PECEQ - PANDAI BERFIKIR BIJAK MENAFSIR CERDIK MERUMUS.
Engkau suka, aku tidak suka. Akhir-akhir ini semua yang engkau perbuat memang aku tidak suka. Hal ini bukan aku sengajakan. Tetapi sikap engkau tambah lain dari sebelumnya. Lebih teruk dari teruk yang sebelumnya dan semakin membarah.
Terlalu banyak engkau memelihara watak parah. Watak-watak yang terlalu dangkal dari penglihatan bukan sahaja aku yang melihatnya. Tetapi terlampau teruk untuk dikategorikan walau pun sebagai bukan sampah. Engkau bukan tidak tahu, yang dikatakan sampah pun masih lagi dikutip setelah dinilai ia masih lagi berharga.
Saban hari aku kehilangan rasa teramat sedih, gara-gara engkau tambah teruk. Menambah parah dari sekian masa parah yang engkau lalui menjadi semakin membusuk. Engkau kaut segala kotoran sebagai pemangkin untuk engkau terus kekal hidup. Kononnya dengan kekotoran inilah engkau akan terus hidup. Dengan watak-watak kotoran itulah kononnya engkau akan dapat menguasai segala apa yang ada di sekeliling engkau.
Apa yang engkau lakukan semua ini seolah-olah engkaulah yang paling berkuasa dan langsung tidak akan mati. Semakin hari semakin ramai orang tahu kedajjalan sikap yang menjadi amalan hidup engkau selama ini. Senang kata engkau tidak pernah belajar atau sengaja buat-buat lupa. Pandangan aku, engkau memang pun "buat bodoh", macam bahasa orang sekarang.
Berapa banyak engkau membuat kerosakan?. Jenis engkau ini, bukan aku tidak tahu setelah puluhan tahun hidup, baru sekarang kononnya engkau menunjukkan menyokong setelah puluhan tahun engkau bergelumang dengan cara hidup yang keji. Kononnya engkau telah sedar. Cuma engkau buat-buat tidak tahu bahawa semakin ramai yang nampak engkau bukan sekadar penipu tegar, tetapi lebih dari itu.
Hebat sangatkah engkau?. Bila ditegur, engkau jahanamkan persepsi baik orang lain. Kononnya engkau lebih baik dari orang lain. Aku rasa kalau engkau peleset, engkau bukan jenis peleset berkepak hijau. Tetapi pelesit dari longkang yang akhirnya kehilangan warna hijau pada sayap-sayap yang ada. Agaknya engkau jenis manusia yang memikirkan hidup menongkat dunia, sehingga merasakan longkang itu tampak sebagai tapak biak yang selesa untuk engkau.
Lambat-laun engkau akan kecundang jua. Paling tidak engkau pun akan mati. Tidak kiralah sama ada aku yang akan mendahului, sebab aku percaya dan yakin setiap yang hidup akan mati. Nyawa pinjaman Allah S.W.T., dan aku yakin adanya alam barzah dan alam akhirat.
Sejarah tidak pernah menipu. Cuma rekaan yang kononnya itulah sejarah. Jenis ini bukan sejarah dan tetap dinamakan cerita orang yang menipu seumpama engkau, demi kepentingan "tembolok". Lagaknya tanggapan engkau, pejuang engkau kata pengganas dan kononnya pengkhianat Islam dan bangsa serta negara. Penjajah engkau kata kerajaan. Engkau dabik dada, kononnya ramai anggap engkaulah "Negarawan"., pada hal engkaulah perompak dan penyangak sebenar seperti yang sering engkau sebut-sebutkan "penyangak" dulu.
"Paku dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih". Semuanya aku kembalikan kepada Allah S.W.T., kerana Dia Yang Hak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan