بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Kalau kita bercaturan, bercakap dengan seseorang atau orang lain melontarkan kata-kata begini, "Ada aku kisah?"., terhadap kita atau kita terhadap orang lain. Sebenarnya apa perasaan kita terhadap orang itu dan apa pula perasaan orang itu terhadap kita?.
Melayu ini kaya dengan kata-kata, mengata, memperkata dan sebagainya. Bertujuan menyenangkan hati orang lain atau mempersenda orang lain atau diri dipersenda.
Kita nilai semula apakah kata-kata itu cantik, wajar dan selaras dengan kehendak Islam Addin. Kata-kata ini sebenarnya membentuk peribadi kita. Sama ada kita seorang yang merendah diri, sombong, ego atau bongkak.
Ayat-ayat seperti ini "Tahu tak apa" ... Apakah perkataan ini menjadi tanda menghargai atau mempersenda.
Perkataan atau lontaran kata-kata juga melambangkan taraf pencapaian ilmu seseorang. Sama ada orang itu terdidik dengan cukup baik atau sebaliknya. Sama ada dia seorang yang pemalas atau seorang yang rajin menuntut ilmu. Terutama ilmu berkeperibadian Islam Addin.
Terdapat juga jenis manusia yang suka memperlekeh pekerjaan orang lain. Kenapa seseorang itu memperlekeh, menghina pekerjaan orang lain. Sakit hati atau sakit jiwakah seseorang itu, atau memang jenis orang yang tidak sedar diri dan tidak mengerti diuntung?. Apakah kita mahu diri tergolong dalam kumpulan yang sedemikian dalam masyarakat?. Tepuk dada, tanyalah selera.
Menariknya orang yang berperibadi sedemikian bukan hanya manusia yang belajar dan pekerjaannya tidaklah setinggi mana. Yang berpendidikan tinggi dan ada nama dalam masyarakat pun berkelakuan sedemikian rupa.
Balik kepada permintaan apa itu Islam Addin., cantik jalan penyelesaiannya yang serba lengkap, yang Allah S.W.T., sediakan dan pinjamkan untuk kita sebagai hambaNya sementara nyawa masih dikandung badan.
Bezanya nanti saat sakratulmaut nyawa kita ditarik keluar secara mulus, lembut atau direntap dengan kasar atau ganas. Empunya diri sudah tidak nampak orang keliling waktu itu. Orang kelilinglah yang menyaksikan saat kita menghadapi sakratulmaut., itu pun dengan izin Allah S.W.T..
Wassalamu...
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan