Ahad, 25 November 2018

Ulama, golongan berserban, agamawan dan akademik bahasanya indah dan tidak cepat terbang. Allah sudah tunjukan. 8723.


Bersih yang jika berhimpun tiada matlamat lain selain menggulingkan kerajaan?. Gulingkan kerajaan cuma provokasi kerajaan waktu itu, agar Bersih dipandang negatif. Penganjur Bersih pun ada kalangannya pengamal undang-undang. 

Gerakan tolak ICERD ada matlamat, bukan seperti Bersih
sitifatimah 25/11/2018
Kongres dan himpunan bukti solidariti rakyat pertahan Perlembagaan
Gambar fail - Antara perhimpunan Bantah ICERD yang diadakan baru-baru ini
JIKA sebelum ini kamu termasuk antara yang menuntut kerajaan agar menolak ICERD; dan kini apabila kerajaan telah pun memenuhi tuntutan itu dengan menyatakan komitmen tidak akan meratifikasi ICERD, tapi kamu pula tiba-tiba merasa tak puas hati atas keputusan kerajaan itu — maka jelaslah bahawa niat kamu bukan sebenar-benarnya untuk menentang ICERD dan mempertahankan Perlembagaan, sebaliknya kamu sekadar penunggang isu ICERD sebagai bahan politik untuk menentang kerajaan.

Sebab itu, apabila kerajaan dah penuhi tuntutan, kamu rasa tak puas hati, kerana sudah tak boleh dijadikan modal politik. Maka kamu pun keluarkan komen: “Ala, takkan baru kena gertak nak himpun, kerajaan dah takut?”

Kita sepatutnya bersyukur apabila tuntutan telah dipenuhi, tapi kamu pula marah apabila tuntutan dipenuhi.

Orang seperti ini tidak kisah pun berkenaan Perlembagaan dan kedudukan agama, bangsa dan negara. Mereka cuma nak berpaut kepada sebarang sahaja isu yang boleh dipergunakan untuk kepentingan politik. Berhati-hatilah dengan orang yang sebegini.
Pun demikian, dalam masa yang sama, Kongres Tolak ICERD dan Himpunan Mega Rakyat Tolak ICERD (8 Disember) tetap diteruskan, sebab sejak dari mula, Kongres dan Himpunan ini tidak pernah pun dimaksudkan untuk melawan kerajaan. Ia adalah Kongres dan Himpunan bagi menunjukan solidariti rakyat bagi mempertahankan keutuhan Perlembagaan.

Hanya orang yang tak faham matlamat Kongres dan Himpunan tersebut sahaja yang akan kata, sudah tidak perlu berhimpun lagi, memandangkan kerajaan telah bersetuju — seolah-olah Kongres dan Himpunan tersebut nak disamakan dengan Bersih yang jika berhimpun tiada matlamat lain selain menggulingkan kerajaan.

Gerakan tolak ICERD bukan macam Bersih. Kita ada matlamat jelas, iaitu mempertahankan Perlembagaan dan kedaulatan negara.

Justeru selagi mana wujud anasir-anasir anti-Perlembagaan seperti Menteri rasis Waytha Moorthy, Suhakam, Sisters in Islam, Lawyers for Liberty, Bebas, dan pelbagai lagi kelompok yang lantang mendesak agar keluhuran Perlembagaan dirombak dan dirungkai, selagi itulah rakyat perlu terus menunjukkan kesatuan menolak ICERD dan anasir anti-Perlembagaan.

Baca sahaja berita-berita hari ini, dan lihat bagaimana anasir-anasir anti-Perlembagaan meneruskan tekanan mereka agar kerajaan mengubah pendirian semula. Takkan gerakan Tolak ICERD nak senyap sahaja?

Justeru Kongres Tolak Icerd hari ini dan Himpunan Mega 8 Disember, perlu jalan terus!

Aidil Khalid
Pengamal Undang-Undang
Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.
Gerakan tolak ICERD ada matlamat, bukan seperti Bersih - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/11/25/gerakan-tolak-icerd-ada1-matlamat-bukan-seperti-bersih/


Artikel berkaitan 

Menteri masih mahu ICERD patut letak jawatan secara bermaruah



Ini negara China atau Malaysia?


‘Anwar tak perlu tunjuk hero’


‘Islam agama cukup sempurna’


‘Usah ragu-ragu lagi kata Malaysia negara Islam’


‘Malaysia negara majoriti muslim, tapi suara songsang diraikan’


‘Kita mesti bangga dengan sejarah nenek moyang’


Malaysia negara Islam: Wilayah wajib dipertahankan


Usah jadikan Kabinet PH kandang ternak menteri melampau

Menteri bakar kelambu

ELBI RISALAH pada DIALOG RAKYAT - 12 minit yang lalu
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR *ATAS* tekanan dan desakan rakyat Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akhirnya membuat keputusan tidak akan meratifikasi ICERD. Untuk itu kita ucapkan terima kasih. Apa guna kita guna acuan Barat yang tidak relevan dengan amalan dan budaya kita di sini. Kalau Barat perjuangkan hak LGBT sedang ia asing dan terkutuk pada amalan kita, apa guna kita terima. Begitu juga jika Barat mempromosi kebebasan beragama sehingga memberi kebebasan kepada rakyat keluar masuk agama dan malah boleh memilih tidak beragama, patutkah ia kita contohi? Demikianlah juga dengan ICERD. ... lagi »

Gerakan tolak ICERD ada matlamat, bukan seperti Bersih

sitifatimah pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 18 minit yang lalu
JIKA sebelum ini kamu termasuk antara yang menuntut kerajaan agar menolak ICERD; dan kini apabila kerajaan telah pun memenuhi tuntutan itu dengan menyatakan komitmen tidak akan meratifikasi ICERD, tapi kamu pula tiba-tiba merasa tak puas hati atas keputusan kerajaan itu — maka jelaslah bahawa niat kamu bukan sebenar-benarnya untuk menentang ICERD dan mempertahankan Perlembagaan, sebaliknya … The post Gerakan tolak ICERD ada matlamat, bukan seperti Bersih appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Ini negara China atau Malaysia?

sitifatimah pada Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb - 18 minit yang lalu
Oleh Siti Fatimah Ishak BANGI, 17 Rabiulawal 1440H, Ahad – “Bukan soal mahu memperbesarkan isu atau tidak, tapi persoalannya, ini negara China atau Malaysia? Jika Malaysia, maka bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.” Demikian bidas pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap kenyataan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang meminta isu pengiklanan jawatan kosong mengutamakan pemohon berkebolehan … The post Ini negara China atau Malaysia? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

PERJANJIAN KONTRAK TERHAPUS JIKA MANA-MANA PIHAK ENGKAR

taipingmali pada Taipingmali - 21 minit yang lalu
Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz 20 November 2018 *1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.* 2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British. 3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 JUTA buruh paksa dari negara CHINA dan INDIA DI TANAH MELAYU INI yang telah dibawa masuk... lagi »

Dataran Merdeka mana muat sejuta orang

ELBI RISALAH pada DIALOG RAKYAT - 23 minit yang lalu
Minda Rakyat SHAH ALAM - Menteri Wilayah, Khalid Samad menegaskan perhimpunan menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dijadualkan 8 Disember nanti tetap tidak boleh diadakan di Dataran Merdeka jika melibatkan penyertaan sejuta orang. Katanya, lokasi yang bersesuaian untuk menampung jumlah peserta perhimpunan yang ramai adalah di stadium. “Dataran Merdeka tidak boleh menampung seramai sejuta orang. Itu logik. “Kalau tetap nak buat, boleh di Stadium Bukit Jalil atau mana-mana stadium yang boleh muat sejuta orang,” katanya kepada Sina... lagi »

Program air percuma perlu menyeluruh

Asyraf Muhammad pada feed-sh-bckp-edisi - 24 minit yang lalu
Pelaksanaan program air percuma di Selangor perlu meliputi semua lapisan masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada golongan B40 semata-mata.

Masjid Lapan Kubah unik, digelar Masjid Russia

feed-sh-bckp-edisi - 24 minit yang lalu
Masjid Lapan Kubah di Kampung Lapan Kotak, Jerteh, di sini yang mendapat jolokan sebagai Masjid Russia kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow, Rusia, menarik perhatian orang ramai.

Bayar sekali, makan dua kali

Nurul Hidayah Hamid pada feed-sh-bckp-edisi - 24 minit yang lalu
Apabila ke Bandar Alor Setar, tidak sah jika tidak singgah makan di Restoran Laksa Ikan Sekoq di Taman Wira Mergong, di sini.

Khatan budak sebelum kenduri

Muhammad Ammar Mubassyir Abd Hadi pada feed-sh-bckp-edisi - 24 minit yang lalu
Seorang pengantin yang juga doktor sempat meluangkan masa membantu mengkhatankan peserta program Khatan Perdana di markas Becah Sawa, semalam.

Rezeki jual ayam engkong secara atas talian

Mohd Norzaharuddin Kasimon pada feed-sh-bckp-edisi - 24 minit yang lalu
Berbanding hidangan nasi ambeng yang mudah didapati di negeri Johor, nasi engkong yang bermaksud ayam bulat merupakan sejenis lagi makanan tradisi masyarakat Jawa di negeri ini yang semakin dilupakan generasi muda dan sukar untuk ditemui.

Ulama, Agamawan bahasanya indah. Allah sudah tunjukan. 
https://www.youtube.com/watch?v=QJ7WExpRQso
https://www.youtube.com/watch?v=3wh_m0lUmb0
https://www.youtube.com/watch?v=PfjfRiqA6Bw
‘Anwar tak perlu tunjuk hero’
Adakah Presiden PKR rabun dekat atau tuli badak, bila gagal ambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB? 
sitifatimah 25/11/2018
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 17 Rabiulawal 1440H, Ahad – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim diingatkan supaya tidak berlagak jadi hero, sehingga menempelak golongan berserban, agamawan dan akademik, kononnya membisu ketika skandal kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di zaman pentadbiran Barisan Nasional. 

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hasan berkata, pemikiran Ahli Parlimen Port Dickson itu mudah dieksploitasi oleh fitnah sebahagian media sehingga menelan segala pembohongan dan putar belit fakta.

“Saya kira Anwar telah alami rabun dekat atau tuli badak bila gagal mengambil maklum peranan alim ulama khasnya pimpinan PAS dalam isu 1MDB.

“Anwar tidak perlu tunjuk hero dan menghentam orang lain dalam isu 1MDB kerana beliau 10 kali lebih teruk daripada itu,” katanya dalam satu kenyataan. 

Mengulas lanjut Ustaz Nasrudin turut mempersoal di mana suara lantang Anwar ketika skandal kewangan yang terburuk dalam sejarah berlaku di Malaysia sekitar tahun 1980-an hingga 1990-an.

“Adakah beliau juga telah menjadi alat perkakas murahan kerana gejolak nafsu untuk menjadi Perdana Menteri? Di mana Anwar ketika negara diheret kerugian sebanyak RM2.5 bilion dalam kes Bumiputera Malaysia Finance (1983)?

“Di mana Anwar ketika negara rugi sehingga RM10 bilion akibat skandal syarikat Perwaja Steel 1988? Di mana Anwar ketika negara menanggung kerugian RM10 bilion dalam isu forex?

“Tidakkah ketika semua skandal kewangan negara berlaku, Anwar Ibrahim adalah sebahagian anggota Kabinet kerajaan?,” soalnya. 

'Anwar tak perlu tunjuk hero' - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb
https://www.ismaweb.net/2018/11/25/anwar-tak-perlu-tunjuk-hero/

Cendekiawan Muslim Kanada Ungkap Keutamaan Orang Beriman di Akhir Zaman
Ahad, 25 November 2018 11:40
Foto: Silaturahim Nasional (Silatnas) Hidayatullah yang digelar di Kampus Gunung Tembak, Balikpapan.
KIBLAT.NET, Balikpapan – Sejumlah tokoh nasional dan internasional meramaikan helatan Silaturahim Nasional (Silatnas) Hidayatullah yang digelar di Kampus Gunung Tembak, Balikpapan.

Usai Shalat Jumat (23/11), kali ini, giliran Dr. Abu Ameenah Bilal Philips, dai internasional yang berkesempatan mengisi di Masjid Agung ar-Riyadh, Balikpapan.

Di hadapan sepuluh ribu lebih peserta Silatnas, Abu Ameenah, demikian ia disapa, menuturkan tema tentang “Mendidik Generasi Sahabat yang Baru, Persoalan dan Solusinya”. Menurutnya, umat akhir zaman harus mencontoh generasi awal para sahabat.

“Apa yang menjadikan generasi awal sedemikian terbaik, maka itu juga yang harus dilakukan generasi saat ini,” ucap pendiri Islamic Online University.

Doktor kelahiran Jamaika tersebut lalu memotivasi peserta dengan menjelaskan hadits Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wasallam tentang iman manusia yang paling menakjubkan. Iman tersebut rupanya bukan milik malaikat atau nabi atau sahabat. Tapi mereka justru orang beriman yang hidup di akhir zaman. Mengimani al-Qur’an tapi tidak pernah berjumpa dengan Rasulullah.

Inilah, kata Abu Ameenah, yang menjadi tantangan buat umat Islam. Sebab yang dikenal dari kaum muslimin justru sebagiannya adalah keburukan dan kekurangan. “Kita dikenal suka menyontek, mencuri, dan mengambil hak orang lain,” ucapnya.

“Maka satu-satunya cara memperbaiki itu dengan menghasilkan generasi baru yang lebih baik imannya,” lanjut dai internasional yang kini bermukim di Qatar.


Satu cara sederhana, ungkapnya, adalah komunikasi efektif antara orang tua dan pendidik. 

Hal ini dianggapnya sebagai titik lemah pada dunia pendidikan saat ini. Di mana sebagian mereka berbeda pandangan soal tujuan dan proses pendidikan itu sendiri.

Terakhir dia juga menyoroti soal sekularisasi ilmu yang dianggapnya membahayakan iman umat Islam.

“Itulah kenapa berkah ilmu dan amal itu bisa hilang,” pungkasnya kembali mengutip hadits soal keutamaan ilmu yang bermartabat.

Reporter: Irfan/ INA
Editor: M. Rudy
Cendekiawan Muslim Kanada Ungkap Keutamaan Orang Beriman di Akhir Zaman - Kiblat
https://www.kiblat.net/2018/11/25/cendekiawan-muslim-kanada-ungkap-keutamaan-orang-beriman-di-akhir-zaman/


Tiada ulasan: