Sebelum PRU13 perang poster didahului oleh parti Pas dan DAP serta PKR sebelum terbubarnya kerajaan. Masa itu parti BN turut serta dan memang menuruti kemudian kemeriahan perang poster.
Sejak bermulanya 2013 belum pun kerajaan mengistiharkan bubar (ada yang setengah kata "bubur" kerajaan menggantikan "bubar" kerajaan dan "kuali mengatakan belanga hitam.." Agaknya hendak taip "kecuali" tetapi jari itu jadi jahat kerana akalnya.) BN telah pun mendahului perang poster dan tidak seperti di PRU sebelumnya. Nampaknya PRU13 suasana perang poster lebih meriah dengan keterlibatan bersungguh jentera poster BN dan berjaya mengatasi dan mendahului PR.
Rupa-rupanya PM Malaysia ke 4 ada menyatakan ayat yang penuh bermakna "“Saya cuma amalkan kebebasan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap,” katanya. (Mengulas kenyataan seorang pemimpin PR yang memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kerana tidak ada jawatan dalam parti, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab.)
Semuga rakyat Malaysia tahu dan ingat erti sebenar "kebebasan bersuara" semasa beliau berkuasa dahulu.
=======================================================================
Surah AlNur ayat 12-17:(12) "Mengapa orang mukmin dan mukminat tidak berbaik sangka terhadap diri sendiri, ketika kamu mendengar berita bohong itu dan berkata: "Ini adalah (suatu berita) bohong yang nyata".
(13) Mengapa mereka (yang menuduh itu) tidak datang membawa empat orang saksi? Oleh kerana mereka tidak membawa saksi-saksi, maka mereka itu dalam pandangan Allah adalah org yang berdusta.
(14) Dan seandainya bukan kerana kurniaan Allah dan rahmatNya kepadamu di dunia dan akhirat, nescaya kamu ditimpa azab yang besar, disebabkan pembicaraan kamu tentang hal itu (berita bohong itu).
(15) (Ingatlah) ketika kamu menerima (berita bohong) itu dari mulut ke mulut dan kamu katakan dengan mulutmu apa yang tidak kamu ketahui sedikitpun dan kamu menganggapnya remeh, padahal dalam pandangan Allah itu soal yang besar.
(16) Dan mengapa kamu tidak berkata ketika mendengarnya: "tidak pantas bagi kita membicarakan perkara ini. Maha Suci Engkau, ini adalah pembohongan yang nyata.
(17) Allah memperingatkan kamu agar jangan kembali mengulangi seperti itu selama-lamanya, jika kamu orang yang beriman.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Sumber: Mahathir: Saya tidak tanding, cuma bantu BN
13 April 2013
PENDANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) meskipun ada yang mengatakan beliau kemungkinan turun gelanggang kerusi Parlimen Putrajaya.
Kenyataan itu sekali gus menamatkan desas-desus kononnya beliau akan bertanding di Putrajaya menentang Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa.
“Saya sudah buat keputusan tidak akan bertanding lagi. Cuma nak tolong Umno dan Barisan Nasional (BN) sebab rasa terima kasih kepada parti yang melantik saya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat.
“Saya nak kempen saja. Itu sebagai tanda balas budi kita kepada jasa Umno dan BN,” katanya selepas menyempurnakan himpunan rakyat peringkat Parlimen Pendang di sini, hari ini.
Mengulas kenyataan seorang pemimpin PR yang memintanya tidak memberi sebarang kenyataan kerana tidak ada jawatan dalam parti, Dr Mahathir berkata, kenyataan itu adalah tidak bertanggungjawab.
“Saya cuma amalkan kebebesan bersuara, saya ada hak. Dia tiada hak untuk halang saya daripada bercakap,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan