Rabu, 22 Ogos 2018

Mengheret diri ke gerbang fitnah atau bersubahat dengannya. 8084.


Fitnah mengajar manusia mengejar keuntungan sementara atau jangka pendek. Manusia penabur fitnah sedang memacu diri ke arah kesesatan serta mengumpul manusia-manusia penyokong yang dikenali sebagai orang yang bersubahat. 

Fitnah satu perbuatan yang amat disukai syaitan laknatullah. Nauzubillahminzalik. 
File written by Adobe Photoshop¨ 4.0
Amaran ALLAH SubhanahuWaTalla kepada orang yang berbuat fitnah.
Bytanwir on NOVEMBER 25, 2016
File written by Adobe Photoshop¨ 4.0
Oleh: Abu Fattah

Bahasa dan Istilah : Difinasi. 

Perkataan ‘fitnah’ berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Atau dalam pengertian sehari-hari, kata fitnah ini sering dimaksudkan sebagai berita bohong atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.

Kamus Dewan pula mendefinisikan fitnah sebagai tuduhan yang diada-adakan untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.[1] Fenomena atau budaya fitnah memfitnah ini sebenarnya tidak hanya terjadi pada dunia hari ini sahaja tetapi telah berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w dan zaman sebelum Baginda lagi. Tujuan fitnah ini adalah semata-semata untuk menjatuhkan atau menghancurkan keamanan dan perpaduan yang ada demi memuaskan hati sang pembuat fitnah yang majoritinya berkaitan harta dan kekuasaan.

Dalil dan Perbahasan Ulama.

Firman Allah swt dalam surah an-Nur ayat 11 ialah salah satu wahyu yang diturunkan kepada Nabi saw dalam menyelesaikan berita fitnah yang berlaku kepada isteri baginda Aisyah ra. Kisah fitnah tersebut akan diceritakan dalam bab berikutnya sejarah dan peristiwa yang berkaitan. Firmannya bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong adalah dari golongan kamu. Janganlah kamu menganggapnya buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu. Tiap-tiap seseorang dari mereka memperoleh apa yang dia kerjakan dari dosa itu. Dan siapa yang mengambil bahagian yang terbesar di dalamnya di antara mereka, baginya azab yang besar.”[2]

Ayat ini mengecam mereka yang menuduh isteri baginda tanpa bukti yang kukuh. Maksud ‘buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu’ ialah kamu dapat membezakan siapa yang munafik dan siapa yang kuat imannya di tengah-tengah golongan sendiri. Kejadian tersebut telah memberi kesan kepada keluarga Nabi saw sehinggalah Allah menurunkan wahyu tersebut. Buruknya fitnah ini kerana ianya boleh memporak-perandakan keluarga sesiapa sahaja apatah lagi masyarakat yang besar.

Bagi yang menyebarkan fitnah pula, apa yang dijanjikan oleh Allah swt ialah mereka akan menerima balasan sesuai dengan kadar apa yang dengan sengaja dan sungguh-sungguh dia kerjakan dari dosa isu buruk itu. Dan siapa yang mengambil bahagian yang terbesar, yakni yang menjadi sumber serta pemimpin kelompok itu, dalam penyiaran berita bohong itu maka baginya azab yang besar di akhirat nanti.[3]

Dosa membuat fitnah ini lebih besar daripada membunuh kerana kesan fitnah ini sangat besar. Sedangkan pembunuhan sewenang-wenangnya adalah juga dilarang di dalam Islam dan hukuman qisas akan menanti kepada mereka yang membunuh apatah lagi perbuatan fitnah. Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah sebahagian ayat 217 yang bermaksud: “…Dan berbuat fitnah lebih besar dari membunuh…”

Kesan kedua daripada sifat fitnah ini ialah fitnah itu sendiri tergolong dalam perkara-perkara dusta. Kita dianjurkan untuk berhati-hati dalam perbualan seharian seharian kita kerana jika kita menyatakan perkara yang kita dengar sahaja maka ianya dianggap berdusta. Hal ini bertepatan dengan hadis Nabi saw yang bermaksud:

Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda, “Seseorang itu cukup dianggap berdusta kalau ia mengatakan segala apa yang didengarnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Mutiara hadis ini menjelaskan bahawa perintah mengklarifikasi berita dan tidak membenarkan setiap perkataan yang tidak jelas sumbernya. Ibnu Alan berkata, ‘Makna hadis dan atsar dalam bab ini adalah teguran agar tidak membicarakan setiap hal yang didengar. Kerana, yang didengar itu adakalanya benar dan adakalanya dusta. Apabila seseorang membicarakan setiap hal yang didengarnya, maka ia telah berdusta. Kerana, ia memberitahukan apa yang tidak ada.[4]

Doa Nabi Ibrahim agar di jauhi daripada fitnah juga terdapat di dalam al-Quran surah al-Mumtahanah ayat 5 yang bermaksud: “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan pendirian dan keyakinan kami terpesong kerana tindasan orang-orang kafir, dan ampunkanlah dosa kami wahai Tuhan kami; sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”[5]

Doa ini bagaikan menyatakan: Tuhan kami, jangan jadikan amal perbuatan, ucapan, dan keadaan sosial  kami buruk sehingga melahirkan kesan yang buruk bagi agama Islam, yang berakibat menjauhkan non muslim dari ajaran Islam dengan dalih, kalau ajaran Islam baik, tentu penampilan umatnya baik pula.[6]

Sejarah dan Peristiwa.

Berlakunya fitnah besar terhadap Saidatina Aisyah ra isteri Rasulullah saw semasa berlakunya peperangan Bani al-Mustaliq. Ceritanya bermula apabila Aisyah ra turut keluar bersama Rasulullah saw dalam peperangan tersebut setelah cabutan undi di kalangan isteri-isteri baginda menjadi miliknya. Begitulah kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah saw bersama para isterinya.

Apabila mereka semua pulang dari peperangan itu mereka singgah di beberapa tempat. Di suatu tempat yang mereka singgah itu, Aisyah keluar untuk membuang air, lalu hilang kalung kakaknya yang dipinjamkan kepadanya. Kemudian dia berpatah balik mencari kalung itu di tempat keluar tadi. Tatkala itu kumpulan yang mengusung pengusungannya datang lalu mereka menyangka Aisyah berada di dalamnya. Mereka tidak perasan yang Aisyah tiada di tempat pengusungan itu kerana Aisyah seorang yang kecil yang tidak terasa berat tubuhnya.

Kemudian Aisyah kembali ke tempat persinggahan mereka setelah menemui kalungnya dan tiba-tiba mendapati tiada sesiapa di situ. Lalu dia pun duduk menunggu di situ dengan berharap mereka akan sedar kehilangannya dan akan kembali untuk mencarinya.

Ketika Aisyah menunngu sehingga tertidur, dia tersedar apabila mendengar suara Safwan bin al-Mu’attil beristighfar kerana menyedari bahawa Aisyah ra ialah isteri Rasulullah lalu beliau menjemput Aisyah menunggang untanya sambil diheret olehnya. Akhirnya Safwan tiba dengan Aisyah kepada pasukan mereka tatkala tentera-tentera Islam singgah di Nahr al-Zahrah. Apabila manusia melihat hal demikian mereka pun bercakap-cakap dengan berbagai ragamnya.

Si kotor Abdullah bin Ubay mendapat peluang untuk meniupkan kejahatannya. Lalu disebarkan racun kemunafikannya dan kedengkian yang bersarang dalam tulang rangkanya itu. Dia pun membawa cerita fitnah, disebar dan dijajanya merata tempat sehingga para sahabatnya berkerumun kepadanya untuk mendengar berita itu.

Berita tersebut sampai ke pengetahuan Rasulullah saw dan baginda meminta pandangan sahabat dan Saidina Ali mengisyaratkan supaya Aisyah diceraikan dan Usamah dan selainnya pula memberikan pendapat agar terus menerimanya sebagai isteri dan jangan mempedulikan kata-kata para seteru itu.

Pada masa yang sama Aisyah ra tidak mengetahui berita fitnah tersebut sehinggalah diberitahu oleh Ummu Mistah iaitu ibu kepada salah seorang yang terbabit menyebarkan berita fitnah itu. Aisyah tanpa membuang masa berjumpa dengan ibu bapanya dengan izin Rasulullah saw untuk memastikan berita tersebut. Lalu dia menangis dua malam dan sehari lamanya sehingga tidak dapat tidur kerana menangis. Aisyah ra menyerah diri kepada Allah dengan memberi perumpaan kata-kata bapa Nabi Yusuf yang bermaksud: “Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohon pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu.”[7]

Kemudian dia berpaling dan berbaring dan tatkala itu turunlah wahyu dan Rasulullah saw nampak riang dan tersenyum. Maka perkataan yang pertama sekali diucapkan oleh baginda ialah: “Allah telah membersihkan kamu.”[8]

Bentuk Ancaman.

Setiap fitnah atau penyebaran fitnah tersebut akan mendapat balasan dengan nilai kadar yang sama dengan perbuatan fitnahnya. Semakin besar penglibatannya dalam sesuatu berita fitnah, semakin besar azab yang diterimanya.

Dosa membuat fitnah itu lebih besar dari dosa membunuh.

Bahan rujukan: 
[1] Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=fitnah
[2] M. Quraish Shihab. Tafsir al-Misbah (Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran). Jilid 8. 2009. Penerbit Lentera Hati: Jakarta. MS 490
[3] Ibid
[4] Dr. Musthafa Dib al-Bugha. Syarah Riyadhush Shalihin Imam an-Nawawi. Jilid 3. 2010. Gema Insani: Jakarta. MS 365
[5] Sheikh Abdullah Basmeih. Tafsir Pimpinan ar-Rahman (Kepada Pengertian al-Quran). 2000. Darul Fikir: Kuala Lumpur. MS 1496
[6] Op.Cit Tafsir al-Misbah (Pesan, Kesan dan Keserasian al-Quran). Jilid 13. MS 593
[7] Surah Yusuf ayat 18
[8] Al-Sheikh Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfuri. Al-Rahiq Al-Makhtum Sirah Nabawiyyah SAW. 2016. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia: Kuala Lumpur. MS 487
http://tanwir.my/ancaman-allah-swt-kepada-orang-yang-berbuat-fitnah/
ANCAMAN ALLAH SWT KEPADA ORANG YANG BERBUAT FITNAH.


Tafsir. 
Makna Fitnah Dalam Al-Qur’an
Sa'id Abu Ukkasyah 2 July 2015
Makna Fitnah Dalam Al-Qur’an
Ada suatu ungkapan indah:


كيف يتقي من لا يدري ما يتقي

“Bagaimana seseorang bisa menjaga diri dari suatu bahaya, jika ia tidak mengetahui bahaya apa yang ia harus jaga dirinya darinya?”


Orang yang tidak mengetahui fitnah dan dampak buruknya sangat mungkin jatuh ke dalam suatu fitnah dan bahkan bergelimang dengannya. Hal ini sangat membahayakan hidupnya, namun ia tidak menyadarinya. Jika terus demikian maka dia akan menyesal.


Mengenal dampak buruk sesuatu dan bahaya-bahayanya memberikan kepada seseorang bekal berupa sikap menjaga diri dari dampak buruk tersebut dan sikap berhati-hati terhadapnya. Demikian pula, mengenal fitnah dan dampaknya sangat besar manfaatnya. Hal ini karena mengenal fitnah termasuk sikap melihat akibat dan kembalinya suatu perkara. Sikap ini terhitung sebagai sikap kecerdikan seorang hamba sebelum melangkah dan memutuskan perkara, ia memandang jauh ke depan akibat dan dampak perkara tersebut.


Oleh karena itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda dan mengulangi sabdanya sampai tiga kali,



إن السعيد لمن جُنِّبَ الفتن

“Sesungguhnya orang yang berbahagia adalah orang yang dijauhkan dari fitnah-fitnah.”


Makna fitnah secara bahasa

Al-Azhari rahimahullah mengatakan, “Inti makna fitnah di dalam bahasa Arab terkumpul pada makna Cobaan dan ujian


الابتلاء، والامتحان

Dan asalnya diambil dari ucapan seseorang:



فتنتُ الفضة والذهب

“Saya menguji perak dan emas”


Maksudnya adalah saya melelehkan keduanya dengan api agar terpisahkan antara yang buruk dengan yang bagus. Makna inilah yang ditunjukkan oleh firman Allah ‘Azza wa Jalla:



{يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ}

“(Hari pembalasan itu) ialah pada hari ketika mereka diazab di atas api Neraka” (Adz -Dzaariyaat: 13), maksudnya adalah dibakar dengan api Neraka” (Tahdziibul Lughah: 14/296).


Ibnu Faris rahimahullah berkata,


“الفاء والتاء والنون أصل صحيح يدل على الابتلاء والاختبار” ( مقاييس اللغة 4/ 47)


“Huruf Fa`, Ta`, dan Nun adalah huruf dasar yang shahih menunjukkan kepada cobaan dan ujian” (Maqayisul Lughah: 4/472).


Ibnul Atsiir rahimahullah berkata:


الامتحان والاختبار … وقد كثر استعمالها فيما أخرجه الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق والإزالة والصرف عن الشيء (النهاية 3 / 410).


“(Secara bahasa maknanya) “Ujian… dan (kata fitnah) banyak penggunaannya dalam perkara yang tidak disukai, kemudian setelah itu banyak digunakan untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran, penghilangan dan memalingkan sesuatu” (An-Nihayah 3/410).


Ibnul A’rabi telah meringkas makna-makna fitnah secara bahasa, yaitu:


“الفتنة الاختبار، والفتنة المحنة، والفتنة : المال، والفتنة الأولاد، والفتنة الكفر، والفتنة اختلاف الناس بالآراء والفتنة الإحراق بالنار” . (لسان العرب لابن منظور).


“Fitnah bermakna ujian, fitnah bermakna cobaan, fitnah bermakna harta, fitnah bermakna anak-anak, fitnah bermakna kekafiran, fitnah bermakna perselisihan pendapat diantara manusia,  fitnah bermakna pembakaran dengan api” (Lisanul Arab, Ibnu Manzhur).


Makna kata fitnah dalam Al-Qur’anul Karim

Kata fitnah banyak terulang dalam Al-Qur’anul Karim di beberapa surat. Berikut ini ringkasan keterangan Syaikh Muhammad Shaleh Al-Munajjid hafizhahullah tentang makna kata fitnah dalam Al-Qur’anul Karim.

1. Cobaan dan Ujian (الابتلاء والاختبار)
Firman Allah Ta’ala,


أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?” (Al-Ankabuut: 2).


Maksud {وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ} adalah


وهم لا يبتلون


“Sedang mereka tidak diuji lagi?” (Tafsir Ibnu Jarir).


2. Memalingkan dari jalan kebenaran dan menolaknya

Firman Allah Ta’ala,


وَاحْذَرْهُمْ أَنْ يَفْتِنُوكَ عَنْ بَعْضِ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَيْكَ 

“Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu” (Al-Maaidah: 49).


Al-Qurthubi rahimahullah mengatakan,



معناه: يصدوك ويردوك

“Maknanya adalah menghalangimu dan menolakmu.”


3. Siksa

Sebagaimana firman Allah Ta’ala,


ثُمَّ إِنَّ رَبَّكَ لِلَّذِينَ هَاجَرُوا مِنْ بَعْدِ مَا فُتِنُوا

“Dan sesungguhnya Tuhanmu (pelindung) bagi orang-orang yang berhijrah sesudah mendapatkan siksaan” (An-Nahl: 110).


Maksud {فُتِنُوا} adalah mereka disiksa.


4. Syirik dan kekufuran

Sebagaimana firman Allah Ta’ala :


وَقَاتِلُوهُمْ حَتَّىٰ لَا تَكُونَ فِتْنَةٌ

“Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi” (Al-Baqarah: 193).


Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan fitnah dalam Ayat ini berkata,



أي شرك

“yaitu syirik.”


5. Terjatuh di dalam kemaksiatan dan kemunafikan

Sebagaimana firman Allah Ta’ala tentang orang-orang munafikin,


يُنَادُونَهُمْ أَلَمْ نَكُنْ مَعَكُمْ ۖ قَالُوا بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمْ فَتَنْتُمْ أَنْفُسَكُمْ

“Orang-orang munafik itu memanggil mereka (orang-orang mukmin) seraya berkata: “Bukankah kami dahulu bersama-sama dengan kamu?” Mereka menjawab benar, tetapi kalian mencelakakan diri kalian sendiri” (Al-Hadiid: 14)


Al-Baghawi rahimahullah berkata,



أي أوقعتموها في النفاق وأهلكتموها باستعمال المعاصي والشهوات

“Maksudnya kalian menjerumuskan diri kalian sendiri kedalam nifak dan kalia binasakan diri kalian dengan melakukan kemaksiatan dan (mengikuti) syahwat.”


6. Samarnya antara kebenaran dengan kebatilan
Sebagaimana firman Allah Ta’ala:


إِلَّا تَفْعَلُوهُ تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ وَفَسَادٌ كَبِيرٌ

“Jika kalian (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan Allah itu, niscaya akan terjadi kesamaran antara Kebenaran dengan kebatilan di muka bumi dan kerusakan yang besar” (Al-Anfaal: 73).


Maksudnya:


إلا يوالى المؤمن من دون الكافر ، وإن كان ذا رحم به {تكن فتنة في الأرض} أي شبهة في الحق والباطل


“Jika tidak wala’ (cinta) kepada kaum mukminin tanpa orang kafir walaupun (orang kafir tersebut) kerabat yang ada hubungan rahimnya, {تَكُنْ فِتْنَةٌ فِي الْأَرْضِ}, yaitu:  akan terjadi syubhat / kesamaran antara Kebenaran dengan kebatilan” (Tafsir Jami’ul Bayan, Ibnu Jarir).


7. Penyesatan

Sebagaimana firman Allah Ta’ala,


وَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ فِتْنَتَهُ فَلَنْ تَمْلِكَ لَهُ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا

“Barangsiapa yang Allah menghendaki kesesatannya, maka sekali-kali kamu tidak akan mampu menolak sesuatupun (yang datang) daripada Allah” (Al-Maaidah: 41).


Sesungguhnya makna fitnah disini adalah Penyesatan (Al-Bahrul Muhith).


8. Pembunuhan dan penawanan

Sebagaimana firman Allah Ta’ala,

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا


“Dan apabila kalian bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kalian men-qashar shalat(mu), jika kalian takut diserang orang-orang kafir” (An-Nisaa`: 101).


Dalam Tafsir Ibnu Jarir, disebutkan tafsir ayat ini,



حملهم عليهم وهم فيها ساجدون حتى يقتلوهم أو يأسروهم

“Serangan orang kafir terhadap kaum mukminin, sedangkan mereka dalam keadaan shalat, saat sujud, hingga orang-orang kafir tersebut membunuh kaum mukminin atau menawan mereka” (Tafsir Ibnu Jarir).


9. Perselisihan pendapat dan tidak bersatunya hati mereka

Sebagaimana firman Allah Ta’ala,


لَوْ خَرَجُوا فِيكُمْ مَا زَادُوكُمْ إِلَّا خَبَالًا وَلَأَوْضَعُوا خِلَالَكُمْ يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ

“Jika mereka berangkat bersama-sama kalian, niscaya mereka tidak menambah kalian selain dari kerusakan belaka, dan tentu mereka akan bergegas maju ke muka di celah-celah barisan kalian, untuk mengadakan perselisihan di antara kalian” (At-Taubah: 47)


Maksud dari {يَبْغُونَكُمُ الْفِتْنَةَ} adalah mereka menjerumuskan kalian ke dalam perselisihan diantara kalian.


10. Gila

Sebagaimana firman Allah Ta’ala,


بِأَيْيِكُمُ الْمَفْتُونُ

“Siapa di antara kalian yang gila” (Al-Qolam: 6)


Maksud {الْمَفْتُونُ} adalah gila.


11. Pembakaran dengan api



إِنَّ الَّذِينَ فَتَنُوا الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“Kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab Jahannam dan bagi mereka azab (neraka) yang membakar” (Al-Buruuj:10).


Al-Baghawi rahimahullah berkata,



{إن الذين فتنوا} عذبوا وأحرقوا

Makna {إن الذين فتنوا} mereka diadzab dan dibakar.


Kesimpulan

Ibnu Hajar rahimahullah berkata,


ويعرف المراد حيثما ورد بالسياق والقرائن. الفتح ( 11 /176)


“Dan dimanapun kata ‘fitnah’ disebutkan, dapat diketahui maksudnya dari konteks kalimat dan petunjuk-petunjuknya”.  (Fathul Bari 11/176).


Ibnul Qoyyim rahimahullah berkata, “Dan adapun kata fitnah yang Allah Subhanahu sandarkan kepada diri-Nya atau Rasul-Nya sandarkan kepada-Nya, contohnya firman Allah



{وَكَذَٰلِكَ فَتَنَّا بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ}

“Dan demikianlah telah Kami uji sebahagian mereka dengan sebahagian mereka yang lain” (Al-An’aam: 53).


Dan perkataan Nabi Musa ‘alaihis salam,



إِنْ هِيَ إِلَّا فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَنْ تَشَاءُ وَتَهْدِي مَنْ تَشَاءُ

“Itu hanyalah cobaan dari Engkau, Engkau sesatkan dengan cobaan itu siapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada siapa yang Engkau kehendaki”(Al-A’raaf: 155).


Maka (fitnah dalam konteks tersebut) bermakna lain, yaitu bermakna ujian dan cobaan dari Allah bagi hamba-hamba-Nya, baik berupa kebaikan maupun  keburukan, dengan diberi kenikmatan ataupun ditimpa musibah, maka ini memiliki makna tersendiri. Fitnah kaum musyrikin juga memiliki makna tersendiri, fitnah seorang mukmin pada hartanya, anaknya, dan tetangganya pun memiliki makna tersendiri. Fitnah yang Allah takdirkan terjadi diantara kaum muslimin, sepertti fitnah yang Dia takdirkan terjadi diantara pengikut Ali dan Mu’awiyah dengan Ahlul Jamal  dan (fitnah yang terjadi) dantara kaum muslimin hingga saling memerangi dan saling memboikot, ini juga memiliki makna tersendiri (Zaadul Ma’aad: 3/170).

***
Tulisan ini diolah dari  Islamqa.info/ar/22899 dan kitab Atsarul Fitan, Syaikh Abdur Razzaq
Penulis: Ust. Sa’id Abu Ukasyah
Artikel Muslim.or.id
Sahabat muslim, yuk berdakwah bersama kami. Untuk informasi lebih lanjut silakan klik disini. Jazakallahu khaira
https://muslim.or.id/25955-makna-fitnah-dalam-al-quran-1.html
Makna Fitnah Dalam Al-Qur'an | Muslim.Or.Id | Muslim.Or.Id

Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam : Saidatina Aisyah Difitnah
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal   1:30 PM
fitnahterbesardalamislam
Kisah peristiwa Hadithul Ifqi adalah kisah fitnah yang terbesar yang berlaku di zaman Rasullulah dan juga di dalam sejarah dunia islam. Apatah lagi peristiwa ini melibatkan keluarga Rasullulah saw. Kisah ini berlaku kepada isteri kesayangan Rasullulah saw iaitu Saidatina Aisyah ra yang telah difitnah pada ketika itu. Fitnah atau gosip yang diperkatakan pada ketika itu sedikit sebanyak mempengaruhi dan memandang buruk pada beliau apatah lagi melibatkan isteri kesayangan Baginda dengan seorang sahabat Rasullulah saw yang bernama Safwan bin Mu'attal.

Begitulah cekal dan tabahnya Saidina Aisyah menerima berita itu dengan hati terbuka dalam menerima dugaan Allah swt. Kesan peristiwa ini telah memberikan kesan kepada Rasullulah saw dan menimbulkan keraguan untuk mempercayainya . Sehingga Allah swt telah menyucikan dan membersihkan nama Saidatina Aisyah dengan turunnya ayat Allah (surah an-nur ayat 11)


Kisah ini bermula apabila perang Bani Mustaliq atau Muraisi' berlaku pada bulan Syaaban tahun ke 5 Hijrah ada riwayat yang mengatakan perang ini berlaku pada 2 Syaaban tahun ke 6 Hijrah .

Peristiwa ini berlaku apabila perang selesai dan dalam perjalanan ke kota Madinah.

Maka Rasullulah saw pun mengerakkan angkatan tentera islam ke Kota Madinah. Padahal waktu itu, sedang matahari terik berdiri di atas kepala. Ia adalah satu langkah yang amat bijak diambil oleh Rasullulah saw. Baginda berjalan-jalan bersama-sama para sahabat Baginda sehingga benar-benar letih dan berehat. Kerana sangat letih Baginda tertidur dengan nyenyaknya. Rasullulah saw dan angkatannya seramai lebih kurang 1,000 orang berehat disuatu tempat, yang jaraknya kira-kira satu malam perjalanan untuk ke Madinah. Oleh kerana keletihan, pada malam itu Saidina Aisyah telah keluar daripada "sekedup" untanya kerana hendak berhadas kecil. Lalu tanpa memberitahu sesiapapun dia terus keluar daripada "sekedup" dan pergi agak jauh.


Ketika sebelum kembali ke rombongan Rasullulah saw Saidatina Aisyah mencari-cari kalung jenis manik Yaman kepunyaan Asma, kakaknya yang dipakai dilehernya tercicir. Apabila Saidatina Aisyah kembali ke rombongan Rasullulah saw didapati rombongan angkatan tentera itu telah pergi meninggalkannya. Namun, Saidatina tidak berputus asa dan berharap agar rombongan angkatan tentera suaminya akan datang mencarinya dan mengambilnya di situ. Ketika menunggu itulah Saidatina Aisyah merasa sangat letih dan tertidur diatas pasir.


Menjelang Subuh, tiba-tiba datang seorang sahabat nabi yang sengaja ditugaskan berjalan dibelakang rombongan tentera islam yang bertujuan berjaga-jaga jika ada barang yang tercicir atau serangan balas musuh daripada belakang bernama Safwan bin Mu'attal as-Sulami.


Safwan bin Mu'attal as-Sulami telah mendekati  saidatina Aisyah yang sedang terbaring menyelubungi seluruh badannya. Ini kerana kerana sebelum turun ayat hijab, safwan pernah melihat wajah Saidatina Aisyah sekali. 


Safwan bin Mu'attal as-Sulami merasa terkejut dan hairan melihat Ummul Mukminin yang tidur seorang diri tanpa berkata apa-apa hanya kalimah istijrah iaitu kalimah 'innalillahi wainna illahi rajiun'. Tujuannya Safwan bin Mu'attal as-Sulami berkata demikian supaya Saiditina Aisyah terjaga. Memang benar ucapan Safwan bin Mu'attal as-Sulami menyebabkan Saiditina Aisyah terjaga sambil bangun dan menutup wajahnya. Safwan bin Mu'attal as-Sulami menarik unta sambil mengarahkan agar saidatina Aisyah menunggang untanya itu. Kemudian Safwan memalingkan mukanya ketempat lain. 


Begitulah waraknya Safwan ketika dia berdua-duaan dengan Saiditina Aisyah pada malam itu.  


Tiada lagi apa-apa percakapan di antara Saidatina Aisyah dengan Safwan selain perkataan istirja itu sahaja. Safwan menarik unta itu dengan cepat untuk mengejar angkatan tentera islam. Dia sempat bertemu dengan angkatan tentera islam sebelum memasuki Kota Madinah tetapi waktunya sudah tengahari. 


Pada mulanya mereka tidak merasa apa-apa kerana hati mereka ikhlas dan Rasullulah saw tidak memikirkan perkara yang bukan-bukan terhadap isteri Baginda dan sahabat Baginda itu sehingga Rasullulah saw dapat menyelesaikan pembahagian ghanimah bani Mustaliq dan juga dapat melangsungkan perkahwinan dengan Siti Juwairiyah binti al-Harith . Tetapi peristiwa itu mula diperkatakan oleh kaum munafik yang suka merosakkan rumahtangga Rasullulah saw yang dketuai oleh Abdullah bin Ubai. Beliaulah yang memburukkan peribadi Saidatina Aisyah dengan Safwan. 


Sebaik sahaja tiba di Madinah, Saidatina Aisyah demam dan tinggal dibiliknya sahaja tanpa keluar ke mana-mana. Ketika itulah fitnah atau gosip memburukkan Saidatina Aisyah menular yang mana sebenarnya fitnah itu pada mulanya hanya bermain di bibir Abdullah bin Ubai  . 


Kemudian berita itu mempengaruhi 3 sahabat lain iaitu Hisan bin Thabit , Mistah bin Usasah dan Hamnah binti Jahsyi. Walaupun sahabat Nabi (selain dari 3 orang ini) tidak turut memperkatakan tentang fitnah itu tetapi mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian kepada fitnah itu. 

Setidak-tidaknya hati mereka telah turut terpengaruh memberi perhatian tentang fitnah walaupun hati mereka menepis . Bagi penduduk Madinah tidak dapat lenyap daripada desas-desus fitnah jahat itu. Akhirnya cerita itu sampai ke pengetahuan Rasullulah saw dan baginda tidak percaya bahawa isterinya membuat perkara sekeji itu. 


Mustahil mereka yang soleh dan bertakwa itu tergamak melakukan perbuatan keji, sedikit sebanyak perasaan sedih melanda juga jiwa Rasullulah saw. Baginda merasakan tempias fitnah itu, ini kerana fitnah itu melibatkan isteri yang paling baginda sayangi. Oleh kerana Saidatina Aisyah demam dan tidak tahu menahu tentang fitnah itu dan merasa hairan melihat Rasullulah saw melayan dirinya lain daripada biasa. 


Dengan rasa pilu, Rasullulah saw mengizinkan Saidatina Aisyah untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Setelah sembuh dari demam Saidatina Aisya telah keluar untuk berhadas besar bersama-sama dengan ibu Mistah bin Usasah yang juga adalah sanak saudara ayahnya. 


Setelah selesai dalam perjalanan pulang kaki ibu Mistah telah tersangkut sehingga dia terjatuh lalu menyumpah anaknya Mistah. Saidatina Aisyah terkejut dan berkata:"Mengapa engkau mencaci lelaki yang turut berperang di Badar?" "Adakah engkau belum mendengar tentang fitnah dirimu?" sangah ibu Mistah. 


Saidatina Aisyah terkejut dan sedih sekali apabila mendengar cerita ibu Mistah tentang fitnah itu dia pulang dan bertanya kepada ibunya Ummu Ruman. 

kesedihansaidatinaaisyah
Lalu Ummu Ruman mencerita perkara yang berlaku, wajah Saidatina Aisyah murung sekali. Air matanya mulai mengalir deras membasahi pipi sehingga semalam dia tidak dapat tidur. 


Rasullulah saw amat sedih memikirkan perkara yang sedang menimpa isterinya itu. Sukar baginda untuk menyelesaikannya, wahyu belum turun untuk memberitahu cerita sebenarnya. Namun, baginda yakin isterinya tidak melakukannya kerana Aisyah adalah isteri yang disayangi dengan sebab itu Rasullulah saw merasa cemburu. Namun, akhirnya kesucian Saidatina Aisyah benar-benar terserlah setelah Allah membersihkan nama Aisyah dengan turunnya wahyu Allah. 

Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). (Surah An-Nur ayat 11)  

Nota: 
Assalammualaikum...w.k.t, 
Mengamalkan dasar berbaik-baik sesama blogger. Pesanan : 
Dalam dakwah tiada istilah Copyright . Daripada Abdullah bin 'Amr r.a, Rasullulah saw telah bersabda :"Balighu anni walau ayah. (sampaikan daripadaku walaupun satu ayat) - Hadis Bukhari 
-------------------------------
Status mselim3 : Kalau ada kesudian , kalau ambil artikel kat sini minta link kan ke blog nie, yer...budi tuan/puan Allah aje membalas-Nya.
Link : http://mselim3.blogspot.com http://mselim3.blogspot.com/2014/02/fitnah-terbesar-dalam-sejarah-islam.html
Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam : Saidatina Aisyah Difitnah - mselim3.blogspot.my




15 AYAT MENGENAI (FITNAH) DI DALAM AL-QURAN
23 September 2013 jam 4:38 PAGI

ASSALAMUALAIKUM. SEBAGAI RENUNGAN, ADA 15 AYAT MENGENAI (FITNAH) DI DALAM AL-QURAN NUR KARIM YANG ALLAH S.W.T TURUNKAN SEBAGAI RUJUKAN/PANDUAN/PEDOMAN/PENGAJARAN UNTUK UMAT ISLAM. MARILAH KITA SAMA2 HAYATINYA. INSYA ALLAH.

1. Bunuhlah mereka di mana juga kamu temui. Usirlah dari tempat mereka mengusir kamu. Fitnah itu lebih besar bahaya daripada pembunuhan. Janganlah kamu memerangi mereka di Masjidil haram sehingga mereka memerangi kamu padanya. Sekiranya mereka memerangi kamu (di tempat itu) maka perangilah mereka. Demikianlah balasan golongan orang kafir. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 191).


2. Perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah dan agama itu hanya untuk Allah. Jika mereka berhenti (daripada memusuhi kamu) maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang yang zalim. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 193)


3. Mereka bertanya engkau tentang berperang dalam bulan haram. Katakanlah (Muhammad) : "Berperang dalam bulan itu berdosa besar. Perbuatan menghalang orang dari jalan Allah dan kufur kepadaNya , (melarang orang masuk) ke masjidil haram serta mengusir penduduknya adalah lebih dosanya di sisi Allah. Fitnah lebih besar dosanya daripada pembunuhan. Jika mereka mampu, mereka tidak akan berhenti memerangi kamu sehingga kamu berpaling daripada agama kamu. Sesiapa yang murtad daripada agamanya dan mati, dia adalah kafir. Amalan-amalan (baik) mereka musnah di dunia dan akhirat. Mereka menjadi penghuni neraka yang kekal didalamnya. (Al-Quran: Surah Al-Baqarah – Ayat 217)


4. Dialah yang menurunkan kepada mu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Qur'an. Sebahagian besar dari Al-Qur'an itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Qur'an. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “mutasyaabihaat” (yang samar- samar , tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecederungan kearah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Qur'an untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta'wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang di sukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta'wilnya (tafsir maksudnya yang benar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata : "Kami beriman kepadanya , semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran . (Al-Quran: Surah Ali’-Imran – Ayat 7)


5. Kamu juga akan dapati golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka beroleh aman dari pihak kamu dan (sebaliknya mereka melahirkan kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaumnya (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah (pencerobohan), mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh) dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu dan juga (tidak) menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu), maka hendaklah kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja kamu menemuinya; kerana merekalah orang-orang yang Kami jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak terhadapnya. (Al-Quran: Surah An Nisa’- Ayat 91)6. Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. Kemudian jika mereka berhenti (dari kekufurannya dan gangguannya, nescaya mereka diberikan balasan yang baik) kerana sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 39)


7. Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Al-Quran: Surah Al-Anfal – Ayat 73)


8. Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang zalim. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 47)


9. Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) agama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 48)


10. Dan di antara mereka (yang munafik itu) ada yang berkata: Izinkanlah aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah engkau menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah. Ketahuilah, mereka telah pun tercebur ke dalam fitnah (dengan dalihan yang dusta itu) dan sesungguhnya azab Jahanam meliputi orang-orang yang kafir. (Al-Quran: Surah At-Taubah – Ayat 49)


11. Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas. (Al-Quran: Surah Yunus – Ayat 85)


12. (Setelah selesainya urusan itu) maka Allah berfirman kepada Nabi Musa: Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu fitnah ujian sepeninggalanmu dan mereka telah disesatkan oleh Samiri (Al-Quran: Surah Thaha – Ayat 85)


13. Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau dia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu dan kalau pula dia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah dia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah dia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. (Al-Quran: Surah Al Hajj – Ayat 11)


14. (Yang demikian) kerana Allah hendak menjadikan hasutan Syaitan itu sebagai satu fitnah cubaan bagi orang-orang yang ada penyakit kufur ingkar dalam hati mereka dan yang hatinya keras membatu dan sesungguhnya mereka yang zalim itu sentiasa berada dalam pertentangan yang jauh dari kebenaran. (Al-Quran: Surah Al-Hajj – Ayat 53).


15. Yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai); (Al-Quran: Surah Qalam – Ayat 11).


https://www.facebook.com/notes/cili-fm/15-ayat-mengenai-fitnah-di-dalam-al-quran/621677414550482/
15 AYAT MENGENAI (FITNAH) DI DALAM AL-QURAN


............................

Tiada ulasan: