Rabu, 10 April 2013

354. Keyakinan kepada diri mengarah keprihatinan diri mengundi PRU13.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Meja www.peceq.blogspot.com 
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho ('_') Google Translate ('_') . 
Follow my tweet: (AlWaser) . 
Untuk Islam dan generasi anak cucu cicit piut Malaysia dan generasi seterusnya.

Saban hari media massa, aku tidak tahu apakah milik kerajaan sementara atau milik Kerajaan Malaysia atau sebenar-benarnya milik parti. Saluran ini digunakan sepenuhnya untuk berkempen meyakinkan rakyat Malaysia, oleh parti berkenaan.

Ada masanya aku mendapati paparan beritanya, amat berbeza dengan apa yang aku baca dari sumber yang lain dari media tersebut. Ucapan asal seseorang apabila dipotong diedit akan mendatangkan maksud yang amat jauh dari maksud asal. Hasilnya ucapan nasihat akan berubah menjadi ucapan yang penuh kejian dan mengelirukan.

Aku pula akan mendapatkan sumber yang memihak kepada mangsa serangan media tersebut. Syukur kerana aku menemui ucapan asal yang dirakam videokan. Hasilnya aku mendapati percanggahan ucapan antara yang ditayang perdanakan dengan sumber dari pihak yang kena serangan politik.

Disini juga aku mendapati ada pihak yang menipu dan memanipulasikan ucapan pemimpin parti saingan. Bertujuan serangan propaganda kepada parti yang menyainginya. Timbul persoalan, yang mana menipu dan yang mana benar.

Aku rasa jijik dan meluat dengan permainan politik yang langsung tidak menitik-beratkan nilai Islam dan nilai moral. Sampai bila politik Melayu sedemikian rupa. Terlalu kaya dengan tipu helah, fitnah dan adu dumba. Projek politik sedemikian rupa akan menjahanamkan rupa Melayu.

Dalam keadaan sedemikian aku mengambil langkah cukup berhati-hati untuk mempercayai sesuatu tentang politik baik dari parti yang pernah menjadi tunggak Kerajaan Malaysia dan parti pesaingnya.

Terfikir juga aku sampai bila harta kerajaan Malaysia diguna pakai untuk kepentingan parti sewaktu berkempen. Dari aku kecil sampai sekarang kenderaan Agensi Kerajaan Malaysia digunakan sewenang-wenangnya untuk kempen parti. Andai pesaing itu menjadi pasukan yang menang PRU13, apakah cara sedemikian buruk terus diguna pakai. Menyalah-gunakan harta rakyat Malaysia.

Alah bisa tegal biasa. Dari hal yang kononnya ditakrifkan sebagai perkara kecil, walau dengan menyalah-gunakan kenderaan rasmi Kerajaan Malaysia untuk kepentingan parti, apakah tidak mungkin penyalah-gunaan hal-hal lain yang melibatkan perbendaharaan Negara Malaysia., apabila diberi kepercayaan rakyat untuk jadi parti yang berkuasa. Berkuasa menerajui kepimpinan Kerajaan Malaysia. Maksudnya tiada nama kerajaan kemudian diikuti dengan nama parti. Yang ada hanya Kerajaan Malaysia.

Terbubarnya Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri, maka tiada lagi label parti kerajaan dan label parti pembangakang. Lucunya ada lagi pihak-pihak yang masih menggunakan label sedemikian dalam kempen-kempen politiknya untuk menarik perhatian rakyat. Ungkapan "Negeri-negeri yang diperentah parti pembangakang"., apakah akan muncul lagi di masa akan datang. Yang menang itulah kerajaan dan yang kalah diperengkat negeri itulah pembangkang.

Rupa-rupanya politik kadang-kadang menjadikan manusia menjadi tidak sedar diri. Yang mengotorkan politik ialah ahli politik yang tidak bermoral. Memang benar dan sesungguhnya benar, Islam dahulu baru politik. Aku sebagai pengundi sentiasa memerhatikan yang mana pelakon dan yang mana pemimpin berjiwa Islam. Syukur hamba Allah S.W.T., hanya kepada Allah S.W.T., tidak kepada yang bersifat baharu.


"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] 
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).  

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.  

Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).  


Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .  eaho™.   ('_') Google Translate ('_') 

Tiada ulasan: