Jumaat, 4 Januari 2019

Pencuri kucing - kita jumpa di Padang Mahsyar yaaa. In Syaa Allah. 8989.


Kucing jadi haiwan peliharaan kegemaran.
Malangnya kucing rumah ni jadi sasaran pencuri kucing, yang kononnya penggemar kucing. Penggemar tetapi pencuri. Yang kena racun lain. Pernah dah laa kita busy majlis pernikahan anak, gelimpangan lima ekor cat mati. Yang sempat dirawat di klinik seekor RM250. Lat dua minggu kucing yang bertambah sihat pun dikebas juga. Ya Allah.

Kucing biasa jer, bukan kucing parsi bagai - tapi Allah bagi corak yang macam panda, tiger, lion pun ada... dengan ekor kembang. Semua hilang kena kebas.

Paling akhir dari puluhan kucing yang kena curi ialah ibu kucing yang anaknya baru berusia tidak sampai dua minggu. Pagi tadi menjeritlah si anak kucing yang masih kecil sebab kelaparan. Cari and panggil ibunya senyap. Cari xjumpa dan pasti sudah dicuri orang. Zalim sipencuri kucing itu. Nauzubillahminzalik.

Xsampai hati nak doakan sipencuri itu jadi hidup segan mati xmahu. Nauzubillahminzalik. Cuma mampu doakan supaya Allah limpahkan hidayah kepada sipencuri itu. Selebihnya semuanya dikembalikan pada Allah jua... Dia Yang Maha Hak. Aamiin.

M U R I D & GURU 🌸

Setinggi manapun kamu belajar,
Setebal manapun kitab yang kamu khatam,
Gelar apapun yang kamu terima,
Setinggi apapun pangkat kamu;

Kamu tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan GURU-GURU kamu.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kamu berjalan menuju ridho ilahi

Banyak yang jadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.

Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi.
Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI.
Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.

Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.

Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.

Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU,engkau tidak kenal jalan ini yang di ridhoi Alloh.

Jangan hilang ADAB dengan GURU. Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKAHAN.😟😟😟😟😟😟😟

#Syaikhona KH. Gus Lukman Al Karim


Melayu kalau nak jadi perompak, pencuri, kaki kelepet, kaki rasuah dan kleptokrasi mesti kena berkawan dengan bangsa Cina dengan India? Kes berkaitan berada di bahagian bawah entri ini dengan dimulai kisah Cula Badak...

Simpan Cula Badak Senilai Sejuta Dolar, 7 Warga Cina Ditangkap


Foto: Badak Afrika.
KIBLAT.NET, Harare – Tujuh warga negara Cina menghadapi pengadilan Zimbabwe pada Kamis (03/01/2018) dengan dakwaan melanggar hukum margasatwa. Mereka ditangkap bulan lalu karena membawa potongan badak bernilai hampir satu juta dolar.

Undang-undang taman dan margasatwa Zimbabwe melarang tindakan menyimpan, memiliki, menjual atau membuang produk atau piala hewan yang dilindungi.

Zeng Dengui (35), Peicon Jang (35), Chen Zhiangfu (30), Qui Jinchang (29), Yu Xian (250, Yong Zhu (25) dan Liu Cheng (23) ditangkap dua hari sebelum Natal setelah polisi menggerebek rumah mereka lantaran informasi warga.

Penyidik polisi menemukan potongan-potongan tanduk badak yang disembunyikan di kasur, kantong plastik dan di dalam kotak di sebuah rumah mereka yang terletak di pinggiran kota.

Mereka tampak di mengenakan pakaian penjara di pengadilan di kota resor Air Terjun Victoria. Persidangan ditunda hingga 9 Januari setelah jaksa mengatakan mereka belum siap.

Jaksa Penuntut Umum Bheki Tshabalala menuntut pasal pencucian uang sesuai permintaan polisi, selain dugaan pencurian kendaraan bermotor.
Potongan-potongan tanduk badak seberat 20,98kg dihargai $ 938.700. Cula badak sangat didambakan di beberapa negara Asia seperti Cina dan Vietnam yang dihargai hingga $ 60.000 per kilogram untuk obat.

Permintaan cula badak telah memicu ledakan perburuan dan perdagangan manusia di Afrika, khususnya di negara tetangga Zimbabwe, Afrika Selatan.
Afrika Selatan, yang merupakan rumah bagi sekitar 80 persen populasi badak dunia, telah kehilangan lebih dari 7.100 hewan selama dekade terakhir.

Pada tahun 2016, otoritas satwa liar di Zimbabwe mengatakan bahwa mereka telah mengkarantina 700 badak dewasa di negara itu untuk menghentikan perburuan liar yang merajalela.

Sumber: News24
Redaktur: Ibas Fuadi
BACA JUGA  Protes Kenaikan Harga di Sudan, Presiden Didesak Mundur
Simpan Cula Badak Senilai Sejuta Dolar, 7 Warga Cina Ditangkap - Kiblat

BERITA TERKAIT


TITIAN


BERITA LAINNYA


"Sekitar 4,5 sampai 5 juta penduduk masyarakat kita, itu terancam oleh letusan gunung api dan ancaman tsunami terhadap beberapa juta orang,” kata Rudy.
 Jum'at, 04/01/2019 11:30   0  

KIBLAT.NET- Pada Kamis, 3 Januari 2019, Duta besar Arab Saudi melakukan kunjungan ke PBNU. Dan...
 Jum'at, 04/01/2019 10:56   0  

Said mengatakan dengan adanya hubungan antara Dubes Saudi dan PBNU nantinya diadakan penambahan jalur dan kuota beasiswa.
 Jum'at, 04/01/2019 10:33   0  

KIBLAT.NET- Pada Kamis, 3 Januari 2019, Duta besar Saudi Arabia melakukan kunjungan ke PBNU. Dan...
 Jum'at, 04/01/2019 09:52   0  

Peristiwa ini pun pada akhirnya menunjukkan kotornya politik demokrasi. Bahwa keberpihakan terhadap agama harus dilunturkan demi mendulang suara.
 Jum'at, 04/01/2019 09:28   0  

Khutbah Jumat: Mewaspadai Dosa Tersembunyi
 Jum'at, 04/01/2019 01:58   0  

Duta Besar Arab Saudi untuk Indonesia yang baru, Yahya bin Hasan Al Qahtani mengatakan persoalan dubes yang lama sudah selesai
 Kamis, 03/01/2019 21:08   0  

"Jadi pendidikan dalam bencana itu penting. Dalam segala hal pendidikan itu penting, apalagi di bencana"
 Kamis, 03/01/2019 20:18   0  

KIBLAT.NET – “Pernah menyesal nggak sih jadi saksi yang memberatkan dan membuat Pak Ahok masuk...
 Kamis, 03/01/2019 20:07   0  

Said Aqil Siroj menyebut dubes Arab Saudi yang baru jauh dari pemahaman radikal ekstrem
 Kamis, 03/01/2019 19:35 

Kes pinda laporan audit 1MDB: Najib dan Arul Kanda dibicara bersama
Diterbitkan 11 minit yang lalu pada 04 January 2019
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dibicarakan bersama. ― Foto oleh Hari Anggara
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dibicarakan bersama. ― Foto oleh Hari Anggara

KUALA LUMPUR, 4 Jan ― Mahkamah Sesyen hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya kes pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy dibicarakan bersama.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa sebutan kes itu.

Sehubungan itu, pertuduhan terhadap Arul Kanda, 42, dibacakan semula dan beliau  mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Sri Ram turut memaklumkan pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah menetapkan 1 Mac untuk sebutan kes. 

Kandasamy dibicarakan bersama.

Hakim Azura Alwi membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram semasa sebutan kes itu.
Sehubungan itu, pertuduhan terhadap Arul Kanda, 42, dibacakan semula dan beliau  mengekalkan pengakuan tidak bersalah.
Sri Ram turut memaklumkan pihak pendakwaan akan memfailkan permohonan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah menetapkan 1 Mac untuk sebutan kes.
Kes Arul Kanda sebelum ini didengar di hadapan  Hakim Rozina Ayob dan ketika sebutan kes itu hari ini, beliau membenarkan kes Arul Kanda dipindahkan di hadapan Hakim Azura untuk dibicara bersama kes bekas perdana menteri.
Pada 12 Disember 2018,  Najib, 65, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menggunakan jawatannya dengan mengarahkan supaya Laporan Akhir Pengauditan 1MDB dipinda sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC),  bagi mengelakkan sebarang tindakan terhadapnya.
Dia didakwa sebagai  seorang pegawai badan awam iaitu Perdana Menteri Malaysia, menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi dirinya iaitu perlindungan daripada tindakan yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, dengan cara mengambil tindakan mengarahkan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB,  yang sedang disediakan dipinda sebelum laporan itu dimuktamadkan dan dibentangkan kepada PAC, yang tertuduh secara langsung mempunyai kepentingan.
Anggota Parlimen Pekan itu yang diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dituduh melakukan kesalahan itu di Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya, antara 22 Feb 2016 dan 26 Feb 2016.
Pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi  hal perkara kesalahan itu jika suapan dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Arul Kanda pula didakwa bersubahat dengan Najib untuk meminda laporan tersebut bagi melindungi Anggota Parlimen Pekan itu daripada dikenakan tindakan tatatertib, sivil atau jenayah berkaitan 1MDB, di tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 28(1)(c)  Akta SPRM 2009 dibaca bersama Seksyen 23 (1) & 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman serupa, jika sabit kesalahan. ― Bernama
https://www.projekmm.com/s/1709052/kes-pinda-laporan-audit-1mdb-najib-dan-arul-kanda-dibicara-bersama


Tiada ulasan: