Khamis, 7 Mac 2013

218. Itu Awak BUKAN nye Saya. (Itu awk bkn nye sy.)

Meja PECEQ
24 RabiulAkhir Bersamaan 7 Mac 2013.
 

Malaysia pasti Agbimuddin larikan diri

LAHAD DATU: Pihak berkuasa Malaysia pasti Raja Muda Agbimuddin Kiram, pemimpin kumpulan bersenjata yang menceroboh Sabah, telah melarikan diri ke Filipina walaupun keluarganya menafikan dakwaan itu.

"Kami telah mulakan siasatan dan akan mengumpul bukti membawanya kembali ke Malaysia bagi menghadapi tuduhan," kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, semasa sidang media pagi semalam, seperti yang dilaporkan laman akhbar The Star.

Katanya, polis tetap dengan bukti menunjukkan Agbimuddin telah melarikan diri kembali ke Filipina.
Dia dipercayai melarikan diri sama ada Selasa atau Rabu lalu dan bersembunyi di salah satu pulau dekat Tawi-Tawi, Pulau Simunul.

Namun, keluarga Agbimuddin menafikan yang dia telah meninggalkan Malaysia.
Jurucakap kumpulan itu, Encik Abraham Idjirani, yang berada di Manila, memberitahu AFP: "Ia tidak benar."

Sementara itu, laman berita mStar Online melaporkan bahawa Malaysia akan mengunakan saluran diplomatik mendapatkan maklumat daripada pemerintah Filipina berhubung dakwaan terdapat tokoh pembangkang di negara itu membiayai keluarga Encik Jamalul Kiram III untuk menceroboh Lahad Datu bulan lepas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata beliau ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina, Encik Voltaire T. Gazmin, yang menyatakan pemerintah Filipina telah menemui beberapa bukti berhubung insiden itu.

"Saya ada membaca kenyataan Setiausaha Pertahanan Filipina yang menjelaskan kemungkinan besar ada bukti mengaitkan peristiwa Lahad Datu adalah angkara pihak pembangkang di sana.

"Kita harap mereka akan beri maklumat yang lebih terperinci menerusi saluran diplomatik iaitu menerusi Kementerian Luar supaya kita dapat tahu keadaan sebenar," katanya pada sidang media di Kompleks Sukan Pagoh, Muar, semalam.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, sekiranya terbukti bahawa perkara itu benar, beliau berharap pemerintah Filipina akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat mengikut undang-undang di negara itu.

Sumber:
cyberita-sg dunia malaysia pasti agbimuddin.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 


 


 

Tiada ulasan: