan dialog dan bertemu dengan golongan terbabit dengan LGBT, tetapi dalam soal undang-undang dan peraturan, kerajaan bertindak tegas dengan tidak ada sesiapa yang mampu melangkaui daripada undang-undang negara ini.


Namun AMANAH WP merasa musykil bagaimana premis terbabit yang didakwa beroperasi lebih dari 30 tahun lamanya. Mengapa kerajaan terdahulu tidak membanteras aktiviti seperti ini lebih awal dengan mengadakan serbuan dan menyita kelab malam ini?


Jika ia telah beroperasi selama lebih 30 tahun, ini bermakna mereka telah mengadakan pelbagai aktiviti termasuk parti liar dan menambah jumlah pengunjung daripada pelbagai kelompok masyarakat.


Mungkin juga kelab malam ini menjadi pusat tarikan daripada golongan songsang dalam negara mahupun golongan daripada luar negara.


Soalnya, mungkinkah ada lagi kelab malam seperti ini yang bercambah tumbuh di tengah bandar raya dan berapa ramai jumlah mereka di seluruh negara?


AMANAH WP dan masyarakat Malaysia pastinya merasa malu jika budaya liar dan songsang ini diberi tempat dan negara dikenali antara destinasi popular untuk golongan LGBT.


AMANAH WP berharap agar pihak Kementerian Wilayah Persekutuan bersama pasukan penguat kuasa dapat bertindak secara proaktif.


Ini dengan menjalankan siasatan menyeluruh di sekitar Kuala Lumpur di samping kerap mengadakan serbuan di kelab-kelab malam yang diketahui aktif menjalankan aktiviti songsang, pelacuran, penyalahgunaan dadah, jenayah dan kumpulan kongsi gelap.


Apa yang diharapkan, kepesatan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur perlu dihiasi dan seiring dengan budaya murni, tatasusila dan akhlak yang baik serta menjaga kebersihan oleh anggota masyarakatnya agar menjadi teladan kepada bandaraya lain di dalam dan luar negara.


AHMAD ZAMRI ASA’AD KHUZAIMI ialah naib pengerusi AMANAH Wilayah Persekutuan.

http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/kelab-gay-kebal-semasa-pemerintahan-lama.html
Kelab Gay 'kebal' semasa pemerintahan lama? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Tuesday, August 21, 2018
Intuisi UncleSeekers - Part 11 - Bekas KPN Yang Jadong
Untuk yang berkenaan, selepas ni janganlah sesekali melantik manusia yang berdahi sempit untuk menjadi pemimpin tertinggi yang menjaga keselamatan negara..

Tunggu ye bang... dia orang tengah gali...  memang masak aar..
Doa korang yang dizalimi akan Allah makbulkan..InyasyaAllahu


Intuisi wanita lebih tajam dari lelaki....


Intuisi UncleSeekers - Part 11 - Bekas KPN Yang Jadong

UncleSeekers
Seek The Truth
http://uncleseekers-v2.blogspot.com/2018/08/intuisi-uncleseekers-part-11-bekas-kpn.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Akhirnya Musa Aman sudah kembali di Malaysia
Pesawat membawa Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman selamat tiba dan mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang hari ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali, berkata pesawat berkenaan dari Seletar, Singapura. mendarat di LTSAAS lebih kurang jam 6.45 petang.

"Pemeriksaan imigresen diberikan kepada beliau (Musa) dan penumpang yang menaiki pesawat terbabit. Bagaimanapun, Musa tidak dapat hadir ke kaunter pemeriksaan imigresen atas sebab kesihatan.

"Dokumen penumpang telah diperiksa dan direkodkan ke dalam Sistem Komputer Jabatan Imigresen. Pemeriksaan dokumen kepada Musa dan penumpang lain selesai lebih kurang jam 7 malam.

"Imigresen sudah memaklumkan pergerakan berkenaan kepada pegawai penyiasat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mustafar, tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku dan penumpang memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pegawai bertugas.

Sebelum ini satu mesej dihantar menerusi aplikasi WhatsApp tular di media sosial memaklumkan Musa akan mendarat di Singapura sebelum memasuki Malaysia melalui Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Musa dikehendaki berikutan laporan polis atas dakwaan membuat ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 26 Jun mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta telah meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/akhirnya-musa-aman-sudah-kembali-di.html
Akhirnya Musa Aman sudah kembali di Malaysia ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Wednesday, August 22, 2018
Kerana tiada wang, pelajar pintar yatim piatu pernah tolak tawaran universiti
PETALING JAYA: Genap dua minggu lagi sesi pendaftaran pelajar baharu akan bermula, namun hanya Allah yang tahu perasaan pelajar yatim piatu ini yang begitu berhasrat untuk menjejakkan kaki ke menara gading.

Pernah melepaskan tawaran Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) selepas meraih keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia kerana kekangan kewangan, Mohamad Farid Mustaffa terpaksa 'melengahkan' impiannya dengan menyambung persekolahan ke Tingkatan Enam.

Dua tahun kemudian, sekali lagi anak keempat daripada lima beradik itu berjaya mencapai keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.58 dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Namun, kehidupannya yang dihimpit kemiskinan setelah pemergian orang tuanya menjadikan impian tersebut hampir terpaksa dilupakan.

Guru pelajar berkenaan, Abdul Latif Salleh berkata, dia ingin melihat remaja itu mencapai cita-citanya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat kedoktoran kerana Mohamad Farid merupakan pelajar yang sangat pintar.
Farid meraih 7A dalam peperiksaan SPM dan PNGK 3.58 dalam peperiksaan STPM. Foto ihsan Nasri Saad.
"Mungkin kerana latar belakang dia... ibu sudah meninggal dunia sebelum peperiksaan dan bapa pula pergi selepas dia tamat STPM, jadi dia tiada tempat bergantung selain kakaknya yang sudah berkahwin.

"Di sekolah dia seorang pelajar yang sangat pendiam, tapi suka membantu guru-guru. Saya nak tengok dia masuk universiti, kalau boleh sampai dapat ijazah kedoktoran," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Kata guru Sejarah yang mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik di Kedah selama 26 tahun itu, lokasi rumah Mohamad Farid yang terletak jauh daripada jalan utama juga menyukarkan orang luar untuk tahu mengenai keadaan yang menimpa dirinya.

Menurut Abdul Latif, pelajarnya yang ditawarkan jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi di Universiti Utara Malaysia itu memerlukan wang yuran pengajian berjumlah RM2,133 untuk mendaftar pada 4 September depan.

Kisah mengenai remaja dari Kampung Lubuk Besar, Sik itu mendapat perhatian netizen selepas posting mengenainya dimuat naik oleh pengguna Facebook Noor Asmahan Ibrahim pada Isnin.
Posting tersebut tular di media sosial sehingga menerima lebih 2,700 perkongsian dan mendapat lebih 1,800 tanda suka.
Kediaman pusaka kedua arwah ibu bapa Mohamad Farid.
Susulan itu, Badan Bukan Kerajaan (NGO) berdaftar Kelab Anak-Anak Sik Kedah yang prihatin dengan nasib Mohamad Farid mengadakan lawatan ke rumahnya untuk menyampaikan sumbangan.

Setiausaha kelab, Nasri Saad berkata, pihaknya terpanggil untuk membantu pelajar berkenaan selepas dihubungi sendiri oleh guru sekolah SMK Sik.

"Daripada segi yuran itu mungkin ia boleh dilunaskan menggunakan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), jadi inisiatif kami adalah menyebarkan mengenai adik Farid untuk meminta sumbangan daripada orang ramai.

"Kami tumpukan untuk kutip dana bagi memberikan dia wang saku dan keperluan mendaftar di universiti nanti," ujarnya.

Pada lawatan tersebut, Pegawai Daerah Datuk Bukhari Abdullah turut hadir menghulurkan sumbangan peribadi beliau kepada Mohamad Farid.

Bagi orang ramai yang ingin menderma boleh berbuat demikian ke akaun Bank Islam Mohamad Farid pada nombor 02-0840-2054-9200.
Posted by Abu Luqman at 10:47 AM 
http://kachipemas.blogspot.com/2018/08/kerana-tiada-wang-pelajar-pintar-yatim.html

https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/pensyarah-universiti-ditahan-ganja.html
KERENGGA: Pensyarah universiti ditahan, ganja lebih RM22,000 dirampas

Kenali gadis di sebelah Dr M

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendapati dirinya duduk di sebelah seorang gadis di dalam kereta model baru Proton semasa lawatan rasmi beliau ke China.

Sebuah video yang dimuatnaik di YouTube menunjukkan gadis berkenaan memberi arahan terhadap unit sistem perintah kenderaan itu bagi menjalankan beberapa fungsi yang mengujakan perdana menteri.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Tan Shu Rin ialah siswi tahun kedua bidang penyiaran di Fudan University, Shanghai.

Pelajar berusia 21 tahun itu berasal dari Kluang dan sedang mengikuti latihan amali dengan Nuance Communications.

Nuance bekerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Group bagi membangunkan sistem perintah suara yang akan digunakan bagi pasaran Malaysia.

Laporan itu memetik Tan berkata yang beliau telah banyak kali berlatih dengan sistem perintah suara itu sebelum ketibaan Mahathir.

Beliau juga tidak pasti jika perdana menteri akan memasuki kereta yang ditempatkan kepadanya, kerana terdapat lima kereta lain di sampingnya dan beliau merasa bangga apabila Dr Mahathir memilih kenderaan yang dinaikinya.

Mahathir yang sebelum ini mengkritik Geely membeli pegangan dalam Proton kini berharap kerjasama strategik berkenaan akan memanfaatkan proses memperbaiki kereta Proton.

"Semasa Proton diperkenalkan, Geely belum wujud. Kita menghantar enam kereta Proton ke sini (China)… dan kita sangat bangga atas pencapaian itu.

“Namun, seperti yang anda tahu, Geely sudah menandingi kita dari segi kualiti dan produktiviti industri kita.


"Dan saya percaya Proton boleh meraih manfaat daripada kerjasama dengan Geely," katanya pada 18 Ogos lalu, selepas menyaskikan perjanjian antara Proton dan Geely, di ibu pejabat Geely di Hangzhou.
-malaysiakini
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kenali-gadis-di-sebelah-dr-m.html
KERENGGA: Kenali gadis di sebelah Dr M



Polis ambil keterangan Lim isu RM19 bilion hilang

Polis telah mengambil keterangan Menteri Kewangan Lim Guan Eng atas dakwaan kehilangan RM19.25 bilion dalam Tabung Bayaran Balik Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Katanya, keterangan itu diambil bawah siasatan Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berkaitan pecah amanah jenayah mengenai harta.oyh


Lim tidak mendedahkan butiran lanjut proses merakamkan kenyataannya itu.


Kehilangan itu, dakwa Lim, yang menjejaskan 121,429 syarikat dan individu yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015, 2016, 2017 dan 2018.


“Di bawah undang-undang GST 2014, bayaran balik untuk cukai input yang dituntut mesti dibayar dalam tempoh dua minggu.


“Sebaliknya ada yang tidak dapat bayaran balik sejak 2015,” katanya dalam kenaytaan hari ini.

at 8/21/2018 06:35:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/polis-ambil-keterangan-lim-isu-rm19.html
KERENGGA: Polis ambil keterangan Lim isu RM19 bilion hilang

ECRL, saluran paip gas Sabah dibatalkan tak mahu menanggung hutang kerana kebodohan Najib - Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) dan Saluran Gas Paip Trans-Sabah (TSGP) bernilai berbilion ringgit, dibatalkan.


Perdana menteri berkata Presiden China Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang memahami sebab-sebab pembatalan dua projek yang disokong kerajaan China itu.


"Saya telah menjelaskan kepada mereka, dan mereka memahami kedudukan dan menerimanya.


“Pada peringkat awal, berlaku salah faham, namun kini mereka faham mengapa kita lakukannya (batal). Saya tidak fikir China mahu kita muflis,” katanya pada sidang media pada akhir lawatan lima harinya ke China.


Dr Mahathir berkata projek terbabit membabitkan peruntukan wang yang besar, dan Malaysia tidak terlalu memerlukannya pada masa ini berikutan kedudukan kewangan negara dengan jumlah hjutang yang tinggi yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.


“Projek tidak diteruskan. Keutamaan kami ialah mengurangkan hutang. Buat masa ini ia ditangguhkan sehingga kita mampu,” kata perdana menteri, namun apabila wartawan meminta penjelasan lanjut, berkata : “Ya ia (projek) dibatalkan buat masa ini.”


ECRL, projek bernilai RM81 bilion sejauh 688 km yang menghubungkan Pelabuhan Klang dan Kota Bharu, Kelantan, yang dilancarkan tahun lepas, dijadual siap pada 2024, manakala TSGP yang meliputi pemasangan saluran paip gas sepanjang 662 km dari Kimanis ke Sandakan dan Tawau, melibatkan kos RM4 bilion.


Perlaksanaan kedua-dua projek itu digantung sejak Julai lalu.


Dr Mahathir sebelum ini berkata syarat sedia ada projek yang dijalankan oleh kerajaan terdahulu tidak baik, antara lain, wang dibayar tanpa mengira kemajuan pembinaan.


Pentadbiran kerajaan baharu turut mengesan syarat kontrak yang diberikan kepada syarikat China, termasuk mengimport bahan dan pekerja dari China, sekali gus rakyat Malaysia tidak memperoleh manfaatnya.


Dr Mahathir mengecam bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kebodohannya melaksanakan projek-projek yang tidak memberi manfaat kepada negara, bahkan membebankan kerajaan sekarang dengan hutang yang besar. 


“Rombongan yang datang juga bertujuan untuk mencari penyelesaian hutang Najib masa dia jadi PM. Hutang berbilion ringgit untuk projek yang tidak bermanfaat kepada negara,” kata Dr Mahathir.


“Kita perlu membayar atas kebodohan Najib…sangat bodoh… menjejaskan kepentingan kita,” katanya. Dr Mahathir berkata tidak ada lagi perjanjian projek yang menjejaskan kepentingan Malaysia dibenarkan pada masa depan.


Ditanya mengenai pampasan yang perlu dibayar ekoran pembatalan projek-projek berkenaan, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.


Ditanya mengenai sentimen pelabur China terhadap beliau semasa pertemuan mereka sepanjang lawatan itu, Dr Mahathir berkata mereka memahami penjelasan bahawa dua projek berkenaan tidak berdaya maju pada masa ini.


“Mereka tahu saya bukan anti-China. Mereka memahami bagaimana kita perlu menjaga kepentingan Malaysia memandangkan projek itu tidak berdaya maju. Mereka tahu kita adalah negara mesra perniagaan,” katanya.


Dr Mahathir turut menegaskan beliau telah memberi penjelasan kepada mereka bahawa pelaburan langsung asing bukan mengenai membeli tanah dan membangunkan bandar baharu memandangkan inisiatif seperti itu boleh dilaksanakan oleh rakyat tempatan.


Malaysia perlukan mereka membawa masuk pelaburan, teknologi dan menggunakan bahan dan pekerja rakyat Malaysia supaya ramai rakyat yang memperoleh manfaat, katanya.


Menjawab soalan lain, Dr Mahathir berkata Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) akan meneruskan peranan mereka untuk membantu kerajaan, dan tidak terhad kepada 100 hari sahaja.

- Bernama
at 8/21/2018 05:00:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/ecrl-saluran-paip-gas-sabah-dibatalkan.html
KERENGGA: ECRL, saluran paip gas Sabah dibatalkan tak mahu menanggung hutang kerana kebodohan Najib - Dr Mahathir

Terima kasih kerajaan PH, rakyat kini bebas
fmt
Muhammad Faiz Kamaruddin

Kini berlalunya 100 hari pertama kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak pilihan raya umum 9 Mei yang lalu. Banyak perubahan struktur yang dilakukan sejak pengambilalihan pentadiran daripada rejim Barisan Nasional (BN).

Pastinya banyak mata-mata yang tertumpu kepada usaha PH dalam menunaikan 10 manifesto utamanya yang dijanjikan untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari.

Walaupun ada janji yang tidak ditunaikan, namun tulisan ini tidak berniat untuk menyentuh perihal berkenaan perkembangan menunaikan janji tersebut.

Ada sisi lain yang perlu dilihat tentang mengapa pertukaran kerajaan ini perlu disambut dengan baik oleh semua rakyat Malaysia. Jika ia digelar sebagai bodek atau “corrective” sekalipun, ia merupakan realiti yang kita hirup selama lebih 100 hari ini.

Melihat kepada sudut kebebasan, PH menunaikannya dengan memberi ruang yang lebih bebas kepada rakyat dan juga media untuk mengkritik kerajaan.

Ruang-ruang ini digunakan sebagai maklumbalas bagi sebarang penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh kerajaan kini. Tanpa pertukaran kerajaan, dapatkah kita bayangkan apa akan jadi kepada kebebasan rakyat sekiranya tidak berlaku pertukaran kerajaan pada 9 Mei yang lalu?

Pemansuhan Akta Anti Berita Tidak Benar merupakan langkah kanan kerajaan PH dalam mengiktiraf hak kemanusiaan dan juga mendukung Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan rakyat bersuara dengan bebas.

Tidak lupa juga beberapa siri demonstrasi yang dilakukan terhadap kerajaan PH, namun tidak berlakunya keganasan mahupun tangkapan secara besar-besaran seperti apa yang dilakukan kerajaan BN.


Media juga lebih terbuka dalam mengkritik tindakan ahli politik, baik kepada BN atau PH, sebarang kontroversi tidak lagi disembunyikan daripada rakyat.


Tidak lupa juga dalam menilai kebebasan pelajar, kenyataan Menteri Pendidikan, Maszlee yang menganjurkan sudut pidato untuk dipergiatkan dan menyeru agar forum kritikal tidak lagi dihalang penganjurannya, memberi satu nafas baru untuk melahirkan pelajar yang lebih peduli dan cakna tentang hal ehwal semasa.


Kebebasan merupakan sesuatu yang patut diraikan, kerana kebebasan itu merupakan hak sebagai seorang manusia, waima mana-mana kerajaan sekalipun tidak patut menafikan kebebasan seorang manusia untuk berfikir dan bersuara.


Dari sudut ketelusan kerajaan, kerajaan PH mengotakan janji agar ketelusan kerajaan dibudayakan sebagai ingatan bahawa rakyat menjadi “majikan” kepada kerajaan dan pimpinannya.


Banyak usaha yang dilakukan dan sedar ataupun tidak, usaha membudayakan ketelusan di peringkat institusi kerajaan ini lambat laun memberi kesedaran politik kepada rakyat yang selama ini hilang harapan terhadap fungsi jabatan kerajaan.


Siaran yang ditayangkan di Parlimen dibuka siarannya untuk semua, tanpa ada lagi tapisan mahupun waktu penyiaran yang terhad.


Rakyat kini boleh melihat perdebatan dan perbincangan yang dilakukan di Parlimen, asalkan mempunyai akses yang tersendiri, berbeza dengan kerajaan BN.


Kadar keresponsifan pimpinan kerajaan juga dikatakan pada tahap yang baik dengan membuka ruangan komen untuk kritikan dan penambahbaikan, cuba semaksimum yang mungkin untuk berkomunikasi dengan rakyat dan mengambil pertimbangan terhadap isu yang diutarakan rakyat melalui media sosial.


Ini selaras dengan ungkapan yang boleh dipetik daripada Robert Dahl yang menyatakan kecekapan demokrasi untuk bergerak dalam sesebuah negara adalah bergantung kepada tahap keresponsifan kerajaan terhadap masalah rakyatnya.


Belum lagi dikira usaha PH membanteras “penyamun” yang bersarang di jabatan kerajaan selama ini. Sekiranya tidak berlaku pertukaran rejim, pasti rakyat masih lagi tidak tahu beberapa banyak kepercayaan dan amanah mereka dihancurkan oleh golongan penjenayah kolar putih ini.



Kerajaan PH perlu berusaha dengan lebih keras untuk memenuhi kehendak rakyat. Anggaplah tulisan ini sebagai satu tanda kesyukuran tumbangnya rejim BN sewaktu revolusi senyap pada 9 Mei yang lalu.

Pada 31 Ogos ini, kita menghirup udara segar dan baru, tanda bebas daripada kekotoran dan pembungkaman parti klepotokrasi tersebut. Terima kasih PH, kini rakyat Malaysia mempunyai harapan baharu.

at 8/21/2018 04:35:00 PTG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/terima-kasih-kerajaan-ph-rakyat-kini.html
KERENGGA: Terima kasih kerajaan PH, rakyat kini bebas

https://www.google.com/search?source=hp&ei=xfB7W8vcNMP1vgTah4uwCA&q=Sejarah+fitnah+dalam+Islam&oq=Sejarah+fitnah+dalam+Islam&gs_l=psy-ab.3..0i22i30k1.2219.10603.0.11805.27.26.0.0.0.0.193.3125.0j22.22.0....0...1c.1.64.psy-ab..5.22.3125.0..0j35i39k1j0i131k1j0i3k1j0i19k1j0i22i30i19k1.0.ocWafDiv1q4
Sejarah fitnah dalam Islam - Carian Google



Tuesday, August 21, 2018

Abdullah Sani perlu jelaskan kekeliruannya kepada Dr Mahathir

ULASAN 


Abdullah Sani Abdul Hamid.
ANWAR Ibrahim menafikan ada halangan terhadapnya untuk menjadi perdana menteri mengganti Dr Mahathir Mohamad, seperti mana yang dikonsensuskan. Katanya, beliau tidak ada maklumat mengenai perkara itu. Cerita kononnya ada halangan untuk Anwar jadi Perdana Menteri ditimbulkan oleh ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dalam satu ceramah kempen team Rafizi Ramli di Seremban baru-baru ini.

Abdullah mendakwa orang yang menjadi dalang di sebalik penghalangan itu ialah Daim Zainuddin. Kenyataan Abdullah Sani itu menjadi kontroversi dan menimbulkan rasa kurang senang apabila beliau turut sama menyebut nama Dr Mahathir. Jika hanya nama Daim diungkit mungkin ia tidak menjadi masalah. 

Daim bukan menjadi idola rakyat seperti Dr Mahathir. Daim hanya menumpang tuah Dr Mahathir sahaja dalam politik hari ini dan cuba menunjukkan dialah mastermind politik Malaysia baharu.
Ekoran itu berlaku tembak menembak di antara sebahagian orang PKR dengan orang Bersatu. Pihak musuh Umno dan Pas apa lagi tidak tertangguh seminit pun untuk melambungkan isu berkenaan untuk kelabaan mereka.

Dr Mahathir tersinggung dengan dakwaan Abdullah Sani itu sehingga beliau secara tidak langsung meminta “orang” menuduh hal itu (Abdullah Sani) mengemukakan bukti. Sebagai seorang yang berfikir dan bertindak secara praktikal Dr Mahathir mengharap bukti untuk beliau ketahui dan bertindak. Abdullah bagaimana pun tidak mendedahkan bukti sebalik berselindung dengan bersimpang kata Dr Mahathir tahu bukti itu kerana dirinya adalah sebahagian bukti.

Jauh kahsyaf Abdullah Sani membaca makrifat Dr Mahathir. Sikap awal Abdullah Sani itu semacam dia konsiten dengan tuduhannya tanpa menghiraukan balunan daripada pihak lain.

Selebihnya Abdullah Sani memberi hujah, sejarah politik atau chemistery politik di antara Dr Mahathir, Daim dan Anwar, sebahagian daripada bukti apa yang ditunding itu. Apa yang hendak dimaksudkan Abdullah Sani, dakwaan beliau itu berdasarkan kepada sejarah lampau dengan menyedari bahawa segmen dan episod dalam politik sering kali berubah. Memang chemisteri di antara ketiga tokoh itu senantiasa bermain dalam kepala khalayak.


Memang sejarahnya begitu. Dunia semua tahu peristiwa pemecatan Anwar tahun 1998 yang merupakan satu konspirasi politik. Dan orang tahu siapa konspiratornya ketika itu, Daim dan Dr Mahathir disebut. Malahan dalam kasus dan tragedi menimpa Anwar itu nama Daim disebut banyak kali. Bahkan Daim dikatakan orang yang meminta Anwar berundur secara terhormat sebelum Dr Mahathir merekayasa tuduhan untuk menyingkirkan Anwar dengan kasus liwat.


Jadi berdasarkan chemistry itulah Abdullah Sani membuat kenyataan berandaian, ada orang hendak halang Anwar. Kerana tawarih itu juga maka apabila Abdullah menyebut nama Daim dan Dr Mahathir ia cepat tersaul dek akal umum.


Apabila kita menyelam ke dasar politik dalam PKR sekarang ini, nama Daim dan Dr Mahathir itu hanya sengaja dibabitkan sahaja. Yang hendak dituduh dan diserang Abdullah Sani adalah sosok lain. Dia adalah Azmin Ali sebab itu Rafizi diangkat untuk menjadi timbalan presiden. Inilah sasarannya. Daim dan Dr Mahathir hanya watak sampingan sahaja. Azmin ialah yang sebenarnya dimaksudkan oleh Abdullah Sani. Bagi Abdullah Sani, Azmin dilihat menjadi alat atau sedia menjadi alat bagi menghalang perjalanan Anwar. Hakikat itu ditengok dan diukurkan kepada pemanggungan Azmin dalam mercu koridor politik Dr Mahathir sangat tinggi. Itu.


Ada beberapa perkara “kenasibaikan” diterima Azmin yang tidak disenangi dan dicemburui. Antara perkara yang tidak disenangi dan ia bukan atas kehendak Azmin, ialah pelantikan beliau menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi. Untuk apa Azmin menerima pelantikan itu sedangkan beliau sudah menjadi MB Selangor. Kesediaan Azmin itulah disuluh sebagai sengaja untuk menggangu emosi Anwar. Tidak cukup dengan dilantik menjadi menteri dilantik pula menjadi Ahli Lembaga Pengarah dalam Khazanah Nasional. Azmin kini dilihat orang rapat dan berada di bawah dagu Dr Mahathir.


Sementara dalam masa sama, dan ini mengelirukan, umum tidak mengetahui apakah pelantikan Azmin ke jawatan-jawatan itu dirujuk kepada parti atau mendapat restu Anwar Ibrahim selaku Penasihat Umum PKR. Anwar sendiri pula tidak menjelaskan dengan nyata perkara itu. Mustahil kalau Azmin tidak memberi tahu sepatah kepada Anwar hatta dengan pesanan ringkas. Jika tidak ia sangatlah tidak beradab. Orang boleh menganggap Azmin kini sudah berkiblatkan kepada Dr Mahathir dan merusukkan Anwar. 


Apabila tidak ada penjelasan daripada Azmin dan Anwar sendiri maka ia menimbulkan keraguan dan kesangsian. Bertolak dari itulah menyebabkan ada prasangka yang Azmin dijadikan benteng untuk halang Anwar seperti tohmahan Abdullah Sani. Kesalahan dalam hal ini bukan kepada orang yang berprasangka seperti Abdullah Sani itu tetapi Azmin dan Anwar sendiri.


Anwar telah pun meminta Abdullah Sani menulis surat kepada Dr Mahathir, agar menjelaskan keterlanjurannya demi menjernihkan suasana. Cadangan itu sangat baik dan perlu disegerakan. Abdullah Sani tidak perlu menjadi “tengin” untuk mengakui kesilapan. Jelas kenyataan dan dakwaanya itu menimbulkan kesan buruk kepada keharmonian kerajaan PH. Ia dijadikan sumber dan bahan untuk musuh menyerang dan melihat kerajaan Harapan dalam bahaya.


Saya yakin jika Abdullah Sani menulis surat kepada Dr Mahathir menjelaskan kedudukan sebenar atas kekhilafannya, ia diterima oleh Dr Mahathir. PM seorang yang terbuka dan sedia memaafkan atas perkara yang tidak menyentuh prinsipnya. Tahap kesalahan Abdullah Sani dengan apa dilakukan itu tidak seteruk kesalahan dan tahap Najib Razak dengan skandal 1MDB itu yang tidak boleh dimaafkan Dr Mahathir.



Mana tahu selepas Abdullah Sani akan jadi sahabat atau pun ahli parlimen mendapat pujian Dr Mahathir kerana keberaniannya dalam membela sang ketuanya. Dalam suasana Anwar diwara-warakan terancam, hanya Abdullah Sani yang bangkit membela dan mempertahankan Anwar sehingga beliau kini dikutir dan dicubik termasuk oleh Perdana Menteri sendiri. Yang lain sebelum ini senada dengan ahli parlimen Kapar itu sudah mulai menikus dan menyembunyi kepala dengan menjolorkan ekor.

Semoga selepas ini tidak timbul lagi persepi boleh merosakan keadaan apa lagi menyakiti hati Dr Mahathir yang perlu disokong untuk membina negara. Dan Dr Mahathir juga sesekali perlulah membayangkan beliau sedia akur dengan konsensus majlis presiden untuk melepaskan jawatan PM kepada Anwar dalam masa yang telah ditentukan. 


Begitu juga Azmin yang dijadikan umpan untuk memencilkan Anwar dengan Dr Mahathir perlu juga bersikap tegas dan menyatakan pendirian. Azmin perlu lebih menunjukkan concern nya kepada hasrat Anwar yang menjadi hasrat rakyat itu. Walaupun Azmin ada menyimpan benih untuk jadi PM tetapi beliau harus sedar dia kena menerusi Anwar. Anwar adalah junjung kepala Azmin yang tidak akan ke mana kalau Azmin tidak menuruti junjung. Azmin adalah “creeper” (tumbuhan menjalar) dalam politik, manakala Anwar adalah teras atau junjungnya. 


Manakala Anwar pula diharap bersabar dan terus berdoa. Tidak akan lari gunung dikejar, hilang kabus nampaklah ia. Mengejar lembu tempang untuk korban meletihkan kita kerna sesudah ia terjatuh lembu itu tidak afdal lagi untuk dikorbankan kerana cacat. Kita mahukan Anwar jadi PM walaupun hanya satu hari. 

[wm.kl.11:24 am 21/08/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 12:16:00 PM
http://msomelayu.blogspot.com/2018/08/abdullah-sani-perlu-jelaskan.html
.: Abdullah Sani perlu jelaskan kekeliruannya kepada Dr Mahathir


BLOG 1



BLOG 2



Categories



......................................

Tiada ulasan: