Selasa, 4 Disember 2018

CaQer. 8807.





PAC Umum Tukar 3 Anggota Lama Dec 4, 2018 
KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar andalah antara tiga Anggota Parlimen baharu dilantik menganggotai Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), menggantikan anggota sedia ada.

Anggota Parlimen Pakatan Harapan itu menggantikan tempat Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru), menurut Penyata Khas Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat ke-14 yang diedar kepada anggota Dewan Rakyat, hari ini.

Dua lagi anggota baharu ialah William Leong (PH-Selayang) menggantikan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo), dan Datuk Dr Noraini Ahmad (BN-Parit Sulong) menggantikan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin).

PAC dengan 12 anggota, ketika ini dipengerusikan oleh Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (BN-Beluran), manakala naib pengerusinya Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur). 

Anggota PAC yang lain ialah Datuk Seri Ahmad Hamzah (BN-Jasin), Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Datuk Robert Lawson Chuan (GPS-Betong), Muslimin Yahaya (PH-Sungai Besar) Wong Chen (PH-Subang), Steven Chong Shiau Yoon (PH-Tebrau), Hasanuddin Mohd Yunus (PH-Hulu Langat), Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera), dan Wong Shu Qi (PH-Kluang).

Sementara itu, Ronald ketika ditemui pemberita di bangunan Parlimen berkata ia hanya melibatkan pertukaran individu dalam parti yang sama.

“Selagimana ia diputuskan Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat, ia dianggap sah,” katanya. – BERNAMA [PAC Umum Tukar 3 Anggota Lama – MYNEWSHUB]


KUALA LUMPUR – Penulisan berita di negara berbilang kaum tanpa menjejaskan perpaduan masyarakat haruslah berasaskan kepercayaan, kesaksamaan dan ketepatan dalam laporan, kata Editor Eksekutif Special Broadcasting Service (SBS) World News yang berpusat di Australia, Sally Roberts.

“Jika wartawan melaporkan secara saksama dan tepat merangkumi semua kaum dan agama … Saya fikir itu tidak akan menimbulkan masalah.
“Di Australia, kami mempunyai SBS, dan tujuan kami adalah untuk melaporkan sesuatu isu dari komuniti tersebut yang media lain mungkin tidak melaporkannya dan ia berjalan dengan baik.

Kami mempunyai saluran komunikasi secara langsung dengan komuniti itu yang tidak berbahasa Inggeris tetapi bertutur dalam bahasa yang berbeza dan mereka menaruh kepercayaan kepada kami untuk melaporkan apa-apa berita yang menyentuh mereka,” kata beliau pada Perbincangan Panel Media Kebangsaan di di Wisma Bernama, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya bagaimana wartawan perlu menangani berita yang melibatkan sensitiviti masyarakat majmuk dalam penulisan.
“Keadaan di Australia dan Malaysia berbeza apabila saya berkhidmat untuk badan penyiar yang tidak menghalang kami daripada melaporkan isu-isu melibatkan kerajaan dan jatuh bangun dalam kehidupan.
“Kami mempunyai perdana menteri yang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dan kami melaporkan apa yang berlaku dan tiada sekatan ke atas wartawan kami untuk mengetahui apa yang sedang berlaku,” katanya.
Sesi selama lebih sejam itu membincangkan takrif media yang bebas, bagaimana untuk merealisasikan caka-cakap mengukuhkan kebebasan media menjadi realiti; peralihan ke platform media baharu tanpa kehilangan wartawan berpengalaman dan bagaimana wartawan muda dan wartawan media tradisional yang lebih berpengalaman dapat belajar antara satu sama lain serta landskap media di Malaysia selepas pilihan raya umum ke-14.

Turut hadir ketua eksekutif Walkley Foundation for Journalism, Louisa Graham, Wartawan dan Penerbit Multimedia di Fairfax Media, Rachael Dexter dan Network Editor nine.com.au, Simon King. – BERNAMA [Kesaksamaan Penulisan Berita Sumbang Perpaduan – MYNEWSHUB]
Ubah Laporan 1MDB: PAC Panggil Najib, Ali & Arul 
KUALA LUMPUR – Pasukan auditor yang menyiapkan laporan audit 1MDB pada 2016 yang didakwa telah ‘diubah’ akan dipanggil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) selepas beberapa maklumat baharu didedahkan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang kepada jawatankuasa itu, hari ini.
Pengerusi PAC Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata selain pasukan itu, mereka yang akan dipanggil ialah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda.
Ambrin hadir memberikan keterangan kepada jawatankuasa itu sebagai saksi pertama dalam prosiding berkaitan perkara tersebut.
Ronald berkata Ambrin turut berkemungkinan akan dipanggil semula untuk memberikan keterangan ekoran beberapa pertanyaan yang timbul selepas pendedahan maklumat baharu olehnya.
“Ada nama-nama yang kita telah kenal pasti (sebelum ini), sekarang ini ada tambahan, pasukan auditor, pasukan itu akan dipanggil, ada nama-nama mereka, saya tidak ingat… ada kira-kira lima ke enam orang yang diberikan nama oleh Tan Sri (Ambrin),” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas prosiding yang berlangsung kira-kira tiga jam itu selesai.
Pada 25 Nov lalu, Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad dilapor mendedahkan bahawa beberapa bahagian dalam laporan audit 1MDB itu telah ‘dikeluarkan’ atas arahan bekas Perdana Menteri yang juga bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ditanya butiran lanjut mengenai maklumat baharu itu, Ronald berkata ia tidak boleh didedahkan kepada umum sehingga siasatan selesai dan dibentang di Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, jelasnya maklumat berkenaan berkisar perspektifnya sebagai Ketua Audit Negara yang membuat audit terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu dan sama ada laporan audit yang menjadi tanda tanya itu telah diubah atau tidak.
“Kami tidak akan menyentuh tentang siasatan terperinci 1MDB, cuma sama ada laporan itu telah diubah atau tidak,” katanya.
Ronald berharap kesemua siasatan PAC akan dapat dibentang di Dewan Rakyat pada sesi akan datang yang dijadual bermula pada Mac.
Ambrin dalam pada itu, enggan memberi komen kepada media dan segera beredar meninggalkan kumpulan media yang menunggu. – BERNAMA [Ubah Laporan 1MDB: PAC Panggil Najib, Ali & Arul – MYNEWSHUB]
KOTA BHARU – Seorang lelaki cedera di muka, kepala dan badan akibat dibelasah orang awam kerana dituduh cuba menceroboh sebuah gudang perabot yang terletak di tepi Lebuh Raya Salor-Pasir Mas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, lelaki berusia 38 tahun terbabit ditangkap selepas orang ramai melihat dia dalam keadaan mencurigakan di perkarangan gudang tersebut.

Gambar mangsa yang terbaring di atas jalan dan berlumuran darah dipercayai dibelasah orang awam kemudiannya tular di media sosial sejak petang semalam.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam pada pukul 3.35 petang yang memaklumkan tentang kejadian tersebut. 

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota kita mendapati lelaki terbabit dalam keadaan terbaring cedera disyaki dipukul orang awam. Pihak kita segera menghubungi ambulans dan mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Ujian saringan awal mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan morfin. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dan dilaporkan dalam keadaan stabil,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahim berkata, pihaknya turut menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 65 tahun selepas wanita itu dimaklumkan ahli keluarga yang terlihat gambar mangsa tular di laman sosial.

Kata beliau, ibu mangsa mendakwa anaknya dipukul tiga lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah Toyota Hilux tanpa sebarang sebab, bukan dibelasah oleh orang ramai kerana cuba menceroboh gudang perabot sebagaimana yang diceritakan di media sosial.

“Pihak polis bagaimanapun masih meneruskan siasatan kes ini dan setakat ini, mangsa ditahan ekoran laporan dibuat oranf awam di Balai Nilam Puri atas dakwaan menceroboh kawasan gudang perabot.

“Sementara itu, kes mendatangkan kecederaan ini juga turut disiasat oleh pihak polis. Kita nasihatkan orang ramai supaya segera menyerahkan tangkapan kepada pihak berkuasa, bukannya mengambil tindakan sendiri dengan membelakangi undang-undang,” katanya. – UTUSAN ONLINE [Dibelasah Selepas Dituduh Ceroboh Gudang Perabot – MYNEWSHUB]

Airport [bandara
Terjebak tujuh bulan di bandara Malaysia, pengungsi Suriah dapat suaka di Kanada
Seorang pria Suriah yang hidup terkatung-katung di Bandar Udara Internasional Kuala Lumpur, Malaysia, selama tujuh bulan, kini telah tiba di Kanada, tempat ia mendapat suaka berkat disponsori oleh sejumlah warga negara itu.

Dua organisasi setempat, Asosiasi Muslim British Columbia dan Canada Caring Society atau Masyarakat Peduli Kanada, mensponsorinya untuk datang ke Kanada sebagai pengungsi.
Di sisi lain, orang-orang dari banyak negara juga membantu menggalang dana untuk mendatangkan Kontar ke Kanada.
Adapun, kisah Kontar mengingatkan publik pada film The Terminal yang dibintangi aktor Hollywood, Tom Hanks.[Terjebak tujuh bulan di bandara Malaysia, pengungsi Suriah dapat suaka di Kanada - BBC News Indonesia]




Tiada ulasan: