Sumber: pahangdaily
Sumber Artikel: pahangdaily
Panas: Adnan Nafi Luluskan Projek Atas Tanah Rizab
KUANTAN, 27 Mac – Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Adnan Yaakob (foto) baru-baru
ini ada menegaskan betapa ketetapan dibuatnya agar apa-apa rancangan
pembangunan tanah yang hendak diluluskan di negeri ini, mesti tidak
membabitkan kawasan-kawasan rizab seperti tadahan air dan tanah Orang Asli.
Ia agar negeri ini menurutnya, dapat terus memelihara alam sekitar lalu menjamin kemapanan (sustainability) hutan, serta menjagai kebajikan dan hak-hak masyarakat minoriti Orang Asli yang telah diwartakan kawasan tanah mereka.
“Kalau kita (luluskan) rancangan pembangunan (tanah) satu tempat,
pastikan tak terlibat tadahan air, tak terlibat rizab Orang Asli, tak
terlibat sebarang rizab yang lain, hidupan liar sebagainya,”
tegasnya. Sungguhpun dengan ketetapan tegas begitu, Adnan akui, ia masih
dilanggari yang puncanya ialah sifat tamak pihak-pihak tertentu
termasuklah mereka yang dilesenkan untuk melaksanakan kerja-kerja
melibatkan tanah dan perhutanan.
“Tapi kadang-kadang manusia ni, susahlah kita nak cakap. Yang
tamak tu, tamak jugalah,” katanya dalam nada kesal.
“Katalah kita meluluskan (rancangan pembangunan) tanah itu satu (1)
hektar untuk cucuk-tanam. Kadang-kadang orang yang dapat tu ‘bengkok’,
dia akan buat sesetengah tempat, 10 hektar. Yang ada lesen (untuk) satu
hektar, yang tak ada lesen 10 hektar.
“(Yang melibatkan pula) penebangan hutan. Ia ada syarat-syarat tertentu;
pokok (yang hendak ditebang) ni (mestilah ukuran) lilitan
sekian-sekian, cara tebang macam mana, tepi sungai jangan usik, ada
‘buffer zone’nya,” tambah Adnan lagi.
[Dengan
kenyataan Menteri Besar Pahang ini, maka persoalan tentang pihak mana
yang telah melanggar undang-undang hingga tergamak menceroboh tadahan
hujan dan tanah rizab orang asli di Pahang kini terjawab. Maknanya ada
pihak lain yang telah menyalahgunakan kebenaran yang diberikan oleh
kerajaan negeri itu sendiri sebenarnya. Soalnya, apakah isu sebegini
harus dibiarkan berterusan sejak zaman berzaman?. Mana pergi
penguatkuasaan yang sepatutnya memantau perkara ini. Malah, terdapat
dakwaan panas mengatakan pihak yang telah mendapat lesen pembalakan
sekarang ini bukan saja mengambil kayu-kayu balak tersebut untuk dibawa
keluar, malah mereka kini telah mengambil tanah-tanah tersebut sekali.
Selepas balak dikeluarkan, mereka kemudian membersihkan kawasan terbabit
dan ditanam pula dengan pokok kelapa sawit. Mereka berbuat demikian
sewenangnya kerana penguatkuasa yang terlalu lemah di Pahang sekarang
ini. Akhirnya mereka "makan dua kali" atas projek tersebut, balak sapu
tanah pun sapu. Kerajaan Negeri Pahang digesa serius untuk memantau isu
ini !!].
Beberapa penduduk orang asli dari Bukit Rok, dalam daerah Bera berdemo akibat
tindakan pencerobohan kawasan tanah adat mereka untuk tujuan pembalakan
Sumber Artikel: pahangdaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan