Jumaat, 24 Mei 2013

523. Setuju dengan Menentang.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  •      Arahan:
         10 soalan sejarah dan pengetahuan asas rakyat Malaysia.


    1.  Peristiwa Bukit Kepong, Muar, Johor pada 23 Februari 1950 yang melibatkan Polis British 
          (Penjajah) adalah sebahagian sejarah Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

         (A) Setuju.
         (B) Bangkang.

    2.  Tanah Melayu dimerdekakan oleh penjajah Inggeris pada 31 Ogos 1957.

         (A) Bangkang.
         (B) Setuju.

    3.  16 September 1963 hari kelahiran Malaysia yang menggabungkan Semenanjung Tanah Melayu,
         Singapura, Sabah dan Sarawak.

         (A) Setuju.
         (B) Bangkang.

    4.  Sejarah tidak pernah menipu, yang menipu ialah penulis sejarah yang mendokong cita-cita dan 
         kehendak puak-puak yang berkepentingan.

         (A) Bangkang.
         (B) Setuju.

    5.  Pengkhianat pada mata penjajah Inggeris, sebenarnya adalah pejuang Islam, bangsa dan tanah 
         air. Antaranya ialah Allahyarham Mat Indra. (*)
      
         (A) Setuju.
         (B) Bangkang.

    6.  Singapura memperolehi kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, yang sebelumnya milik mutlak 
         Malaysia. Keadaan ini adalah satu situasi "win-win" hujah seorang Bekas Menteri Malaysia.

         (A) Bangkang.
         (B) Setuju.

    7.  Syarat kemerdekaan Tanah Melayu antaranya ialah mengguna pakai Undang-Undang Reed 
          yang dikarang Inggeris dengan mengenepikan Undang-Undang Islam dan Al-Quran.

         (A) Setuju.
         (B) Bangkang.

    8.  Golongan pejuang-pejuang ini telah dilabelkan sebagai musuh kerana mereka ini aktif menentang
         Inggeris.

         (A) Bangkang.
         (B)  Setuju.

    9.  Perjanjian kemerdekaan Tanah Melayu antaranya menegaskan tidak boleh berlaku sebarang 
         rusuhan yang melibatkan perkauman dalam tempoh 50 tahun kemerdekaan.

         (A) Setuju.
         (B) Bangkang.

    10. Perjuangan yang berlandaskan bangsa akan pupus dimamah usia berbanding perjuangan 
          berlandaskan Islam yang berpegang kepada kepatuhan perentah dan larangan Allah S.W.T..

          (A) Bangkang.
          (B) Setuju. 





    (*) Allahyarham Tok Janggut, Allahyarham Ahmad Boestamam, Allahyarham Mat Kilau, Allahyarham Dato Bahaman, Allahyarham Rashid Maidin, Allahyarham Arshad Arshaari, Allahyarham Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid, Allahyarhamah Samsiah Fakeh, Allahyarham Mat Salleh, Allahyarham Sharif Masahor, Mendiang Rentap, Dato Maharaja Lela, Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim, Allahyarham Mokhtaruddin Lasso, Chin Peng, Allahyarham Abdullah C.D., Allahyarham Si Bongkok Tanjung Puteri, Allahyarham Dr Hj Abbas Alias, Allahyarham Pak Sako, Allahyarham Dr Burhanuddin Al-Helmi, Allahyarhamah Suriani Abdullah (Eng Ming Ching), dan lain-lain.
    Jawapannya:
    Kira jumlah jawapan setuju dengan menentang. 
    Sila select l, ll dan lll untuk mendapatkan jawapannya. 

    l).   Banyak jawapan setuju sebenarnya anda orang yang sedang dicari, sebagai pemimpin berikutnya.

    ll).  Banyak jawapan  bangkang  sebenarnya anda seorang yang mudah dipergunakan dan digula-gulakan. .

    lll). Sama banyak jawapan setuju dan  bangkang, anda hanyalah "pak turut" kepada pihak yang menang.


    Walau bagaimana pun soalan dan jawapan tersebut hanyalah pandangan peribadi admin. Terima kasih.

    Judul akan datang: Entry 52?. Makan dan Minum Yang Beradap. Masih diperingkat mengaji, sebelum dilaksanakan untuk pemaparan. Harap maklum dan terima kasih.
    My Dashboard. 

    s3v3n

    IP
    s3v3nه
Meja www.peceq.blogspot.com  

Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..

Tiada ulasan: