بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
16 RabiulAkhir 1434 (27 Februari 2013).
Hari panas terik. Suasana Section 2 mula lengang semenjak semalam.
Memang begitulah selalunya. Mana-mana student ITM yang tiada kelas pada hari
sabtu, selalunya akan balik kekampung pada hari semalam.
Cuma mereka yang ada
kelas saja akan tinggal terus di sini. Itupun tak banyak bilangannya. Dalam
pada manusia lain sibuk menguruskan daki-daki dunia, kelihatan dua kujur tubuh
sedang cuba menyelesaikan persengketaan yang membelenggui mereka. Terjahan sang
mentari seolah-olah tidak dirasakan oleh mereka. Bagi mereka persengketaan ini
harus diselesaikan dengan segera demi masa depan perhubungan mereka....
"Kau suka hidup macam ni barangkali. Berpeleseran dengan budak takde masa
depan. Bergaul dengan mamat yang tak pernah kau kenal. Keluar dengan semua
jantan yang kau sendiri tak tahu asal-usulnya. Aku dah mati akal mengenangkan
kau ni, kau tahu tak?!! Hei Katy! Apa lagi yang kau nak ha?!! Apa lagi yang kau
tak dapat daripada aku?!!!"
Black menggeleng-gelengkan kepalanya
beberapa kali sambil tangan depannya menyapu muka. Hampa sungguh rasanya dengan
apa yang telah Katy lakukan. "Kau silap Black. Tak semua orang yang kau
nampak tu jahat perangainya. Kau belum pernah kuar ngan diorang macam mana kau nak
tahu. Aku yang lepak dengan dia orang hari-hari, aku tahulah parangai diorang
macam mana. Kau jangan buruk sangka dengan semua orang Black. tak baik tahu?"
Giliran Katy pula bersuara. Baginya dia harus menegakkan apa yang dirasakan
benar.
Di kiri kanan jalan orang ramai lalu-lalang tanpa sedikit pun menghiraukan
apa yang mereka perdebatkan. Mungkin suasana begini sudah tidak asing lagi
kepada mereka. Heh! Section 2. apalah yang nak dihairankan..? "B&^$h
kau!!! Kau biarkan jantan-jantan s%$#&l tu peluk kau, raba seluruh badan kau,
usik itu, usik ini, cium sampai tak mau-mau, macam tu kau kata baik?!! Aku saja
tak cukup ker?!" Jerit Black sedikit kuat. Serba-salah Katy dibuatnya.
Kepalanya memerhatikan sekeliling. Mujur orang tak perasan. Memang melampau kau
Black! "Dah memang macam tu cara diorang luahkan kasih-sayang diorang pada
aku. aku nak buat macamana? Takkan aku nak 'bite' sekor-sekor pulak? Kau faham
la sikit keadaan aku Black." Muka Katy dah mula berubah. Sedih
mengenangkan nasibnya yang hidup merempat sejak ibunya menghilangkan
diri. Tunduk saja mukanya. Dia tahu kata-katanya itu hanya membangkitkan lagi
kemarahan Black.
Ternyata apa yang diduganya itu benar. Kalau bukan kerana
tempat awam, mungkin dah lama dia meraung sekuat-kuat hatinya.
"Kasih-sayang.. Kasih sayang kepala hotak bapak kau!! Senangnya kau cakap?
Betina apa kau ni ha?! S&%$#l!! Lepas ni aku nak kau berambus dan jangan
jenguk-jenguk dalam kawasan aku lagi. Tak kuasa aku nak support kau lagi. Pegi
la kau menagih kat jantan-jantan yang kau kata baik tu. Kau paham?!!" Black
memusingkan badannya lantas mengatur langkah tanpa sedikit pun menoleh
kebelakang.
Langkah laksana seorang laksamana rimba yang tak pernah kenal erti
gentar. Dibelakang kelihatan Katy tersedu-sedu menahan tangisan. Tak pernah
seumur hidupnya dia dicemuh sampai sebegini rupa. Sejak ibunya tiada, hidupnya
memang merempat . Benar-benar mengharapkan perhatian jantan-jantan tu semua
untuk berlindung.
Mujurlah dia ada pakej paras rupa. Kalau tidak, dah lama dia
mati kebulur. Buruk sangatkah apa yang telah dia lakukan? Jahat sangat ker apa yang
dah dia buat? Kenapa Black tak pernah nak terima hakikat ini? Katy cuba
mengesat air matanya dari terus keluar.
Dia tak mahu ada orang tahu kesedihan
yang menimpanya ketika itu. Biarlah segalanya di tanggung sendiri. Mungkin
inilah dugaan yang harus ditempuhinya. Hidupnya kini sebatang kara. Dalam masa
yang sama kelihatan kanak-kanak berlari keluar dari pengkarangan sekolah
menengah section 2 menuju ke arah bus stand di mana Katy duduk. Budak dah habis
sekolah. Mesti dah dekat pukul satu ni. Kejap lagi bebudak ITM balik. Bisik
hati Katy.
Dia memang hilang arah betul kini. Dalam hatinya dia berdoa agar ada
orang yang masih sudi memberikan perhatian kepadanya dan mengajaknya pulang kerumah.
Dapatlah dia mengorat demi mendapatkan sedikit makanan dan tempat untuk
berlindung dari panahan terik mentari. Kata-kata Black sebentar tadi masih
terngiang-ngiang di cuping telinganya. Sampai hati kau buat aku macam ni Black. Selama ni aku serahkan segala jiwa raga aku pada kau dan akhirnya ini balasan
kau pada aku.
Barangkali kau dah pun menjumpai betina yang jauh lebih 'raa'
dari aku. Hati Katy terus merintis. Sekali-sekala kepalanya tunduk
menyembunyikan tangisan. "Eh! Gebunya minah ni..cute laktu." Katy
menahan senyuman. Orang yang ditunggu-tunggunya sudah pun menunjukkan batang
hidung. Student part 04 Fine Metal ini memang sudah lama dia kenali. Tapi
selama ini dia hanya mampu memerhatikan dari jauh.
Ah! Siapa yang tak kenal Zaki.
Cerita tentang kemachoan hati Zaki sudah lama tersebar di section dua. Sudah
lama menjadi buat mulut kawan-kawannya. Barangkali juga lelaki separti inilah
yang paling dibenci oleh Black! Zaki mula merapati Kathy. Hati Kathy
berdebar-debar menunggu reaksi Zaki selanjutnya. Tangan Zaki mula merayap-rayap
ke dagu Kathy. Kathy sengaja tunduk-tunduk malu.
Zaki mula mengusik-ngusik rambut
Kathy sambil mulutnya tak berhenti-henti memuji ke'cun'an Kathy. Melihatkan
respon Kathy yang lampu hijau tu.Selamba Zaki merangkul Katy tanpa menghiraukan
pelajar sekolah menengah yang lepak di bus stand itu. Selamba juga Katy
membiarkan dirinya dipeluk oleh Zaki dan kononnya malu-malu kucing.
Seolah-olah
perlakuan sedemikian memang tidak asing lagi pada manusia hari ini. "Ikut
aku balik rumah, nak? Rumah aku line clear..Aku tinggal dua orang je. Tak de
sape akan ganggu kau. Kau selamat dengan aku. Boleh? " tanya Zaki seakan
merayu. Namun pertanyaan itu tidak terus di jawab olek Katy. Dia hanya
tersipu-sipu malu sambil mengerling manja kearah Zaki. Walhal itulah yang
diidam-idamkan olehnya.
Lepas ni mesti dapat 'makan sedap'. Bisik hati Katy..Zaki
mengatur langkahnya menuju kerumah yang tidak sampai sepuntung rokok itu.
Tatkala kakinya cuba melangkah masuk kedengaran suara abang Rosli menyapa dari
belakang. "Anak kucing mana pulak yang kau kutip tu Zaki?!!"
Kredit:
DKTM - -amoy-
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan