Selasa, 15 Januari 2013

Pandang Antara Nampak, Tetapi Banyak Yang Tidak Nampak. 10

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

 •
03 RABIULAWWAL 1434 (15 JANUARI 2013)





Sebagai hambaMu Ya Allah., aku kena sentiasa menuntut ilmu sehingga ke liang lahat. Pandangan mata kasarku pinjamanMu Ya Allah., Engkau jadikan supaya tidak berupaya untuk mentafsir kesemuanya yang aku pandang.

Kena datang dekat atau menjauh, baru nampak jelas atau semakin kabur dari pandangan, sama ada wajib aku pandang atau harus aku pandang dan haram untukku pandang.





Dari mata turun ke hati. Mata memandang, hati tempat berkumpul perasaan ... ada organku yang lain membantuku mengawal dan mentafsir data perasaan yang datang.

Darah gemuruhkah, terperanjatkah, terpegunkah dan rasa malukah yang menjelma.

Mata kalau dibiar akan menerawang sesuka hati. Mata kalau dibiar akan menjadi takung pengumpul dosa.

Mata jika terkawal akan membawaku ke jalan yang benar, jalan yang diredhai Allah S.W.T..


Mata sentiasa bekerjasama dengan hati dan perasaan. Sementara ilmu Allah S.W.T., yang wajib aku pelajari, wajib aku fahami, wajib aku dalami, wajib aku amalkan dan wajib aku sebarkan, berperanan mengawal apa kehendak mataku, hatiku dan perasaanku.

Pemikiranlah yang mentafsir dan memberi jawapan kepada mataku, hatiku dan perasaanku, sama ada  sesuatu perkara itu benar atau salah, untuk dilakukan.



Pemikiran dikaitkan dengan daya dan ketahanan otak. Otak kena mengumpul ilmu Allah S.W.T., dengan mempelajari, memahami, mendalami dan mengamalkannya, supaya lancar menterjemah sama ada bersetuju atau menolak sesuatu perkara, pertuturanku, penulisanku dan perbuatanuku serta tingkah lakuku yang  melibatkan anggota tubuhku yang lain.






Dengar, mendengar dan terdengar, kerja telingaku. Sewajarnya aku menggunakan telingaku ke jalan Allah S.W.T..

Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.,

Aku kena berwaspada dengan perumpamaan itu, supaya tidak menyeleweng dari jalan kebenaran seperti yang diperentahkanMu Ya Allah S.W.T., kepadaku sebagai hambaMu.






Langkah kakiku, ke mana gerak langkahnya. Ke jalan Allah S.W.T., itu kehendakku sebenar-benarnya.

Tanganku, apa yang diperbuat, semua didorong oleh mata.

Mata yang memandang. Ya Allah S.W.T., lindungilah mataku supaya mataku sentiasa memandang perkara yang Engkau izinkan. Aku mohon perlindunganMu, dari pandangan yang Engkau haramkan.

Wassalam.
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185] 

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: