Sabtu, 16 Mac 2013

225. Mega Mendung Yang Mengharapkan Sinar Kembali Meriah.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

04 JamadilAwwal 1434 Bersamaan 16 Mac 2013

Salam Muslimin dan Muslimat.

Ramai orang sudah tahu. Malaysia khususnya di Lahad Datu, Sabah., telah dan sedang menghadapi ancaman keselamatan dan keamanan kedaulatannya sebagai sebuah negara. Perkara ini juga telah tersibar ke seluruh dunia, melalui pelbagai sumber media massa.

Malaysia sedang menghadapi mega mendung dalam mengecapi nikmat Allah S.W.T., yang sebelumnya aman  dan damai. Pastinya keselamatan Malaysia juga terjamin sebelumnya. Pencerobohan oleh anasir asing yang bersenjata ke Lahad Datu telah menggugat keselamatan dan keamanan wilayah Malaysia.

Kita sedia maklum 10 keluarga telah kehilangan pejuang dan pahlawan dalam keluarga mereka. Takziah untuk semua keluarga dan waris Pahlawan Malaysia khasnya dan umumnya kepada seluruh rakyat Malaysia, yang telah kehilangan 10 orang pejuang dan pahlawan dalam mempertahankan maruah negara Islam Malaysia.

ATM dan PDRM sedang bekerjasama dalam perjuangan mengembalikan keselamatan dan keamanan Lahad Datu. Marilah kita semua berdoa dan mendoakan kerana Allah S.W.T., keselamatan anggota ATM dan PDRM., serta rakyat Malaysia yang juga penduduk Lahad Datu. Bagaimana agaknya kesukaran yang telah dan sedang dihadapi oleh saudara kita rakyat Malaysia yang tinggal di Lahad Datu.

Kita sebagai rakyat Malaysia., yang masih dapat tinggal di kawasan aman dan masih terjamin keselamatannya., berkongsilah perasaan yang berpada-pada tentang kesedihan dan rasa marah. Sebagai rakyat Malaysia di saat beginilah kita sama-sama buktikan sesama rakyat Malaysia kita bersatu hati dan bersatu padu.


Malang bagi kita dalam suasana begini, masih ada lagi yang bertelagah, kata mengata, tuduh-menuduh, menghembur fitnah dan caci maki. Tidak wajar dalam suasana saudara kita di Lahad Datu sedang berjuang, meninggalkan anak, isteri, suami dan keluarga, kita di kawasan aman bercakaran. Jagalah perasaan masing-masing., barulah kita dapat menjaga hati dan perasaan pahlawan kita dari ATM dan PDRM serta perantau, penduduk setempat di Lahad Datu dan juga petugas-petugas media yang menyalurkan berita terkini kepada kita semua.

Usahlah jadikan diri kita mangsa provokasi sama ada dari anasir-anasir asing yang sengaja mahu melihat kita porak peranda dan bertelingkah. Dalam suasana sekarang hentikanlah perselisihan faham akibat berlainan pendapat akibat fahaman politik yang berbeza. Tentu sekali kita mengharapkan pihak berwajib menyiasat dengan jujur dan telus. Kita serahkan kepada mereka yang berkenaan untuk menyiasat., duduk perkara sebenar. Jangan mudahkan diri kita dimangsakan oleh perang psikologi, perang saraf dan peperangan minda.

In Syaa Allah berkat usaha dan doa semua rakyat Malaysia, keamanan dan keselamatan akan kembali pulih terutamanya di Lahad Datu. In Syaa Allah., berkat usaha dan doa semua rakyat Malaysia., Operasi Daulat beroleh kejayaan dalam memerangi pengganas dan peceroboh wilayah negara kita dan merupakan satu amaran dan titik tolak., jangan sesekali memperlekeh keupayaan Malaysia sebagai negara yang berdaulat.

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud "Wahai orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan sesuatu kaum kerana kebodohan, yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu". (Surah Al-Hujurat - Ayat 6.) 

Operasi Daulat., ada rohnya dan ada semangatnya hanya kerana Allah S.W.T..


Wassalamu.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: