Isnin, 23 Disember 2019

Doa Nabi Yunus A.S penawar segala musibah. 9465.


Doa Nabi Yunus A.S penawar segala musibah. Rugi jika tidak diamalkan
Written By  September 02, 2018
Rahsia doa Nabi Yunus a.s sangat besar maknanya ,amalkan setiap hari tidak kira di waktu senang atau susah .Ucaplah Alhamdullilah atas nikmat Allah S.W.T kurniakan kepada kita walau hanya sekecil zarah atau seluas lautan sentiasalah kita bersyukur atas nikmat itu. 

Berdoalah setiap hari sekurang - kurangnya tiga kali sehari tidak kira dalam apa jua keadaan sekali pun ,terutamanya bila kita dalam keadaan yang teramat sangat memerlukan pertolongan dari Allah S.W.T .Moga Allah S.W.T mendengar dan permudahkan segala urusan kita.

Sepertimana di dalam al-Quran terdapat kisah Nabi Yunus a.s. yang boleh dijadikan pengajaran dan jika di amalkan doa Nabi Yunus a.s ,Allah S.W.T akan lepaskan hambanya dari kesusahan atau musibah yang menimpa ,Insya Allah.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus a.s.

“La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”

"Tiada tuhan { yang dapat menolong } melainkan Engkau {ya Allah} .Maha Suci Engkau ,sesungguhnya aku dari orang yang zalim"

Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa hendaklah bersertakan dengan sedikit usaha Insya Allah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih teruk lagi.

Iktibar dari doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut ikan nun ,sabda Rasulullah SAW maksudnya:

“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk, kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud. Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan permintaannya.”

Baik dan buruk diri manusia itu bukan kita yang harus menilai sebaliknya DIA yang MAHA ESA.

"Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemukan sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah.

Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemukan pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tidak mendapatkan yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezki, tapi tidak menemukan rezki yang lebih baik daripada sabar". - Sayidina Umar bin Khattab.

Di antara amalan yang mujarab untuk melepaskan bala atau untuk menunaikan apa-apa hajat solat hajat 2 rakaat, kemudian selawat ke atas Nabi sebanyak 100 kali, istighfar 100 kali, kemudian bacalah tasbih ini sebanyak 70,000 kali atau 10,000 kali atau 313 kali. Diamalkan setiap hari selama 7 hari. Insya-Allah segala hajatnya akan ditunaikan oleh Allah.

Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa sama ada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.


01:56
-00:00


Sumber:
https://mdruzaidaud.blogspot.com/2018/09/doa-nabi-yunus-as-penawar-segala.html
DISCLAIMER : Pelbagai bentuk imej ,gambar ,artikel ,video dan pautan yang terkandung dalam blog ini diambil dari sumber - sumber lain .Oleh yang demikian dengan itu HAK CIPTA /COPYRIGHT dimiliki sepenuhnya oleh pemilik sumber / material tersebut .Sumber Youtube : Azwan Borneo .
.


Surah Yassin + Surah Al Waqiaa. 9464.


#Quran_Karim_قران_الكريم

تكرار سورتي يس والواقعة 11 مره Yassin+Al Waqiaa 11 times


#Quran_Karim_قران_الكريم تكرار سورتي يس والواقعة 11 مره Yassin+Al Waqiaa 11 times Treatment of depression Suffering from stress,Sadnes and depression, Relax, close your eyes and listen to this citation.

اللهم إشف جميع مرضى المسلمين و عافهم و ارفع عنهم البلاء
اللهم إغفر للمسلمين و المسلمات و المؤمنين و المؤمنات الأحياء منهمو الأموات من أبونا آدم إلى قيام الساعة.
بسم الله أرقيك، من كل شيء يؤذيك، من شر كل نفس أو عين حاسد، الله يشفيك، بسم الله أرقيك
سبحان الله وبحمده عدد خلقه ورضا نفسه وزنة عرشه ومداد كلماته
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
صلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Kebaikan Membaca Surah Al Waqiah Setiap Hari 
  December 7, 2016
Card 7
Al-Quran merupakan mukjizat terbesar dan mempunyai fadhilat yang sangat banyak. Surah Al Waqi’ah adalah salah satu surat Al Quran yang dikenal sebagai surat penuh berkah dan memiliki banyak khasiat dan keutamaan yang besar. Kebanyakkan antara kita ramai yang mengalami masalah kewangan, duit tidak cukup untuk menampung kehidupan. Sesiapa yang mempunyai kedudukan ekonomi yang sempit bacalah surah Al Waqi’ah untuk menolak kefakiran dan mendatangkan rezeki. 
Surah Al Waqi’ah merupakan surah ke 56 pada juz ke 27 terdiri atas 96 ayat termasuk golongan surah Makkiyah. Surah ini dinamai dengan Al Waaqi’ah (Hari Kiamat), diambil dari perkataan Al Waaqi’ah yang terdapat pada ayat pertama.
surah-al-waqiah
Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa khasiatnya dan kelebihan tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.
1.  Dengan mewiridkan surah Al Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’ad Al Mufti mengatakan, bahawa hadis ini sahih.
من قرأ سورة الواقعة في كل ليلة لم تصبه فاقة أبدا
“Barangsiapa membaca surat Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan jatuh miskin selamanya.”
2.  Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
3.  Daripada Ibnu Mas’ud r.a., Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)
4.  Rasulullah SAW bersabda:  “Ajarkanlah surah Al Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
5. Rasulullah SAW bersabda:  “Sesiapa yang membaca surah Al Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
6. Bagi sesiapun membaca surah Al Waqi’ah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, Insya Allah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.
Sumber:
https://www.almukhlisin.my/kebaikan-membaca-surah-al-waqiah-setiap-hari/

Ahad, 22 Disember 2019

Surah Al-Ikhlas - Surah Al-Nas - Surah Al-Falaq. 9463.


Surah Al-Ikhlas - Surah Al-Nas - Surah Al-Falaq

Hikmah al-Quran: Beramal dengan Asma'ul Husna
Oleh Ahmad Shukri Yusoff

FIRMAN llah SWT: "Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia) maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling daripada kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan." (Surah Al A'raf, ayat 180)

Sheikh Muhammad Mutawali Sya'rawi dalam tafsirnya ketika mengulas ayat ini menyebut, Allah SWT mengingatkan kita supaya berdoa kepadaNya menggunakan Asma'ul Husna kerana Dia menginginkan makhlukNya sentiasa mengingatiNya.

Dan jika kita mempunyai hajat tertentu, adalah menjadi keperluan untuk menyebut Asma'ul Husna kerana Asma'ul Husna adalah sifat yang sampai kepada martabat nama-nama Allah. Orang yang memerhati dan memikirkan nama-nama ini akan merasai kesempurnaan, keagungan dan keindahan Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah memiliki 99 nama. Barang siapa yang menghitungnya, pasti akan dimasukkan ke dalam syurga." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Pengabdian sebenar

Menghitung di sini bermaksud berdoa dengan nama-nama ini, memahami dan mengenali kesempurnaan Allah yang Maha Tinggi adalah pengabdian yang sebenar-benarnya kepada Allah SWT.

Islam datang untuk memperbetulkan kefahaman yang salah dalam memahami zat Maha Suci dan membersihkannya daripada pelbagai imaginasi orang jahil. Umat Islam diperintahkan meninggalkan orang yang menyimpang daripada kebenaran dalam menyebut nama-nama Allah.

Orang yang membaca nama-nama ini tidak boleh memahaminya dengan jelas melainkan apabila memahami hakikat alam semesta ciptaan Allah SWT, kehidupan di langit dan di bumi serta memahami kehidupan manusia dalam menuju ke destinasi terakhir iaitu alam akhirat.

Pengetahuan mengenai mengenali Allah SWT tidak akan sempurna jika dipisahkan daripada kerajaan-Nya yang Maha Besar dan tidak memahami kekuasaan-Nya yang Maha Sempurna. Allah memiliki segala-galanya, Dia yang merendahkan dan meninggikan seseorang, Dia juga yang memberi kemenangan dan memberi kekalahan, memuliakan serta menghinakan.

Firman Allah SWT: "Allah jugalah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang seperti yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas `Arasy dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-Nya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jugalah yang mentadbirkan segala urusan Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaan-Nya satu persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan)." (Surah ArRa'd, ayat 2)
Asma'ul Husna

Kenal Tuhan, fahami alam

Orang yang mengenali Allah SWT melalui Asma'ul Husna akan memahami bahawa alam ini sangat luas dan besar, tetapi mereka menginsafi pencipta-Nya jauh lebih Besar! Ulama mempunyai kupasan mereka yang tersendiri mengenai hadis yang menyebutkan 99 nama-nama Allah SWT.

Mereka menyatakan nama-nama yang berlawanan ini tidak boleh disebut secara terpisah lalu berhenti pada makna yang kita tidak senangi seperti addharru wa an-afi'un (yang memberi mudarat dan memberi manfaat), al-mu'izzu wal-muzillu (yang memuliakan dan yang menghinakan) dan alqobidu wal basitu (yang menahan dan melapangkan).

Nama-nama yang mempunyai makna berlawanan ini disebut supaya manusia mengetahui setiap kebaikan dan keburukan menimpanya tidak terlepas daripada ilmu dan ketetapan Allah SWT. Allah SWT berhak menguji akan kebaikan dan keburukan pada sesiapa saja yang dikehendakinya.

Diriwayatkan daripada Anas, terdapat seorang lelaki membacakan doa: "Ya Allah, saya memohon kepada-Mu bahawasanya segala pujian hanya milik-Mu, tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya kecuali Engkau Tuhan yang banyak memberi kurniaan, pencipta langit dan bumi, yang memiliki keagungan dan kemuliaan. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan Maha Berdiri dengan sendiri."

Nabi SAW bertanya kepada sahabat: "Apakah kamu tahu dengan apa dia berdoa? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Demi zat jiwaku yang berada di tangan-Nya, sesungguhnya dia telah memohon kepada Allah SWT dengan menyebut nama-Nya yang Maha Agung yang apabila seseorang berdoa dengan menyebutnya pasti dimakbulkan dan apabila dipohon, pasti akan ditunai oleh-Nya."

Nama Allah SWT yang Maha Agung yang diucapkan seorang hamba lahir dari hati ikhlas adalah doa yang penuh dengan pengharapan dan semangat bersungguh-sungguh memuji kebesaran Allah SWT dengan nama dan sifat-sifat-Nya.

Pendahuluan beberapa perintah

Sheikh Muhammad Al-Ghazali menyebut, pada awal surah Al-Hadid, terdapat kira-kira 25 nama dan satu sifat Allah SWT. Keseluruhan nama itu, seakan-akan sebagai pendahuluan bagi beberapa perintah disebutkan seperti perintah iman, menafkahkan harta di jalan Allah, berjihad dan berhijrah.

Firman-Nya: "Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai wakil. Maka orang yang beriman di antara kamu serta mereka membelanjakan (sebahagian dari harta itu pada jalan Allah); mereka tetap beroleh pahala yang besar." (Surah al-Hadid, ayat 7)

Beramal dengan Asma'ul Husna dengan cara menzahirkannya dalam bentuk akhlak dan kelakuan pada setiap masa. Siapakah yang lebih berhak untuk diimani, tentulah Dia Tuhan yang Maha Awal, yang Maha Akhir, yang Maha Zahir dan Maha Batin.

Asma'ul Husna tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan seharian. Ia bukan sekadar kalimat yang digunakan untuk berdoa semata-mata, tetapi hendaklah difahami, dihayati dan diamalkan bagi membentuk peribadi yang sentiasa dekat dengan Maha Pencipta.

Sumber:

99 Asmaul Husna Beserta Artinya dan...
20 Sifat - Sifat Allah Dan 99 Asmaul Husna
Allah Tak Pernah Jauh Darimu
15 Manfaat Membaca Asmaul Husna dan...
7 Amalan Penghapus Doza Zina
8 Ayat Al Qur’an yang Mengajarkan...
20 Manfaat Asmaul Husna Nama - Nama...
17 Dosa Wanita Yang Paling Dibenci Allah
Ayat - ayat Al-Quran Tentang Amanah
20 Sifat Sifat Allah dan Artinya Lengkap

*************

Ayat–ayat Tentang Asmaul Husna


Asmaul husna merupakan nama – nama yang sempurna milik Allah SWT. Dimana nama – nama tersebut merupakan sifat-sifat Allah SWT dan sangat indah. Kemudian, di dalam Al – Quran sendiri, terdapat beberapa dalil Al-Quran yang membicarakan tentang Asmaul Husna ini. apa saja ayat – ayat Al-Quran yang berkaitan dengan Asmaul Husna? Simak selengkapnya disini.

Adapun firman – firman Allah SWT terkait Asmaul husna antara lain sebagai berikut: 

1.  Surat al-A’raf ayat 180


وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.

Baca juga tentang Ayat Tentang Pacaran Dalam Islam , Ayat Tentang Pergaulan Dalam Islam , Ayat Al Qur’an Tentang Motivasi , Ayat Al Qur’an Tentang Rindu , dan Ayat Al Quran Tentang Melupakan Seseorang

2. Surat Al-Isra ayat 110


قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَٰنَ ۖ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Katakanlah: “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang terbaik) dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam shalatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.” 

3. Surat Thahaa ayat 8


اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ

Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Dia mempunyai al asmaaul husna (nama-nama yang baik),

Baca juga tentang Ayat – ayat Al – Quran Tentang Hak Anak , Ayat Al-Quran Tentang Melakukan Perjalanan , Ayat Al-Quran Tentang Cinta Sejati , Ayat Tentang Jodoh Dalam Islam , dan Ayat Tentang Kematian Dalam Islam

4. Surat Al-Hasyr ayat 24 


هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ ۖ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ ۚ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ 

Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepada-Nya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

5. Surat Az-Zumar  Ayat 62 


اللَّهُ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ ۖ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ وَكِيلٌ 

Allah menciptakan segala sesuatu dan Dia memelihara segala sesuatu.

Baca juga tentang Ayat – ayat Al-Quran Tentang Kerja Keras , Ayat – Ayat Al – Quran Tentang Senja , Ayat – Ayat Al Quran Tentang Persahabatan , dan Ayat – Ayat Al Quran Tentang Poligami

6. Surat Az-Zariyat Ayat 58


إِنَّ اللَّهَ هُوَ الرَّزَّاقُ ذُو الْقُوَّةِ الْمَتِينُ

Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezeki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh.

7. Surat Al-an’am ayat 82


الَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يَلْبِسُوا إِيمَانَهُمْ بِظُلْمٍ أُولَٰئِكَ لَهُمُ الْأَمْنُ وَهُمْ مُهْتَدُونَ

Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.

Baca juga tentang Ayat Alquran Tentang Cinta Kepada Wanita , Ayat Alquran Tentang Cinta Kepada Lawan Jenis ,  Ayat Al-Quran Tentang Tanggung Jawab , Dalil Tentang Senyum Dalam Islam , dan Hukum Mengambil Keuntungan Dari Membaca Al-Quran

Demikian surat surat yang berkaian dengan Asmaul Husna milik Allah SWT. Semoga dengan mengetahui surat – surat ini dapat menambah keimanan kita kepada Allah SWT. Aamiiin ya Rabbal A’lamiin.

Sumber:
https://dalamislam.com/landasan-agama/al-quran/ayat-ayat-tentang-asmaul-husna


13 AYAT – AYAT AL-QURAN TENTANG ILMU
15 PENYEBAB TIMBULNYA FIRQAH DALAM ISLAM YANG WAJIB DIHINDARI