Rabu, 22 Mei 2013

520. Usah pandang sebelah mata hamba Allah S.W.T., .......

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

... atau tidak pandang langsung.

Kisah 1. Bersangka baik kerana Allah S.W.T., mendekatkan diri kepada keredhaanNya.

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. 

Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. 


Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. 


Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. 


Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." 


Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?.
 

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. 


Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. 

Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. 


Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. 


Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan... Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..  

Catatan: 
Seseorang pada 26 Mei 2011. In Syaa Allah tiada sangka buruk pada orang , rupa tak mencerminkan hati. Alhamdulillah cerita ini bermanfaat dan bagus untuk pengajaran. Sebarkan cerita ini supaya tersebar dengan cepat dan In Syaa Allah makin tersebar cerita ini, maka makin ramai yang insaf.  

Kisah Nabi Muhammad SAW..: 


Subhanallah! Satu hasil kajian oleh pakar Astronomi US telah menemui satu garisan yang panjang melingkari bulan (seperti dalam gambar) yang membuktikan bahawa bulan pernah terbelah dan bertangkup kembali suatu ketika dahulu! tetapi fakta ini dirahsiakan dari dunia sains!.

Maka dengan itu benarlah Hadis meriwayatkan Rasulullah SAW pernah membelah bulan! Subhanallah!.






Kisah di zaman RASULULLAH SAW: 

Kisah itu adalah di masa sebelum Hijrah dari Mekah ke Madinah. Orang-orang musyrik berkata, "Wahai Muhammad (SAW), kalau engkau benar Nabi dan Rasul, cuba kau tunjukkan kepada kami satu kehebatan yang boleh membuktikan keNabian dan keRasulanMu (mengejek dan mengolok-olok)?".

Rasulullah SAW., bertanya, "Apa yang kalian inginkan?". Mereka menjawab: "Cuba lah kau belah bulan, kita orang nak tengok...". Maka Nabi Muhammad SAW., pun berdiri dan terdiam, lalu berdoa kepada Allah S.W.T., agar menolongnya. 


Maka Allah SWT., memberitahu Nabi Muhammad SAW agar mengarahkan telunjuknya ke bulan. Nabi Muhammad SAW., pun mengarahkan telunjuknya ke bulan, dan terbelahlah bulan itu dengan sebenar-benarnya. Maka serta-merta orang-orang musyrik pun mencarut dan mengarut, "Muhammad, engkau benar-benar telah menyihir kami!".

Mereka tetap tidak percaya walaupun Baginda SAW benar-benar membelah bulan di depan mata mereka .

Sumber: 
- Prof. Dr. Zaghlul Al-Najar. 

Nota (Pandangan Admin): 
Desakan hati kajian pun dalam diam mengkaji Al-Quran tanpa beriman oleh saintis kafir tersebut. Malu nanti dengan orang Islam, jika hal ini diketahui oleh orang Islam. 

Kisah 2: Alhamdulillah, Allah S.W.T., mengizinkan saya selamat dari kecelakaan. 

Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. 
 


Maklum hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

 



Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut.Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 


Tapi perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu. Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone??. Perogol tu jawab: No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.?.

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah S.W.T., kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

Rahmat Allah S.W.T., kaitannya dengan cerita ini:

Jika aku sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan aku dan memelihara aku. Muslimah tadi pertama-tamanya menutup aurat dan memang Muslimah yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. (Akibat tidak menjaga aurat?). In Sya Allah dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah Malaikat yang diperentahkan Allah S.W.T., untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat kepadaNya.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab dan selalulah amalkannya. Bayangkan aku seorang yang selalu ingkar suruhan Allah S.W.T., kufur dengan nikmatNya, sambil lewa beribadat. Dapatkah aku mendapat pertolongan sebegini dari Allah S.W.T.,? Balasan Allah S.W.T., itu boleh datang semasa di dunia lagi. Di akhirat kelak memang pasti kerana itu janji Allah S.W.T.. Jadi, renungkanlah di mana level? iman? aku sekarang ini. Wassalam.

Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah S.W.T., mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan aku. Semoga semua hambaNya mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat. Sebagai hambaNya kita seharusnya percaya dan yakin dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA setelah bersungguh-sungguh berikhtiar keranaNya. Semoga kita sentiasa dipelihara Allah S.W.T., dari kejahatan jin yang di rejam.
 

Nota Admin: 
Judul kisah diubah mengikut senang hati admin, kerana Allah S.W.T.. 

Sumber: 
i).   Kisah 1
ii).  Kisah Nabi Muhammad SAW... 
iii). Kisah 2.

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T.. 

Tiada ulasan: