بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Munafik dan kafir laknatullah sebenarnya pemberontak dan pengganas.
Nota Admin:
"Yang betul-betul berjuang dengan darah Perjuangan Islam dipanggil kiri. Yang pengampu, sampah, pemberi maklumat kepada penjajah dipanggil kanan" Cuba anak-anak muda dan kita semua fikirkan kembali kenyataan itu tadi. Fikir dengan sejarah yang benar dan bukan dengan sejarah yang telah ditonggang langgangkan.
Siapa agaknya yang berikan istilah kiri dan kanan?.
Kita baca cerita 1 dibawah:-
Dalam
perjuangan untuk mencapai kemerdekaan, gerakan nasionalisme Melayu terbahagi
kepada aliran kiri dan aliran kanan.
Aliran kiri dipelopori oleh Kesatuan
Melayu Muda (KMM), diteruskan oleh Parti Kebangsaan Melayu Muda (PKMM) dan
badan gabungannya seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar
(AWAS) dan Barisan Tani Se-Tanah Air (BATAS).
Aliran kanan pula dipelopori
oleh persatuan Melayu negeri-negeri dan diteruskan oleh United Malays
National Organisation (UMNO) dan berjaya mencapai kemerdekaan.
Perjuangan
nasionalisme aliran kiri memang tidak berjaya mencapai matlamatnya. Gerakan
nasionalis kiri terpinggir dan terkeluar dari arus perdana kerana tekanan
penjajah dan hanya mendapat sokongan daripada golongan minoriti Melayu.
Namun, satu kelompok kecil dari kalangan pemimpin gerakan nasionalis kiri
Melayu ini telah memilih jalan lain untuk meneruskan perjuangan mereka.
Mereka menyertai perjuangan bersenjata mulai 1948 bersama Parti Komunis
Malaya (PKM) setelah mendapati perjuangan secara damai tidak dapat
diteruskan lagi.
Perjuangan mereka ini hanya berakhir dengan termeterainya
Perjanjian Damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand
pada 1989 di Haadyai.
Buku ini mengandungi 11 bab yang antara lain
kandungannya melingkari topik berkenaan gerakan politik, perjuangan
kemerdekaan dan tanggapan umum terhadap perjuangan bersenjata nasionalis
kiri pada zaman penjajah.
Untuk buku ini, penulis melakukan penyelidikan
dengan menggunakan tiga sumber termasuk sejarah lisan. Penulis juga
menemubual secara langsung tokoh-tokoh Melayu berkenaan.
Kita baca Cerita 2 dibawah:-
Semua Nabi Adalah Aliran Kiri ('Leftist') : Hassan Hanafi < Prev Next >Posted By: Anon Thu Aug 16, 2012 8:27 am
Semua Nabi Adalah Aliran Kiri ('Leftist') : Hassan Hanafi
Posted on Wednesday, August 15 @ 18:52:33 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur
Open Artikel Oleh: abuhikam
"Semua para nabi adalah figur kaum aliran kiri (‘leftist’). Tidak ada nabi yang tidak diperintahkan untuk menentang paksi kekuasaan. Malah semua nabi dikirim tuhan untuk mengubah seluruh keadaan ummah.
Justeru , tidak ada nabi yang datang kepada ummah lalu berkata “Apa yang semua kalian lakukan adalah benar”. Semua nabi dipilih tuhan untuk menjadi pahlawan ummah untuk menentang dan merubah semua keadaan yang buruk dan keji.
Dan menjadi sunatullah, semua penentang dan musuh ketat para nabi adalah kaum prostatus quo. Mereka adalah kaum yang tidak inginkan perubahan. Mereka tidak ingin ummah dan dunia ini berubah ke arah yang lebih baik.
Kelihatan semua nabi-nabi ini terpaksa berdepan dan berlawan dengan kekuasaan wewenang penguasa yang zalim, mencengkam dan menghambakan rakyat kecil.
Episod perjuangan gerakan Nabi Musa bangkit dari puak yang tertindas menentang kerajaan Firaun. Nabi Ibrahim melawan kerajaan Namrud. Gerakan Nabi Isa bersama hawariyyun menentang kekuasaan Romawi dan Yahudi. Maka para Nabi ini telah bangun mengajar kemerdekaan atau pembebasan.
Malah semua para nabi mengajak dan mengatakan “ TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH”. Artinya kita harus membebaskan diri dari semua ketakutan terhadap semua hal, kecuali kepada Allah. Inilah yang dikatakan gerakan aliran kiri (‘leftist’).
Gerakan ‘leftist’ adalah kekuatan perjuangan rakyat yang ingin merdeka dari penghambaan kepada manusia dan inginkan perubahan kepada keadaan yang lebih baik.
Maka gerakan ‘leftist’ adalah perjuangan ugama yang menentang ketundukan kepada selain dari Allah. Demikian pandangan Prof. Dr. Hassan Hanafi, Guru Besar Filsafat Cairo University.
Beliau mendakwa bahawa ia seorang reformist bukan fundamentalist, ia seorang mu’tazilah bukan Asyariyyah, ia seorang Maliki mazhab yang mengutamakan kepentingan ummah. Akuinya lagi “saya pengkagum Afghani”. "
Sumber 1:
Mohammed Salleh Lamry.
Menu utama/Main Menu . Buku dan Monograf . Indeks Pengarang
Mohamad SallehLamry.
- Memoir Mohamed Salleh Lamry: Guru Melayu Terakhir . 2009. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 978-967-942-888-9 (Kulit Lembut).228 hlm. Mohamed Salleh Lamry.
- Gerakan Kiri Melayu dalam Perjuangan Kemerdekaan. 2005. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942-717-x (paper back). 204 hlm. RM 35.00. Mohammed Salleh Lamry
- Masyarakat dan Perubahan. 1993. Penerbit UKM: Bangi. Penerbit UKM: Bangi. ISBN 967-942- 249-6. 226 hlm. RM20.00. Mohamad Salleh Lamry & Hasan Mat Nor (sunt.).
Sumber 2:
Semua Nabi Adalah Aliran Kiri ('Leftist') : Hassan Hanafi.
Lain-lain sumber:
Out of This World Soneva Kiri.
Nota:
Gambar yang dipaparkan adalah dari pemuka imeg google tajuk
berkenaan. Tersiar gambar tidak berkenaan adalah bukti ketidak upayaan
individu yang berkenaan memaparkan kepada tajuk yang tidak sepatutnya
untuk imeg tajuk tersebut. Harap maklum dan terima kasih.
"..KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH Kesenangan YANG MEMPERDAYA" [QS. AL 'IMRAN (3):185]
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120]
KLIK UNTUK KE MENU UTAMA. eaho™. >>> ... ENTRY SETERUSNYA <<< .
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Baca Juga:
1214. Kemanakah Perginya Air Mandian Jenazah Rasulullah SAW?.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).
Tiada ada
daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
eaho™.
('_') Google Translate ('_') .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan