Ahad, 18 November 2018

Wilayah Islam di Nusantara telah berkurun lama ternoda. 8670.


Era penjajahan oleh Portugis, British, Prancis, Belanda, Sepanyol dan Amarika Syarikat. Burma/Myanmar terhapus sebagai Wilayah Islam. Kes Rohingya menyusul. Semenanjung Tanah Melayu dari Segenting Kra ke Singapura juga telah tergadai. Dengan Perjanjian Bangkok 1909 antara Thailand dengan British yang mengaris sempadan Malaysia Thai yang diguna pakai hari ini. Umat Islam di Selatan Thai sering terancam oleh provokasi. Singapura telah diserahkan kepada kaum pendatang China pada tahun 1965 oleh Umno. Begitu juga dengan Pulau Batu Putih di zaman PM ke 5 dan Tanah KTMB hingga ke Tg Pagar oleh PM ke 6. Hal ini telah menyusutkan lagi Wilayah Islam Nusantara. Seperti juga Thailand, kerajaan Laos, Kemboja dan Vietnam kini dikuasai oleh Budha. Lebih malang lagi lahir bangsa baru di Vietnam dengan kedurjanaan tentera Amarika Syarikat, yang sebelum ini menjajah Filipina dan melahirkan bangsa baru di Negara tersebut. Filipina sekarang dikuasai Kristian. Wilayah Islam di Nusantara hanya tinggal Malaysia, Brunai dan Indonesia yang kesemuanya semakin mengecil kalah dengan kristian dan budha.

Senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR
Azmin Ali kekal jawatan Timbalan Presiden bagi penggal 2018-2021 
adminweb 18/11/2018
SHAH ALAM, 10 Rabiulawal 1440H, Ahad– Berikut adalah senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR bagi penggal 2018-2021.

Pengerusi Tetap : Datuk Ahmad Kassim
Timbalan Pengerusi Tetap : Othman Karim

Presiden: Datuk Seri Anwar Ibrahim
Timbalan Presiden: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Naib Presiden:
1. Nurul Izzah Anwar
2. Zuraida Kamaruddin
3. Xavier Jayakumar
4. Tian Chua

Anggota Majlis Pimpinan Pusat: 
1. Amirudin Shari
2. Datuk Mohd Rashid Hasnon
3. R. Sivarasa
4. Rahimah Majid
5. Abdullah Sani Abdul Hamid
6. Elizabeth Wong
7. Datuk Saifuddin Abdullah
8. Datuk Zakaria Abdul Hamid
9. Mohd Radzlan Jalaludin
10.Datuk Dr Mansor Othman
11. Datuk Kamarudin Jaafar
12. Larry Soon @ Larry Sng Wei Shien
13. Nik Nazmi Nik Ahmad
14. Azmizam Zaman Huri
15. Nor Azrina Surip @ Nurin Aina Abdullah
16. Gan Pei Nei
17. Zaliha Mustafa
18. R. Santhara Kumar
19. Hee Loy Sian
20. Abdul Halim Hussain

– Bernama
https://www.ismaweb.net/2018/11/18/senarai-penuh-anggota-majlis-pimpinan-pusat-mpp-pkr/
Senarai penuh Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR - Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb

Artikel Popular





Artikel berkaitan



Dakwa ICERD tak langgar Perlembagaan, Zainul Rijal bidas Majlis Peguam


Umat Islam himpun bantah ICERD, kegiatan edar risalah Kristian


Langkah tegas bolehkan rakyat nikmati kelajuan internet lebih pantas: MCMC


Pemuda UMNO desak Waytha Moorthy letak jawatan


Sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor bermula hari ini


VIDEO | PM patut pecat Waytha Moorthy sebagai menteri


40 maut serangan udara sekutu AS


Polis buru suspek pecah rumah guna Estima


Himpunan besar-besaran bantah ICERD 8 Disember

Wartawan antarabangsa, Palestin cedera angkara Israel



Kerajaan PH dituntut tunai janji royalti minyak



Kerajaan perlu rujuk Majlis Raja-raja sebelum ratifikasi ICERD



Sunday, November 18, 2018 
Dr Maszlee 'Kencing' Susu, Rupanya Semak Dulu Kenyataan PH..
SEBAHAGIAN murid menikmati bantuan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M) bagi 2017.
SEBAHAGIAN murid menikmati bantuan susu di bawah Program Susu 1Malaysia (PS1M) bagi 2017.
Rupanya Dr Maszlee "kencing" juga pasal susu sekolah

Laporan Mingguan Malaysia hari ini menyangkal kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik bahawa Program Susu 1Malaysia (PS1M) penuh skandal dan gagal.

Menurut laporan akhbar itu yang memetik sumber, semua lima syarikat pembekal susu yang dilantik pentadbiran lalu telah menghantar bekalan kepada lebih 7,000 sekolah yang terlibat dalam program itu, bermula Ogos hingga Oktober 2017.

Sumber yang dikatakan terlibat secara langsung dalam program itu mendakwa, proses pembekalan telah mengikut prosedur, termasuk mempunyai dokumen yang lengkap seperti surat setuju terima (SST), surat akuan penerimaan (SAP) dan invois tuntutan pembayaran.

“Kalau macam itu (susu tidak dihantar), penolong kanan serta guru besar juga perlu disiasat dan ditahan memandangkan mereka yang menandatangani SAP selepas bekalan tersebut dihantar ke sekolah,” katanya seperti dipetik.

Pada 8 November lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa PS1M bagi tahun 2018 yang sepatutnya berjalan tahun ini dan telah diluluskan peruntukan, tidak diketahui kedudukannya.

Dalam laporan itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock mendakwa bekalan sepatutnya diedarkan ke sekolah melalui dua fasa, iaitu pada Mac dan Jun, bagi memenuhi keperluan murid dalam tempoh setahun.

"Bagaimanapun sejak awal tahun ini sekolah tidak menerima susu kotak tersebut. Memang ia tidak ada sebelum 9 Mei lagi," katanya ketika dihubungi.

Berhubung perkara itu, sumber yang dipetik akhbar itu berkata PS1M tidak diteruskan untuk tahun ini selepas peralihan kuasa pasca-PRU ke-14.

"PS1M 2018 sudah dibincangkan tetapi tiada kontrak dikeluarkan, maka untuk tahun ini memang tiada susu dibekalkan tetapi tahun lepas semua telah selesai,” katanya.

Terdahulu, Maszlee berkata program itu sudah gagal dan bekalan "hilang selama setahun".

"Apabila kita periksa kita pun tak tahu ke mana perginya, dan bukan itu saja (skandal yang ada)," katanya yang menjamin akan menyiasat penyelewengan yang berlaku dalam kementeriannya ketika pentadbiran terdahulu.

Bekas menteri pendidikan, Mahdzir Khalid, yang sebelum ini berkata "tidak tahu" tentang masalah itu, hari ini berkata punca PS1M tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini kerana kegagalan kementerian kewangan mengeluarkan waran untuk tender pemerolehan susu kota.

Menurut Mingguan Malaysia, beliau berkata wang peruntukan program itu tidak hilang tetapi masih di bawah seliaan kementerian kewangan.

PS1M merupakan program di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) yang sepatutnya mengedarkan susu kotak kepada murid miskin di sekolah.

Untuk rekod, perlaksanaan RMT telah menerima peruntukan RM299 juta daripada kerajaan BN seperti dibentangkan dalam Belanjawan 2018.

Lima syarikat pembekal yang terlibat dalam pengedaran susu kotak pada tahun lalu ialah Konsuma Sdn. Bhd, Sabah International Sdn. Bhd, Dutch Lady Milk Industries Bhd., Hybrid Allied Dairy Company Sdn. Bhd. dan Holstein Milk Company Sdn. Bhd. 

MR :  Kini semua kenyataan pimpinan PH kena semak dulu
MINDARAKYAT
http://www.ibnuhasyim.com/2018/11/dr-maszlee-kencing-susu-rupanya-semak.html

Dakwa ICERD tak langgar Perlembagaan, Zainul Rijal bidas Majlis Peguam
Tindakan afirmatif konvensyen antarabangsa tak sesuai untuk Malaysia
adminweb  18/11/2018
BANGI, 10 Rabiulawal 1440H, Ahad – Perbezaan undang-undang antara orang Islam dan bukan Islam di negara ini tidak melayakkan Malaysia melaksanakan tindakan afirmatif seperti terkandung dalam Artikel 1(4) Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Perkara itu dinyatakan Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar hari ini, sebagai membidas kenyataan Presiden Majlis Peguam, George Varughese.

Varughese sebelum ini dilaporkan berkata, langkah meratifikasi ICERD sama sekali tidak melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, seperti mana dinyatakan dalam Artikel 1(4) konvensyen itu, yang memperuntukkan langkah-langkah istimewa (termasuk tindakan afirmatif) adalah dibenarkan.

Katanya, undang-undang yang memberi layanan saksama kepada semua mungkin tidak mencukupi untuk menghapuskan diskriminasi, dan ICERD bertujuan untuk membawa kesaksamaan yang berkesan atau substantif, termasuk melalui langkah khas sementara, jika diperlukan.

Tidak bersetuju dengan kenyataan itu, Zainul Rijal menyifatkan pandangan berkenaan tersasar kerana dua syarat dalam Artikel 1(4) ICERD, tidak diamalkan di Malaysia dan bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan.

“Mengikut proviso tersebut, ia mestilah tidak menjuruskan kepada hak berasingan kepada kumpulan kaum berbeza, dan ia hanya boleh berterusan sehingga objektifnya telah tercapai.

“Di Malaysia, orang Islam dan bukan Islam mempunyai undang-undang berbeza dalam beberapa aspek seperti undang-undang keluarga, perwarisan, kesalahan melanggar perintah agama Islam dan beberapa perkara lain.

“Malah hak keistimewaan Bumiputera juga tidak ditetapkan tempohnya. Hal ini tidak melayakkan Malaysia melaksanakan tindakan afirmatif seperti proviso Artikel 1(4) tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Oleh kerana wujud perbezaan pandangan, Zainul Rijal menyarankan pihak yang menyatakan bahawa konvensyen antarabangsa tidak menjejaskan Perlembagaan Persekutuan supaya mendapatkan jaminan daripada 18 pakar yang ditubuhkan dalam Artikel 8.

“Sekiranya mereka memberi jaminan tersebut, barulah tuntas hujah mereka. Jangan hanya menafikan sahaja tetapi kesannya nanti tidak dapat dijangkakan.

“Sekiranya tiada jaminan ini negara berisiko dirujuk ke ICJ kerana tidak mematuhi ICERD setelah diratifikasi. Say no to ICERD ratification!,” katanya.

On 31 August 2007, the 50th anniversary of Malaysia's independence, P. Waytha Moorthy,( TDM telah menjadi pengkhanat memberi perhormatan dgn melantik hindraf ektremis jadi senator/menteri perpaduan perlingkup bangsa Melayu)a HINDRAF lawyer filed a class action suit against the Government of the United Kingdom at The Royal Courts of Justice in London for US$4 trillion (US$1 million for every Malaysian Indian) for "withdrawing after granting independence and leaving us (Indians) unprotected and at the mercy of a majority Malay-Muslim government that has violated our rights as minority Indians".[21] as guaranteed in the Federal Constitution when independence was granted.[22]

The lawsuit is not only claiming 4 trillion British Pounds as compensation, it is also seeking to strike out Article 153 of the Malaysian Constitution which acknowledges the special position of Malays, but the lawsuit is without basis and had been thrown out into dustbin with stink carcass of biawak.

https://www.ismaweb.net/2018/11/18/dakwa-icerd-tak-langgar-perlembagaan-zainul-rijal-bidas-majlis-peguam/



Tiada ulasan: