Selasa, 26 Februari 2013

120. Wahabi Berselimut Ahli Sunnah!!.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) .  KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  
15 RABIULAKHIR 1434 (26 FEBRUARI 2013)


Samada kita sedar atau tidak, kita sedang berada dalam satu zaman yang pernah diberitakan oleh Nabi S.A.W., sebagai zaman yang dipenuhi dengan fitnah.

 Pernah juga Nabi S.A.W., mengkhabarkan dimana akan datang satu zaman kebenaran menjadi kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran. 

Masyarakat Islam menjadi keliru dan kabur dengan pandangan-pandangan yang dilontarkan didalam media masa dan elektronik.

Lebih-lebih lagi pembicara dan pengulas dari kalangan mereka yang katanya sarjanawan!! !

Dari kalangan mereka ini ada merupakan public fugeri, pensyarah dipusat pengajian tinggi awam dan swasta, intelektual, pakar-pakar, tokoh-tokoh dari institusi berwajib dan mereka yang sewaktu dengannya!!

Yang jelasnya kalau kita perhatikan dalam masyarakat kita hari ini timbul semula Kaum yang dikenali satu masa dahulu sebagai KAUM MUDA !!

Pada tahun 50an Kaum Muda di Malaya dikepalai oleh Ibrahim al-Aqidy dan Abu Bakar al-Asyary dari Perlis. Mengikut berita yang sahih, para Ulama bangun ketika itu dalam rangka memerangi faham sesat, sehingga membawa pertemuan di Semanggol diantara Kaum Muda dan Kaum Tua.

Kaum Tua pada ketika itu diantaranya yang hadir, Sheikh Abu Bakar al-Baqir, Sheikh Ghazali Mufti Perak dan Ulama-ulama lain.Yang berkesudahan dengan kematian Ibrahim al-Aqidy di majlis tersebut setelah gagal menjawab hujah-hujah dari Kaum Tua.

Pada hari ini golongan ini tidak lagi menggunakan nama lapuk itu lagi sebaliknya telah menggunakan nama yang lebih canggih .SALAFI, itu lah nama baru bagi kaum ini. Siapakah SALAFI ini?. Mereka sebenarnya membawa fahaman Wahabi atau Kaum muda .

Kalau kita amati benar-benar sebahagian dari mereka jelas kewahabiannya bak matahari disiang hari dan sebahagiannya yang lebih ramai berpura-pura di sebalik SELIMUT AHLU SUNNAH !!! Maka ramai lah yang terpedaya dan mabuk kerana racun disangkanya ubat !!!! Tukang silap mata disangkanya TOK ALIM !!!! Tekong wayang kulit disangkanya TOK WALI..!!!!

Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Junjungan Nabi kita S.A.W., dimana Nabi S.A.W., pernah memberitahu akan tiba masa dimana kedapatan pendakwah yang mengajak orang ramai masuk berbondong-bondong ke Neraka Jahanam.

Wahabi yang terang-terangan seperti Asri dan mereka yang sewaktu dengannya itu, mudah dan senang untuk dikesan.Tetapi yang berselimut dan suka main silap mata ini susah !! ramai yang terpedaya!!! lebih-lebih lagi yang bergiat dalam satu-satu pertubuhan NGO kerajaan dan politik kerajaan. 

Ramai dikalangan mereka yang bersama, terpedaya dengan hanya kerana mereka (wahabi selimut) sekapal sebahtera!!. Lebih-lebih lagi ada dikalangan mereka ini yang suka Ustaz yang lantang hentam kerajaan!!. Jadi kalau mereka (wahabi selimut) hentam kerajaan maka semuanya ok, walau pun bawa ajaran sesat !!!

Wahabi yang berselimut ini pula pandai main isu sentimen kepuakkan. Bila kita mengatakan fahaman-fahaman yang mereka bawa sebagai tidak benar, mereka mula main isu, kononnya kita melawan Jemaah mereka!!!.

Ada juga yang main isu Islam hadhari. Katanya orang-orang yang menentang mereka sebagai Islam Hadhari, ada juga yang keterlaluan sehingga mengatakan sebagai ejen Kerajaan. 

Tidak kurang  yang mengatakan sebagai ejen Yahudi untuk pecahkan kumpulan mereka. Pelik mereka ini, jarumnya halus ..ramai yang terpukau dan terpedaya. Persoalannya siapa yang bawa ajaran pelik-pelik ini??, sehingga membawa perpecahan dalam kumpulan anda?? dan apa kene mengena Islam Hadhari dengan isu Ajaran Wahabi??, tolong la cerdik sikit!!!

Ada pula Wahabi yang tidak terlibat dengan badan-badan politik sebaliknya mereka bergerak secara bersendirian dengan memakai selimut Ahlu Sunnah. Mereka setengahnya merupakan pendakwah bebas yang dikenali ramai.. pensyarah- pensyarah di Universiti yang terkenal di Tanah air. 

Kerap menerima undangan ceramah di majlis-majlis besar.. Kadang kala muncul wajahnya di layar-layar tv dan sesekali muncul pula suaranya di stesen-stesen radio. Ramai orang yang tidak menyangka sama sekali yang mereka ini adalah dari golongan Wahabi Selimut !!!

Mereka ini suka main silap mata, memperdaya ramai masyarakat kita dari kalangan orang awam yang memang pada hari ini kejahilan sangat merata. Disamping mereka secara halus menyuntik jarum-jarum kesesatan, mereka juga menjadikan program-program ini sebagai untuk tambah in come !!! Gaji tak cukup dah ..untuk pakai kereta besar.

Bagi yang memang pakar dalam mengenali tanda-tanda wahabi sangat lah mudah dikenali. Mereka tidak boleh main silap mata, kalau hari ini kebusukkan mereka tidak terbau, akan sampai masanya busuk ini akan terbocor juga !! bau busuk akan dapat juga dihidu.

Mereka ini pandai memulakan kerjayanya dengan membawa yang baik-baik belaka.  Bila orang mula berkeyakinan baru lah dia memulakan suntikan jarum-jarumnya yang beracun!!

Mula lah kutuk-kutuk isu rejab. Tak lama lagi isu Syaban pula. Mula kata amalan itu bidaah amalan ini bidaah..bila masuk Ramadhan pula, timbul isu Tarawih lapan rakaat!!., Mak bapa Nabi S.A.W., mati kafir!! Wahabi tak de masalah!!, ajar orang sembahyang Nabi S.A.W., pulakkk!!!. 

Yang letihnya ajar orang letak tangan atas dada macam salib kata satu jemaah pada ana. Kata Imam Ghazali menyusahkanlah., hi hi hi. mana punya mazhab daaaaa !! ohhh ohhhh rupa-rupa mazhab Albany !! katanya ikut Quran Sunnah!!!. cakap la mazhab Albany habis cerita !!!., ohhh ohhhh Taassub Albany rupanya!!!. Yang itu tak salah., kalau Syafe semuanya salah. Apa punya bangsa mazhab daa!!!!

Ada yang kononnya hebat sangat ajar Ilmu Tafsir. Tapi, pelik dok kempen orang beli buku PELIK TETAPI BENAR. Kalau diamati buku tersebut jelas buku yang cuba untuk menyebarkan fahaman wahabi!!!, kami dah kata lama orang ni tak boleh pakai!!, tapi ada Institusi yang berwajib masih lagi guna akal dia!!, orang pandai cakap selalu laku, walau pun membawa pemikiran yang pelik-pelik. 

Bila kita kata lebih-lebih, orang yang bertanggung-jawab kata kita extremelah, melampaulah., kalau dia ceramah segala kalam Ulama-ulama wahabi dipikulnya!!, orang biasa-biasa bukannya kenal siapa Ulama Wahabi!!, sat sat dia kata-kata Sulaiman al Asyqar., sat sat Abu Bakar al Jazairy., sat sat kata-kata Ibnu Taymiyyah., sat sat kata-kata Ibnu al Qayyim al Jauzi.. Hi hi tau lah ana siapa ente!!!. 

Ada pula yang tuduh-tuduh Selawat Syifa dan Tafrijiyyah membawa Syirik. Murka la Tuan guru yang ajar selawat tu., wajahnya selalu berada di Tv9. Dengar dia tu Doktor., sebenarnya kita tau lama dah dia ni Doktor gigi jerr, kalau gigi rosak tahulah dia membetulkan., sebaliknya kalau agama bukan bidang dia.. kalau dicuba-cuba bertambah punahlah agama ini, tapi kerana dia ni orang Arab, pandai baca arab ramai yang yang terpegun terpedaya,  lebih-lebih lagi arab boleh pulak cakap Kelantan., pandai pulak main silap mata. 

Tapi ana tengok dia baca Quran pun tak betul, hi hi hi dengan kita, silap mata dia tak menjadi, kita ada azimat kebal wahabi., hi hi.. Ramai anak-anak muridnya dari kalangan orang-orang besar.. Bahaya tuuuu!!!.

Yang menjadi masalah bila orang yang ada kepakaran wahabi kata sifulan atau sifulanah wahabi ramai yang tak percaya yang peliknya, yang tak percaya itu setengahnya dari kalangan Agamawan yang pulang dari Timur Tengah.tuduh kita pulak yang bukan-bukan mereka kata kita suka fitnah orang tuduh orang... sebenarnya kita bukan fitnah!!!. Kita melakukan apa yang diperjuangkan oleh Ulama silam dengan penjelasan mereka kita kenal siapa Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim al Jauzi, Albany dan lain-lain dari Masyayikh yang membawa ajaran-ajaran sesat. 

Adakah kita kata Sheikh Said Mamduh fitnah orang???., hanya kerana dia menulis kitab yang menjelaskan jenayah Albani terhadap hadith-hadith yang sahih, hasan dan dhaif??., dia nak beritahu kita kebatilan yang dilakukan oleh Albani., supaya kita tak tersesat!!!!. Sebenarnya kita nak tolong ..tapi yang ditolong tak sedar diri. Inilah apa yang telah diberitahu oleh junjungan Nabi kita S.A.W., yang benar menjadi batil dan yang batil disangka benar. Apalah nak jadi dengan Bumi Tanah Air ana ni., 25 tahun lagi akan jadi seperti Indonesia ker?? ada 2 blok..bolok NO dan Muhammadiyyah!!!.

Ana menyeru wahabi-wahabi selimut mengaku sajalah, senang sikit pihak berwajib senarai hitamkan antum.  Awas la bahaya yang kian ketara bangunlahh demi anak cucu tercinta. 











Khazanah email.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: