Khamis, 7 Mac 2013

222. Cuba Mencuba.

Meja PECEQ
24 RabiulAkhir 1434 Bersamaan 7 Mac 2013.

Bila aku jawab "aku akan cuba melakukannya". Kena sergah disebalik keinginan "aku akan melakukannya" sebagai jawapan yang paling dikehendaki oleh penyoal. Ada masanya aku jadi buntu dan memang tidak ingin untuk menjawab soalannya, atas sebab-sebab tertentu. Jadi aku jawab dengan penuh yakin "maafkan aku, boleh tidak aku tidak menjawab soalan itu?".

Dalam membaca artikal atau hujah-hujah bebas, ada masanya kita beroleh artikal dan pembahas-pembahas yang bersependapat dengan kita. Bagaimana pula jika artikal dan pendapat yang kita temui dan baca itu bertentangan dengan pendapat kita. Goyahkah perasaan kita atau patutkah kita menyuarakan pendapat kita agar nampak perbezaan pendapat tersebut.


Ada juga artikal dan kandungan pendapat bebas yang mengandungi kata-kata lucah, kata-kata maki hamun, mengeji, berunsur tuduhan, berunsur fitnah dan sebagainya. Apakah kita ingin meneruskan pembacaan atau kita hentikan dan sebagainya. Hendak menegur seseorang bukan satu perkara mudah. "Engkau baik sangat ke?". Mampukah diri menerima terjahan kata-kata "cermin diri dulu", sedangkan kita belum pun habis berhujah menyarankan pendapat kita.

Berpada-padalah dalam menghadapi keadaan sedemikian. Bijak dan keupayaan ilmu ada kepentingannya dalam menghadapi pelbagai suasana yang kita tempuhi. Amin Ya Rob.

Tiada ulasan: