بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Oleh: www.sinarharian.com.my
Tarikh: March 15, 2013
TANAH MERAH - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat supaya menolak Pakatan Rakyat (PR) termasuk Pas di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kerana mereka telah melakukan tujuh dosa besar terhadap rakyat dan umat Islam di negara ini.
Perdana Menteri menggariskan, antaranya dosa parti Pas ialah membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam, gagal menunaikan janji kepada rakyat Kelantan, membenarkan pemimpin DAP secara rakus membotakkan kawasan di Tanah Tinggi Lojing serta mempermainkan matlamat perjuangan Pas sendiri.
"Dosa Tian Chua (Naib Presiden PKR) terhadap isu di Lahad Datu dan tahaluf siyasi (kerjasama politik antara Pas, PKR dan DAP) merupakan antara tujuh dosa besar pembangkang terhadap rakyat.
"Kalau saya dahulu mengumumkan tujuh perkara untuk rakyat Kelantan, kini tujuh dosa besar mereka yang ambo nok sebut hari ini," katanya pada Majlis `Bekwoh' Rakyat Bersama Perdana Menteri di Sekolah Menengah Tanah Merah 1 di sini, hari ini.
Turut hadir Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed; timbalannya Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi MCA Kelantan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen. Kira-kira 50,000 rakyat hadir pada majlis tersebut.
Menyentuh mengenai Pas mempermainkan matlamat perjuangannya, Najib berkata, sebelum ini parti itu mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini tetapi demi politik dan takut kepada DAP, akhirnya mereka telah mengubah kepada dasar negara berkebajikan.
Katanya, jika dahulu Pas menghentam cara Barisan Nasional (BN) berkongsi kuasa dengan parti lain tetapi kini mereka juga mengambil langkah yang sama dengan DAP dan ia jelas membuktikan sikap sebuah parti yang berubah-ubah demi mahukan kuasa.
Beliau berkata kehadiran besar rakyat Kelantan pada majlis itu membuktikan mereka telah bersedia pada bila-bila masa untuk menolak Pas pada pilihan raya umum kali ini.
"Kita mahukan transformasi bukan reformasi. Transformasi mensejahterakan rakyat. Transformasi bawa rahmat pada rakyat," katanya.
Perdana menteri berkata, cara bijaksana kerajaan mentadbir negara telah menjadikan negara ini makmur dan sebagai bukti ekonomi negara telah mencapai pertumbuhan kepada 6.4 peratus.
"BN cukup cakna kepada masyarakat. Cukup sengoti buat bermacam-macam demi faedah rakyat dan oleh itu yakin dan percayalah apa yang kita buat ini adalah yang terbaik untuk mensejahterakan rakyat," katanya.
Beliau berkata tidak seperti pembangkang yang berjanji dalam manifesto yang dianggap seperti penjual ubat tepi jalan.
"Satu ubat semua boleh sembuh. Kita bukan mahu mengundi orang yang petah berkata-kata tetapi pilihan raya adalah untuk rakyat memilih kerajaan yang benar-benar boleh berjasa kepada negara.
"Dan oleh itu yakinlah kepada BN," katanya.
Najib berkata kehadirannya untuk merasmikan Majlis Pecah Tanah Program Perumahan Rakyat di Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, adalah mencerminkan ketelusannya kepada rakyat melalui slogan 'Janji Ditepati'. - Bernama
INFO: ANTARA SEBAB KENAPA PAS BERKAWAN DENGAN DAP & TOLAK UMNO
Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:
1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.
2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.
3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?
4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.
5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.
6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.
7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.?
8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?
9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.
10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS.
11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung
12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?
13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.
14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.
15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......
16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia.
Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua.
Undang2 Najib
Revolusi Anak Muda Malaysia [ R.A.M.M ]
Di Malaysia seorang pesalah yang mempunyai kedudukan dalam parti
pemerintah akan dilepaskan dan sebaliknya orang yang melapurkan
kesalahan akn ditangkap. Ini yang terjadi dalam kes Imam Hoslan, Rafizie
Ramli n terkini Tian Chua.
Kita semua tahu kenapa Tian Chua
didakwa. Imej buruk yang melekat pada diri Najib n kebusukan bangkai
Umno yang tak boleh ditutup melainkan dikuburkan saja itu menyebabkan
beliau mencetuskn Isu Lahad Datu ini. Ianya lebih kepada pementasan
terpaksa Najib.
http:// .www.tukartiub.blogspot.de/ 2013/03/ kenapa-lahad-datu-satu-sandiwar a.html?m=0
Ditambah pula dengan permulaan Najib menduduki kerusi PM dilihat tidak sah dari segi peruntukan perlembagaan negara.
http:// .www.btmmari.blogspot.de/2013/ 03/ mengapa-sumpah-jawatan-pm-najib -secara.html?m=1
Kerana kerusi Najib makin kuat bergoyang akhir2 ini, maka perlu
dikambing hitamkan seseorang daripada insiden besar yang tercetus di
Sabah agar dapat mengabui mata rakyat yang kekurangan maklumat.
Nama2 mereka yang terlibat secara langsung seperti Madey, Aziz
Shamsudin, Najib, Hishamudin, Kiram n Zahid dikaburkn. Nama Anwar n Tian
Chua pula ditonjolkn atas kesalahan yang melibatkan penyalah gunaan
kuasa yang tidak mereka miliki. Sedangkn Tian Chua telah menjelaskan
dalam sidang medianya.....
http:// .www.amenoworld.blogspot.de/ 2013/03/ kenyataan-media-tian-chua-isu-l ahad-datu.html?m=1
Persoalannya kenapa Najib, Hishamudin n Zahid yang sepatutnya
bertanggungjawab di atas kematian 10 anggota keselamatan negara tak
disiasat @ didakwa? Kenapa media antarabangsa begitu menghentam kerajaan
Malaysia kerana peristiwa ini? Adakah Najib akan didakwa sebagai
penjenayah perang kerana isu ini?
Konklusinya Najib adalah.....
1. Pengamal Vandalisme
2. Penganut Machievellisme
3. Kebenaran kata2 Marina Mahathir tentang Najib - "Najib lebih zalim drpd bapa saya."
Rasulullah Saw telah mengingatkn umatnya tentang sikap seperti Najib-Umno ini......
“Hanyalah yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah
ketidakadilan mereka, di mana bila ada orang mulia dikalangan mereka
yang mencuri, mereka biarkan (tidak diberi sangsi hukum), namun bila yang
mencuri itu orang yang lemah, mereka tegakkan hukum had padanya.”
(HR.Ahmad, dishahihkan dalam Shahihul Jami`no. 2344)
Di Malaysia seorang pesalah yang mempunyai kedudukan dalam parti pemerintah akan dilepaskan dan sebaliknya orang yang melapurkan kesalahan akn ditangkap. Ini yang terjadi dalam kes Imam Hoslan, Rafizie Ramli n terkini Tian Chua.
Kita semua tahu kenapa Tian Chua didakwa. Imej buruk yang melekat pada diri Najib n kebusukan bangkai Umno yang tak boleh ditutup melainkan dikuburkan saja itu menyebabkan beliau mencetuskn Isu Lahad Datu ini. Ianya lebih kepada pementasan terpaksa Najib.
http://
Ditambah pula dengan permulaan Najib menduduki kerusi PM dilihat tidak sah dari segi peruntukan perlembagaan negara.
http://
Kerana kerusi Najib makin kuat bergoyang akhir2 ini, maka perlu dikambing hitamkan seseorang daripada insiden besar yang tercetus di Sabah agar dapat mengabui mata rakyat yang kekurangan maklumat.
Nama2 mereka yang terlibat secara langsung seperti Madey, Aziz Shamsudin, Najib, Hishamudin, Kiram n Zahid dikaburkn. Nama Anwar n Tian Chua pula ditonjolkn atas kesalahan yang melibatkan penyalah gunaan kuasa yang tidak mereka miliki. Sedangkn Tian Chua telah menjelaskan dalam sidang medianya.....
http://
Persoalannya kenapa Najib, Hishamudin n Zahid yang sepatutnya bertanggungjawab di atas kematian 10 anggota keselamatan negara tak disiasat @ didakwa? Kenapa media antarabangsa begitu menghentam kerajaan Malaysia kerana peristiwa ini? Adakah Najib akan didakwa sebagai penjenayah perang kerana isu ini?
Konklusinya Najib adalah.....
1. Pengamal Vandalisme
2. Penganut Machievellisme
3. Kebenaran kata2 Marina Mahathir tentang Najib - "Najib lebih zalim drpd bapa saya."
Rasulullah Saw telah mengingatkn umatnya tentang sikap seperti Najib-Umno ini......
“Hanyalah yang membinasakan orang-orang sebelum kamu adalah ketidakadilan mereka, di mana bila ada orang mulia dikalangan mereka yang mencuri, mereka biarkan (tidak diberi sangsi hukum), namun bila yang mencuri itu orang yang lemah, mereka tegakkan hukum had padanya.” (HR.Ahmad, dishahihkan dalam Shahihul Jami`no. 2344)
Beranikah Media Perdana Siarkan Pengakuan Pemimpin DAP Ini?
Tuesday, March 19, 2013
1
komen
0 29 112
DAP tegas, tekad pelihara Melayu, Islam.
[RK]
SKUDAI, 19 MAC: DAP secara terbuka menyatakan tekadnya untuk bertanggungjawab memelihara hak dan kepentingan orang Melayu dan Islam
negara ini.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan jujurnya bahawa DAP akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam negara ini dipelihara lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Ini yang kami akan lakukan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kerajaan Persekutuan.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan jujurnya bahawa DAP akan memastikan kepentingan Melayu dan Islam negara ini dipelihara lebih baik daripada apa yang dilakukan kerajaan UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Ini yang kami akan lakukan jika Pakatan Rakyat (PR) memerintah Kerajaan Persekutuan.
“Kami juga percaya, PAS juga akan memastikan kepentingan dan hak masyarakat bukan Islam dapat dibela dan dimajukan lebih baik daripada dasar kerajaan UMNO-BN,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan hadirin sempena sambutan ulangtahun ke-47 DAP, di sini, malam tadi.
Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur itu berkata, permainan jahat politik UMNO-BN semakin menjadi-jadi apabila terus-menerus memainkan sentimen kaum dan agama bagi memecah-belahkan keharmonian rakyat Malaysia.
“Ini termasuk tohmahan tidak berasas yang diulangi mereka menuduh DAP sebagai anti-Islam, anti-Melayu dan sebagainya walaupun ianya satu tohmahan kosong.
“Kepada orang Islam, UMNO tuduh jika PR menjadi kerajaan, orang Melayu dan Islam akan tertindas. Tetapi di hadapan orang bukan Islam, mereka kata sebaliknya,” jelas beliau.
Malah, menurutnya, UMNO-BN kelihatan begitu terdesak apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang sudah lama bersara daripada politik terpaksa campur tangan mengeluarkan kenyataan mengarut dengan menyeru rakyat Malaysia memilih ‘syaitan yang dikenali’ daripada ‘malaikat yang tidak dikenali’.
Selain itu, Kit Siang menjelaskan, tujuan DAP memilih menyambut ulangtahun di Johor merupakan satu simbolik ‘tornedo’ politik kali ini akan bermula daripada selatan menuju ke utara.
“Negeri Johor sangat penting bagi Pakatan Rakyat (PR), kita mahu rakyat Johor menjadi penentu kayu ukur kejayaan PR justeru seluruh parti yang bersama PR haru bersatu-padu.
“Kali ini jika kita berjaya memenangi 14 lagi kerusi Parlimen, kita sudah berjaya menawan Putrajaya dan mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya. – Roketkini.com
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
vidcs.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan