بِسْمِ
اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
, الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ
وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ
الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ
الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
1.4 juta pengikut - 70% darinya adalah pengikut berakaun palsu. Siapalah punya angkara?. Sedih aku PM Malaysia dibahankan begini. Sudahnya dapat tempat juara pengikut palsu. Peringkat dunia pula.
Harap PM Najib dapat bertindak ke atas mereka dan boleh membersihkan 100% twit nya dari data palsu. Pandangan aku, ini bukan seorang dua punya kerja., rasanya beribu yang mengakses twit akaun palsu untuk PM.
Aku sedar PM kita PM yang jujur, telus dan sangat-sangat boleh dipercayai. Mereka yang tidak setuju pendapat aku ini, ada rasa dengki yang cukup dalam.
Allahyarham Tun Razak dan Toh Puan Rahah memang mendidik anaknya supaya patuh ajaran Islam. Antaranya Islam menghendaki umatnya, hamba kepada Allah S.W.T., patuh kepada perentah dan laranganNya.
Berita dan butiran dibawah adalah pengkhianatan oleh manusia pengampu, atau bermuka-muka supaya nama baik PM Malaysia tercemar. Hendak menyokong PM pun biarlah bermaruah, selari dengan keperibadian PM yang berkarisma menjadi pemimpin Malaysia yang paling hebat.
Sikap sedemikian memberi peluang dan ruang kepada pihak lawan politik PM, untuk menjatuhkan maruah PM sebagai boss Umno dan Barisan Nasional. Paling tidak perkara ini akan dijadikan isu.
Jangan rosakkan kejujuran PM kita, PM kita seorang yang baik, PM kita telus dan tidak suka bersubahat dengan sebarang bentuk penipuan dan ketidak jujuran.
Bayangkanlah 70% pengikut palsu.
Yang betul cuma ada 30% twit yang asli. Berapa tinggal pengikut PM Najib dari 1.4 juta?. Hormatilah PM kita. Sudahlah begitu yang aktif twit cuma 15% dari 30% twiter tidak palsu.
Yang betul cuma ada 30% twit yang asli. Berapa tinggal pengikut PM Najib dari 1.4 juta?. Hormatilah PM kita. Sudahlah begitu yang aktif twit cuma 15% dari 30% twiter tidak palsu.
Portal Australia Melaporkan Najib Mempunyai Pengikut Twitter Palsu Teramai Di Dunia.
Akhirnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dapat juga dua-pertiga majoriti tapi bukan di Dewan Rakyat.
Di sebalik populariti Najib yang diwar-warkan di alam maya, satu majalah
Australia hari ini membuat dakwaan bahawa 70 peratus, melebihi dua
pertiga followers (pengikut) Najib di Twitter adalah akaun palsu.
Mengikut laporan Meld Magazine yang berpusat di Melbourne, satu laman berita bebas, Najib menguasai carta peratusan pengikut palsu teramai di Twitter di antara lapan tokoh politik antarabangsa yang termasuk Presiden Amerika Syarikat Barack Obama bersama perdana menteri yang lain daripada Australia, India, Thailand, Jepun, Singapura dan Vietnam.
“Satu semakan menggunakan perisian ‘online Fake Follower Check’
mendedahkan secara mengejut 70 peratus daripada 1.4 juta pengikut
Perdana Menteri Najib adalah palsu,” kata Meld Magazine bertarikh May
3. Sekarang ini, Twitter Najib sudah mencecah 1.5 juta pengikut. (Data
Meld Magazine mungkin sudah lari selepas 12 hari).
Di belakang Najib, ialah rakan sejawat
daripada Thailanda dan India, Yingluck Shinawatra dan Manmohan Singh,
pada 55 dan 54~klratus.
Menurut laporan itu lagi, hanya 15 peratus
pengikut Najib dikategorikan sebagai pengikut yang baik manakala 15
peratus lagi adalah pengikut yang tidak aktif.
Di Twitter Obama pula,
hanya 45 peratus daripada 29.18 juta pengikutnya adalah palsu.
Mengikut Thomas Tudehope, seorang pakar sosial media di social@Ogilvy
dan bekas penasihat kepada menteri bayangan komunikasi dan jalur lebar
Australia, Malcolm Turnbull, pengikut di Twitter boleh dibeli, “100 dan
ke atas sehingga 10,000 pengikut mengikut harga berlainan.”
Bagaimanapun, Tudehope berkata apa yang penting ialah penglibatan dalam
berkomunikasi dengan pengikut dan memberikan reaksi. “Saya rasa
tekniknya ialah meletakkan lebih banyak bahan, secara kerap, untuk orang
berlainan.
Ini adalah strategi yang mudah dan saya rasa ia agak berkesan,”
katanya. Sebelum PRU13, media tradisional telah menghebohkan bahawa satu
laman pemantauan internet, Socialbakers, telah meletakkan Najib di
tangga 11, tokoh politik paling popular di dunia.
Dalam reaksinya, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
berkata itu petanda Najib popular di kalangan orang muda. “Ini
menunjukkan Perdana Menteri bukan sahaja popular di Malaysia, tapi juga
di dunia,” kata Ahmad Shabery ketika mengulas berita itu. -kltoday
Sumber:
Mirror mirror: Which political leader has the most fake followers on Twitter?.
Pendedahan Media Australia.
Pengikut Twitter Palsu Teramai Di Dunia.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].
FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120].
Perhatian: Pemaparan
tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk
menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan
larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak
bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan
perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana
individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina.
BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan