بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas. KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .
Follow my tweet: (AlWaser) .
Pada masa ini, mimbar amat meyakini terdapat ejen-ejen kafir harbi yang bergerak secara senyap menimbulkan perpecahan atau pun menggunakan isu-isu agama di negara Islam. Contoh jelas ialah apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
“ KAFIR DZIMMI DAN KAFIR HARBI ”
(22 JANUARI 2010 / 06 SAFAR 1431)
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita
meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan memperbanyakkan amal ibadah
dan meninggalkan perbuatan yang tidak bermanfaat. Sesungguhnya amal ibadah
adalah salah satu kayu pengukur kualiti keimanan seorang hamba. Semakin tinggi
tingkat keimanan, maka semakin banyak pula amal ibadahnya dan sedikit
maksiatnya. Demikian pula sebaliknya. Pada hari ini, mimbar Jumaat akan
memperkatakan khutbah mengenai tajuk: “Kafir Dzimmi Dan Kafir Harbi”.
Sidang
Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Dalam konteks kehidupan beragama di negara ini penduduknya terdiri daripada Islam dan bukan Islam. Menurut syariat Islam, pada dasarnya terdapat dua jenis status orang bukan Islam atau Non-muslim iaitu Kafir Harbi dan Kafir Dzimmi. Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam di dalam wilayah yang bergolak.
Dalam konteks kehidupan beragama di negara ini penduduknya terdiri daripada Islam dan bukan Islam. Menurut syariat Islam, pada dasarnya terdapat dua jenis status orang bukan Islam atau Non-muslim iaitu Kafir Harbi dan Kafir Dzimmi. Secara ringkasnya Kafir Harbi adalah merujuk kepada orang bukan Islam yang terlibat dalam peperangan membunuh orang Islam di dalam wilayah yang bergolak.
Pada masa ini, mimbar amat meyakini terdapat ejen-ejen kafir harbi yang bergerak secara senyap menimbulkan perpecahan atau pun menggunakan isu-isu agama di negara Islam. Contoh jelas ialah apa yang berlaku di beberapa negara Asia Barat.
Manakala
orang Kafir Dzimmi pula merujuk kepada orang bukan Islam yang menetap
dalam negara Islam, mendapat kerakyatan, membayar cukai yang ditetapkan dan mendapat
jaminan keamanan daripada pemerintah Islam berdasarkan perjanjian yang
dipersetujui.
Persoalan
besar timbul ialah apakah jenis status orang bukan Islam yang terdapat di
negara kita samada digolongkan sebagai Kafir Harbi atau Kafir Dzimmi.
Berdasarkan pemerhatian mimbar status orang bukan Islam di negara ini
digolongkan sebagai ahli Dzimmi kerana pada prinsipnya mereka mentaati dan
mengakui untuk tunduk kepada perjanjian kontrak sosial yang diwujudkan di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
Salah
satu persetujuan penting dalam perlembagaan itu ialah mengakui Islam adalah
agama Persekutuan yang membuka jalan Islam menjadi agama yang berkuasa di
negara ini.
Pada masa yang sama Yang Dipertuan Agong dan Raja-Raja Melayu sekaligus menjadi Ketua Agama Islam dan pelindung memartabatkan Islam di negeri-negeri yang berkaitan. Selari dengan kontrak sosial itu mereka tinggal aman damai, tinggal bersama dalam masyarakat Islam sebagai jiran tetangga, menjadi rakan sekerja, rakan kongsi berpolitik, rakan sepermainan dan menjadi rakan sekolah. Malah mereka diberi peluang pula berkongsi menyumbangkan tenaga memerintah negara ini.

Mesyuarat
Jemaah Menteri juga memain peranan besar dalam menentukan ketinggian Islam
dalam perlembagaan. Pada 16 Mei 1986 Mesyuarat Jemaah Menteri memutuskan
kalimah Allah adalah termasuk antara beberapa kalimah yang dilarang
penggunaannya oleh mereka bukan beragama Islam.
Malah pada 3 Jan 2008 Jemaah Menteri sekali lagi mengulangi bahawa orang bukan Islam dilarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan agama mereka. Malah sepuluh buah negeri telah menguatkuasakan Enakmen Kawalan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam yang bertujuan melarang orang bukan Islam menggunakan secara bertulis ataau lisan atas perkataan yang dilarang.
Semua peraturan ini dibuat bagi menjamin keharmonian hidup beragama dan perlu ditaati oleh pihak berkaitan.

Menurut
prinsip hukum Islam, memberi perlindungan dan layanan baik kepada ahli Dzimmi
adalah wajib. Firman Allah SWT dalam surah al-Mumtahanah, ayat 8:
ﭹ ﭺ ﭻ ﭼ ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ ﮍ ﮎ
Maksudnya: “ Allah
tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang
yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari
kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”.
Menurut
al-Quran, orang Islam dikehendaki mengadakan hubungan mesra dan baik dengan
ahli Dzimmi serta bersikap adil selagi mereka tidak menentang dan menindas orang
Islam atau menghalang penyebaran Islam.
Sidang Jumaat Yang Di Rahmati Allah,
Islam adalah agama yang membawa rahmat kepada manusia sejagat. Saidina Abu
Bakar As- Siddiq pernah berpesan kepada kaum muslimin sebelum berangkat ke
medan perang dengan mengingatkan tenteranya supaya jangan berbuat khianat, membunuh
bayi, membunuh orang tua, membunuh kaum wanita, menyembelih binatang ternakan,
menebang pokok, menghancurkan rumah penduduk, membakar ladang pertanian,
mengganggu orang beribadat, merosakkan rumah ibadat, dan menyerang mereka pada
waktu subuh untuk mengelak kaum wanita dan kanak-kanak menjadi panik.
Kisah Saidina Umar Al-Khatab yang memasuki gereja Yahudi ketika Baitulmaqdis ditawan juga tidak menyuruh tenteranya membakar gereja, buku bible dan salib bahkan membiarkannya sahaja.

Berdasarkan ajaran al-Quran dan tindakan bijak
pemimpin Islam di zaman Rasulullah SAW jelas kepada kita bahawa menzalimi dan
memusuhi orang bukan Islam adalah bukan ajaran Islam. Dengan demikian
perbuatan membakar gereja dan rumah ibadat orang bukan Islam menyalahi
bercanggah dengan hukum Islam. Islam juga mengajar kita jangan terikut-ikut
dengan emosi liar.
Bagaimana
pun mimbar mengingatkan jemaah dan umat Islam sekalian bahawa mengadakan
hubungan baik dengan orang bukan Islam bukanlah bermakna kita lupa
tanggungjawab kita kepada Islam. Islam menetapkan bahawa persoalan iman
dan ibadat tidak ada toleransi.
Oleh itu apabila masuk waktu solat ketika melaksanakan program bersama dengan orang bukan Islam, kita utamakan bersolat, apabila kita makan pastikan apa yang kita makan itu adalah halal. Jika terdapat aktiviti yang bercampur halal dengan haram maka kita hendaklah jauhi. Apa yang lebih malang lagi dalam menjayakan toleransi itu kadang kala kelihatan penampilan akhlak orang Islam itu sama dengan tabiat orang bukan Islam.

Mimbar ingin mengingatkan jemaah sekalian apabila kita
ditekan dan dituntut oleh pihak tertentu untuk memenuhi tuntutan mereka, maka hendaklah
kita terus berpegang kepada ajaran Islam supaya kita tidak mudah hilang
pedoman. Firman Allah SWT dalam Surah al-An’aam ayat 153:
ﭺ ﭻ ﭼ
ﭽ ﭾ ﭿ ﮀ ﮁ ﮂ ﮃ ﮄ ﮅ ﮆ ﮇ ﮈ ﮉ ﮊ ﮋ ﮌ
Maksudnya:
”Dan bahawa sesungguhnya inilah jalan-Ku yang betul lurus, maka hendaklah kamu
menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (lain dari Islam), kerana
jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah
Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa.”
Mengakhiri
khutbah, mimbar menyeru sidang jemaah dan umat Islam sekalian agar berwaspada
dengan muslihat ejen-ejen kafir harbi ini dan jangan sekali-kali kita menggadai
akidah, menggadai jati diri muslim, menggadai integriti demi untuk menjaga
ketinggian agama Islam di negara ini.
SUMBER:
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< . eaho™. ('_') Google Translate ('_') .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan