Rabu, 20 Mac 2013

231. Siapalah aku di sisimu.


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. 

08 JamadilAwwal 1434 Bersamaan 20 Mac 2013.
Dalam perhubungan sesama manusia hamba Allah. 

Bila banyak perkara yang kita tahu tentang seseorang, semakin dekatlah kita dengan seseorang itu. Banyak kita tahu tentang seeorang itu sebab seseorang itu selalu berbual dengan kita secara jujur dan ikhlas. Pastinya seseorang yang cerdik akal, berIman lagi tentu sekali memiliki pertimbangan yang wajar.

Kita tentu tidak keberatan berbual dengan seseorang yang memiliki pendekatan yang sedemikian. Pastinya kita sama-sama berusaha mewujudkan keseimbangan rasa, perasaan, jaga diri dan sebagainya agar seimbang dengan apa yang kita lalui dengan seseorang yang begitu sikap dan sifatnya.

Lumrah hidup manusia ada pasang surutnya. Kadang masa wujud kedangkalan, kejanggalan dan pertentangan. Malah sehingga tidak bertegur sapa. Di waktu yang begitu, sama-sama tidak wajar jikalau masing-masing meluahkan atau bercerita kepada pihak ketiga tentang perkara yang diketahuinya tentang seseorang itu.

Semakin kita berahsia dengan seseorang itu, semakin jauhlah kita dengan seseorang yang asalnya dekat dengan kita. Seseorang bertanya dengan kita dengan cara yang jujur, wajarnya kita balas dengan jujur juga sebagai jawapannya.

Prasangka akan menimbulkan rasa syak dan membuat kita rasa marah bila kita ditanya atau bertanya dengan soalan-soalan yang asalnya berbentuk soalan lumrah.

In Syaa Allah sama-sama beroleh manfaat.
Wassalamu...
Lailaha Illallah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri ) Official @HAFIZHA

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] . 

Baca Juga:
Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

 eaho™.  

Tiada ulasan: