Sabtu, 25 Januari 2020

Kesan penjajahan Tanah Melayu. 9670


Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ
Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ

Kesan penjajahan British di Tanah Melayu: 

1. Majoriti Islam di Tanah Melayu berjaya dipecahkan.

2. Mojoriti Melayu di Tanah Melayu semakin mengecil. 


3. Kemasukan warga asing secara bebas menurut acuan penjajah [atas alasan melombong bijih timah (Bangsa China) dan penoreh getah (Bangsa India)


4. Ada kalangan warga asing yang dibawa masuk adalah banduan atau penjenayah. 


5. Budaya samseng (eg: Kongsi Gelap Ghee Hin dan Hai San)perjudian dan pelacuran semakin ketara.


6. Keluasan Tanah Melayu dikecilkan dari persempadanan asal di Segenting Kra ke perbatasan sekarang (Perjanjian Bangkok 1909)


7. Melayu di pecahkan kepada Golongan Istana, Golongan Elit, Golongan Politik, Penjawat Awam, Melayu Kota dan Melayu Kampung. 


8. Nasib Tanah Siam terus dijajah Bangsa Thai tidak menjadi perjuangan tokoh politik Malay.


Sejarah Kemerdekaan Digelapkan


Sekarang ramai orang sibuk bercakap mengenai Chin Peng dan juga komunis. Ini disebabkan oleh cadangan daripada salah seorang daripada pemimpin parti Gerakan yang mencadangkan supaya Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia. Kebanyakannya dilihat seperti tidak setuju. Orang-orang tua ditemuramah tentang kejahatan dan kekejaman komunis. Pemimpin politik ada (UMNO) membantah cadangan itu, takut sejarah hitam kembali semula.

Benarkah komunis (PKM) adalah pengganas? Sejarah tak boleh dipandang sebelah pihak saja. Sejarah patut dikaji daripada sumber yang berlainan. Dan apa yang saya ingin jelaskan dan juga tegaskan, sejarah mengenai kemerdekaan negara ini telah dihitamkan. Cukuplah saya ditipu semasa saya masih belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah dahulu. Di dalam kepala kami ditanamkan bahawa UMNOlah yang bertungkus lumus memperjuangkan kemerdekaan negara ini.

Mengenai Chin Peng, tidaklah dinafikan bahawa matlamat asalnya adalah salah, iaitu mahu menubuhkan negara komunis di Tanah Melayu. Dan mengenai tuduhan mengenai Bintang Tiga itu juga pengganas, itulah sejarah yang telah diubah oleh British dan juga UMNO. Di dalam Parti Komunis Malaya (PKM), juga terdapat tentera yang terdiri daripada anak-anak Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan, menghalau British laknatullah daripada negara ini, dengan mengangkat senjata, iaitulah Rejimen Ke-10, pimpinan Abdullah CD dan Rashid Maidin.

Asalnya, Rejimen Ke-10 merupakan bekas daripada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Barisan Tani Malaya (BTM), dan lain-lain parti politik yang diharamkan oleh British pada 1948. Mereka tidak mempunyai pilihan atau "platform" yang lain untuk memperjuangkan kemerdekaan, selain daripada bergabung dengan komunis, berjuang secara gerila, mengangkat senjata dan memerdekakan tanah air kita dengan darah.

Apa punca parti berhaluan kiri diharamkan oleh British? Semuanya gara-gara UMNO! UMNO yang menghasut British supaya diharamkan parti yang berhaluan kiri dan menahan pemimpin-pemimpin mereka. UMNO takut sokongan yang diperoleh terhadap mereka berkurangan, kerana mereka bukan memperjuangkan kemerdekaan. UMNO hanya menukar slogan daripada "Hidup Melayu" kepada "Merdeka" pada 1950. Sedangkan yang melaungkan slogan "Merdeka" terlebih dahulu adalah PKMM.

Mereka tiada jalan lain untuk menghalau penjajah selain daripada berpakat dengan komunis. Tentang komunis berbuat kejam semasa tempoh 2 minggu selepas Jepun menyerah kalah, ada 2 sebab, pertama, ia dilakukan oleh segelintir Bintang Tiga yang agak radikal, mungkin mereka berdendam terhadap orang-orang yang menjadi talibarut penjajah. Dan yang kedua, ia dilakukan oleh satu lagi puak komunis, iaitu Kuomintang (Bintang Satu).

Kuomintang merupakan parti nasionalis komunis yang berasal daripada negara China, kemudian pengaruhnya dikembangkan hingga ke Tanah Melayu. Kadang-kadang Kuomintang ini menyamar menjadi Bintang Tiga, bertujuan supaya Bintang Tiga dimusuhi. Ramainya yang mati di tangan komunis dulu, perlu kita ingat bahawa zaman itu merupakan zaman perang, jadi tak dapat dielakkan kadang-kadang orang yang tidak bersalah pun akan dibunuh, kerana sesiapa saja yang disyaki menjadi talibarut British, biasanya akan diminta menyerah diri, ataupun mati.

Ramai orang Melayu pada ketika itu lebih rela menjadi barua kepada penjajah yang kafir, termasuk polis. Itulah sebabnya mengapa Balai polis Bukit Kepong diserang, polis-polis tersebut diminta menyerah diri, tetapi mereka enggan, jadi Bintang Tiga termasuk Rejimen Ke-10 terpaksa menyerang, untuk mendapatkan bekalan senjata dan peluru. Semua ini semata-mata mahu membebaskan Tanah Melayu dengan sepenuhnya daripada pengaruh British laknatullah. Tidak ada negara di dalam dunia ini memperoleh kemerdekaan melalui rundingan, kecuali Malaysia. Itu bukannya merdeka, kerana Malaysia masih lagi mengekalkan undang-undang yang digubal oleh British! Tunku Abdul Rahman menerima syarat-syarat yang dikemukakan oleh British, termasuk menghapuskan PKM! Inilah kemerdekaan dicapai dengan cara pondan.

Rundingan Baling pada 1955 diantara Tunku Abdul Rahman dan PKM gagal kerana, Tunku meminta PKM menyerah diri dan ditahan atau mati. Jadi, PKM tidak boleh menerima syarat itu dan memilih untuk terus berjuang. Kenapa Tunku membuat syarat sebegitu? Kerana British laknatullah mendesak! UMNO juga adalah warisan daripada British. UMNO meneruskan tradisi British, menggelapkan sejarah dan mendabik dada seolah-olah dialah pejuang kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman asalnya adalah Pegawai Daerah yang berkhidmat untuk British, ikut budaya British, kuat minum arak. Dato' Onn pula, adalah Bekas MB Johor yang menjadi pencacai dan anjing suruhan kepada British, begitu juga Tun Abdul Razak, juga adalah D.O yang berkhidmat di bawah British, jadi dapat disimpulkan mengapa hanya UMNO saja tidak diharamkan pada 1948!!

Tugu melawan British tak dibuat, sebaliknya hanya membina tugu melawan komunis (tugu negara). Kesiannya pejuang dahulu yang dituduh pengkhianat kepada negara, hanya semata-mata bekerjasama dengan komunis, seperti Allahyarham Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestamam, Kamarulzaman Teh, Ibrahim Chik, Abdullah Che Dat (CD), Mat Amin, Mat Indera, Rashid Maidin, dan lain-lain. Ada anak-anak Melayu dan orang-orang Melayu mengenang mereka ini?!

Ada diantara mereka kecundang di tangan British kerana dikhianati oleh orang Melayu sendiri. Tak hairanlah kenapa orang Melayu ada yang dibunuh oleh komunis. Mat Indera contohnya, beliau adalah seorang pahlawan tulin, tinggi ilmu agamanya, tetapi dikhianati oleh orang sekampungnya yang merupakan pegawai Home Guard, iaitu Haji Misbah (laknatullah) dengan melatakkan serbuk pelali di dalam kopi yang diminum oleh Mat Indera, akhirnya nyawa Mat Indera melayang di tali gantung.

Orang Melayu dulu banyak yang bodoh, lebih suka bekerjasama dengan penjajah, tetapi menentang bangsa sendiri yang memperjuangkan kemerdekaan. UMNO perjuangkan kemerdekaan? Perjuangkan kemerdekaan atau sekadar barua British? Nasib baiklah saya ni jenis yang suka membaca buku-buku yang berlainan, kalau tidak sampai ke mati saya ditipu oleh UMNO yang jahat ini, yang menggelapkan sejarah. Nauzubillah, jahatnya UMNO ini.... Pejuang yang sebenar pula terpaksa menetap di negara lain, kerana tidak dibenarkan pulang di tanah air sendiri..

Sumber: 
GAMBARAN TENTERA SELENDANG MERAH SEWAKTU 13 MEI 1969

Tentera Selendang Merah sewaktu peristiwa rusuhan kaum yang berlaku pada tanggal 13 Mei 1969. Gambaran-gambaran mengenai tentera Selendang Merah ini diperolehi daripada wawancara yang dijalankan terhadap saksi-saksi mata yang menyaksikan peristiwa berdarah tersebut. 

Seperti yang kita sedia maklum, Peristiwa 13 Mei menyaksikan pergaduhan antara dua kaum majoriti di Malaysia iaitu Melayu dan Cina. Sewaktu peristiwa rusuhan berlaku, orang-orang Melayu telah menggunakan pelbagai jenis senjata termasuk parang panjang, buluh runcing, besi dan sebagainya. 

Khabar mengenai rusuhan kaum yang mula tercetus di Kuala Lumpur pada waktu itu telah menjadi khabar angin yang hangat disebarkan ke seluruh negara. 

Khabar angin yang tersebar dengan cepat telah membangkitkan semangat perkauman di seluruh negara. Justeru, atas dasar jihad untuk mempertahankan agama dan bangsa, maka tentera Selendang Merah yang terkenal di Muar dan Batu Pahat telah turut serta dalam rusuhan tersebut. Kehandalan Tentera Selendang Merah pada waktu itu jelas dilihat apabila kemunculan parang-parang terbang yang memancung kepala kaum Cina yang terlibat dalam rusuhan tersebut. 

Gambaran tentera-tentera Selendang Merah sewaktu peristiwa tersebut. Adakah mereka memakai selempang atau selendang berwarna merah???

Berdasarkan gambaran yang dibuat oleh beberapa saksi mata, tentera selendang merah digambarkan dalam banyak versi. 

Antara gambaran yang jelas dilihat ialah berdasarkan keterangan catatan yang diberikan oleh Aishah Haji Abdul Ghani (Tan Sri) yang menyaksikan sendiri peristiwa rusuhan tersebut. Menurut Tan Sri Aishah, ketika beliau memandu kereta yang bernombor BJ 863 iaitu dalam perjalanan pulang dari Gombak ke Kampung Baharu, beliau telah menyaksikan beratus-ratus pemuda Melayu membawa parang, lembing dan kapak berarak menuju ke sebuah kilang di Setapak sambil melaungkan kata-kata "ORANG MELAYU SUDAH CUKUP SABAR, MEREKA INI PERLU DIAJAR." 

Berdasarkan keterangan Tan Sri Aishah, rumah beliau telah dijadikan tempat orang ramai mendapatkan perlindungan ekoran tersekat di tengah jalan akibat peristiwa tersebut. Selain itu, Tan Sri Aishah turut menceritakan tentang pengalamannya melihat seorang pemuda Cina yang lari lintang pukang dengan hanya berkaki ayam masuk ke rumahnya demi mendapatkan perlindungan. Kedatangan pemuda Cina ke rumahnya telah membawa kepada kemunculan beberapa orang yang tidak dikenali yang bersenjatakan parang panjang. Pemuda-pemuda ini digambarkan bersenjatakan parang panjang, berseluar hitam dan tidak berbaju. Adakah ini tentera Selendang Merah??? 

Selain itu, pada jam 11 malam 13 Mei 1969, Tan Sri Aishah turut menggambarkan tentang sekumpulan pemuda Melayu di kawasan Masjid Kampung Baharu. Para pemuda Melayu tersebut digambarkan dalam keadaan tidak berbaju dan hanya memakai seluar serta kain lilin kepala berwarna hitam. Pemuda-pemuda Melayu ini membawa parang panjang dan badan mereka berkilat seolah-olah disapu minyak. Adakah ini tentera Selendang Merah???

Gambaran mengenai tentera Selendang Merah juga jelas ditonjolkan oleh Datuk Radzi Sheikh Ahmad (Setiausaha Agung UMNO). Sewaktu peristiwa 13 Mei, Datuk Radzi dan isteri serta anaknya telah menyaksikan sendiri peristiwa tersebut di panggung Federal. Disebabkan peristiwa pembunuhan di panggung tersebut, beliau telah terkandas perjalanan untuk pulang ke rumah. 

Justeru beliau telah berlindung di kelab malam dan menyewa hotel yang berhampiran dengan lokasi pergaduhan tersebut. Sewaktu berjalan dari kelab malam ke hotel, Datuk Radzi telah melihat puluhan lelaki berlilit kepala dengan kain berwarna merah sedang berkawal di sepanjang kaki lima bangunan kedai di kawasan tersebut. Adakah ini tentera Selendang Merah???

Pakaian Perang Selendang Merah???

Selain daripada tokoh-tokoh di atas, Encik Mat Aini dan Tuan Haji Paris Saleh turut memberi gambaran tentang tentera Selendang Merah ini. 

Encik Mat Aini telah menceritakan pengalamannya sewaktu peristiwa 13 Mei di mana sebelum peristiwa tersebut, beliau telah bergegas ke Pekan Sungai Besi untuk membeli barang keperluan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Di dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di Kampung Selamat, beliau telah menyaksikan penduduk kampungnya telah mula berkumpul di surau dan ada di kalangan mereka yang melilitkan kain berwarna merah di kepala. Adakah ini tentera Selendang Merah??? 

Manakala Tuan Haji Paris pada pukul 6.45 petang 13 Mei telah pergi ke sebuah kedai Cina di pekan Sungai Besi untuk membeli barangan dapur. Sewaktu beliau berada di pekan tersebut, suasana telah menjadi kelam-kabut setelah orang ramai mendengar bunyi semboyan dari kem tentera Sungai Besi. Menurut beliau, bunyi semboyan tersebut adalah menanda rusuhan telah berlaku dan pada waktu itu banyak kedai-kedai telah ditutup secara serta merta. 

Serentak dengan itu, beliau telah menyaksikan banyak kenderaan berat tentera bergerak meninggalkan kem menuju ke pusat bandaraya Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, Tuan Haji Paris telah dinasihatkan oleh anggota tentera dan polis yang berkawal supaya pulang ke rumah. 

Semasa pulang ke rumahnya di Kampung Batu Tujuh, Tuan Haji Paris menyatakan bahawa suasana di kampung amat sunyi, tetapi kelihatan beberapa penduduk kampung berkawal di sekitar surau. Tambahnya lagi, terdapat beberapa orang yang memakai lilitan merah di kepala di dalam kumpulan penduduk kampung yang sedang berkawal itu. 

Tuan Haji Paris menyatakan bahawa lilitan merah tersebut merupakan suatu simbol terkenal yang digunakan oleh orang Melayu ketika tragedi 13 Mei. Adakah ini yang dikatakan sebagai tentera Selendang Merah???

Berdasarkan keterangan-keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi mata tersebut, penulis berharap agar kalian menilai sendiri sama ada benar atau tidak gambaran mengenai tentera Selendang Merah ini.

Sumber: 
Abdul Rahman Ibrahim, 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur. Sekian.
https://www.facebook.com/BrotherhoodInUltras/posts/orang-muar-batu-pahat-wajib-tahu-kisah-panglima-salleh-pejuang-melayu-/984811588216408/


Tiada ulasan: