Selasa, 4 Disember 2018

Andaikata banjir melanda kali ini. 8804.


Sebenarnya andaikata bala Allah menimpa kali ini... Allahu Akbar.

Allah perintahkan bumi membelah kerana Azan Nya disekat oleh sebahagian manusia. 

Sekarang kelihatan tenang-tenang sahaja. Supaya manusia semakin lalai? Manusia semakin gah dan bergantung harap dengan teknologi, yang hanya bergantung kepada akal manusia semata-mata. Kononnya akal mereka boleh mengekang bencana dan bala yang melanda. Walhal ilmu itu hak Allah, manusia hamba Nya cuma diberi pinjam.

Berinjak di bumi Allah tetapi ada manusia yang memenjarakan Azan dari berkumandang di bumi milik Nya. Nauzubillahminzalik.

Makan minum dengan rezeki Allah tetapi ada manusia tamak haloba dari rezeki halal menjadi rezeki haram kerana tidak amanah dalam mejalankan kuasa dan pengaruh. Rezeki itu pembina zuriat. Akhirnya apakah muka zuriat yang membesar dengan rezeki haram?. Nauzubillahminzalik.

Tidur nyenyak Allah jaga akan selesa rehatnya, tetapi ada manusia bila berjaga terus mengarah dan menerima arahan supaya menyerang Negara Islam dan orang Islam seperti di Palestin dan sadisnya menuduh Orang Islam Palestin sebagai penjahat, sedangkan siapa kacau siapa? Siapa penceroboh? Siapa pengganas sebenarnya? Berjaga-jagalah negara yang bersubahat dengan yahudi laknatullah, bahagian kalian tetap ada. Mungkin negara anda akan tenggelam buat selama-lamanya kerana dosa bersubahat dengan bangsa laknatullah. Aamiin.

Hal ini tidak mustahil bagi Allah. Sampai satu tahap Singapura tenggelam dan air mencecah sehingga ke Daerah Kluang, Johor. Masya Allah. Bila itu terjadi baru mahu lihat diri?. Itu pun kalau masih bernyawa.

Tsunami, Gempa Bumi, Banjir, Laut Bergelora dan sebagainya. Itu semua peringatan Allah untuk hamba-hamba Nya. 

Allah kirimkan tenteranya tsunami terjadi, berserta angin yang berkuatan teramat hebat serta lebih laju dari jet super sonik yang manusia reka. Apa jadi air di laut. Melambung ke udara, melepasi ketinggian pencakar langit yang manusia bina. Kemudian Allah perintahkan bumi membelah. Padang jarak padang tekukur lah sesebuah kawasan itu, setelah ditelan bumi. Allahu Akbar.

Oleh itu bersedialah sesegeranya dengan kembali pada Allah Yang Maha Menjadikan.
Aamiin Ya Robbalalaamiin.

Foto Asikin Asikin.

Tiada ulasan: