بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di makkah dan bermaksud sungai di surga.kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai Surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W.. Ini kerana Surah ini diturunkan ketika Rasullullah S.A.W., bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
♥ Baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T., memakbulkan doa kita.
♥ Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di leher, In Sya Allah hilang dahaga.
♥ Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal atau bangkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
♥ Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, In Sya Allah, Allah S.W.T., bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu.
♥ Jika membacanya 1, 000x In Sya Allah rezeki Allah S.W.T., untuk kita akan bertambah.
♥ Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.
♥ Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, In Sya Allah, Allah S.W.T., akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
Rasulullah S.A.W., bersabda, "Barang siapa menyampaikan (1) satu ilmu saja dan ada orang yang mengamalkan, maka walau pun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.WT.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan