Khamis, 31 Januari 2013

Kasih dan Sayang itu Bahagianya Cinta. 31

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
19 RABIULAWWAL 1434 (31 JANUARI 2013)

Allah S.W.T., Maha Pemurah, Maha Penyayang, Lagi Maha Mengasihani. Pemurah, Penyayang dan Pengasih kepada hamba-hambaNya, manusia insan yang berIman dan bertaqwa kepadaNya.

Slot ini aku ingin meluahkan sesuatu yang sering manusia lakukan, melakukan, dialami, mangalami, dirasai dan merasakan. Memberi dan menerima kasih dan sayang. Yang tidak sekadar hanya ucapan terima kasih. Kasih dan sayang wujud antara ibu dengan bapa dan sebaliknya.

Anak menerima kasih dan sayang ibu dan bapanya. Anak akan melakukan perkara serupa, menumpahkan kasih dan sayangnya kepada ibu dan bapanya.

Pernikahan adalah kemenangan hamba Allah S.W.T., dalam menyatukan dua jiwa berlainan jenis dan sama-sama Islam. Pasangan yang normal kebiasaannya akan sama-sama membentuk nilai kasih dan sayang dalam diri untuk dicurahkan kepada pasangannya.

Melalui perbuatan, tingkah laku, penghargaan, pengucapan atau dalam bentuk penulisan seperti warkah, surat, kad-kad ucapan dan nukilan-nukilan. Melalui media juga masing-masing boleh meluahkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing.

Lainlah kalau hanya bertepuk sebelah tangan. Sudah tahu hanya bertepuk sebelah tangan, jangan buang masa. Nanti jadi sakit hati yang membentuk dendam dan pastinya syaitan laknatullah mempunyai ruang, peluang dan kesempatan untuk menyuburkan tipu muslihatnya untuk menyesatkan hamba Allah S.W.T..

Nawaitu kerana Allah S.W.T., itu adalah keutamaan. Kasih, sayang, bahagia dan cinta itu milik Allah S.W.T., kita hambaNya sekadar diberi pinjaman.

Kasih, sayang, bahagia dan cinta sesama makhluk Allah S.W.T., lebih afdal masing-masing mendahulukan dengan kasih kepada Allah S.W.T., sayang kepada Allah S.W.T., bahagia kerana Allah S.W.T., dan kecintaan kepada Allah S.W.T..

In Syaa Allah  kasih dan sayang itu bahagianya cinta akan menyerlah dalam kehidupan masing-masing.

Tidak kiralah sama ada hambaNya sebagai suami, isteri, anak lelaki, anak perempuan, pendidik, ahli politik, bloger, ustaz, ustazah, pemimpin, imam, khatib, noja, bilal, menteri, perdana menteri, timbalan perdana menteri, timbalan menteri, tentera, polis, peguam, hakim dan sebagainya. Yang penting cinta kepada Allah S.W.T., adalah teras kepada kasih dan sayang sesama makhluk, sesama manusia hambaNya.
In Syaa Allah melalui perasaan kasih dan sayang kepada diri sendiri, setiap hamba Allah S.W.T., akan melaksanakan tanggung jawabnya menurut Dua Khalimah Syahadah.
Aku Naik Saksi Bahawa Sesungguhnya Tiada Tuhan Yang Wajib DiSembah Melainkan Allah dan Aku Naik Saksi Bahawa Sebenar-benarnya Nabi Muhammad S.A.W., itu Pesuruh Allah.

Wassalam.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

>>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Penyakit Hasad Dengki. 30.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Allah berfirman dalam Surah [QS. AL 'IMRAN (3):185] yang bererti: "...Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" 
Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Facebook NiagaLens
Penyakit Hasad Dengki menjauhkan aku dari Allah Subhanahuwatalla. Nauzubillah minzaliq. 

Penyakit Hasad Dengki, kesannya "nauzubillah minzaliq". Dahsyat. Pelakunya boleh selamba, boleh berbual-bual macam biasa, macam tidak ada apa-apa yang berlaku kepada orang yang menjadi mangsanya, angkara perbuatan durjananya. Pendek kata boleh dapat gelaran pelakon yang hebatlah. 

Siap ada yang menggubah penyakit hasad dengki ini sebagai Phd. Kira pangkal nama dapat gelaran "Dr". Tetapi yang ini tidak sesekali layak untuk gelaran tersebut, sebab hasad dengki terbukti menjadi penyakit yang paling utama menjahanamkan Melayu. 

Penyakit hasad dengki sudah menjadi satu kelemahan Melayu. Sedar atau tidak musuh-musuh Melayu, mengambil kesempatan mempergunakan sikap hasad dengki yang sudah sebati dengan Melayu, sebagai satu cara untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri. 

Musuh-musuh Melayu akan memperalatkan seorang Melayu untuk menjahanamkan Melayu yang lain.Dalam penyakit hasad dengki ini terisilah didalamnya perbuatan memfitnah. Fitnah bahasa mudahnya ialah membuat berita bohong dan termasuklah penyebaran berita bohong. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

Merujuk kepada Perundangan Islam yang menjadi pegangan majoriti Melayu, sipembuat fitnah dan penyebarnya, hukumnya bagaimana....Allah S.W.T, berfirman yang bermaksud  , "… dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan … ." al-Baqarah (2): 191

Para Ulama mentafsirkan fitnah di dalam ayat ini dengan beberapa maksud. Fitnah itu akan menjadikan seseorang itu antaranya syirik atau kufur. Ini termasuklah penyeksaan golongan musyrikin terhadap orang yang beriman di zaman Nabi Muhammad SAW.

Fitnah juga sebagai sebahagian usaha untuk memurtadkan orang Islam. Fitnah juga merupakan ujian dan bala bencana kepada seseorang atau masyarakat setempat. Fitnah juga akan mewujudkan suasana masyarakat yang rosak dan menyeleweng dari akidah Islam.

Pemfitnah akan mengadu-dumba dalam menyebarkan fitnah, bagi menyakinkan orang lain untuk mendengar berita bohongnya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Allah tidak suka kepada perkataan yang tidak baik diperdengarkan, melainkan dari orang-orang yang teraniaya....". an-Nisa' ayat 148.

Mengambil kesempatan diatas kelemahan mangsanya adalah jalan cerita utamanya, berserta dengan menokok tambah agar kelihatan cerita bohongnya seolah-olah menjadi cerita yang benar, bagi meyakinkan pendengar dan mempengaruhi pendengarnya. Kebaikan mangsa fitnah bukan sandaran malah diketepikan langsung dalam cerita bohong tersebut.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud "Janganlah saling mencari-cari ghibah (aib) sesama kamu" surah al-Hujarat ayat 12. Pemfitnah biasanya mengenali pendengarnya yang merupakan rakan rapat atau orang sekelilingnya. Pada kebiasaannya pendengar adalah orang yang berperibadi mudah dipengaruhi, mudah meyakini cerita bohong yang dibawa pemfitnah ini, tanpa usul periksa.

Pemfitnah pada kebiasaannya tidak ambil peduli soal aib orang lain serta aib jiran tetangganya. Malah aib seseorang itu adalah bonos dan menjadi topik utama pemfitnah ini.

Lebih malang lagi aib rakan baiknya pun tidak dipedulikan, terutamanya bila rakan-rakannya sudah mula merenggangkan diri dari bergaul rapat dengan pemfitnah ini, setelah tahu keburukan peribadi pemfitnah. Pastinya ada unsur dendam kesumat. Itulah bahayanya individu yang berperibadi dan berpenyakit hasad dan dengki.

Rasulullah SAW pernah ditanya, "Apa sebenarnya ghibah (aib) itu?". Rasulullah SAW menjawab "Iaitu berkata sesuatu tentang saudaramu yang dia tidak suka". Ditanya lagi "Bagaimana kalau ianya benar". Rasulullah SAW menjawab "Sekiranya apa yang kau katakan itu benar, engkau telah melakukan ghibah dan  sekiranya tidak, engkau telah melakukan fitnah". (Hadis Riwayat Muslim)

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah aku, dindingilah aku dari perbuatan keji yang mengiakan perbuatan syaitan yang Engkau laknat. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim ampunilah ibu bapaku, isteriku, anak-anakku, kaum keluargaku, muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah kembali ke Rahmatullah. Berilah kesihatan, rezeki, ilmu serta kekuatan agar aku dapat meneruskan perkongsian ilmu sesama umat Nabi Muhammad SAW dalam pengukuhan iman, dengan izinMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. In Syaa Allah.

Alhamdulillah syukurku kepadaMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim dengan kurniaMu, nikmatMu, rezekiMu, pinjamanMu hingga aku dapat hidup hingga ke hari ini. Amin, Amin, Amin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Pemilik Alam dan Pemilik Segala Isi Alam, hindarilah aku dari terhumban ke api neraka apabila sampai waktunya.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim terangilah alam barzahku dengan pemberian NikmatMu dan RahmatMu berserta Syafaat Nabi Muhammad SAW yang membuka pintu Syurga untukku. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, andai aku lalai sebagai hambaMu, berilah jalan untuk aku kembali mengEsakanMu.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim kurniakanlah tempat yang terpuji untuk Junjunganku Nabi Muhammad SAW., sebagaimana yang telah Engkau janjikan. Amin Amin Amin Ya Rob.

Wassalam.

Sumber gambar: Hasad dengki.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

 "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86) 
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

eaho™.
s3v3n

s3v3n

Rabu, 30 Januari 2013

Cantasan Kehidupan. 29

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Dunia ini bersifat baharu. Bila baharu, dunia tidak bersifat kekal abadi. Satu masa hari yang bernama kiamat akan memusnahkan segala isi alam. Berakhirlah kejadian dunia dan isi alamnya dengan perentah Maha PenciptaNya dan PemilikNya., Allah S.W.T..

Mencipta keyakinan, membentuk kesepaduan semangat dalam diri sendiri bukanlah satu hal yang mudah. Serangan-serangan dari dalam dan luar diri individu, pastinya mengganggu perkembangan keyakinan dan kekuatan semangat seseorang.
Terjadilah kerencatan, kekecewaan, kegagalan individu dalam membentuk sebuah harapan dan cita-cita murni untuk diri sendiri, untuk agama Islamnya atau untuk keluarganya, untuk masyarakatnya, bangsanya dan tanah airnya. Pastinya jika perkara ini dibiar berlarutan, maka terjadilah cantasan kehidupan seseorang, untuk lebih mudah memusnahkan kewibawaan, keperibadian dan impian individu itu sendiri.

Menyalahkan orang lain atau perkara lain yang menyebabkan kegagalan, lebih mengundang kepada permasalahan yang  lebih rumit. Ini akan menimbulakan tuduhan, fitnah dan pengaiban. Terjadi menyinggung perasaan orang lain, wujud persengketaan dan permusuhan. Menjadi lebih parah dalam permasalah ini, ada pula individu ketiga atau syaitan laknatullah mengambil kesempatan mengadu dumba dalam sesuatu permasalahan yang terjadi.

Serangan-serangan dari dalam diri individu, lebih berkait kepada kegagalan mengawal hawa nafsu dan perasaan. Dinding kepada serangan dari dalam ialah kekuatan Iman seseorang hamba Allah itu sendiri. Sabar itu separuh dari Iman. Ilmu yang dipelajari dan diamalkan seseorang akan membentuk jiwa yang murni. Ada amanah dalam dirinya, memahami dan mengamal apa itu kejujuran. Amanah dan jujur kepada diri sendiri akan membentuk insan itu amanah dan jujur kepada orang lain, kepada Islamnya, amanah dan jujur untuk keluarganya, masyarakatnya, bangsanya dan tanah airnya.

In Syaa Allah bijak mengawal diri sendiri, pada kebiasaannya akan mendatangkan manafaat yang lebih baik bagi jiwa dan roh seseorang hamba Allah. In Syaa Allah penyakit-penyakit diri, jiwa dan roh seperti hasad dengki, pembohongan, pemfitnahan, keceluparan kata-kata dan penulisan-penulisan yang bersifat biadap kurang ajar, akan dapat dihindari.

Siapa yang memberi kesempatan, peluang dan ruang kepada orang lain dan syaitan laknatullah, untuk mengganggu kehidupan kita?. Bukankah diri kita sendiri?. Adalah lebih baik kita memikirkan, kitalah puncanya. Kerana Allah S.W.T., kita membentuk dan mengajak diri kita mudah untuk bermuhasabah diri. Berbuat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 

In Syaa Allah berkat sabar, kita akan menjadi manusia lebih berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Menjadi anak yang tahu menghormati kedua ibu bapanya. Menjadi suami atau isteri yang selari dengan kehendak Islam. Pemimpin yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W.. In Syaa Allah kita akan menjadi hamba Allah S.W.T., yang lebih baik. Islam itu Addin dan mengajar dan mengajak serta membentuk penganutnya ke arah kesempurnaan hidup. Amin Amin Amin Ya Rob.

Wassalam.

Sumber gambar:
Pandanglah kehidupan dengan hikmah.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Isnin, 28 Januari 2013

Kesegaran Minda. 28

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

Firman allah s.w.t., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Salam kaum Muslimin dan Muslimat yang diberkati Allah S.W.T..

Aku suka pokok-pokok. Tanam-tanaman pun aku suka. Aku jadikan hobi. Ilmu berbudi dengan tanah, aku dapat dari Allahyarham bapaku, Allahyarhamah ibuku, Allahyarham Yaie dan Allahyarhamah Nyai. Begitu juga sumbangan bapa-bapa saudaraku dan emak-emak saudaraku.

Jasa guru sains pertanian juga menyumbang minatku kepada bertani yang menjadi sebahagian hobiku. Perbincangan dengan rakan taulan dan sahabat handai, mendatangkan idea tambahan kepada kesegaran minatku. Melihat sendiri dan meneliti pelbagai projek landskap diseluruh negara Malaysia, Singapura dan Indonesia, telah membekalkan aku idea-idea penstrukturan tanaman hiasan. Sumber-sumber dari internet tentang pelbagai jenis tanaman juga memberi satu kemudahan kepadaku.

Cara menanam pokok ciptaan Allah S.W.T., dan mengisinya dengan bacaan selawat Nabi S.A.W., Al Fatihah dan Wirid pada mengEsakan Allah S.W.T., mendekatkan aku dan jiwa pokok dan tumbuh-tumbuhan kepada Maha Pencipta.

Meletakkan kedua-dua kepala lututku di permukaan tanah sewaktu menanam kelapa sawit, kelapa biasa, pisang, nenas, ubi dan pelbagai jenis pokok buah-buahan, mendekatkan aku dengan sebahagian pergerakan sewaktu solat. Penyesuain kaedah kedudukan aku ketika menanam pokok hiasan dalam pasu, juga menceriakan aku dengan sesuatu yang bercirikan keIslaman.

Menanam pokok-pokok sambil aku menghadap kiblat, berdoa kepada Maha Penciptanya, In Syaa Allah mendatangkan keberkatan rezeki dariNya. Tentu berbeza dengan gaya menanam pokok sambil mencangkung.

Aku suka bertukang. Membina rumah dengan gaya kreatif dan tenaga sendiri adalah cita-cita dan harapanku. Aku membancuh simen dengan air wuduk yang aku tadah. Mengajar aku memaksimamkan penggunaan air. Memohon perlindungan dariNya yang memberi aku ilmu pertukangan, mencetuskan idea memaksimamkan penggunaan air wuduk dalam pembinaan rumahku. Dalam semua pergerakkan pertukangan aku utamakan kalimah Bismillah. Begitu juga sewaktu aku melaksanakan sistem pendawaian elektrik dan perlaksanaan penyaluran paip air untuk seisi rumah kediamanku di dunia ini.

Amin, Amin, Amin Ya Allah., Alhamdulillah syukurku kepadaMu yang memberi izin untuk aku mempergunakan ilmu-ilmuMu dan mendorong aku berkongsi dengan muslimin dan muslimat hambaMu jua Ya Allah.

Wassalam.

Sumber gambar:
Makanan yang merangsang minda.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<

Ahad, 27 Januari 2013

Pengenalan Diri. 27

Meja pECEq
15 RABIULAWWAL 1434 (27 JANUARI 2013)

Pengenalan diri kepada Allah S.W.T., bagaimana aku dapat melakukannya. Apakah aku dapat melakukannya seperti yang Allah S.W.T., perentahkan?.

Pengenalan diri kepada Allah S.W.T., bukan hal yang boleh dipura-purakan.Jauh sekali untuk menipu. Segala-galanya berlaku dengan kejujuran. Saksinya anggota tubuh badan kita sendiri.

Pengenalan diri adalah perjalanan menghadapi berakhirnya riwayat hidup kita, dari Allah S.W.T., kita datang., kepada Allah S.W.T., kita kembali.

Kita pun tidak tahu bilakan berakhirnya riwayat kita. Akan tetapi Allah S.W.T., telah memberikan kita beberapa petunjuk tentang hari Kiamat. Melalui tanda-tanda Kiamat Kecil seperti di bawah:

Perceraian banyak terjadi
Banyak terjadi kematian mendadak (tiba-tiba)
Banyak Quran diberikan hiasan
Masjid-masjid dibangunkan dengan megah
Perjanjian dan transaksi tidak dipatuhi
Berbagai peralatan muzik dimainkan
Berbagai jenis khamr (Arak) diminum manusia
Perzinaan dilakukan terang-terangan
Para pengkhianat diberi kepercayaan (menjadi pemimpin)
Orang yang amanah dianggap pengkhianat
Tersebarnya Pena (banyak buku diterbitkan)
Pasar-pasar (Mall, Plaza, Supermarket) Berdekatan
Penumpahan darah dianggap perkara yang kecil
Makan riba

Pengenalan diri sebagai mempersiapkan diri ke Alam Barzah dan di Padang Mahsyar.

In Syaa Allah kita hidup segala-galanya kerana berIman kepada Allah S.W.T., dengan mendapat RahmatNya dan beroleh Syafaat Nabi Muhammad S.A.W..

Wassalamu.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Bercakap Dengan Diri Sendiri. 26

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<< 
15 RABIULAWWAL 1434 (27 JANUARI 2013)

Kata seorang penderita:

Bercakap dengan diri sendiri. Kalau diperhalusi akan menjebak diri ke arah kehilangan kawalan pemikiran secara semula jadi dan akan membentuk jiwa separa normal atau tidak normal langsung.

Sebagai umat Islam, segala perkara kita buat, kita nawaitu kerana Allah S.W.T., In Syaa Allah kita sentiasa dalam laluan dan perjalanan yang patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T..

Ada dua peringkat bercakap atau berbual dengan diri sendiri.

Peringkat pertama ialah bercakap dengan diri sendiri tanpa suara.

Individu yang berkeadaan sedemikian akan kelihatan sedang termenung, bermenung.

Gerak wajahnya akan ceria, tersenyum sendiri atau sebaliknya, bermuram durja, bersedih, kesayuan.

Peringkat kedua ialah berbual dengan diri sendiri sehingga mengeluarkan suara.

Asalnya butir percakapannya   tidak jelas kedengaran oleh orang lain.

Jika dibiarkan lambat laun butiran percakapannya akan menjadi jelas didengari oleh orang lain.

Ini tidak termasuk keadaan awal-awal penggunaan talipon mudah alih satu masa dulu, yang kelihatan pada asalnya orang menggunakan talipon bimbit seperti orang yang sedang bercakap sendiri.

Berwaspadalah sama ada kita sedang termenung atau sedang bercakap sendirian dan orang lain sedang memerhatikan kita.

Termenung dan bercakap sendiri, jika dibiarkan akan wujud satu lagi pergerakan dalaman yang disebut bisikan.

Bisikan pula akan melibatkan syaitan laknatullah. Nauzubillah.

Tanpa disedari akan menjadi penyakit iaitu penyakit psykiatri.

Tekanan kehidupan akan membawa individu ke arah bercakap dengan diri sendiri, apabila tiadanya Pendengar Setia.

Peranan pendengar setia penting untuk mengelakkan seseorang dari bercakap dengan diri sendiri dan menghindari individu itu dari gangguan dan bisikan syaitan laknatullah. Nauzubillahminzalik.
Tidak mendapat kerjasama dari ahli keluarga juga merupakan bebanan dan tekanan perasaan kepada seseorang.

Lebih malang lagi tidak terdapat pendengar setia dalam keluarga individu tersebut.

Berbual, berbincang adalah aliran kehidupan yang normal.

Corak kehidupan yang gemar menyendiri tanpa disedari akan menjebak kepada keadaan bercakap dengan diri sendiri tanpa terkawal.

Walau bagaimana pun bercakap dengan diri sendiri adalah perlu. Yang Pentingnya nawaitukan kerana Allah Subhanahuwatalla.

Apabila bercakap dengan diri sendiri akan dapat mengelak diri kita melakukan perbuatan tidak matang, seperti bercakap dahulu, baru berfikir atau langsung tidak berfikir.

Bercakap dengan diri sendiri atau berfikir terlebih dahulu, individu akan dapat menapis dan membezakan mana perbuatan yang baik dan buruk.

Wassalam.

Contoh Untuk Latihan:
Aku sering rasakan kehilangan keluarga. Kalau kau sesekali "sayu" ... aku??. Sebab bila kau sebut "sayu" ... aku diam je. Aku sentiasa "sayu" ... Lain-lain malas nak aku ingatkan. 

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. (Peceq Admin). 

Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 

vctk.