Sabtu, 25 Januari 2020

IGP 3rd Malaysia.9668


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ


#InfoKPN: JOM KENALI KPN KETIGA
Allahyarham Tan Sri Haji Abdul Rahman Hashim. 
al Fatihah. 

Ketua Polis Negara Ketiga: Tan Sri Haji Abdul Rahman Hashim (1.2.1973 - 7.6.1974)

Tan Sri Haji Abdul Rahman Hashim dilahirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sungai Limau Dalam, di Yan sebelum melanjutkan pelajaran ke Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah.

Tan Sri Haji Abdul Rahman telah mendirikan rumahtangga bersama dengan Puan Sri Hajah Halimah Haji Mohd. Isa dan telah dikurniakan dengan tujuh orang cahaya mata.

Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) yang ketiga pada 1 Februari 1973. Beliau menyertai pasukan polis sejak 1948. Pengalaman luas beliau di dalam bidang kepolisan telah berjaya menempatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai pasukan yang mantap dan disegani.

Kematian tragisnya angkara anasir subversif pada 7 Jun 1974 merupakan kehilangan besar kepada PDRM dan Negara Malaysia. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada. Al-Fatihah.

https://www.facebook.com/RoyalMalaysiaPoliceMuseum/

Sejarah Tragis Tan Sri Abdul Rahman Hashim – Ketua Polis Negara Ketiga

Oleh: ZAHIDI BIN DATO HAJI ZAINOL RASHID

Pada pukul 7 pagi, 7 Jun 1974 negara dikejutkan dengan berita yang penuh tragis. 

Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Ketua Polis Negara yang ketiga itu telah di tembak 11 das oleh 2 lelaki di Jalan Tun Perak. Tujuh daripada 11 tembakan itu mengenai tubuhnya. Kejadian berlaku ketika beliau dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Persekutuan di Bukit Aman bersama dengan Sarjan Omar Yunus. 

Dua penjenayah yang dipercayai anggota subversif komunis, seorang daripadanya Lim Woon Chong, alias Ah Kwong, 21 tahun dipercayai pemimpin Tentera Pembebasan Rakyat Malaya (TPRM) seorang lagi Ng Foo Nam 23 tahun melepaskan tembakan yang membunuh Rahman. 

Mereka juga terbabit dalam pembunuhan Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Khong di Jalan Ashbay, Ipoh pada November 1975. Mereka telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1978.

Tan Sri Rahman Hashim berpengalaman luas dalam kerjaya sebagai seorang pegawai polis dan telah berkhidmat selama 33 tahun. Dalam rentetan peristiwa yang telah dilalui, beliau baru berkhidmat dua bulan apabila tentera Jepun menyerang Pearl Harbour pada 8 Disember 1941 yang membawa kepada tercetusnya Perang Pasifik. 

Abdul Rahman adalah pegawai polis pertama yang memberikan kerjasama kepada tentera Jepun yang menyerang negeri Kedah. Tindakan itu bertujuan mengembalikan keamanan kepada negeri itu. Beliau turut menjadi anggota polis ketika pendudukan Siam di Kedah pada tahun 1943. 

Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim telah dilahirkan pada 7 Julai 1923. Bapa beliau ialah Hashim bin Md Saman berasal dan Kampung Ceruk Tun Kun, Bukit Mertajam. Pak Hashim sebelum menjadi Guru Besar Sekolah Sungai Limau, beliau bekerja dengan Nyak Hussein (bapa Prof Ismail Hussein) di kedai jahit Tuk Su Hanafi. Beliau juga menjadi tukang masak di situ. Ibu beliau adalah Saadiah bt Othman. Tuk Othman bin Abd Samad berasal dari Kepala Batas, Seberang Perai. Isteri beliau bernama Aminah. 

Tan Sri Rahman mempunyai 3 orang adik-beradik. Kakak beliau bernama Zubaidah dan adiknya pula adalah Khadijah. Suami Zubaidah ialah Cikgu Nadzim b Md. Akib dan Khadijah berkahwin dengan Cikgu Haji Othman Hanafiah. Tan Sri belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau. Pada waktu itu bapa beliau Pak Hashim menjadi Guru Besar dengan gaji RM8/- sebulan. Beliau memanggil adiknya Cikgu Said untuk mengajar di sekolah tersebut dan kemudian dihantar belajar di Tanjong Malim. Isteri Cikgu Said adalah kakak kepada Cikgu Saidin Hanafi. 

Tan Sri Abdul Rahman memasuki Kolej Sultan Abdul Hamid dan merupakan pelajar dari Sungai Limau yang pertama memasuki sekolah Inggeris. Bapanya telah mendirikan sebuah rumah untuk tempat tinggalnya di Seberang Perak dengan seorang perempuan tua sebagai tukang masak dan penjaganya. 

Pada 17 Oktober 1941 Tan Sri telah dilantik sebagai seorang pegawai dalam polis negeri Kedah berpangkat Sub-Inspektor. Dalam pasukan polis beliau telah berkhidmat selama 33 tahun dalam berbagai jawatan di negeri-negeri Kedah, Selangor, Johor, Perak dan Pulau Pinang. Di Kedah beliau telah berkhidmat di Bandar Baharu, Baling, Gurun, Kuala Nerang dan Alor Setar. Pada masa Perang Pasifik tamat beliau adalah Ketua Polis Daerah Kuala Nerang. 

Pada tahun 1949 beliau telah dipindahkan ke Kajang sebagai Pegawai Penyiasat. Ini adalah pertukaran pertama baginya di luar Negeri Kedah. Ketika itu beliau berpangkat Inspektor. Pada bulan Januari 1952 beliau telah ditukarkan ke Kulai, Johor bertugas sebagai Penolong Ketua Polis Daerah berpangkat Penolong Penguasa Polis. 

Beliau kemudian mengikuti Kursus Siasatan Jenayah di Mill Meece, Stafford, England pada 1953. Sekembalinya beliau bertugas di Ibu Pejabat Cawangan Khas di Kuala Lumpur. Pada bulan September tahun 1957 beliau sekali lagi dihantar menjalani Kursus Pegawai Kanan selama enam bulan di Ryton-on-Dunsmore. Pada tahun 1960 beliau telah dinaikkan pangkat kepada Superintenden dan menjadi Ketua Jabatan Cawangan Khas di Pulau Pinang. Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1963 dan menjawat jawatan pengarah pada tahun 1971. Jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara disandang pada 31 Januari 1972 dan Pemangku Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 menggantikan Tun Mohamad Salleh Ismail. 

Tan Sri Abdul Rahman tidak berkhidmat lama sebagai Ketua Polis Negara. Anugerah Panglima Mangku Negara (PMN) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’ yang diterima daripada Yang di Pertuan Agong pada 5 Jun 1974 tidak berpanjangan. Beliau hanya sempat mengecapi gelaran itu selama dua hari sebelum ditembak 11 das oleh dua penjenayah di Jalan Tun Perak pada 7 pagi 7 Jun 1974. Jenazah beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang dengan penuh penghormatan negara. Beliau meninggalkan seorang balu Puan Sri Halimah Mohamed Isa. Puan Sri Halimah adalah anak perempuan kepada Sarjan Mohamed Isa dan bersama-sama tinggal sekampung di Sungai Limau. 

Tan Sri mempunyai tujuh orang anak iaitu lima lelaki dan dua perempuan. Anak sulung beliau Sofiah pernah bertugas sebagai Chief Matron di Universiti Hospital. Najib Rahman pernah bertugas sebagai Editor Harian Metro. Datin Sofwanah adalah isteri kepada Dato’ Mohd Kamal Hussein, bekas Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Pengerusi Sateras. 

Tan Sri Abdul Rahman amat disenangi oleh kakitangan pelbagai peringkat. Ini ialah kerana beliau mementingkan kebajikan kakitangannya. Beliau sentiasa mengambil berat dan prihatin mengenai hal ehwal kakitangan termasuk keluarga mereka. Pemergian beliau disambut dengan linangan air mata oleh setiap anggota polis dan rakyat negara Malaysia. 

Sepanjang hayatnya Allahyarham Tan Sri Abdul Rahman dikurniakan Ahli Mangku Negara (1961), Johan Mangku Negara (1968), Bintang Republik Indonesia (1970), Mahkota Kelas Pertama Thailand (1970, Bintang Bhayong Karya Indonesia (1972), DPMK, SMK, PMN. Tempat beliau digantikan oleh Tun Mohd Haniff Omar, Ketua Polis Negara Keempat.
Sumber:
http://zahidizainolrashid.blogspot.com/2009/03/sejarah-tragis-tan-sri-abdul-rahman.html

TAHUKAH ANDA:

Kereta ini merupakan kereta rasmi Ketua Polis Negara Ke-3 (Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim) yang telah mencatat sejarah hitam dalam PDRM di mana beliau telah ditembak mati di dalam kereta ini oleh dua orang yang tidak dikenali sewaktu dalam perjalanan ke pejabat. Tragedi ini berlaku di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur berhampiran bangunan Lee Yan Lian pada 8.15 pagi, 7 Jun 1974. Beliau meninggal dunia sejurus selepas itu ketika dalam perjalanan ke hospital. Pemandu beliau Pemangku Sarjan Omar bin Yunus turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian tersebut.

Kenderaan ini merupakan salah satu bahan sejarah yang dipamerkan di Muzium PDRM.

Luangkan masa anda untuk melawat Muzium PDRM yang terletak di No.5, Jalan Perdana, Kuala Lumpur berdekatan dengan Taman Burung, Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam.

Dibuka setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 10 pagi hingga 6 petang. Masuk adalah percuma !!!
Sumber:
https://www.facebook.com/PolisDirajaMalaysia/photos/tahukah-anda-kereta-ini-merupakan-kereta-rasmi-ketua-polis-negara-ke-3-tan-sri-a/498919126785066/

Bila ahli politik tidak menghoramati kematian TPM Allahyarham Tun Dr Ismail bin Abdul Rahmah., pada waktu itu di rumah Allahyarham semasa hayatnya.  

'Bapa saya IGP, dia ditembak tujuh peluru'
Norman Goh
Diterbitkan   |  Dikemaskini 

Bapanya Tan Sri Abdul Rahman Hashim menjadi ketua polis negara (IGP) daripada 1 Februari 1973 sehinggalah dibunuh pada 7 Jun 1974.

“Bapa saya buat pengorbanan besar kepada pasukan polis dengan terima tujuh butir peluru. Saya tidak nampak IGP lain akan buat macam ini. Kamu nampak?” soal Najib Abdul Rahman, 68, kepada Malaysiakini “Oleh sebab itu apabila kepimpinan dalam pasukan polis dibimbangi, saya jadikan bapa saya sebagai penanda aras.”

Abdul Rahman satu-satunya ketua polis ditembak mati di Malaysia. Beliau menjadi korban di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Pembunuhan itu dikaitkan sesetengah pihak dengan ancaman pasukan bersenjata komunis. 

Najib menjelaskan tulisannya di Facebook semalam, yang menyaksikan kritikan terhadap IGP baru Tan Sri Khalid Abu Bakar dilontarkan. Mungkin kamu juga berani... 

Dalam siri tulisan itu, Najib mengenang kembali bagaimana sekumpulan ahli politik hadir ke rumah timbalan perdana menteri sebelum ini Tun Dr Ismail Abdul Rahman selepas kematiannya dan berspekulasi berkaitan pengganti. Tidak senang dengan tindakan kurang sensitif itu, bapanya kemudian tampil dan memberi amaran untuk menangkap jika masih bercakap soal itu. “Siapa cakap tentang penggantian saya akan tangkap kamu semua,” kata bapanya, menurut Najib yang berada di situ ketika kejadian. 

Najib bagaimanapun berkata beliau tidak melihat Khalid mempunyai keberanian sama. “Mungkin kamu ada (keberanian), tetapi tidak tunjukkan. “Saya boleh cakap dengan bangga bagaimana bapa saya berdiri di depan ahli politik,” katanya. Najib dalam tulisan-tulisan terbarunya membangkitkan isu perpindahan pegawai kanan Cawangan Khas (SB) polis yang menurutnya tidak mendapat pembelaan Khalid. 

Beliau juga kelihatan tidak puas hati dengan kenyataan polis hendak menyiasat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana hadir ke perhimpunan BERSIH 4 bagi menuntut pengunduran perdana menteri. [Baca berita asal]

Sumber:
https://www.malaysiakini.com/news/311093


Tiada ulasan: