Sabtu, 4 Mei 2013

459. Kerajaan - Pemerentah sesebuah negara. Menentang parti bekas penguasa kerajaan langsung tidak membawa maksud menetang kerajaan.

shared Aku doakan moga dirimu bahagia hingga ke akhir hayatmu :')'s status.
"Lahir Kat Hospital KERAJAAN. Pergi Sekolah KERAJAAN. Masuk Universiti, Minta Biasiswa/pinjaman KERAJAAN. KERJA makan gaji Dengan KERAJAAN. Tapi Kutuk KERAJAAN.. Tak Malu Ke?"...

Jawapan saya,

Kerajaan dipilih oleh rakyat. Orang dalam kerajaan semuanya makan gaji dgn menggunakan duit rakyat. Bermula dari perkerja rendah Awam hingga ke Perdana Menteri, semuanya makan gaji dan berkerja untuk rakyat.

Sekiranya mereka rasuah, menyeleweng, makan gaji buta dan sebagainya, RAKYAT berhak marah mereka. Malah RAKYAT berhak Humbam mereka dan pilih KERAJAAN yg BARU.

Tidak ada istilah Lawan Kerajaan atau Menentang Kerajaan. Yang ada ialah menentang mereka yg tidak betul dan tidak amanah dalam kerajaan. Yang rasuah dan yang menyeleweng dalam kerajaan.

Sesiapa pun atau parti mana pun yg naik, ITULAH KERAJAAN.

Sepatutnya kita perlu merasa malu kerana menjadi seorang yang bisu dan tidak berani menegur Kemungkaran yg berlaku dalam KERAJAAN. 

================================================================
PEMAHAMAN. 

Kerajaan ialah Pemerentah sesebuah negara. Menentang parti bekas penguasa kerajaan langsung tidak membawa maksud menetang kerajaan. ITU HANYALAH PROVOKASI ATAU TEKTIK UNTUK MEMANCING UNDI. 

Semasa kempen pilihan raya telah terlucut haknya sebagai penguasa kerajaan kerana Dewan Rakyat dan Dewan Negara telah pun dibubarkan dan diganti dengan kerajaan sementara

Ditakdirkan parti yang memimpin Kerajaan Malaysia sebelum PRU13 tertewas kali ini. Apakah hari-hari seterusnya kita tetap menentang parti tersebut, masih dianggap menentang kerajaan?.

Maksudnya kita perlu cerdik membezakan parti dan kerajaan. Semasa pilihan raya tiada lagi parti memerentah dan tiada lagi parti pembangkang. Taraf parti-parti tersebut adalah sama kerana masing-masing berikhtiar untuk memenangi pilihan raya untuk mampu membentuk Kerajaan Malaysia atau menjadi pembangkang.

Pilihan raya adalah persaingan parti-parti untuk menjadi parti yang berjaya memimpin Kerajaan Malaysia.

                      Sekadar hiasan salah satu suasana kempen PRU ke 13 di Pulau Mutiara.

                                     .:: Islamic Network : | LIKE | SHARE | COMMENT | TAG | ::.

Tiada ulasan: