(Apakah ini benar-benar pengkisahan sebenar?., yang terisi didalamnya kejujuran dan amanah dalam mengisahkan dan pengkisahan sesebuah cerita, peristiwa dan kejadian., untuk tatapan umum).
MEMALI -
RINGKASAN KISAH...
Untuk
generasi baru yang tidak tahu apa-apa mengenai tragedi memali, meh sini aku cuba
ringkaskan tentang apakah yg berlaku pada tarikh berdarah 19 November 1985 itu.
1) Ustaz
Ibrahim bin Mahmud (Ibrahim Libya) adalah seorg pendakwah yang disegani pada
masa itu. Pernah berkhidmat dengan Pusat Islam Malaysia sebelum berhenti kerja
bagi menumpukan kepada kerja-kerja dakwah secara bebas dan gerakerja bersama Pas.
2) Beliau
adalah orang yang amat lantang menentang dan membantah kerajaan yang pada ketika
itu begitu sekular dan bejat serta melakukan kezaliman terutamanya dari aspek
agama Islam. Kehebatan pidato beliau menarik minat beribu umat yang khusyuk
mendengar taujihat dan ilmu yang disampaikan. Pusat kuliahnya adalah di Kampung
Memali, Baling, Kedah.
3)
Perkembangan ini amat tak disenangi kerajaan yang pada ketika itu diketuai oleh
Tun M (PM masa tu) dan Tun Musa Hitam (TPM dan juga menteri dalam negeri).
4) Dalam
usaha untuk menghentikan pengaruh Ibrahim Libya, pelbagai tohmahan dan penipuan
telah disebarkan oleh kerajaan melalui media2 seperti melabelkan Ibrahi Libya
dan pengikutnya sebagai pengamal ajaran sesat dan seumpamanya.
5) Merasakan
tak cukup dengan melabelkan Ibrahim Libya - semakin ramai yang menghadiri
ceramahnya - maka alasan demi alasan mula direkacipta oleh kerajaan untuk
menangkap Ibrahim Libya.
6) Akhirnya
kerajaan dengan kerjasama polis, FRU dan pasukan polis hutan mula mengepung
kampung memali. sepanjang seminggu kepungan, bilangan pasukan keselamatan yang
berkampung di situ mencecah 3,000 orang. masing2 lengkap bersenjata bersama2
dengan pelbagai kelengkapan lain seperti kereta2 perisai, lori water cannon dan
sebagainya. seolah2 mereka sedang bersedia nak berperang dengan komunis.
7) Itulah
antara tohmahan yang disebarkan di kalangan anggota polis - ada diantara mereka
yang diyakinkan bahawa operasi ini adalah utk menggempur saki baki komunis.
tetapi dalam masa yang sama, ada juga yang mengetahui mereka bukanlah merempuh
komunis sebaliknya hanya menentang penduduk sebuah kampung yang hanya
dilengkapi senjata kampung - parang, pisau, bulu ayam - tapi dek kerana arahan,
depa terpaksa ikut.
Rundingan
demi rundingan cuba dilakukan oleh penduduk kampung - yang terdiri daripada
orang tua, wanita dan kanak2 - tapi buntu. bagi pasukan polis, arahan jelas
daripada KDN adalah utk menghapuskan Ibrahim Libya - hidup atau mati.
9) Akhirnya
selepas subuh, polis melancarkan serangan. apalah sangat senjata parang dan pisau
jika dibandingkan dengan pistol dan sub machine-gun. apalah sangat kederat
makcik2 kampung berbanding dengan polis yang memang dilatih khas.
10) Pada
mulanya, polis melepaskan gas peedih mata. seorang kanak2 yang terkena gas
tersebut pengsan dengan mulutnya berbuih. kejadian itu menaikkan kemarahan
seorg penduduk kampung bernama cikgu shafie yang nekad membalas kezaliman polis
namun dia ditembak sebelum sempat dia merapati polis. bermula dari situ,
serangan pun dilancarkan bertai arus.
11) Selepas
zohor, serangan pun dihentikan. 14 orang disahkan mati dengan ramai lagi
cedera. operasi pembersihan segera dilakukan agar kejadian itu terlindung dari
pengetahuan orang ramai. cerita sebenar terus dipastikan tidak sampai pada
pengetahuan umum.
Al Fatihah
untuk para Syuhada Memali.
Sumber:
shared Fais Al-Hajari's photo.
Link lain yang mengkisahkan Memali 1985.Nota admin blog:
Boleh dipercayai atau ketidak boleh percaya.
Peristiwa Memali seperti kebanyakkan peristiwa, sama ada zaman Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia., terdapat banyak versi yang bersifat memihak. Kedapatan kepelbagaian versi bagi setiap peristiwa adalah berkait rapat dengan kepentingan fahaman politik dan sokongan serta dokongan parti masing-masing.
Lebih malang peristiwa ini terdapat selitan adu dumba, mengada-adakan cerita (tokok tambah), dihilangkan kisah sebenar (penafian) serta termasuklah pengisian pembohongan, fitnah dan sebagainya.
Untuk ini aku sukar untuk mempercayai pengkisahan, kisah yang benar-benar berlaku kerana tahap kejujuran dan amanah bercerita atau berkisah. Sebenarnya sukar untuk mendapatkan berita dari pihak yang berkecuali serta tidak berkepentingan dengan sesuatu isu dan peristiwa yang berlaku. Pastinya akan tertemu pertentangan pengkisahan, mengikut fahaman politik, parti dan sokongan serta dokongan kepartian individu.
Tragedi Bukit Kepong sekitar jam 5.00 pagi pada 23 Februari 1950., sebelum merdeka dan Perjuangan Kelangsungan Akidah Natrah.,12 Disember 1950., Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan., juga sebelum merdeka., mengajar aku supaya tidak terbohong dengan kepincangan politik.
Letih kalau sesuatu peristiwa itu berkait dengan politik dan proses sesuatu kisah dan peristiwa dipolitikkan akan berlaku, mengikut acuan, wadah serta berwajahkan fahaman politik dan kepartian. Dengan demikian aku tetap berpegang kepada Allah Maha Mengetahui.
Kisah Bukit Kepong. - Serangan Pejuang Kemerdekaan Tanah Melayu (Malaya) terhadap Balai Polis dan
Anggota Polis Penjajah British.
Kisah Natrah. - Perjuangan Kelangsungan Akidah Natrah.
Perhatian:
Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan
pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi
lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah
S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk
kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada
kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba
Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan