Selasa, 5 Mac 2013

206. Thing's About You

Meja Peceq
22 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 05 Mac 2013.

MMI Punya pasai, ramai pelajar lelaki tidak sembahyang Jumaat....!!!!

Posted by Kedah Lanie

Luahan seorang Guru,
iklan saja nie...
Salam admin, saya antara puluhan ribu warga guru di kedah ingin memberi pandangan mengenai perkara tersebut di atas, Untuk pengetahuan admin MMI adalah akronim bagi Melindungi Masa Instruksional, iaitu menjaga masa Pengajaran di dalam Bilik Darjah. Hal ini termaktub dalam PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan).MMI ini hanya melibatkan negeri kedah dan Sabah sahaja sebagai anak angkat kementerian Pelajaran akibat kedudukan ranking yang teruk berbanding negeri lain.

Memanglah hasrat MMI bagus, tatapi masalahnya di sini ialah hampir semua aktiviti pelajar di peringkat Zon, Daerah, Negeri diadakan pada hari cuti umum. Misalnya Kejohanan Sukan Daerah melibatkan hari Jumaat dan Sabtu. Hal ini juga termasuklah bermacam-macam jenis kejohanan permainan yang lain juga diadakan pada hari jumaat dan sabtu.

Masalah ialah :

1. ramai guru yang tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga pada hari cuti.

2. Walaupun bekerja pada hari jumaat, belum tentu guru tersebut akan mendapat cuti ganti kerana kuasa memberi cuti adalah budibicara tn. Pengetua.Hari sabtu minta maaflah bukan cuti umum untuk insan bernama guru.Kalau pengetua bagi ganti cuti hari jumaat tetap tidak sama kerana kita akan duduk sorang-sorang dirumah kerana isteri dan anak tiada.

3. ramai pelajar tidak sembahyang jumaaat kerana penganjur tidak menyediakan pengangkutan ke masjid. (guru tidak mampu mengangkut jumlah pelajar yang ramai, bas yang menghantar pelajar hanya menghantar dan terus pulang sebelum datang semula mengambil pelajar pada waktu petang-kerana kos tinggi untuk pergi balik dan tunggu pelajar)

4. Kalau ada pun guru yang prihatin bawa pelajar guna van sendiri, pelajar hanya lena shaja sewaktu khutbah jumaat kerana terlalu letih bersukan..

Kami warga guru memohon agar Pihak berkenaan mengambil berat akan hal ini kerana pelajar-pelajar sekolah menengah sudah cukup umur. Dosa tak sembahyang jumaat Pengarah Pelajaran nak tanggung ka...

Yang peliknya aktiviti-aktiviti lain anjuran pihak tertentu demi kepentingan politik boleh pula diadakan waktu persekolahan rasmi tanpa memikirkan MMI pun. Cth Program Gotong Royong Perdana sempena IM4U, Perjumpaan guru Muda dengan menteri (nak PRU ni) dan macam macam perjumpaan lagi..

Mesyuarat lagi la, waktu petang saja. guru terpaksa buat persediaan untuk mengajar pada sebelah pagi, petang pergi mesyuarat pula.

Dahlah sesetengah pengetua tidak membenarkan guru keluar awal ke tempat mesyuarat MMI punya pasal, terpaksalah pulak memandu dalam keadaan perut lapar, tak mandi, mengantuk memandu dalam jarak yang jauh ke tempat mesyaurat... silap-silap celaka menunggu di tengah jalan( saya sendiri pernah hampir-hampir accident kerana nak cepat ke tempat mesyauart dan mengantuk memandu jam 1.00 tgh.

Itulah Sultan Kedah bagi cuti hari Jumaat untuk Rakyatnya selesa menunaikan fardhu jumaat, ini tidak menjadi penyebab rakyat tak sembahyang jumaat...Padan-padanlah nak jaga MMI pun.

Kami guru adalah kakitangan Professional, kami tahu apa yang kami buat. Untuk menjaga waktu Pengajaran kami, biasanya kami cover dengan kelas tambahan siang dan malam sepanjang tahun...

Rujukan apa dia MMI:
1. Buku panduan Pelaksanaan MMI (ada 555 ms -lihat  best practises yang bersesuaian ).
2. PANDUAN PELAKSANAAN MELINDUNGI MASA INSTRUKSIONAL (MMI) – fokus pada lampiran yang perlu diambil tindakan oleh pihak sekolah.
                                                       

Tiada ulasan: