بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
22 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 04 Mac 2013.
Kebaikan memakan pisang muda
– Kebanyakan orang yang mengamalkan diet rendah karbohidrat
sering mengelakkan pengambilan pisang disebabkan oleh kandungan gulanya yang
tinggi.
Namun, sekiranya diambil dalam kadar sederhana, pisang sebenarnya memberikan manfaat kepada kesihatan disebabkan oleh sifatnya yang kaya dengan kandungan vitamin B6, vitamin C dan kalium.
Di samping itu, ramai yang berfikir bahawa pisang muda mengandungi jumlah kalori yang lebih rendah berbanding dengan pisang yang sudah masak kerana rasanya yang kurang manis.
Untuk pengetahuan, rasa sedemikian sebenarnya berkaitan dengan kandungan kanji yang banyak terdapat dalam pisang muda, sebelum ianya bertukar menjadi gula dalam proses kematangan.
Jumlah kanji yang terdapat dalam pisang muda tidak sama sekali mengurangkan kandungan kalori yang terdapat dalam pisang muda tetapi ia boleh memberi kesan kepada jumlah kalori yang anda ambil apabila memakan buah tersebut.
Ini kerana kanji tersebut berupaya menahan kebanyakan kalori dalam pisang dari meresap ke dalam badan, membuatkan indeks glisemik kekal rendah.
Selain elok untuk mengekalkan berat badan yang sihat, kanji dalam pisang muda juga berupaya membantu menghindari penyakit cirit-birit dan kanser kolon.
mkfgj.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
mkfgj.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan