PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK
MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
“Kita
juga sudah ada barisan peguam bagi mengambil kes keganasan polis semasa
Bersih 3.0 antaranya, Peguam Hak Asasi (LFL), Majlis Peguam, dan
beberapa NGO pengamal undang-undang,” jelas Badrul
Muka Polis-Polis Yang Dikehendaki Kerana Merusuh!
Badan
bukan kerajaan (NGO) Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengetuai 27
NGO lain menyerahkan memorandum mendesak polis yang terlibat jenayah
keganasan ketika mengendalikan Bersih 3.0 tampil menyerah diri untuk
disiasat.
Kumpulan
itu yang hadir hanya 15 wakil bagaimanapun diganggu samseng Umno yang
diketuai veteran-veteran tentera dengan laungan dan herdikan kepada NGO
tersebut yang menjadi tontonan polis.
Dalam
keadaan agak panas apabila kumpulan NGO dan kumpulan veteran itu
bertembung, Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin, berjaya menyerahkan
memorandum itu kepada Asisten Supretendan (ASP) Ramli Mohamed Yoosof.
Selain
mendesak polis terlibat dengan keganasan menyerah diri, kumpulan itu
turut mahukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) tampil memberi penjelasan
dakwaan penyamaran polis sebagai peserta Bersih.
Hadir
sama dalam kumpulan itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),
Safwan Anang dan beberapa NGO yang terdiri daripada anak-anak muda.
“Sila nyatakan berapa ramai polis yang menyamar dan dedahkan mereka kepada umum.
“PDRM harus siasat khabar angin yang menyatakan ada polis mati sehingga menjadikan polis bertindak luar batasan.
Adalah
satu lawak jenaka apabila atasan PDRM bersungguh menyiarkan foto
senarai orang awam untuk menyerah diri, tetapi seolah tidak punyai rekod
anggota sendiri yang mengganas,” kata Badrul selepas menyerahkan
memorandum itu di Bukit Aman, di sini hari ini.
Katanya,
sikap polis yang masih menyalahkan orang awam hanya memalukan kerana
tidak sedar mereka sebenarnya menjadi alat kepada regim Umno.
“Semua
operasi pada 28 April lalu, sempena Bersih 3.0 diakui beberapa pimpinan
regim termasuk Menteri Dalam Negeri. Polis bukan musuh orang awam,
begitu juga orang awam bukan musuh polis.
“Polis
dan orang awam adalah mangsa regim Umno, polis yang bertugas juga perlu
sedar sememangnya dirancang untuk mereka dijadikan mangsa. Disyaki
arahan untuk anggota polis bergerak itu sengaja dibuat untuk menjadikan
polis sebagai umpan,” ujarnya.
Susulan
itu, mereka melancarkan talian hotline kepada orang ramai bagi mengadu
kekasaran polis semasa Bersih 3.0 bagi memudahkan pihaknya mengumpul
bukti.
“Orang
ramai digalakkan hanya menghantar SMS kepada nombor 018-9235083, atau
menghantar email di adu@anakmudamalaysia.com untuk pihak kami memberikan
pertolongan sewajarnya.
Sumber: siasahkini
Ni Dia 49 Muka Pengganas Bersih..Dicari Polis!!
Phak
polis harini mengeluarkan gambar-gambar 49 muka wanted dalam program
bersih 3.0 baru-baru nih.Muka-muka wanted ni dituduh melakukan keganasan
dan provokasi terhadap anggota polis.
Dan senarai 49 orang ni katanya bukan ini saja tapi akan ada lagi senarai lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Kalau ikut FreemalaysiaToday depa-depa ni adalah suspek kepada berbagai jenayah di bawah panel code termasuk melanggar arahan polis dan riot.
Polis nak muka-muka wanted ni supaya serah diri ke balai polis yang berhampiran dan sapa-sapa yang ada maklumat pasai muka-muka wanted tu supaya juga bagi maklumat tu di balai polis berhampiran.
Kalau tanya aku, bagi individu-individu yang rasa macam nak serah diri, sebelum serah diri ke balai polis berhampiran lebih elok pi hubungi dulu peguam Bersih 3.0 untuk dapatkan khidmat nasihat.
Huh!Nasib baik muka aku tak tersenarai dalam muka-muka wanted nih.Kalau tak naya aku.Sapa nak jaga anak bini aku.Kahkahkah
Dan senarai 49 orang ni katanya bukan ini saja tapi akan ada lagi senarai lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Kalau ikut FreemalaysiaToday depa-depa ni adalah suspek kepada berbagai jenayah di bawah panel code termasuk melanggar arahan polis dan riot.
Polis nak muka-muka wanted ni supaya serah diri ke balai polis yang berhampiran dan sapa-sapa yang ada maklumat pasai muka-muka wanted tu supaya juga bagi maklumat tu di balai polis berhampiran.
Cumanya kalau tengokkan ke gambar macam kat bawah ni, gambar tu pada
aku tak cukup jelas untuk betul-betul boleh dikenalpasti kecuali
beberapa gambar yang agak sikit jelas. Taktau la pulak kalau polis ada
alat yang cukup canggih yang boleh padankan gambar yang kabur tu dengan
rupa sebenar.Kalau tanya aku, bagi individu-individu yang rasa macam nak serah diri, sebelum serah diri ke balai polis berhampiran lebih elok pi hubungi dulu peguam Bersih 3.0 untuk dapatkan khidmat nasihat.
Huh!Nasib baik muka aku tak tersenarai dalam muka-muka wanted nih.Kalau tak naya aku.Sapa nak jaga anak bini aku.Kahkahkah
Sumber: siasahkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan