Selasa, 30 April 2013

418. In Sya Allah, harapan, impian dan cita-cita apabila dimurnikan dengan berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah S.W.T., berserta sentiasa berdoa memohon keredhaan, keberkatan, kerahmatan dan perlindungan Allah S.W.T., dengan tidak mengenal erti jemu, harapan, impian dan cita-cita In Sya Allah dimakbulkan Allah S.W.T., kerana Allah S.W.T., jua.



                                                                              GAMBAR 1


Status Update
By Kami sokong pakatan rakyat memerintah.

Aku bangun pagi seperti biasa. Bersiap-siap untuk ke satu program sebagai panel dalam perundingan imej. Aku mencapai kunci kereta dan terus keluar.

Aku lantas memandu dari Taman Saujana Impian menuju ke arah Kuala Lumpur. Seperti biasa, aku melalui satu tol yang perlu dibayar RM1.

Eh, di mana orang yang aku nak bayar tol? Sudah tiada? Aku teruskan perjalanan dengan penuh kebingungan tanpa perlu membayar tol. Pelik!

Aku teruskan perjalanan sehingga berjumpa sebuah stesen minyak Shell di sebelah kiri. 

Aku memberhentikan kenderaan. Sebaik sahaja kereta di matikan, aku terus ke kaunter dan menyerahkan RM75 lalu berkata, "Bang, isi penuh untuk pam 2," Sambil menanti, aku melihat persekitaran dan sekadar memberi satu senyuman kepada orang lain. Sudah berhenti pam. Aku terus melihat meter pam. "Eh, minyak penuh 50? Minyak petrol ron95 hanya RM1.50 seliter?" Satu lagi kejadian bingung pada pagi hari.

Setelah aku terima baki daripada kaunter, aku meneruskan perjalanan ke tempat program. Aku lantas membuka radio.

Kedengaran Tuan Guru Hadi membuat perkongsian. Ha? Tuan Guru Hadi memberi perkongsian di corong radio? Bingung dan terus bingung. Aku meneruskan perjalanan sambil mendengar sebaiknya tazkirah pagi.


Sebaik sahaja sampai di tempat program, salah seorang panel menegur. "Tuan! Bagaimana perjalanan pada pagi ini? Semua berjalan lancar?" Aku terus menerangkan kejadian pelik yang berlaku satu persatu kepada beliau.

Beliau dengan segera berkata : "Pakatan Rakyatkan sudah memerintah!"
like dan share page Kami sokong pakatan rakyat memerintah.


                                                                         GAMBAR 2 
 
SUMBER: Kami sokong pakatan rakyat memerintah
SUMBER GAMBAR 1: Puluhan ribu di ceramah Pakatan Rakyat Kuantan semalam (29.05.2013)
SUMBER GAMBAR 2: 100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation

Tiada ulasan: