Selasa, 8 Januari 2013

Semangat Kebangsaan. 02.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
“Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.
“”
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
سبحان الله وبحمده سبحان الله العظيم
آمين...آمين... آمين... ياالله يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
 •
“”
Antara semangat Islam dengan semangat kebangsaan. Semangat kebangsaan sebagai dakyah untuk menghilangkan Semangat Islam dalam diri Umat Muhammad SAW. Nauzubillahminzalik. 


25 SAFAR 1434 (08 JANUARI 2013)

Semangat bangsa yang membawa pecah belah sesama hamba Allah tidak mempermudah jalan ke Syurga. 

Kebangsaan kata dasarnya ialah bangsa. Aku Melayu. Konon dahulunya apa yang aku fahami tentang Semangat Kebangsaan ialah sesuatu yang meminta aku menitik beratkan sesuatu yang menjurus kepada negara. Kononnya juga semangat sayangkan kepada negara.

Dalam aku beria-ia sangat tentang negara atau tanah air, rupa-rupanya aku lalai dalam mengenali serta memahami maksud kata sebenar Semangat Kebangsaan itu. Setelah aku menyedari persepsi itu sebagai sesuatu yang salah, maka sejak itu aku mula belajar dan memahami apa itu Semangat Kebangsaan.

Muhasabah Diri yang terkandung dalam Islam, mengajak dan mengajar aku memperhalusi apa kehendak Semangat Kebangsaan sebenarnya. Semangat Kebangsaan, mahukan aku pertama-tamanya mengenali diri sendiri. Dari situ, dari dalam jiwa lahirlah sesuatu yang dipanggil sebagai Jati Diri.

Setelah memperteguh Jati Diri, baru aku sedar Semangat Kebangsaan lebih memerlukan Semangat Bangsa sebagai semangat induknya iaitu Semangat Melayu atau Semangat Bangsa Melayu. Sebab aku Melayu. Sayang kasih kepada sesama Melayu. Hormat menghormati sesama Melayu.

Mengamalkan peradaban Melayu yang bertunjangkan keEsaan Allah S.W.T dan sebagai umat Nabi Muhammad SAW. Dari itu mulalah aku menghargai diri, menghargai keluarga, menghargai komuniti dan seterusnya menghargai masyarakat Melayu.

Bila Semangat Bangsa Melayu yang bertunjangkan Al Quran dan Hadis sudah menebal, In Syaa Allah perkara-perkara seperti dalam post pertama aku yang bertajuk MENELANJANGI MELAYU DARI SUDUT SIKAP DAN PERILAKU SEBAHAGIAN INDIVIDU DIDALAMNYA akan dapat dihindari. Dalam memertabatkan Melayu. Hang Tuah pernah kata Takkan Hilang Melayu Di Dunia. Ada yang kata Melayu Mudah Lupa. Fikir-fikirkanlah.

Semangat Bangsa Melayu yang kental, mengajak aku menghormati kehendak Semangat Kebangsaan dalam ertikata yang sebenar. Pastinya aku temui semangat orang lain dan semangat bangsa-bangsa lain. Maklumlah Negaraku Malaysia negara majmuk, sebuah negara dengan kepelbagaian bangsa yang In Syaa Allah hidup dalam rukun dan damai dengan anutan agama masing-masing dan fahaman politik yang pastinya tidak sealiran. 

Rupa-rupanya semangat bangsa bila dijadikan bahan permainan, umpama wadah politik dan seangkatan dengannya, rupa-rupanya tidak ke mana. Semangat ini akhirnya menjadikan bangsa menjadi porak peranda, belasah membelasah dan lebih kepada bentuk pertelagahan sesama sendiri atau mengganggu gugat perasaan bangsa lain dengan sengaja. 

Semangat bangsa tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu lebih baik di sisi Allah S.W.T.. Walau pun ada sesetengah pihak menggembar-gemburkan isu perpaduan, penggabungan parti dan ketuanan bangsa. Hingga sesetengahnya menjadi tersasul dan semakin garang tetapi lebih kepada nyanyuk. 


Semangat Islam membawa kepada perpaduan ummah. Inilah pengubatnya dan inilah sebenar-benarnya semangat yang patut ada di jiwa setiap manusia hamba Allah S.W.T.. Islam mengajak dan mengajar umatnya patuh kepada perentah dan larangan Allah S.W.T.. Antaranya sikap hormat-menghormati sesama umat kerana Islam itu bersaudara. 


Islam juga menghendaki setiap umatnya menghormati penganut agama lain, selagi penganut agama lain itu tidak menjadi ancaman kepada Islam dan inti persaudaraan Islam yang ada didalamnya, sebagai mana Allah S.W.T., perentah dan larang. 

Wassalam. 
Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T.....
ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “...Kehidupan dunia hanyalah  kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185].

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .



Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.



Tiada ulasan: