Isnin, 25 Mac 2013

247. Apa Akan Terjadi Di kemudian hari.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho.  ('_') Google Translate ('_') . 

Follow my tweet: (AlWaser) . 


Akhirnya mereka akui 66,682 rakyat asing dapat IC

KOTA KINABALU, 15 Jan — Lebih dari suku penduduk Sabah adalah pendatang, seorang pakar statistik memberitahu inkuiri Suruhanjaya Di-Raja (RCI) tentang pendatang tanpa izin hari ini.

Pengarah Jabatan Statistik Sabah Norezan Wahid berkata hari ini sejumlah 889,000 orang asing dari 3.2 juta penduduk Sabah, atau 28 peratus, berdasarkan bancian tahun 2010.

"Kita tak pasti sama ada mereka ini sah atau tidak," kata Norezan dalam inkuiri RCI hari ini.

Beliau menambah pegawai banci tidak mempunyai kuasa untuk bertanya tentang dokumen menunjukkan mereka adalah warga negara.

"Dalam bancian, kita tanya dua soalan, sama ada anda warganegara atau bukan," katanya lagi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bahagian kewarganegaraan Nik Norashikin Nik Mansur berkata 66,682 orang di Sabah menerima kewarganegaraan Malaysia dari 1964 hingga Oktober 2012.

Beliau berkata 38,000 dari Malaysia, 13,000 dari China, 7,000 dari Indonesia, selebihnya dari Filipina, Hong Kong dan lain-lain negara.

"Kenapa Malaysia angka tertinggi? Kerana mereka lahir di Malaysia dan mereka tidak ada negara asal. Jadi, negara asal mereka ditulis sebagai Malaysia," kata Nik Norashikin.

Nik Norashikin berkata menteri dalam negeri mempunyai kuasa untuk menentukan kewarganegaraan.

Beliau menambah sijil kewarganegaraan disimpan di pusat pengurusan JPN.

"Kita simpan semua rekod dalam sistem, tetapi ada yang tidak lengkap dari 2003 hingga sekarang. Yang ada sekarang ialah dalam bentuk fizikal dan masih dimasukkan dalam sistem," katanya lagi.

Inkuiri yang dipengerusikan oleh bekas ketua hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong bersambung esok.

Sumber: http://www.wasukalu.com/2013/01/akhirnya-mereka-akui-66682-rakyat-asing.html

Wednesday, January 16, 2013

Taktik Guna pengundi hantu didedah

KOTA KINABALU, 16 Jan —  Bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.
Bekas pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu, Megat Junid yang pada ketika itu timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.
"Kami beri mereka (pendatang) RM20," kata Ramli kepada Suruhanjaya Di Raja (RCI) berkenaan dengan pendatang haram disini hari ini.
"Kami ajar mereka bagaimana untuk mengundi. Kami kumpulkan mereka di dalam rumah. Kami menghantar mereka menggunakan bas ke tempat mengundi. Kemudian kami hantar mereka balik dan kutip resit tersebut. Resit tersebut hanya untuk mengundi. Kami tak beri mereka kad pengenalan," tambah beliau.
Ramli berkata lebih kurang 200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di Sabah yang dianggap sebagai "kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk menang."
"Satu kawasan mungkin 400," katanya. yahoo

Itu adalah jumlah yang diakui. Ketepatan jumlah tersebut masih belum dipastikan. Mana ada logik satu kawasan guna pengundi hantu seramai 400 sahaja. Apa perubahan yang boleh dilakukan oleh 400 pengundi tersebut jika pihak lawan miliki majoriti lebih besar?. wakaka.

Satu DUN perlukan 2000 majoriti untuk memastikan kemenangan. Kehadiran 400 pengundi hantu hanya meliputi 1/5  jumlah yang diperlukan. Jumlah tersebut sebenarnya tidak banyak membantu calon memenangi pilihanraya. Jumlah lebih besar diperlukan. Jumlah sebenar pengundi hantu lain selain yang diuruskan Ramli tidak diketahui.

Dengan pengakuan terdapat 66,682 rakyat asing mendapat kad pengenalan dan layak mengundi, maka jumlah tersebut sangat besar dan boleh diagih ke setiap kawasan pengundian. Dengan anggaran satu ADUN memerlukan 2000 pengundi tambahan bermakna sebanyak 33 ADUN di Sabah mendapat tambahan undi daripada rakyat asing . Dengan jumlah tersebut setiap 33 ADUN sebenarnya layak mengisytiharkan diri mereka menang sebelum bertanding. wakaka. memang celaka.

Sumber: http://www.wasukalu.com/2013/01/taktik-guna-pengundi-hantu-didedah.html
Apa pulak status pemberian IC kepada pendatang sejak tahun 2008 hingga 2011?

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') .  

Tiada ulasan: