Rabu, 27 Februari 2013

133. Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih.

Meja PECEQ
16 RABIULAKHIR 1434 (27 FEBRUARI 2013)

Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda..... Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...


Tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dengan pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa machine gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik, "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu".

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat".... Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....  

Intipati:
Dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman...

Berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH S.W.T., bila menghadapi bahaya... kedua lelaki hanya membawa machine gun .. dia tak kata pun nak bunuh.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang Jumaat lagi...

Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung .. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya...

Ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang terpapar di surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran.

Berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal selama-lamanya, tapi berlumba-lumba mengejar hanya dunia sahaja.

Kita boleh bersembang, berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..Wallahuaallam..

 Regards,


Kredit Pengirim


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..


Tiada ulasan: