Sabtu, 18 Mei 2013

507. Umat Islam mencari Redha Allah S.W.T..

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.

Melayu dengan semangat Melayunya dan ketuananya. Islam itu Agama. Melayu hanyalah Bangsa.


 Zikir. 




Al-Quran:

Nabi Muhammad saw telah bersabda:”Tetaplah membaca al-quran kerana al-quran adalah nur untuk kehidupan ini dan bekalan untuk akhirat”.

Al-Quran merupakan teman di dalam kubur dan juga pemberi syafaat di akhirat. Kita hendaklah sedaya upaya Istiqomah membaca Al-Quran setiap hari sebab Al-Quran akan menuntut haknya di akhirat kelak.

Hak Al-Quran hendaklah kita khatam membacanya dua kali setahun. Jadi hendaklah setiap hari kita melapangkan masa untuk membaca Al-Quran,sekurang-kurangnya satu juzuk setiap hari,kalau tak dapat, satu ain atau setengah ain.

Amalkan juga untuk membaca Surah-Surah berikut kerana banyak kelebihannya:

1- Surah Yasin - seperti kita khatam Al-Quran sepuluh kali.

2- Surah Waqiah - menjauhkan daripada kepapaan.

3- Surah As-Sajadah dan Al-Mulk - menjauhkan dari seksa kubur.

4- Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat - Nur akan bersama kita sehingga Jumaat akan datang.

Kita hendaklah mengajar anak-anak kita supaya membiasakan diri membaca al-quran dan hendaklah azam supaya ada di antara anak-anak kita nanti bakal menjadi hafiz dan hafizah.InsyaAllah.

Zikir:

Berzikir iaitu mengingati Allah swt dalam setiap keadaan dan setiap apa yang kita lakukan hendaklah dihubungkan dengan Allah awt.

Kita hendaklah berzikir sebanyak-banyaknya sehingga kita merasa yang Allah swt melihat kita sentiasa. Banyak kelebihan Zikir antaranya:

1- Zikir melembutkan hati

2- Memberi cahaya pada wajah

3- Menjauhkan syaitan dan menghancurkan kekuatannya,

4- Melahirkan cinta kepada Allah dan cinta merupakan roh Islam,sumber agama ,kebahagiaan dan kejayaan.

5- Menyebabkan keredhaan Allah swt.

Amalkan Zikir 300 kali pagi dan petang

Tanda cinta pada Allah zikirlah Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallahu Wallahu Akbar 100 kali pagi petang, tanda cintakan Nabi saw hendaklah Selawat ke atasnya juga 100 kali pagi petang di mana satu selawat Allah akan ampunkan 10 dosa, diangkat 10 darjat dan diberi 10 kebaikan.

Manakala tanda cinta pada diri kita hendaklah kita memohon keampunan dengan beristighfar 100 kali pagi dan petang yang mana dengan istighfar InsyaAllah dosa-dosa kita akan diampunkan walau pun sebanyak buih di lautan.

Amalkan juga doa-doa harian dan tasbih Fátimah sebelum tidur mudah-mudahan amalan yang kita lakukan ini mendapat redha Ilahi.

Edit dari sumber asal: Mencari Redha Allah.

"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185].

FIRMAN ALLAH S.W.T., YANG BERMAKSUD: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]. 

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 





Tiada ulasan: