Barisan Nasional berjaya berkerajaan. Kerajaan Malaysia di bawah pentadbiran mereka. Walau apa pun yang pro dan kontra kata terhadap Barisan Nasional, orang Islam percaya Allah Maha Adil. Biarlah Allah S.W.T., yang mengadili. Rakyat telah pun menunaikan tanggung-jawab sebagai pengundi.
Kalau ada yang berpendirian Barisan Nasional menipu pilihan raya melalui organisasi kerajaan dan sebagainya, percayalah kuasa Allah S.W.T.. sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Allah Melihat. Allah Maha Bijaksana.
Kepada penyokong Barisan Nasional, tentulah berita ini cukup menggembirakan mereka, walau apa yang dikata oleh pihak lawan. Masanya pemimpin pilihan Barisan Nasional mengemudi Kerajaan Malaysia dan membuktikan mereka telus, cukup jujur dan tiada salah laku seperti yang didakwa oleh pihak lawan. Walau apa pihak lawan kata biarkan, sebab kuasa memimpin Kerajaan Malaysia di tangan parti pilihan dan sokongan. Maka peluang cukup besar membuktikan Barisan Nasional lebih baik.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan
dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan