Rabu, 1 Mei 2013

427. In Sya Allah Malaysia bumi yang dirahmati Allah. Rakyatnya dan pemimpinnya kukuh Iman kukuh Islamnya dan menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNya.

SELAMAT MERAIKAN HARI PEKERJA 1 MEI 2013.

Allah S.W.T., Maha Adil Lagi Maha Bijaksana. In Sya Allah Kerajaan Malaysia akan kembali dipimpin pemimpim yang berIman kepada Allah S.W.T., tanpa menafikan hak-hak penganut agama lain dan bangsa lain. 

In Sya Allah segala andaian Melayu yang bimbang kehilangan kuasa, kehilangan kepentingan, kehilangan kemewahan dan kehilangan kesenangan akan terkubur bersama. Segala apa yang ditakut-takut dan dimomok-momokkan oleh mereka seumpama watak si ketol dan mamak mandeliar dalam bangsa Melayu, hanyalah satu gurauan dan mimpi yang tidak kesampaian.

Harus diingat, mata Pejuang-Pejuang Melayu sedang memerhatikan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya, siapa sebenarnya talam dua muka yang merosakkan Islam dalam wadah kehidupan Melayu dewasa ini. Mereka tidak akan berdiam diri kerana adanya warisan Mat Indera, Tok Bahaman, Dato Maharaja Lela, Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Amin Ya Rob. 

Siapa pun yang mencanang tentang republik, umno sudah pun membuktikan penggadaian Singapura telah memberi ruang tanah tersebut menjadi republik. In Sya Allah kejadian untuk merepublik tidak akan jadi nyata. Andaian tersebut hanyalah momokkan dan perang psikologi prasarana pilihan raya umum. 

Itulah silapnya umno menyingkirkan Singapura dan dia dapat tanah sekangkang kera, umno kata tidak mungkin boleh maju punya. Tanah yang dulu Azan boleh berkumandang, sekarang tidak lagi - umno mengaku salah?. Termasuk menggadaikan Pulau Batu Puteh, 2 blog minyak kepada Brunai dan tertutupnya KTMB Tg Pagar. Gadai dan terus menggadai bukan seminit tetapi 55 tahun.

Takkan tiada yang bangkit menentang soal republik umpama saranan penjajah tentang Malayan Union satu masa dulu. Kuatkan Iman perteguhkan Islam. In Sya Allah kita, generasi kita selamat dunia akhirat. Sendiri tahu sendiri tanya. Ubahlah jiwa masing-masing jangan jadi pengacau, pengejek dan pelbagai. Islam mengajak umatnya memperteguhkan jiwanya dengan mengEsakan Allah S.W.T..

Iman dalam Islam membentuk jiwa yang suci. Jiwa yang suci akan menggalakkan kita menggunakan bahasa yang murni selaras dengan Perentah dan Larangan Allah S.W.T.. Bersangka baik tututan Iman dalam Islam. In Sya Allah hidup kita bersangka baik dengan lindungan Allah, rahmatNya, nurNya, keredhaanNya. In Sya Allah Islam utuh dijiwa umatNya. 

Di bawah ini sedutan dari satu facebook berkaitan PRU13. 5 Mei 2013:-

"Sayangi BN"

Kita memilih untuk undi PR pada PRU13, bukan sebab kita mahukan PR sangat, tapi sebab kita sayangkan BN sebenarnya.

Lepas PRU13 - andaikata BN jadi pembangkang, BN tentu dapat merasai kesusahan menjadi pembangkang, dan lantas akan meningkatkan usaha berlipat ganda untuk menambah-baik perkhidmatannya kepada rakyat. Rakyat pasti akan nampak usaha BN kelak, dan pasti mahukan BN kembali memerintah pada PRU14 dengan lebih hebat!

Lepas PRU13 - andaikata BN jadi pembangkang, BN tentu akan menjadi pembangkang yang lebih baik daripada PR. Ini kerana BN sudah tentu lebih tahu selok-belok utk elakkan ketirisan, pembaziran & rasuah. Rakyat pasti akan nampak usaha BN kelak, dan pasti mahukan BN kembali memerintah pada PRU14 dengan lebih telus!

Kami sentiasa bersyukur & tidak lupa jasa BN selama ini. Tapi kami tahu, BN boleh berikan yang LEBIH BAIK daripada sekarang, jika BN direhatkan daripada memerintah buat seketika & menjadi pembangkang untuk tempoh 5 tahun (selepas PRU13).

Kami sayangkan BN, percayalah.

Cuma kami mahukan BN rehat sebentar untuk tempoh 5 tahun. Biar semua rakyat tahu prestasi sebenar PR & BN pasti akan kembali memerintah pada PRU14 (tahun 2018) dengan imej & perkhidmatan yang LEBIH BAIK.

Sayangkan anak, tangan-tangankan.
Sayangkan BN, tinggal-tinggalkan (5 tahun sahaja).

InsyaAllah, rakyat akan nampak prestasi sebenar PR. Ini kalilah!
 

Bermula dengan diri kita sendiri Perteguhkan Iman supaya nur Islam terus di atas sementara kita masih hidup. Allah Maha Mengetahui. In Sya Allah mulakan dengan Iman baru kita kisahkan hal dunia, hal bangsa dan pelbagai. Perteguhkan Iman teguhlah Islam. In Sya Allah bahasa kita akan lebih kepada luahan kerana Allah S.W.T.. 

Kuatkan Iman teguhlah Islam. Anasir pecah dan perentah tidak kenal siapa. Islam mengajak semua umatnya ke jalan yang benar. Kejadian Bukit Kepong sebelum Tanah Melayu, merdeka. Negara kita amal demokrasi terpimpin, tidak salah mana-mana individu rakyat Malaysia menyokong mana-mana parti. In Sya Allah bila kita sama-sama kuatkan Iman, tegaplah Islam. 

Yang jadi salahnya persaingan antara parti mengakibatkan, pulau memulau, persengketaan, perseteruan, pergaduhan, melebarkan sayap hasad dan dengaki, tuduh menuduh, berbaur hasutan dan perkauman, hina menghina dan pelbagai. Salah tetap salah di sisi Allah S.W.T.. 

Perteguhkan Iman dan Islam. In Sya Allah jalan kita sentiasa dalam keberkatatan, kenikmatan, kerahmatan dan keredhaan Allah S.W.T.. Dulukan Iman dan Islam dalam diri& keluarga. In Sya Allah lain-lain perkara akan menurut landas yang diberkati Allah S.W.T.. 

Sendiri tahu jawapannya. In Sya Allah, Allah Maha Mengetahui dan bersangka baiklah kita melebihi andaian, kepalsuan dan pelbagai yang bukan ajaran Iman dalam Islam. In Sya Allah saya menyeru kepada diri saya hambaNya dan hamba-hambaNya yang lain. 

Bila kita bersangka baik kita akan dekat dengan Allah S.W.T.. In Sya Allah kita akan memperolehi cahaya keberkatan untuk memilih pemimpin yang berIman, berjiwa Islam untuk memimpin Negara Malaysia. Sama-sama kita doakan pemimpin dan org Islam yang telah tersasar dari pematuhan Perentah dan Larangan Allah S.W.T., kembali ke jalan yang lurus, yang diredhai Allah S.W.T.. Doakanlah juga kepada yang bukan Islam terbuka pintu hatinya menerima Nur Allah S.W.T.. 

Jangan biar diri kita terpedaya dengan permainan pemimpin politik. Kaji harga rumah melambung tinggi dan mengapa dan sejak bila perkara ini berlaku. Kita sebagai rakyat Malaysia sama-samalah berdoa, berusaha memperteguhkan Iman dan Islam supaya kita dapat pemimpin Malaysia yang teguh Imannya, Utuh Islamnya. Objektifnya supaya Malaysia dirahmati Allah S.W.T., dan perkara yang dibimbangi, ditakuti dan apa sahaja andaian akan terkikis dengan yakinnya kita dengan Perlindungan Allah S.W.T.. 

In Sya Allah Malaysia dipimpin Pemimpin Yang BerIman dan teguh Islamnya. Jujur saya tidak berani meramal siapa yang menang dan tewas. Seteguh-teguhnya kuasa politik hanyalah di bawah Kuasa Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. 

Semua perkara yang disebutkan telah saya rangkumi dengan Kuasa Allah S.W.T., mengajak Melayu sama-sama memperkukuhkan Iman yang dituntut Islam. Supaya antaranya kita tidak terbelenggu dengan perasaan dunia. 

Perteguhkan diri kita dgn Nur Iman agar Cahaya Islam dalam diri menjadi warisan jitu kepada anak cucu cicit kita dan generasi mendatang. Lemahnya Iman lemahlah Islam. Inilah ruang yang ditunggu-tunggu musuh-musuh Islam, apabila umat Islam semakin lalai. In Sya Allah Malaysia bumi yang dirahmati Allah. Pemimpinnya kukuh Iman kukuh Islamnya dan rakyat Malaysia Islam menjadi hamba Allah yang sentiasa dalam perlindungan dan kerahmatanNya. 

Betulkah Melayu mudah lupa sebab terlalu selesa hidup dan akhirnya yang mengembar-gemburkan Melayu mudah lupa sekarang sudah mula banyak perkara dia tidak ingat lagi. Tidaklah pengkhianat pada tanggapan penjajah - terus menjadi pengkhianat pada tanggapan generasi merdeka. 















Tiada ulasan: