بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Walau telah lebih 50 tahun meninggal pergi Tanah Melayu. Peristiwa Bukit Kepong 23 Februari 1950. 31 Ogos 1957 Tanah Melayu/Malaya Merdeka.
Salam & Slmt Pagi Skot!!
Pagi ni admin nak kasi anda warm up. Moh kita kenang kembali peristiwa Bukit Kepong. Ingat ini bukan isu racist tetapi ketaksuban kita ingin merampas kuasa secara ganas. Dalam PKM ada semua bangsa. Pesan admin JANGAN BELOT PADA NEGARA!!
Gambar Ehsan dari Arkib Negara Malaysia Koleksi Pengambaran Bukit Kepong.
Like · · Share
- 69 people like this.
- Hudzaifah Aziz Sy tak nafikan kejahatan komunis, itu jelas dah, apa kesan penjajahan british terhadap malaya sampai sekarang?
- Hide 11 Replies
- PB2W Dari sudut apa pun MELAYU tetap rugi. Sekalipun zaman skrg ada cubaan yang kononnya mahu mengubah isu ini.
- Hudzaifah Aziz Knp tak beri peluang saja pd mereka yg nak ubah isu ini? jika mereka tdk berjaya mengubah isu ini, Inilah peluang rakyat utk kembalikan Ketuanan Raja2 Melayu secara mutlak Semula... apa pendapat? admin?
- PB2W Bangsa apa yang nak kembalikan hak rakyat tu? .. Hudzaifah Aziz pernah baca dan tgk tak film "The Last Emperor of China"??. dan pernah tak terfikir Raja Thai yang dipuja2 rakyatnya juga berkedudukan seperti Sultan di Malaysia. Di Indonesia pula apa nasib Raja-raja Indonesia walaupun mereka diiktiraf.. dan bagaimana pula nasib Queen Elizabeth England hari ini?.. The point is.. Only Malays Stood Against Many and Die For Nothing..
- PB2W Bagaikan sebuah BAS Ekspres ... adakah kita perlu mengundi secara Demokrasi memilih pemandu BAS tersebut ? atau menyerahkan kepada pemandu khas dia ...?
- PB2W Atau perlu ada yang melobi untuk jadi pemandu ... sedangkan dia bukanlah seorang pemandu hanya peladang sawit sahaja ...
P/S: Percayakah jika kita amanahnya dia menjadi pemandu ? - PB2W Sama urusan negara ... yang mewakili Allah adalah Khalifah dan negeri bawah naungannya di namakan Al Sulton (Penguasa) ... di bawahnya da Gabenur gabenur wilayah ...
- PB2W Dh kaji dan baca dasar2 negara Indonesia selepas 1945? dah baca Panca Sila Indonesia? dan kaji habis kesan dan implikasi negara tersebut pada zaman Sukarno sampai skrg? ..
- Kamarul Arif komunis di indonesia la yang membunuh sultan sultan di indonesia..lupa kot sejarah tahun 40an bagaimana dengan rakusnya komunis indonesia menghapuskan dan membunuh sultan dan kerabat kerabatnya di seluruh pelusuk indonesia..dan jadi la sebuah negara tanpa ketua negara beraja bersultan yang tiada daulat sperti sekarang...panca sila dan penuh liberisme dan pluralisme agama yang menyesatkan..
- PB2W Orang Malaysia tak minat sejarah .. mereka lebih minat politik .. sebab tu Belia sekarang lemah pemikiran dan cetek akal.. "Katak Bawah Tempurung" ..
- PB2W Hudzaifah Aziz pejuang komunis ke? ... Admin nk tny.. apa cerita negara2 komunis sprt Cuba & Venezuela.. hidup senang tak?
- Hudzaifah Aziz Sya bukan pejuang komunis, tp ayah sy pernah bunuh tentera jepun dan komunis... rusia dan china bukan komunis ka?
- PB2W China dari tahun 1939 - skrg masih Komunis. Russia sampai tahun 90-an berubah menjadi demokrasi.
- PB2W Skrg PKM dh takde.. yg ada NEO KOMUNIS menerjah kedalam POLITIK.. LIKERS semua boleh lihat dan nilai dari slogan dan lambang mereka..
- PB2W Dalam sejarah dunia.. PEMBELOT tak pernah selamat .. LIKERS ada pernah dengar pembelot ni hidup aman dalam negara sendiri tak?..
- PB2W Sekali belot sampai bilapun tetap pembelot!!
http://www.malaysiakini.com/news/106422
- Hudzaifah Aziz sya tak khatam, idologi komunis ni..... malaysia sekarang ni perjuangkan idologi apa? asyik2 komunis je dikaji? idologi british yg menjajah malaya bila nak dikaji?
- Hudzaifah Aziz Apa cerita anak-anak Presiden Sukarno? hidup senang juga di negara sendiri... Walaupun bapaknya pejuang komunis...
- Kamarul Arif Alangkah indah dan makmurnya sekiranya Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera masih wujud dan kekal sehingga sekarang..namun ia sudah tertulis dan ditakdirkan ALLAH SWT dan kehendaknya atas kesilapan manusia atau bangsa itu sendiri.Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..Nasi sudah menjadi bubur..Jangan diulangi sejarah hitam dan berdarah ini di Malaysia Tanah Melayu Nusantara wahai anak anak Melayu pewaris masa hadapan.
Apa yang berlaku kepada Kejatuhan dan Penghapusan Tamadun Kesultanan Melayu Sumatera yang dibunuh dan dihapuskan dengan sekejam kejamnya oleh Parti Komunis Indonesia 66 tahun yang silam cuba dicetuskan kembali di Malaysia atau Tanah Melayu dengan menggunakan Modus Operandi oleh Parti Komunis Indonesia sewaktu dahulu atas nama dan laungan "Ketuanan Rakyat" yang cuba dibawa dan dimainkan oleh Dajjal Melayu berhatikan Yahudi.
"Tragedi sedih pembunuhan Sultan dan kerabat DiRaja atas nama Kuasa Rakyat...jangan ia berulang di Malaysia....."
Keturunan Raja Dibunuh oleh Pakatan Komunis di Indonesia 66 Tahun yang Lampau.Slogan "Ketuanan Rakyat" yang diagungkan..
Tragedi 3 Mac 1946. ‘Ketuanan Rakyat’ Yang Menjadi Detik Hitam Sejarah Melayu
66 tahun tidak lama. Adakah kita telah lupa? Dua bulan sebelum UMNO ditubuhkan di Istana Johor, lima sultan di lima negeri Melayu di Sumatera Timur telah dibunuh dengan kejam. Beribu-ribu orang kerabat raja turut dibunuh kejam.
Jam 12 malam 3 Mac 1946 merupakan detik hitam bagi orang Melayu dan kini menjadi penyesalan yang tak sudah bagi sebahagian besar warga Melayu di Sumatera Timur. Ia juga merupakan penyebab orang Melayu Semenanjung menolak untuk menyertai gagasan Indonesia.
Dalam satu malam sahaja, beberapa orang Sultan di beberapa negeri telah dibunuh dengan kejam oleh puak pro-komunis yang dibantu oleh kuli-kuli ladang dari keturunan pendatang luar.
Peristiwa bermula menjelang tahun 1946 di mana keadaan suhu politik di Sumatera Timur menjadi panas apabila kumpulan pro-komunis mula menguasai partai politik dan juga membentuk askar bersenjata di antaranya Laskar Buruh atau Parti Komunis Indonesia.
Akibat jarak dan kegagalan Sukarno berhubungan dengan sultan-sultan Melayu di Sumatera bagi mendapatkan kepastian mereka dalam pernyataan sokongan kemerdekaan dari Belanda, Timbalan Gabenor Sumatera yang dilantik, Amir Syarifuddin (salah seorang pro-komunis) tiba di Serdang dalam negeri Asahan dari pulau Jawa dan menghasut para penyokong komunis supaya menghapuskan kuasa Sultan dan bangsawan di istana mereka di Serdang. Dia merupakan seorang penulis yang merupakan redaksi majalah Pemoeda Soematra.
Secara diam-diam, pihak komunis mempersiapkan rancangan untuk menghapuskan monarki kerajaan Melayu dan ingin mengambil alih pemerintahan kerajaan. Mereka kemudian membuat propaganda di akhbar, radio dan risalah serta isu-isu fitnah palsu untuk menghasut rakyat dengan laungan ‘Daulat Rakyat’ bagi melawan laungan ‘Daulat Tuanku’. Selain itu, isu bahawa Raja-Raja Melayu ini mempunyai hubungan baik dengan dengan Belanda dimainkan selain kononnya pihak istana memeras dan menindas rakyat.
Muslihat ini dilakukan setelah Gabenor Sumatera yang dilantik, Tengku Muhammad Hassan beserta rombongan yang 7 buah kereta , bertolak dari Medan pada 6 Februari 1946 melalui Brastagi dan Sumatera Tengah menuju ke Sumatera Selatan, dan mengikut rancangan, akan kembali ke Medan pada 22 Mac 1946.
3 Mac 1946, tepat jam 12 malam secara serentak, orang ramai yang kebanyakan rakyat pendatang, telah dipimpin oleh orang-orang komunis kiri PKI dan mengajak bersama-sama mereka PNI dan Pesindo, menyerbu istana dan pejabat kerajaan Melayu dan mengumumkan bahawa kerajaan Melayu telah dihapuskan oleh rakyat Indonesia.
Pembunuhan terhadap kerabat-kerabat raja dilakukan secara besar-besaran dengan ada yang dibenamkan di laut, dipotong kepala mereka, ditanam hidup-hidup dan berbagai pembunuhan sadis yang lain, di lakukan oleh orang ramai yang pro-komunis yang dipimpin Parti Komunis Indonesia.
Penyerbuan itu merupakan tragedi buat Sultan Bidar Alam Syah IV di negeri Bilah, Sultan Mahmud Aman Gagar Alam Syah di negeri Panai dan Tengku Mustafa gelar Yang Dipertuan Besar Makmur Perkasa Alam Syah di negeri Kota Pinang, kesultanan Serdang Asahan di Tanjung Balai, Kesultanan Deli di Medan, kerajaan Melayu Yang Dipertuan Tengku Al Haji Muhammad Syah di Labuhan Batu. Kesemua sultan ini mangkat dibunuh oleh rakyat pendatang yang bekerja di ladang-ladang Sultan yang terpengaruh dengan dakyah komunis.
Hampir separuh penduduk negeri-negeri ini terdiri dari kaum pendatang yang didatangkan sebagai kuli di ladang-ladang.
Di tempat lain, istana Sultan Langkat di Tanjung Pura dan di kota Binjai diserbu dan dirompak, di mana kerabat raja-raja Melayu Langkat ditangkap dan sebahagian besar dibunuh dengan kejam termasuk sasterawan Indonesia yang terkenal, Tengku Amir Hamzah.
Lebih kejam, puteri-puteri Sultan Langkat diperkosa dan yang lebih memilukan lagi pemerkosaan dilakukan di depan mata baginda Sultan Langkat, dan putera mahkota yang masih muda hilang entah ke mana. Kekejaman ini dilakukan oleh seorang pemimpin PKI bernama Marwan dan pengikut-pengikutnya.
Kesultanan Langkat adalah kesultanan paling kaya dan mewah di Sumatera kerana mempunyai hasil petroleum dan jika istana Sultan Langkat yang hangus dibakar itu masih berdiri, ia merupakan khazanah yang tinggi nilainya untuk orang Melayu sedunia.
Kerabat-kerabat lelaki di negeri Asahan dibunuh kesemuanya termasuk isteri Tengku Musa dan anaknya. Dalam masa beberapa hari, 140 orang yang dikenalpasti sebagai kerabat raja yang memakai nama Tengku, Wan dan Raja mati dibunuh dengan kejam di Asahan sahaja.
Mereka kemudian menangkap semua kerabat-kerabat diraja Melayu di beberapa daerah terdiri dari perempuan dan anak-anak dan dibawa ke kem tahanan di Simalungun dan Tanah Karo, disiksa, dihina dan dibunuh.
Indonesia pada waktu ini seolah-olah menyokong kekejaman ini sehinggakan dua generasi orang Melayu hampir kehilangan identiti mereka. Mereka takut mengaku Melayu, takut memakai baju Melayu dan menambah gelaran Batak di depan nama mereka supaya boleh bersekolah atau diterima di pejabat kerajaan. Mereka menghilangkan gelaran Tengku atau Wan karena takut dicaci sebagai kerabat raja.
Akhirnya, selepas 19 tahun, pada 30 September 1965, terjadilah rampasan kuasa oleh Angkatan Bersenjata Republik Indonesia pimpinan Jenderal Suharto yang bertindak memusnahkan Parti Komunis Indonesia. Puak pro-komunis Indonesia menerima nasib yang dianggap sebagai balasan kepada apa yang telah mereka lakukan ke atas Sultan-sultan Melayu di Sumatera.
Hampir 2 juta puak pro-komunis Indonesia telah dibunuh oleh tentera Indonesia dan sebahagian besar pemimpin Parti Komunis Indonesia di Sumatera Timur terbabit mencetus ‘Revolusi Sosial 1946′ di Sumatera Timur dengan membunuh parak Sultan dan kerabat diraja serta merompak istana-istana ditangkap dan dibunuh oleh tentera dan juga rakyat.
Sinar bagi orang Melayu di Sumatera Timur kembali pada tahun 1971 apabila pemimpin masyarakat Melayu Sumatera Timur yang dilindungi oleh Panglima Komando Wilayah Sumatera, Leftenan Jenderal Ahmad Tahir, telah mengumpul dan menyatukan sebanyak 17 organisasi masyarakat Melayu dan membentuk payung organisasi bernama MAJLIS ADAT BUDAYA MELAYU INDONESIA (MABMI) .
Sehingga kini, adat budaya Melayu masih banyak yang hilang akibat terputusnya dua generasi pada masa mula revolusi sosial dan sepanjang zaman pemerintahan Sukarno. Walaupun kini telah ada yang berusaha menggali khazanah budaya Melayu Sumatera Timur tetapi itu belum cukup tanpa bantuan dari orang orang Melayu di seluruh penjuru dunia.
Para pecinta sejarah Indonesia kini menyesali keterlanjuran masyarakat yang mudah ditipu oleh pihak komunis yang kononnya pro-rakyat yang meniup fitnah demi merampas kuasa pemerintahan dengan jalan mudah. - Ahmad Nasban bila dah tua cmni baru terasa nk belajo pesbuk bos..baru jer beli pone canggih ni sebijik...nk join bos bos semua.moga nya bos senang dgn kehadiran sy disini yer.t.ksh....salam...
MENGENANGKAN ENGLAND (OLYMPIC 2012 ~LONDON) TERINGAT SEMASA ZAMAN KANAK KANAK REMAJA DAHULU MENYERTAI "BOY SCOUT" DAN 'IDOLANYA' PADA MASA ITU ADALAH "LIEUTENANT GENERAL ROBERT STEPHENSON LORD BADEN POWELL" SEORANG 'HERO' BRITISH DALAM PEPERANGAN "BOER ~ SIEGE OF MAFEKING" DI SEBUAH BANDAR KECIL AFRIKA ... P/S: Watak "Lord Baden Powell" Bapa Pengakap amat 'hebat' tenderfoot akan teringin kalau dapat berjumpa dengannya ... |
Album:Timeline Photos
Shared with:Public
|
Zulfarizan Zakaria "FABI
AYYI AALA IRABBIKUMA TUKAZZHIBAN" = Nikmat Tuhan Manakah Yang Engkau
Hendak Dustakan?........muhasabah buat diri kite ni belake kerana Allah
S.W.T.....
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan