Selasa, 30 April 2013

423. Jika kau berikan hatimu atau pun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. Tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah S.W.T., nescaya dicantum-cantumkanNya. Ertinya, cinta dengan Allah S.W.T., pasti berbalas. Dan Allah S.W.T., tidak membiarkan orang yang dicintaiNya menderita di akhirat.

Di dunia ramai orang yang sangat pandai menyusun kata-kata tapi malangnya akhirat kelak mulut dikuci oleh Allah Ta'ala dan seluruh anggota badan akan berkata-kata bersaksi atas segala perbuatannya semasa hidup di dunia...Tazkirah bersama.

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.. 

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya… 

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga. 

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.. 

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.. 

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka. 


Always be honest, because freedom is their honesty. People who lie cannot be free, because trapped lies. 

NOTA: KLIK TAIPAN BERWARNA BIRU UNTUK MELAYARI SUMBER ASAL POSTING JUDUL INI. TERIMA KASIH. 


Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT. 

422. Kesaksian kepada Allah S.W.T..

PM MALAYSIA YG PERTAMA RAHMAN

R=huruf ke 18
A=huruf pertama
H=huruf ke 8
M=huruf ke 13
A=huruf pertama(1)
N=huruf ke 14
(18+1+8+13+1+14) = 55

55 tahun kerajaan BN memerintah. 5/5=5 MEI.. akan terjawablah....

R=Rahman
A=Abd razak
H=Hussin on
M=Mahathir
A=Abdullah
N=Najib..

Surah Ar-Rahman. 

Ayat ke 55 = Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? 
Allahuakbar ! jelas dn nyata . Surah ke 5 (Al-maidah) ayat ke 55 "Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah). 


Dan di sambung ke ayat 56 " Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang. " 

Sumber: 

TimeLine Kami Benci Polis Ganas, Kejam, tak Berperikemanusiaan dan Jahat.
Blog Komuniti ILUVISLAM.
=====================================================================

Penyelesaian Matematik R.A.H.M.A.N...

# Pilihlah calon-calon yangg cenderung kepada golongan BERIMAN kepada Allah S.W.T., dan Rasul-Nya. 



Sumber: AkuDoakanMogaDirimuBahagiaHinggaKeAkhirHayatMu.

421. Tips Menciptakan Rumah Tangga Yang Harmonis.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
. 006. Nota Buat Pengunjung Blog..

Bagi setiap pasangan yang sudah menikah tentunya impian jangka panjang mereka adalah ingin selalu menciptakan suasana rumah tangga yang harmonis, nyaman, dan selalu saling membahagiakan satu sama lainnya.

Menciptakan rumah tangga atau keluarga yang harmonis tidaklah semudah membicarakannya karena pada prakteknya banyak sekali hal-hal yang membuat suasana dalam rumah tangga menjadi keruh sehingga menimbulkan ketidaknyamanan bagi pasangan maupun anak-anak kelak. 

Biasanya diawali dengan pertengkaran-pertengkaran kecil yang jika dibiarkan tanpa diselesaikan justru akan membuat masalah besar dalam rumah tangga. Ribut-ribut kecil dalam rumah tangga inilah yang seharusnya segera diselesaikan dengan cara saling membicarakan pendapat masing-masing tanpa sikap emosional.  

Berikut ini adalah tips untuk menciptakan rumah tangga yang harmonis yang mudah-mudahan jika diterapkan akan bermanfaat buat kita semua:

1. Saling bersikap jujur dan terbuka terhadap pasangan.

2. Saling berusaha menciptakan suasana yang menyenangkan dalam keluarga.

3. Hindari sikap emosional dan egois dalam menghadapi masalah keluarga.

4. Membuat komitmen jangka panjang dengan pasangan.

5. Mengutamakan kebersamaan dalam keluarga.

6. Bijak dan tegas dalam menghadapi masalah serta selalu memegang teguh ajaran agama.

7. Tidak membawa masalah dari luar ke dalam rumah tangga.

8. Berikan perhatian penuh pada anak dan masa depannya.

9. Biasakan gaya hidup yang sehat dalam keluarga.

10. Memilih lokasi tempat tinggal yang baik untuk keluarga.

11. Menjalin silaturahmi dengan keluarga pasangan secara baik.

12. Perhatikan lingkungan sekitar dan bersosialisasilah dengan baik.

Adakalanya pasangan suami istri yang bekerja merasa hubungannya tidak semesra dulu seperti pada saat pertama kali berumah tangga.  

Beberapa riset membuktikan, untuk menghidupkan kembali hubungan suami istri seperti ketika pertama kali menikah, keduanya perlu meluangkan waktu bersama seperti bulan madu kembali (re-honeymoon), hal itu kemungkinan besar membuat hubungan akan menjadi membaik.

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

420. Fadhilat Selawat Tafrijiyah.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 

Munafik dan kafir laknatullah adalah pemberontak dan pengganas sebenar.
Islam Agama Ku. 
Fadhilat Selawat Tafrijiyah. Antara kebaikan pengamal selawat ini:-

1. Allah SWT akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya. 

2. Allah SWT akan memudahkan segala urusan hidupnya. 


3. Dipancarkan Nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya. 


4. Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai. 


5. Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka. 


6. Dia sentiasa dicintai oleh semua orang. 


7. Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah SWT. 


8. Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan. 



Marilah Kita Amalkan Untuk Kelebihan Bersama In Syaa Allah.


Sumber Pautan: Rahsia susu ibu banyak

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
Baca juga:
Penyakit Hasad Dengki.
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (pCq). 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™.  >>>Entry sebelumnya ... Entry seterusnya<<<
eaho™.

419. Mesti Baca.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

I Am Proud To Be A Muslim

Mak…..
Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari…..
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih…. 

Mak tau tak…..
Itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa……
Dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm…
Rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh…..
Nak tinggal kan anak2 mak…..
Nak tinggal kan dunia fana ni…..
MAK macam dah sedia….. 


Seminggu sebelum tu…..
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai…..
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu….
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih…..
Kakak pun rasa hairan…..
Mak tak penah buat gitu….. 


Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak…..
Tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ……
Kengkadang siaran indonesia ..
Mak terus tekun menganyam…
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan… 


Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2…..
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan.. 

Paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak.. 

Ada kat dalam almari…..
Ada kat dalam dalam beg….. 

Ada dalam ASB…..
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi….
Ada kat dalam gulung tikar…..
masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar….
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa…
Mak cuma gelak jer….
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu.. 


Mak…..
Hari tu hari sabtu 18/08/2006 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut…..
bila malam tu kiter sampai dari KL…..
Mak dah dalam kesakitan. 

Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk…..
Mak tetap takmau pi hospital…. . 

dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..

Mak kata mak takmau duduk dalam hospital…. .
Tapi kiter berkeras juga pujukk.. nanti di hospital ada doktor…
Ada ubat untuk mak.. kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..
Mak tetap tak bersetuju… .. 


Mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk….mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital…. .. 


Mak…..
Ampunkan kami semua…
Kami nak mak sehat…
Kami sayang mak…
Kami tak mau mak sakit… Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital…
Ampun kan kami yer mak…. 


Mak…..
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter…
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta….
Mak asyik tanya ajer.. cukup ker duitt.. kiter jawab pula…
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit…
Mak gelak ajerr….. 


Lepas tu bila kereta kiter sampai….
Mak buat kenduri kesyukuran.. ….
Dan kiter masih ingat lagi…
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor…..
Punya la kiter takut…kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak…..
Bila balik sahaja kampong….
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj…..
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek…mak tanya kenapa…?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga….. 


Mak….
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau…
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar…
Mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter…. 


Mak…..
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital….
nurse tengah balut mak dengan kain putih…..
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital…
Mesti mak nampak abang cium dahi mak…..
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak….
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu…
mesti mak nampak semua tu kann…kann. .
kannn 



Mak tau tak….
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar…
Adik kat sebelah diam melayan perasann…
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini…
jalan di depan terasa makin kelam…..
airmata dah tak mampu di tahan….
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela… 


Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga…
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong.. …sekosong hati ini…..
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. …..
terasa syahdu dan sayu…dinginnnn. …. 


Mak…..
Kiter masih ingat lagi…
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak…
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ….
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi…. 


Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak…..
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan…..
Mak perasan tak…?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter…..
Dia kata…” dikk…jangan nangis…kalau sayang mak jangan buat gitu…jangan nangis ya..”
Bila makcik tu kata gitu…
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak…. 


Mak…..
Sampai takat ini surat ni kiter tulis…..
kiter nangis ni…..
Ni kat dlm bilik…baru pukul 4.00 pagi….
Takder orang yang bangun lagi…..
kiter dengar nasyid tajuk “anak soleh” kiter sedih…
kiter rindu kat mak..! 


Takpa la….
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak…
mak tunggu ya..! 


Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya… .
Semua anak2 mak mengelilingi mak…
menatap wajah mak buat kali terakhir…..
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja… 


Mak rasa tak….
masa tu kiter sentuh dahi mak….
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk……
Kiter tak mampu nak cium mak…
kiter tak daya….
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar…
Airmata kiter tak boleh tahan…. 


Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak…
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak….
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah…..
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik…
badan akak terasa panas… 


Makk…
anak mak yang seorang tu demam….
Mak tauu…
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. . 


Mak…..
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi…
Begitu terasa kehilangan mak…
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata…
Dan sampai satu tahap….
masa tu malam jumaat selepas maghrib…
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ….
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi…
semakin kiter tenung terasa semakin sayu…
tangisan tak dapat dibendung… 


Mak tauu…
kiter cuba bertahan…
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda…
Kiter rasa nak telefon mak…
nak cakap dengan mak….
anak mak yang ni dah tak betul kan ..? 


Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong…
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi…
Puas la kakak memujuk kiter…
Akak kata…” tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak…”
Dan akhirnya akak juga nangis….. 


Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati…
rasa nyilu sangat…
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni….
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma…
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan….. 


Mak….
cukup la sampai sini dulu….
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu….
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid…
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ….
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak…
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula…. 


Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih…
pastu kawan kiter bgtau…
simpan je buat kenangan…
Kiter cuma tau alamat ni aje…
Takper yer mak…
Kiter kasi orang lain baca…
Kiter stop dulu…
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu…

akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH

dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter…
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang…
boleh rasa duduk kat negara orang… 


Sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas.. 
Sekian terima kasih, 


Yang Benar Anak Mak Yang Dah Tak Degil 

Zulfarizan Zakaria "FABI AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah S.W.T..... 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

418. In Sya Allah, harapan, impian dan cita-cita apabila dimurnikan dengan berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah S.W.T., berserta sentiasa berdoa memohon keredhaan, keberkatan, kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T., dengan tidak mengenal erti jemu, harapan, impian dan cita-cita In Sya Allah dimakbulkan Allah S.W.T., kerana Allah S.W.T., jua.



                                                                              GAMBAR 1


Status Update
By Kami sokong pakatan rakyat memerintah.

Aku bangun pagi seperti biasa. Bersiap-siap untuk ke satu program sebagai panel dalam perundingan imej. Aku mencapai kunci kereta dan terus keluar.

Aku lantas memandu dari Taman Saujana Impian menuju ke arah Kuala Lumpur. Seperti biasa, aku melalui satu tol yang perlu dibayar RM1.

Eh, di mana orang yang aku nak bayar tol? Sudah tiada? Aku teruskan perjalanan dengan penuh kebingungan tanpa perlu membayar tol. Pelik!

Aku teruskan perjalanan sehingga berjumpa sebuah stesen minyak Shell di sebelah kiri. 

Aku memberhentikan kenderaan. Sebaik sahaja kereta di matikan, aku terus ke kaunter dan menyerahkan RM75 lalu berkata, "Bang, isi penuh untuk pam 2," Sambil menanti, aku melihat persekitaran dan sekadar memberi satu senyuman kepada orang lain. Sudah berhenti pam. Aku terus melihat meter pam. "Eh, minyak penuh 50? Minyak petrol ron95 hanya RM1.50 seliter?" Satu lagi kejadian bingung pada pagi hari.

Setelah aku terima baki daripada kaunter, aku meneruskan perjalanan ke tempat program. Aku lantas membuka radio.

Kedengaran Tuan Guru Hadi membuat perkongsian. Ha? Tuan Guru Hadi memberi perkongsian di corong radio? Bingung dan terus bingung. Aku meneruskan perjalanan sambil mendengar sebaiknya tazkirah pagi.


Sebaik sahaja sampai di tempat program, salah seorang panel menegur. "Tuan! Bagaimana perjalanan pada pagi ini? Semua berjalan lancar?" Aku terus menerangkan kejadian pelik yang berlaku satu persatu kepada beliau.

Beliau dengan segera berkata : "Pakatan Rakyatkan sudah memerintah!"
like dan share page Kami sokong pakatan rakyat memerintah.


                                                                         GAMBAR 2 
 
SUMBER: Kami sokong pakatan rakyat memerintah
SUMBER GAMBAR 1: Puluhan ribu di ceramah Pakatan Rakyat Kuantan semalam (29.05.2013)
SUMBER GAMBAR 2: 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation