Isnin, 25 Mac 2013

249. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 

Sumber: (www.wasukalu.com) .
 Kegagalan  usaha awal golongan radikal Melayu di Perak untuk mencapai kemerdekaan bersama dengan Indonesia pada tahun 1945 telah mendorong para pejuang tersebut merancang gerakan dan strategi selanjutnya.

Mereka menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtarudin Lasso, Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Parti politik ini ditubuhkan di Ipoh, Perak pada 17 Oktober 1945.

Mereka ini merupakan pelopor gerakan politik kepartian di Tanah Melayu dan menjadikan negeri Perak markas utama gerakan itu. Negeri Perak menjadi tempat perancangan penubuhan dan operasi gerak kerja mereka. Dalam kongres pertama yang berlangsung di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945, PKMM telah memutuskan lapan resolusi penting bangsa Melayu, iaitu:

1. Mempersatukan bangsa Malaya, menanamkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu dan bertujuan untuk menyatukan Malaya dalam keluarga besar iaitu Republik Indonesia Raya.

2. Bertujuan mencapai hak kemerdekaan berpidato, bergerak, bersidang, berfikir dan menuntut pelajaran.

3. Membangkitkan kedudukan iktisad bangsa Melayu dengan jelas, memajukan perusahaan, perniagaan dan pertanian serta taraf penghidupan bangsa Melayu.

4. Mencapai kebebasan bercucuk tanam. Orang yang hendak bercucuk tanam itu bebas membayar sewa tanah pada bila-bila masa dan di mana juga dan dibebaskan pula menjual hasil usahanya itu di pasar perniagaan.

5. Menghendaki diberi kebebasan penuh kepada orang Melayu mendirikan sekolah kebangsaan mereka, iaitu tempat mereka dapat belajar dengan bahasanya dengan percuma.


6. Menghendakkan kebebasan mencetak buku sendiri, menggalakkan pelajaran secara demokrasi, supaya meninggikan kedudukan bangsa Melayu dalam siasah untuk mendakyahkan rasa kebangsaan kepada orang Melayu.

7. PKMM hendak bekerjasama dengan bangsa-bangsa lain yang tinggal dalam negeri ini, hidup berbaik-baik dan bekerja untuk perpaduan penduduk Malaya (Malayan United Front) bagi menjadikan Malaya Merdeka makmur dan berbahagia sebagai satu anggota Republik Indonesia.

8. Menyokong umat Indonesia dalam perjuangan mereka merebut kemerdekaan.

PKMM menggariskan sebuah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan sepenuhnya dan berusaha mengusir penjajah British dari Tanah Melayu. Matlamat ini termaktub di dalam Rang Undang-undang 1946 PKMM yang diluluskan pada kongres pertama di Ipoh pada 30 November hingga 3 Disember 1945.

Dalam Rang Undang-undang itu juga tercatat dengan jelas TUJUAN: Kemerdekaan Bangsa dan Tanah Air.

Setiap kali bertemu dengan para pendukung PKMM, laungan merdeka dilafazkan dengan garang sambil menggenggam lima jari dengan kuat dan diangkat hingga ke dada. Laungan merdeka sambil menggenggam lima jari membawa pengertian berikut:

1. Merdeka berpolitik. Apabila kita merdeka maka apa yang kita mahu ialah politik negara kita bebas mengikut acuan yang kita suka.

2. Merdeka ekonomi. Kita mahu ekonomi negara kita merdeka dari tekanan pihak luar negeri atau penjajah kapitalis.

3. Merdeka beragama. Kita mahu negara kita bebas melaksanakan hukum dan undang-undang Islam sepenuhnya tanpa dikongkong oleh penjajah.

4. Merdeka sosial. Pergaulan hidup tidak terbatas kepada satu-satu kaum sahaja atau kasta yang sangat berbahaya itu.

5. Merdeka kebudayaan. Tiap-tiap bangsa di dalam dunia ini ada kebudayaan masing-masing. Kita mahu bebas memilih kebudayaan yang berfaedah dan tidak bertentangan dengan agama serta bebas pula membuang kebudayaan yang menyesatkan orang Islam.

Berbekalkan slogan merdeka dan tafsirannya, ahli-ahli PKMM tekad berjuang dan berusaha untuk menyedarkan serta menyatukan bangsa Melayu agar turut serta dalam perjuangan politik mereka. Melalui akhbar, setiap orang diberi hak untuk bersuara.

Di dalam rencana yang disiarkan dalam Voice of the People berjudul, Malays and the Malay Nationalist Party, termuat kenyataan berikut:

The Malay Nationalist Party is a National Movement and so every Malay has the right to come forward and with his views and findings for the upliftment of his Nation. This right is also granted by his religion to tell the highest Authority in the State when things are done contrary to the teachings of his religion. The humble Raayat has the right to go to the Ruler, his Sultan, and tell him what is wrong with his Government. This is Democracy. There is that perfect understanding and that perfect unison between the Imam and the Ma’mum! That should be the case of the Malay Sultan and the Raayats. Just as the Imam respects the Ma’mum so the Ma’mum respects the Imam.

Rencana seterusnya dalam akhbar tersebut bertajuk “Suara Ra’ayat” and “Voice of the People”, pula menyarankan orang Melayu sama-sama bangkit menentang penjajah.
Saranan itu berbunyi:

Malays should realize this instantly and rally round any National Movement calculated to advance Malay Cause! They must not remain indifferent any longer. They should jump to it and support it unhesitatingly.

Rencana-rencana yang disiarkan melalui akhbar Voice of the People ini mengandungi unsur pengajaran yang mengingatkan agar orang Melayu sedar bahawa mereka mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan demi mendaulatkan bangsa Melayu. Kesedaran yang ditimbulkan oleh akhbar tersebut telah memberikan semangat baru kepada anak-anak muda Perak khususnya dan masyarakat Melayu di Tanah Melayu amnya.

Pergerakan politik Melayu haluan kiri, sama ada di Perak ataupun di Tanah Melayu umumnya bergerak ke arah menjayakan gagasan Melayu Raya. Pemimpin seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ahmad Boestamam, amat berkeyakinan dengan perjuangan yang berkonsepkan Melayu Raya yang bermatlamat membina sebuah kesatuan bangsa Melayu serantau yang kuat seperti sebelum zaman penjajahan. Mereka ingin melihat Nusantara dikuasai semula oleh Pertuanan Melayu yang agung yang menggabungkan seluruh negara Melayu merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia, Patani, Borneo Utara, Sarawak, Singapura dan Brunei dalam sebuah kesatuan sesuai dengan kedudukan orang Melayu sebagai peribumi asal Nusantara.

Sesetengah pihak dalam kalangan orang Melayu, termasuk Dato’ Onn Jaafar tidak bersetuju dengan gagasan tersebut kerana menganggapnya terlalu idealistik dan tidak mungkin dapat direalisasikan. Dato’ Onn Jaafar ketika memimpin UMNO berpendapat, perjuangan berkonsepkan Melayu Raya merupakan satu harapan yang terlalu idealistik.

Menurutnya, masalah yang lebih mendesak yang dihadapi orang Melayu di Tanah Melayu, seperti kemunduran perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum memberi perhatian kepada perjuangan Melayu Raya.
Katanya:

Pada suatu hari kelak umat Melayu akan bersatu di bawah satu kerjasama… kita hendaklah menjalankan langkah-langkah cermat. Langkah pertama ialah menyatukan umat Melayu dalam semenanjung ini.

Namun begitu, para pemimpin pergerakan politik berhaluan kiri sentiasa memperkatakan konsep Melayu Raya dan menjadikan Indonesia sebagai kiblat perjuangan. Ideologi politik golongan kiri ini turut diakui oleh pihak British yang menyatakan, their Pan-Indonesian sympathies have been very evident and since its break with UMNO.

Tentang hal ini, Rustam A.Sani menjelaskan:

Basically, the term ‘Pan-Indonesianism’ is used here to denote a nationalist ideology or sentiment based on the idea of a grand Malay (or Indonesian) nation perceived by its believers in its cultural or ethnic term and territorially covering the entire Malay Archipelago.

Oleh hal yang demikian, kepimpinan politik Melayu berhaluan kiri dalam PKMM, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh, bermatlamat untuk mencapai kemerdekaan penuh dan bersatu dalam Indonesia Raya.

Walaupun pada awal penubuhan PKMM terdapat pihak yang cuba menyelewengkan perjuangan bangsa Melayu dengan menyerapkan fahaman komunisme, namun dengan cekap dan pantas tokoh politik Melayu yang berjiwa kebangsaan dan Islam berjaya membersihkan PKMM daripada aliran komunisme.

Antara aktivis komunis yang terlibat dalam usaha mengkomuniskan PKMM termasuklah Mokhtarudin Lasso, Arshad Ashaari, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Musa Ahmad. Namun begitu, ideologi komunisme sukar mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu yang umumnya beragama Islam.

Kehadiran tokoh seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir dan Baharuddin Latif menyukarkan usaha pihak komunis. Dakwaan ini dapat dibuktikan melalui usaha mereka untuk menamakan parti politik Melayu yang pertama ini dengan nama Parti Sosialis Melayu. Rancangan ini digagalkan oleh Ahmad Boestamam dan rakan-rakannya dengan mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Malaya.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1950 Kerajaan Federation of Malaya yang di bawah kuasa British pada ketika itu telah menolak pendaftaran Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sebagai sebuah parti politik yang sah dengan niat supaya sokongan melayu beralih kepada United Malay Nationals Organization (UMNO), parti melayu alternatif yang lebih mesra British dan mendapat dokongan Istana, yang ditubuhkan selang berapa tahun penubuhan PKMM.

Sementara itu, sebagai pengiktirafan dan mengenang jasa tokoh nasionalis dari anak negeri, Negeri Perak telah mengambil daya inisiatif mengabadikan nama-nama Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam dan Ustaz Abu Bakar Al-Baqir di tiga buah sekolah di negeri Perak, iaitu:

• Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, Sungai Gedong, 34300, Bagan Serai, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Ahmad Boestamam, Jln Hj Mohd Ali, 32000, Sitiawan, Perak
• Sekolah Menengah Kebangsaan Doktor Burhanuddin, No 58, Jalan Raja Sulong, Kampong Boyan, 34000, Taiping, Perak

**Bendera Sang Saka Malaya atau pun Sang Saka Merah Putih adalah saduran bendera PKMM.
- ehsan sdr johorborn

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: